"Kita balik sekarang. Nak jalan lagi dah tak ada mood. Baju dah basah."
"Saya tak mahu membonceng awak lagi dah. Saya dah bertaubat. Bawa motor macam tornado. Habis terselak tudung saya depan dan belakang."
Aku membetulkan beg sandangku dan berjalan meninggalkan Firman. Mata leka mencari Suei Tahen dan Kampung Cham di Google Maps. Firman tak sempat menahan, suaranya kedengaran sayup dari ribuan manusia di pasar. Hisy, banyak pula motosikal yang mengekor. Google Maps pun satu, arah apa yang kau bagi aku ni? Ni bukan jalan tadi. Dah lah tak ada orang.
Sampai di kawasan lapang, motosikal yang mengekor aku semakin perlahan dan semakin kuat bunyinya. Macam saja je nak suruh aku berhenti. Sakit telinga aku dengar. Aku berhenti out of pure spite. Mudah-mudahan bunyi itu bertambah senyap.
Mataku terbuka luas dan berkerut apabila ada tangan yang cuba merampas smartphone di tangan. Cepat-cepat aku menyimpan smartphone ke dalam beg dan beg aku lempar ke tanah. Aduh aku dikepung pula. Dahlah mereka duduk membonceng. Macam mana aku nak melawan kalau mereka duduk di atas motor. Aku mengeluh perlahan.
Deruman motosikal yang kuat mengalih perhatian mereka. Firman dan Matt berjaya membuatkan mereka terhenti Dan semua motosikal mengarah ke arahnya. Firman bercakap dengan lantang. Aku mendengar dengan penuh tidak faham tapi aku buat tak kisah. Belum sempat aku dipegang, tubuhku sudah bergerak ke kanan sedikit. Aku sangatlah tak selesa dengan jerit dan pekik mereka bersama Firman.
Firman mengangkat kedua-dua belah tangan sambil perlahan-lahan menurunkan tangan belah kanannya. Dia menyeluk poket dan mengambil telefon bimbit untuk memancing mereka. Apalah yang nak dipancing sangat dengan telefon Nokia antik yang bergetah tu? Suara tak puas hati berbunyi. Dah agak. Firman hanya mengangguk sambil menyebut "okay." Tangannya menyeluk lagi poket seluar, mengeluarkan dompet dan membuka jam tangan. Matt juga melakukan perkara yang sama. Mereka nak bagi barang tu dengan syarat aku dilepaskan? Tak berbaloi langsung. Perjanjian seperti dipersetujui apabila salah seorang daripada mereka turun dari motosikal dan berjalan ke arah Firman dan Matt.
Firman menongkat motosikalnya dan berjalan ke arah aku. Matt disuruh turun dari motosikalnya dan meniarap.
"Hana… Jalan ke sini dengan tenang. Naik atas motosikal tu."
Aku mengeluh malas, sebelum melangkah dengan penuh tidak bersemangat. Adalah dalam sepuluh orang. Mata aku ni dah nampak dah titik-titik putih di badan mereka. Cuma perlu tahu, pergerakan apa yang sesuai untuk combat. Firman dan aku berselisih dan ekor mata kami bertemu. Dia memberi isyarat supaya aku bersiap-sedia.
Barang-barang Firman dirampas, dibelek dan dibuka. Seperti tak puas hati, mereka bersuara lantang dan tangan menunjuk ke arahku. Firman melihat aku sekilas kemudian menundukkan kepalanya. Aku melihat dengan perasaan yang tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Cermin mata hitamnya juga dirampas. Firman berjalan ke arahku dengan diiringi oleh empat orang lelaki. Firman tangkas menyiku dan menendang mereka. Sekelip mata sahaja, empat-empat orang itu sudah terbaring dan mengaduh kesakitan. Firman pantas berlari ke arahku.
"Hana!"
