Chapter 24

Adventure Series 1746

Aku menatap puas diri aku di depan cermin. Pakaian aku sopan dan terpelihara. Nasib baik aku sentiasa bersiap sedia dengan banyak pakaian. Risau! Takut nanti tak cukup baju, atau tak ada baju yang sesuai untuk bermacam jenis tempat. 

"Cantik kakak. Nampak lembut, suci dan menyenangkan. Macam nak pergi akad nikah je."

"Ermm… Kalau warna lembut dan putih hanya untuk akad nikah je sampai bila pun tak boleh pakai. Tak merasalah orang yang suka warna lembut tu." 

"Kakak dah okay ke? Boleh jalan-jalan lagi malam ni?"

"Dah okay… Tak ada apa sangatlah. Ai angah kata kakak pun dah okay. Jom kita turun."

Ketika kami sampai, Firman dan Matt sudah siap menunggu di lobi. 

"Wow, bersut siap. Apa majlis ni?"

Tak sangka aku rupanya Firman mampu bergaya hebat. Kenapa rumahnya tak ada jamban yang normal? 

"Sampai sana taulah. Nak cakap apa pun tak tahu nak cerita macam mana."

Kami menghantar Fatimah ke rumah saudara Firman, sebuah rumah khas yang terdapat di dalam kawasan Masjid Besar Phnom Penh untuk siak. Kami menumpangkan Fatimah sekejap ke situ dan Matt menghantar kami ke satu tempat. 

Firman turut membuka pintu untuk aku. Matt beredar. 

"Kenapa Fatimah dan Matt tak join kita?" Dan kenapa awak tiba-tiba jadi gentleman ni? 

"Fatimah tak berminat dengan acara malam ini. Matt saya memang tak pelawa. Malam ini kita berdua saja. Rezeki awak… Dapat undangan ke majlis begini. Awak pasti suka."

"Alhamdulillah… Terima kasih sebab bawa saya ke sini."

"Bukan kebetulan… Takdir."

Aku melihat keadaan sekeliling. Sebuah panggung pameran seni mungkin. Ramai yang berpakaian formal dan tradisional. Lelakinya bersut atau berpakaian tradisional Kemboja, perempuan kebanyakannya berblouse lengan pendek, tanpa lengan atau panjang dengan berkain seperti kain tenun dan songket. Cuma wanita asing saja yang berpakaian kebangsaan tradisional masing-masing. Salah seorangnya adalah aku. Nasib baiklah aku mengenakan jubah berwarna putih kosong di dalam dan memakai jubah labuh kuning di luar seperti kot. Tudungku berwarna putih labuh bercampur dengan warna coklat pudar dan berniqab putih. Pakaian kegemaran, yang selalu dipakai oleh Sheikh Arab di Mesir. 

Kami disambut dan dipersilakan mengambil tempat, berdiri dalam satu barisan sambil menunggu sesuatu yang aku tidak tahu. Mungkin pada malam ini ada persembahan kesenian dan kebudayaan Kemboja. Mataku bersinar, penuh teruja. Memang aku perasan, banyak mata memandangku, yang menutup dari atas sampai bawah, hanya biji mata yang orang nampak. 

"Excitednya! Tak sabar nak tengok persembahan tu. Tak selesa, banyak mata memerhati…"

"Jangan nak perasanlah. Ramai yang terkejut melihat awak… Macam ninja."

Keningku berkerut. "Firman… Awak cakap apa?" Sengaja aku melayan mulut lasernya. Bibirku dan otot muka turut bergerak mengikut kerutan wajah di belakang niqab. 