Aku dah mati akal dan tak tahu nak buat apa. Firman sudah melompat naik dan membonceng di belakangku. Tangannya memegang tanganku erat, memulas minyak semaksima yang mungkin. Kaki mengangkat tinggi kakinya dan meletakkannya di tempat pemijak kaki. Hai la… Macam couple pergi dating dengan superbike la pula. Motosikal berputar ligat dan menderu laju, membelah hutan dan mencari jalan keluar. Telingaku menangkap ngauman motosikal yang mengejar kami dari belakang. Fokus Hana… Ada berapa? Lima? Lapan? Sepuluh? Keadaan sekeliling dan jalan di depan seperti tak terakam di minda kerana kelajuannya. Sakit kepalaku dengan kegerunan cara Firman membelok dan meredah. Laju dan bingit.
Kami sampai ke jalan besar dan terus menuju ke kawasan pasar. Cilok-mencilok dan kejar-mengejar berterusan. Wow, bertaburan gerai-gerai dan kerusi meja dilanggar motosikal. Manusia bertempiaran lari dan menyelamatkan diri. Dah jadi macam adegan filem dan aku tak sangka aku sedang berada dalam adegan ini.
"Hana! Tunduk! Undur ke belakang!"
Tunduk? Undur? Aku cuba memahami dan mengikut apa yang disuruh. Aku menundukkan badan serapat yang boleh ke badan motosikal dan mengundur ke belakang. Tangan memanjang, tetapi tidak melepaskan handal motosikal. Gila la nak lepas. Mau tergolek aku nanti. Firman berdiri, melangkah kepalaku dan mengambil kedudukan di depan.
Wow, is this step on me, S&M edition? Kami bertukar posisi. Firman memecut deras dan tanganku memegang erat hujung bajunya.
Lonjakan kuat motosikalnya menyebabkan aku tersembam dan kaca mataku patah kerana terhentak dengan belakang badannya. Mujurlah peha aku ni kuat! Ganas sekali Firman membelok, hidungku membau kesan terbakar, dan asap berkepul keluar daripada tayar motosikalnya, menghadap pengejar-pengejar kami. Dia memberhentikan motosikalnya serta-merta. Aik? Nak angkat bendera putih ke? Tangannya memulas minyak kuat-kuat dan biji mataku dah berputar. Tak adanya lelaki ego tinggi ni nak angkat bendera putih. Dah agak Firman nak buat apa. Muncul motosikal-motosikal yang mengejar kami dan Firman menderas melanggar mereka.
Pegangan bajunya bertambah erat dan aku memejamkan mata rapat-rapat. Sebaik saja mataku terbuka, dua buah motosikal sudah jatuh bergelimpangan. Wow, power juga motosikal Firman ni. Padanlah dengan harga. Kedengaran bunyi geseran dan seretan besi yang memedihkan koklea. Firman membrek mengejut. Terangkat motosikal di bahagian belakang dan aku tercium belakang badan Firman. Bunyi tayar motosikal bergesel dengan jalan tambah mengilukan. Motosikal berputar 1540 darjah sebelum berhenti dan menunggu lagi.
Nafasku tidak terkawal dan aku tercungap-cungap. Dadaku terasa sesak dengan situasi ini.
Sungguh aku tak sangka situasi macam ni boleh memberi kesan kepada penyakit yang aku alami. Sekali lagi motosikalnya laju memecut dan tanganku mencengkam dada untuk menenangkan diri.
Kakinya menendang tayar motosikal mereka dan dia nekad melanggar motosikal mereka. Akhirnya motosikal Firman turut meluncur jatuh dan kami turut sama selamat terjatuh. Sakit di lutut tak dapat dibandingkan dengan kondisi kesihatan mentalku. Tanganku menyentuh dada, menenangkan diri sambil menarik nafas dalam-dalam. Tubuh berdiri dalam keadaan tidak stabil tetapi aku gagahkan juga.
Kami dikepung. Ada sepuluh orang. Aku memejamkan mata sebelum membuka mataku semula. Fokus! Salah seorang memelukku dari belakang, tapi belum sempat mereka berjaya tubuhku bergerak ke kiri sedikit secara refleks. Tubuh mereka hampir tersembam ke depan dan kesempatan itu aku ambil untuk menyerang bahagian tengkuk mereka dengan tepi tapak tanganku. Dia pengsan. Bagus!
Satu tangan datang menumbuk, pantas tumbukannya aku tangkap dengan tangan. Dia terdedah! Tubuhku membongkok dan kedua jariku cekap menyerang enam puluh empat titik di badannya. Dia terbatuk darah dan tersungkur.
Baru aku perasan, yang mereka asyik nak peluk aku je. Lelaki entah mana ni, tangannya mencekau tubuhku, ingin memelukku. Aku menunduk, cuba mengelak. Pantas aku menyerang bahagian abdomennya. Lelaki itu terbatuk-batuk dan jatuh. Dia cuba untuk berdiri sambil memandangku tajam. Matanya terbeliak apabila mata kami bertemu sebelum dia pengsan.
"Awak okay tak?"
Aku menoleh ke arah Firman. Dia bercekak pinggang, mengatur nafas yang termengah-mengah.
Tiada jawapan.
Masing-masing tidak bersuara. Nafas termengah-mengah Firman yang kian makin kuat dah tidak dapat aku dengar.
"Do you believe in chi?"
Aku tersentak. Suara tu!
Matt baru sampai. Dia dan beberapa orang membantu mengikat dan memberkas mereka. Penjual mula menadah tangan, meminta ganti rugi. Firman menunjuk ke arah aku. Aku hanya berdiri di situ dan tiada reaksi. Pertama, tak faham. Kedua, tak tahu nak jawab apa. Ketiga, kenapa aku yang perlu bertanggungjawab? Siapa yang bawa motosikal tadi? Kedengaran bunyi hon motosikal dari belakang dan aku cepat sahaja mencelapak naik.
"Jangan tarik baju saya kuat-kuat! Nanti terkoyak!"
Aku rasa nak tepuk dahi. Tak adanya aku nak koyakkan baju dia. Ingat aku perogol ke kerja koyakkan baju orang? Lagi satu, tak adanya aku nak ada perasaan dengan dia! Sadis, not my type!
"Kejadian ni tak akan berlaku kalau awak dengar kata saya!"
Sergah Firman sambil membuka sarung tangannya. Kemudian, dicampaknya kasar ke atas motosikal.
Aku mengeluh lagi. Malas nak bertekak. Mataku memandangnya dengan penuh keruh.
"Susah tau kalau macam ni… Masing-masing asyik nak salahkan orang. Okay, kalau macam tu, kita kawan… As equal, ada tolak ansur. Bukan nak mengarah dan memerintah. Tiada siapa di atas dan di bawah."
"Kawan macam mana tu? Saya tak berkawan dengan sembarangan orang. Lebih-lebih lagi dengan perempuan. Saya lebih suka hubungan kita atas dasar professional… Nothing personal."
Aku mencebik di luar pengetahuannya. Professional konon! Cakap macam meriam.
"Listen mr bodyguard! Saya akan ganti semula barang yang mereka rampas."
"No! You listen! Jangan awak nak berlagak sangat, mentang-mentang awak kaya. Awak tahu tak apa yang mereka mahu tadi walau saya telah menawarkan mereka berbagai barang dan duit?"
Melihat aku terdiam, Firman menyergah lagi.
"Mereka mahukan awak!"
Matanya merenung tajam aku yang refleks menjauh akibat suaranya yang kuat.
"Awak tak faham? Mereka mahu memperkosa awak, menjual dan menjadikan awak pelacur."
Aku speechless.
"Kehormatan dan dara seorang gadis bukan soal main-main. Walau duit awak beribu… Tidak akan mampu mengembalikan kesucian yang telah ternoda. Kalau awak mampu menjalani pembedahan memulihkan dara sekali pun, ia tetap tidak akan sama, tidak sama dengan yang asli. Sekali kehormatan dan kesucian tercemar… Selama-lamanya akan tercemar! Kasihan kepada lelaki yang akan menjadi suami kepada perempuan hina seperti itu!"
Dia kata… Perempuan macam tu… Hina? Dadaku berombak. Bergelora. Sikit lagi nak jadi tsunami.
Mukanya keras menatap mataku. "So my precious… If you wanna stay here, you had better listen to me. Hope this will be a good lesson for you. Jangan nak berlagak dan sombong sangat. Bumi tak akan tenggelam dengan hentakan kaki awak. Langit tak akan runtuh dengan suara awak. Sedar sikit!"