"Ninja. Nampak biji mata je. Ninja lah tu…"

Aku melepaskan keluhan tanpa sedar. Nasiblah siapa yang kahwin dengan dia. Firman menunduk sekilas dan tersenyum memandang wajah keruhku. Terasa seperti sengaja dia mengusikku dan cari pasal denganku, dan dia seronok tengok muka keruh aku. Bukan main lagi bising suruh aku berpurdah merata, ni aku berniqab boleh pula dia kata aku ni ninja. Dulu bukan main lagi persoal niqab aku, malam ni cari gaduh dengan aku, dengan menggelar aku ninja. Dah lah dia seronok tengok muka keruh aku! Dia merenung aku dengan pandangan membunuh dan menikam. Aku tak ambil pusing, walau jantung ini sedang berdegup kencang. 

"Terima kasih kerana menggelar saya ninja." 

"Apa maksud Hana dengan terima kasih?"

"Entah. Saya tak tahu nak jawab apa. Lagipun saya suka je tengok ninja. Nampak misteri dan menakutkan. Macam saya lah tu."

Firman menajamkan lagi matanya ke arahku, dengan muka pelik. Aku memandangnya dengan kening terangkat. 

"Kenapa? Awak ingat saya akan marah ke? Tak lah. Saya tak faham je. Kenapa awak nak cari pasal dengan saya, kenapa awak suka tengok saya marah, itu aje." Aku mengukir senyum nipis di hujung ayat. 

"Oh ya, saya minta maaf dulu sebab komen saya pada penampilan awak. Awak nampak kacak dengan jambang yang kemas. Seronok saya tengok. Rambut samurai pun dah tak ada. Lelaki Arab tak sesuai simpan rambut samurai. Tapi di mata saya, sesiapa yang berpakaian tradisional yang sopan, terserlah kecantikan dan kekacakan mereka." Aku memandangnya dengan mata yang bersinar, seperti kanak-kanak. 

"Cik Hana perasan tak kalau Cik Hana marah… Hidung Cik Hana bertukar menjadi badut?"

Wajahku berkerut seribu. Firman menunduk sedikit, bercakap perlahan kepadaku. "Hati-hati dengan hidung tu. Satu hari nanti boleh hilang kalau ada orang yang…"

Aku memandang wajahnya dengan muka tak faham. "Kalau ada orang apa?"

"Just wait and see, Cik Hana yang berhidung merah…"

"Ermm… Saya juga ada nasihat yang baik untuk Mr. Bodyguard…"

Firman mengangkat kening, meminta aku teruskan. "Saya nasihatkan Mr. Bodyguard supaya menambah baik teknik untuk menyakitkan hati saya dan buat saya marah… Sebab saya sebenarnya suka disakiti… Lebih sakit lebih bagus. Apatah lagi kalau awak menikmati menyakitkan hati saya… Lagilah saya suka." 

Firman merenung aku seperti nak tergelak. Aku menahan muka toya. Nafas berat aku lepaskan. Penat layan orang macam ni! Bosan! Tak ada benda lain yang lebih menarik ke?! Satu pengumuman menyebabkan semua orang terdiam. 

"Okay… Tetamu istimewa dah sampai. Now, this is the rule of sampeah. Ingat betul-betul. Ini cara memberi hormat kepada rakan sebaya, tapak tangan dirapatkan dan diletakkan di paras dada. Kalau orang lebih dewasa atau tua, kedua-dua belah tangan letak di bahagian dagu dan kepala menunduk sedikit. Kalau nak menghormati ibu bapa, datuk nenek atau guru, kedua-dua belah tangan diletakkan paras hidung. Sekejap lagi, Raja Negara Kemboja akan datang, so cara menghormati baginda adalah dengan duduk bertinggung, lutut kanan rapat ke lantai, kaki kiri angkat sikit, seperti gaya menembak, kedua-dua belah tangan rapat ke dahi, hidung dan kepala menunduk sedikit. Tapi tak perlu duduk macam tu pun tak apa… Hanya merendahkan diri sedikit, bila baginda lalu, awak dah boleh bangun. Make me proud, my precious." Dengan anggukan kecil, dia tersenyum puas. 

Pengumuman ketibaan Raja Norodom Sihamoni masuk ke dalam dewan. Semua bersiap-sedia dan membetulkan kedudukan masing-masing. Aku terleka sekejap dengan penampilan Raja Norodom Sihamoni yang comel. Berusia dalam lingkungan 50-an mungkin, bertubuh sederhana, kepalanya botak dan senyumannya melucukan. Baginda raja semakin mendekat dan barisan yang berdekatan dengan kami mula menundukkan badan. Firman menoleh ke arahku sekilas. Pressure! Aku mengekalkan wajah poker face, walhal rama-rama dah mengepak di dalam perut. Apabila tiba giliran barisan kami, aku merendahkan badan dan mula mengangkat sampeah. Satu sentuhan yang lembut mendekat dan tanganku refleks mengelak. Kepalaku angkat dan mata kami bertentang. Raja Norodom turut merapatkan kedua-dua belah telapak tangannya dan tersenyum lebar. Aku membalas senyumannya dengan senyum plastik dan melihat dia bergerak ke depan. Dia membalas setiap sembahan rakyat dan tetamu yang lain. Begitu mesra dan merendah diri. 

Firman bercakap perlahan. "Baginda sentuh awak?"

"Hampir…"

"Itu bermakna baginda suka awak." Nada suara Firman lain macam saja. Aku mengukir senyum sumbing. Entah kenapa aku tak rasa dimuliakan pun. Mesti sebab aku perempuan Asia yang cantik. Lelaki tipikal. 

"Tak kena pun… Baginda seorang yang penyayang, lembut, dan sukakan kesenian. So, did I make you proud Mr Bodyguard?" balasku dengan nada malas, tidak berminat dengan isu sentuh itu. 

"Hampir tepat… Pandai awak teka."

"Yelah…" Kami berbalas pandangan dengan jawapanku. 

Masing-masing mengambil tempat duduk. Lagu kebangsaan Kemboja dimainkan. Rahang bawah ku hampir jatuh. Keluar dua barisan penari perempuan kesemuanya seramai 50 orang. Berpakaian seperti penari Mak Yong atau Menora di Kelantan. Dengan perhiasan kepala yang tinggi berwarna keemasan, telinga kanan diselit bunga kemboja, manakala di tangan masing-masing setangkai kudup bunga teratai. Cantik. Aku memejamkan mata sambil menikmati lagu yang dipasang. Tangan mereka lentiknya luar biasa. Begitu lemah gemalai, salah satu representasi untuk kekuatan di sebalik kelembutan, satu imej yang aku suka. 

Firman bercakap perlahan. "Apsara Dance or Robam Apsara. This dance is very famous in Cambodia."

Aku terbeli. Mataku memandang mereka tak berkelip. Tiada apa yang keluar dari bibirku. Hanya anak mata yang bersinar-sinar penuh teruja. Sempat aku memandang Firman dengan anak mata ini, sebagai tanda aku gembira dan suka. Tamat persembahan, semua penonton bertepuk tangan dan berdiri. Aku turut mengikut perbuatan mereka. Sangat mengagumkan! 

Kami berjalan-jalan di sekitar Phom Penh. Firman membawa aku ke pasar seperti pasar malam. Di tengah tengahnya terbentang tikar yang banyak. Pengunjung boleh membeli makanan dan duduk di situ. Firman membuka tali leher, dilipat dan dimasukkannya ke dalam seluar. Aku membetulkan tudung, niqab dan kain jubah yang ditiup angin. Dalam hati aku menyesal bahana tak prepare brooch lebih. Sibuk sangat nak melaram, sampai lupa, angin Kemboja pervert, nak terbangkan kain. 

Terasa dada diusik, pantas aku mengangkat kepala. Kot Firman sudah berada di badanku. 

"Eh tak apa ke…" Aku merasa cuak dengan keprihatinannya. 

"Pakai aje, nanti orang tengok aurat awak." Aku mengukir senyum nipis. 

"Terima kasih… Awak tak sejuk ke?"

"Tak… Dah biasa."