Mataku berkaca menghadap mukanya. Aku mengetap bibir mencari kekuatan. Siapa dia nak kata perempuan macam tu hina? Tak ada perempuan dalam dunia ni yang suka dirogol dan nak dirogol. Kasihan lelaki yang menjadi bakal suami? Kalaulah teruna tu ada tanda, rasa-rasanya majoriti lelaki di dunia ni dah hilang tanda tu pada malam pertama. Ingat hal dara tu penting sangat ke? Kenapa tak salahkan binatang-binatang rakus tu? Oh, bukan semua orang dalam dunia ni baik. Okay, bahaya ada di mana-mana. Okay. Pemerkosaan adalah satu penganiayaan. Bukan hina seorang wanita itu kalau dia diperkosa. Sedangkan wanita berjilbab berpurdah menutup aurat dengan sempurna pun berisiko. Nak salahkan aku apa lagi? Aku menutup aurat dengan sempurna. Aku tidak melayani mereka. Tanganku menggenggam penumbuk erat. Tetapi aku tak menjawab.
Tangannya membuka compartment motosikalnya lalu mengeluarkan jaket dan dilibas kuat ke badan motosikal. Aku terbawa ke alam realiti. Marah. Kalau marah sangat pergilah belasah lelaki-lelaki tadi. Nak tebus dengan harta konon! Tak adanya orang nak puas hati dengan telefon bergetah tu, dompet kosong tu. Nak maki aku pula. Dia melangkah pantas ke sungai. Aku memerhati tubuhnya yang kian menghilang dengan tsunami di dada. Sakit. Sakit sangat. Wajahku berkerut-kerut.
"Kakak! Kenapa ni?!" Kelam-kabut Fatimah dan Mai Tuan mendapatkan aku.
"Allahuakbar! Kenapa ni ya binti?"
Cemas sekali mereka memegang dan membelek luka-lukaku. Aku memegang tangan Mai Tuan dan memandangnya dengan mata yang basah. Dia turut memandangku dan serta-merta aku teresak-esak sambil dipeluknya.
"Sabar ya binti. La tahzan. Innallaha ma'ana." Dia memujukku. Ah… Ayat itu. Ayat generic yang selalu aku dengar. Betul ke Allah ada bersamaku? Betul ke? Oh Allah, adakah Engkau sedang melihatku sekarang? Adakah Engkau turut bersedih dengan kesakitanku?
Monologku terhenti apabila Fatimah sibuk mencari ubat dan menyapunya pada wajahku. Aku hanya berdiri kaku sehingga mereka meminta aku membuka baju. Barulah aku nampak kesan kecedaran dan lebam di sana sini. Pettycoat aku koyak di bahagian lutut dan lututku berdarah. Ada kesan geseran motosikal di kedua-dua belah peha sehingga ke betis. Mujurlah bajuku tak terkoyak kerana mereka tidak memegang badanku. Hanya bahagian bawah sahaja terkoyak bahana adegan kejar-mengejar tadi. Pasrah sajalah, kalau berparut.
Kedengaran suara kecoh Mai Tuan bersoal jawab dengan Firman yang baru pulang dari sungai. Kemudian keadaan menjadi sunyi. Aku merenung luka di tubuhku dengan pandangan kosong. Kemudian aku disuruh berbaring dan badan dituam dengan kain yang berisi pasir di dalamnya. Baru aku sedar, kepalaku benjol. Mintalah jauh daripada biul. Setelah hilang pedih di badan, aku terlena dalam keletihan.
Siapa dia nak kata perempuan macam tu hina? Tak ada perempuan dalam dunia ni yang suka dirogol dan nak dirogol. Kasihan lelaki yang menjadi bakal suami? Kalaulah teruna tu ada tanda, rasa-rasanya majoriti lelaki di dunia ni dah hilang tanda tu pada malam pertama. Ingat hal dara tu penting sangat ke? Kenapa tak salahkan binatang-binatang rakus tu? Oh, bukan semua orang dalam dunia ni baik. Okay, bahaya ada di mana-mana. Okay. Pemerkosaan adalah satu penganiayaan. Bukan hina seorang wanita itu kalau dia diperkosa. Sedangkan wanita berjilbab berpurdah menutup aurat dengan sempurna pun berisiko. Nak salahkan aku apa lagi? Aku menutup aurat dengan sempurna. Aku tidak melayani mereka.
Share this novel