Macam tak biasa aje. Aku mengukir senyum lucu setelah memandang Firman, mata masih memandang ke depan. Sibuk nak mengawal macho, biarkan saja dia. 

"Cantik persembahan tadi."

"Boleh tak kita anggap sebenarnya malam ni kita date?"

Aku buat muka pelik. Ketawa yang kedengaran dari arah belakang membuatku menoleh dengan wajah geram. 

Wajah yang bermata sepet itu memandang kami dengan pembalut putih di tengkuknya. 

Tanganku menunjukkan penumbuk. "Seronoknya gelakkan orang!" Kaki mengatur langkah ke arah gerai itu. Ketawa itu masih belum padam walaupun kami berdua sudah berdiri di depan gerai kecil itu. 

"Bisnes okay kah?" Mataku meliar melihat bilah tajam bermacam design di depan mata. Ada yang berbentuk kunai, pisau pendek. Tapi yang paling menarik ialah bahagian pemegang bilah itu. Berwarna emas berbentuk naga, dengan latar belakang indigo. Memang cantik. 

"Macam inilah. Tapi seriously, you sudah ada marka ke?" Wajah ceria itu aku pandang dengan muka geram. "No, we're not dating. I dah bertunang, ok. Lagipun, lelaki sadistik is not my taste."

Mata Hong Keat bertembung dengan Firman. Dia kelihatan seperti tidak menaruh dendam terhadap Firman. "Boss, lu apa khabar?" 

Firman mengukir senyum pedas. "Baik, thank you." Hong Keat masih mengukir sengih ceria melihat kami berdua. "I bersyukur tengok you okay, Hana. My deepest condolences."

Kedua-dua belah mataku mula menunjukkan riak keruh. "I sorang je ke yang tinggal?"

Hong Keat angkat bahu. 

Kami bertukar nombor telefon dan cara komunikasi sebelum meninggalkan gerai senjata Hong Keat. 

"Awak tak nak shopping apa-apa ke? Bukan awak suka ke simpan koleksi pisau tu?" Keningku terangkat. "Nah… Bukan urusan awak." 

Aku terloncat ke hadapannya sebelum mendepakan kedua-dua belah tangan. Dia tersenyum nipis. 

Kami sampai ke sebuah gerai. Bertulis bismillah dan assalamu'alaikum. Firman membeli dua roti panjang, diselit di tengahnya daging bakar berwarna merah seperti sate, jeruk betik seperti somtam tetapi bumbunya tak sebanyak somtam dan ditabur dengan sedikit sos cili. Roti itu kemudian dibalut dengan kertas tisu seperti hot dog. Kemudian dua mangkuk ABC, ais parut yang diisi jagung, kacang merah, buah butir nangka, air gula dan santan. Aku membawa ABC dan mengekor Firman yang sudah bersila dengan roti sate tadi. 

Kami menikmati roti sate itu dan mulutku berdesir. 

"Kenapa?"

"Sedapnya! Dahlah pedas pula tu! Tak sangka, sebab tadi tengok letak sos cili ja. Daging pun lembut, pandainya orang kedai tu buat, teringin saya nak belajar."

"Kejap lagi Hana rasa manisan ABC ni pula."

Aku membawa satu sudu manisan ke mulut. Ermm… Sedap! Walaupun aku tak suka makan santan, tapi sedap. Aku mengangguk-angguk dengan senyum kagum. 

Kami berjalan kaki menuju ke Puncak Hotel. Alasan Firman nak aku nikmati pemandangan malam di Phom Penh puas-puas. Aku tak kisah pun sebenarnya. Sebab di kampung pun, pemandangan malam cantik juga. Tapi aku tetap meminta Firman supaya membawa aku jalan-jalan lagi. Firman hanya mengangguk. 

"Boleh saya tanya awak sesuatu?"

"Tanyalah…"

"Awak ni siapa sebenarnya?" Soalan yang dah lama aku pendamkan sejak di dalam ofisnya tadi.

"Kenapa awak tanya?"

"Sebab saya nak tau."

"Apa yang awak harapkan… Siapa saya sebenarnya? Seorang yang kaya-raya? Business berjuta? Seorang lelaki yang hebat? Ada segala-segalanya sehingga semua perempuan tergila-gilakan saya?"

"Saya tidak mengharapkan itu semua. Cuma saya pelik… Awak ada duit, awak mampu. Sepatutnya sebagai anak lelaki dan ketua keluarga awak memberi keselesaan kepada dua orang wanita yang paling awak cintai dalam hidup awak. Awak bersut kemas tapi rumah awak tidak ada jamban yang merupakan keperluan. Itu bukan zuhud. Zuhud bukan menolak dunia seratus-peratus. Kalau awak selekeh pun, awak tak boleh expect orang lain untuk merasa senang melihat wajah awak yang penuh semak-samun. Apatah lagi awak membawa imej agama dalam kehidupan awak. Tengoklah apa yang orang kampung cakap tentang awak." 

Firman tersenyum sedikit, berdiam sekejap sebelum bercakap. "Saya hanya orang biasa, seperti yang awak kenal saya. Cuma agak berada jika dibandingkan dengan orang kampung. Saya segan nak bergaya memandangkan ramai yang miskin dan tidak mampu. Rasa macam tak kena. Macam ada kelas pula. Saya tak suka dilihat lain daripada orang. Saya juga tak suka orang lain merasa rendah diri dengan saya. Apa pun keluarga kami bukannya kaya raya, cukup makan pakai. Pakaian ini semua saya simpan di ofis. Tak branded pun, brand cikai aje. Ada keperluan, baru saya pakai. Saya pakai apa yang ada… Asalkan aurat terjaga. Tapi itu dulu… Sejak peninggalan arwah abang saya, kami mengalami krisis kewangan yang teruk. Saya pula tak mahir dalam dunia perniagaan. Bukan bidang saya dan saya tak minat. Saya terpaksa belajar dan menangani perlahan-lahan masalah yang timbul. Syarikat pelancongan kami mengalami krisis kewangan dan pengurusan yang kronik. Kesannya amat besar sehingga menjejaskan keseluruhan kehidupan kami dan kampung. Sikap saya berubah-ubah? Perasaan awak saja kut. Awak kan kuat perasan."

Sabar ya Hana! 

Kami sama-sama melabuhkan punggung di atas sofa di lobi Puncak Hotel. Kemudian Firman menyambung. "Banyak benda yang kena fikir dan selesaikan… Nak teruskan amanah dan legasi perjuangan yang dimulakan oleh nenek moyang saya. Satu benda yang saya kurang minat nak buat. Dakwah dan pendidikan. Jiwa saya lebih kepada polis dan sukan. Itu saja yang boleh saya ceritakan pada awak. Sebenarnya saya tak minat nak kongsi masalah saya dengan orang, lebih-lebih lagi perempuan."

Aku mengukir senyuman membunuh. "Tak apalah kalau awak tak selesa. Bukan urusan saya. Terima kasih sebab bawa saya jalan-jalan. Sungguh."

"Saya juga nak tanya awak satu soalan. Awak memang tak boleh nak berenggang langsung dengan senjata tajam awak tu?"

Aku mengukir sengih malu tanpa menjawab.

"Kenapa? Tak boleh tinggalkan langsung? Saya boleh pertahankan awak. Awak pun boleh pertahankan diri tanpa senjata tajam tu. Saya rasa dah cukup dari mengusung ke hulu ke hilir. Sampaikan ke sini pun awak bawa." 

"Bukan urusan awak."

Firman mengangguk tanda mengerti. 

"Saya naik dulu. Awak pula?"

"Saya nak pergi jemput Fatimah. Selamat malam. Assalamualaikum."

"Walaikumsalam." Aku menjawab perlahan. 

Thank you sbb membaca karya ini. Rate kalau suka dan komen utk penambahbaik t kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience