"Angah... Jaga diri baik-baik..." Itu pesanan Along padaku.
Aku menyandar rapat di dinding hotel. Along begitu rapat denganku sehinggakan aku jadi tak selesa. Tapi sayang, aku selesa dijaga dan dilindungi Along. "Along, sampai hati Along nak tinggalkan Hana dekat lelaki yang Hana tak kenal. Umi dengan Abah bagi ke?" Soalku. Along kelihatan serba salah. "Ac.. Tually... Along dah dapat izin Umi dengan Abah untuk tinggalkan Hana dengan Firman." Dia tersengih. Mataku membulat mendengarkan itu. Geram pun ada.
"Hana... Along serious. Jaga diri baik-baik. Along sayang Hana." Aku mengangkat memandang Along. Kemudian bibir mengukir tawa.
"Datang sini jauh-jauh... Tambang mahal-mahal... Konon dengan niat murni tapi buat maksiat pula dekat sini."
Serta-merta pandangan kami berdua tertancap ke arah Firman. Darahku tersirap. Dia langsung tidak tahu siapa aku dan dia berani menghukum aku?!
Aku mematikan pendingin hawa. Mata masih melihat pemandangan di luar tingkap. Cuaca sejuk di Kemboja ni terasa lain macam. Beriklim monsun tropika. Kalau panas, panasnya melampau, kalau sejuk, sejuknya melampau tetapi tidaklah sampai turun salji. Melihat manusia di luar, semuanya berbaju tebal dan bernafela. Kena yang bergaya sikit, siap bertopi dan berjaket seperti mat salleh di Eropah sana. Dahlah sejuk, berangin kuat dan semua berjalan tertunduk-tunduk sambil berbungkus kemas. Aku saja yang mengenakan jubah hitam dan niqab serta headphone.
Along tak lupa mengingatkan aku supaya mengenakan pelembap bibir untuk mengelakkan bibir dari menjadi kering. Muka juga tepek cukup-cukup dengan foundation dan Hada Labo bagi mengelakkan kulit kering. Aku taklah minat menjaga kecantikan tetapi demi fitrah kewanitaanku akan aku pelihara nikmat ini dengan apa sahaja yang halal dan tanpa was-was.
Bunyi loceng bilik mengejutkan aku. Kesayuan ditinggalkan Along tadi masih belum hilang. Demi niatku ini, aku cuba keraskan hati.
Pintu kubuka. Firman yang diminta untuk menjadi penjagaku berdiri di depan. Aku melihatnya sekilas. Dia ingin mengangkat beg-begku. Sudah tiba masanya kami berangkat. Aku hanya membiarkannya dan masih berada di alamku dengan lagu Taemin.
"Hei! Awak nak berangan sampai bila? Kita harus segera bertolak. Semua orang sudah siap di bawah, cuma tunggu my precious ini aje."
Amboi, mulut! Aku mematikan lagu. Memandang wajahnya dengan kening berkerut. Cermin mata hitam tak pernah lekang dengan topi Maher Zainnya. Berjaket besar dan berseluar lusuh berjanggut misai serabut dan serabai. Aku cukup tidak suka dengan penampilannya.
"Nama saya Hana Zulaikha. Boleh panggil saya Hana." Aku cuba berlembut dengannya.
"Hana. Nama yang tak sesuai. Tak kena dengan awak. Nama itu terlalu kebaratan. Nama Ameerah lebih sesuai. Senang disebut, bunyi Arab dan maknanya pun cantik... Puteri. Semoga awak dihormati, disegani dan mampu memimpin kaum wanita dengan berwibawa."
Pandai-pandai aje dia tukar nama aku! Ingat pendiam, tapi rupanya mulut macam mp3, tak reti nak berhenti!
"Okay, saya ada beberapa pesanan untuk awak. Awak sebagai penjaga saya sahaja kan. Saya nak awak faham saya. Tak perlu nak babysit saya. Tak perlu nak berkepit dengan saya. Saya tak selesa. Datang dekat dengan saya bila perlu saja. Okay? Lagi satu, hati-hati dengan saya."
Kelihatan dia senyum sinis.
"Kenapa saya perlu hati-hati dengan awak?"
"Sebab saya lain dari yang lain. Sangat unpredictable and as cunning as a fox. No one in my family can handle that."
"Saya rasa ahli keluarga awak tu bukan tak mampu nak handle awak. Awak yang sombong dengan mereka. Perasan lebih."
"Mereka tidak mengenal siapa diri saya yang sebenarnya."
"Sebab awak sombong. Ada apa lagi pesanan Cik Ameerah?"
Aku mengerlingnya tajam. Bisa sungguh lidahnya.
"Hana. By the way, I don't need a bodyguard. I can take care of myself."
"Saya dipaksa menjadi translator dan bodyguard awak. Saya diwajibkan menjadi bayang awak sama ada awak suka ataupun tidak. Saya diberi arahan yang tegas, jangan ada seekor nyamuk pun yang berjaya menghisap darah awak yang lemak manis berkrim."
Huh? Astaghfirullah hal azim! Aku mengusap dadaku perlahan. Masha Allah, ayat dia...
"Siapa yang beri arahan? Kalau awak dipaksa, saya juga tidak mahu dipaksa menerima awak. Tiada orang lain dah ke selain awak?"
"Maaf kerana menghampakan awak. Memang dah tak ada lelaki lain yang sanggup. Melindungi seorang gadis Melayu dari Malaysia yang nampaknya begitu manja dan lembik tetapi perasan warak dan hebat."
"Kita tak akan bergerak walau seinci pun kalau awak terus merenung saya. Mesti sampai sebelum malam. Siang lebih selamat. Banyak lagi masa awak boleh renung saya puas-puas. Free aje tak perlu bayar. Lagi satu, saya perasan perempuan Melayu ni kurang malu. Tak ada nak tundukkan pandangan. Lagilah kalau tengok lelaki seperti saya, seperti nak duduk dan masuk ke dalam jantung saya."
Astaghfirullahal azim. Aku mengalihkan pandangan dari terus memandangnya. Tetapi aku terperasankan sesuatu.
"Oh please! Selama ini saya ingat lelaki Melayu saja yang kuat perasan. Lelaki Kemboja lagi sadis rupanya. Dahlah kuat perasan, tak sedar diri pula tu."
"Saya berdiri memerhati gelagat kamu semua dengan penuh meluat. Lagi-lagi gelagat gedik kamu. Lelaki, perempuan, sama saja. Apa yang kamu faham tentang penderitaan kami kalau datangnya cuma sekadar seminggu? Hanya melihat sekali imbas saja kesengsaraan dan kemiskinan kami? Cukupkah masa seminggu itu untuk memahami jiwa dan perasaan kami? Datang dengan berbagai kamera dan stesen TV, canang dan siarkan ke seluruh dunia. Oh kami dah melakukan pelbagai usaha untuk anak-anak Islam di Kemboja. Insaf sekejap sehari dua. Bila kamu balik semula ke Malaysia, terus diam. Segala janji lupa. Tahun depan sedekah seekor dua lembu. Lepas tu senyap."
Aku terdiam mendengarkan kata itu, namun kata itu tak memberi kesan padaku walau sedikit pun. Aku bukannya orang kaya yang menyumbang kepada misi ini. Datangku bukan dengan niat menolong, walaupun niatku untuk mengajar lillahi taala.
"Tetapi mereka tetap bersedekah."
"Saya tak pertikaikan mereka yang ikhlas membantu. Saya pertikaikan mereka yang seperti awak. Posing macam model, buat-buat sedih... "
Aku memandangnya dengan kening yang bertaut. Aku tak nafikan ada benarnya katanya. Aku bukannya tolong sangat pun. Tapi aku geram sangat sebab suka-suki aje dia kata yang aku ni tak ikhlas. Dia ni kasyaf macam Ustaz Akif ke?
"Pertama kali saya jejak kaki ke sini tapi awak menghina saya seolah-olah kita pernah bertemu di kelahiran yang lepas. Awak ada dendam pada masa lampau dengan saya? Awak melepaskan segala kebencian dan kemarahan pada saya. Apa masalah awak sebenarnya? Awak sakit mental ke?"
Nak kata dia ni ada disorder macam aku, aku tengok dia nampak normal aje.
"Masalah saya ialah awak! Saya benci perempuan murahan seperti awak. Mudah didekati, mudah dicium... " astaghfirullahal azim... Membulat mataku memandangnya. Agaknya dah berapa kali aku beristighfar dalam bilik ni?
Aku memang nak sangat angkat tangan depan dia ni, tetapi aku cuba menggunakan kelicikanku. Ingat, Hana. Rule number one in fighting. Don't let emotions take over you. Aku menurunkan tekanan darah dengan tanganku, cuba menenangkan diri. Membiarkan energy chi mengalir dengan baik.
Tapi aku nak test. Aku senyum senget. Kedua-dua jari kiriku pantas ingin menikam tenketsu nya. Di perut. Tangan itu berjaya ditangkapnya. Aku cuba memijak kakinya tetapi dia mengelak. Pantas dia mengilas tanganku ke belakang. Aduh!
"Lain kali tangan kaki itu jangan sedap aje nak sepak terajang orang."
Aku terdiam. Aku nak test aje. Nampaknya aku underestimate dia. Tapi aku nak tau, dia ni tau ke pasal tenketsu? Aku memejamkan mata. Mustahil. Tenketsu juuken adalah ilmu baguazhang yang tak ramai orang tahu.
Aku menggunakan cat claws untuk mencederakan tangannya di luar sedarnya. Dia melepaskan tanganku kerana terkejut. Aku cepat-cepat menyembunyikan cat claws.
"Awak buat apa ni?!"
"Nothing!" Aku tersengih. Mana boleh bagitau.
"Budak cacat pun pandai pegang pisau... " Chung! Elok aje pisau dapur hotel kena tepat pada tepi kepalanya. Dia terkebelakang.
"Orang macam awak ni tak reti nak hormat perempuan dan perlu diajar." Dingin aku bersuara.
"Saya menghormati perempuan yang menjaga kehormatannya. Tapi perempuan seperti awak, jangankan saya nak sentuh pandang pun saya tak ingin."
"Oh, jadi awak sedang berdua-duaan dengan siapa ni?! Bukan awak ke tadi yang ketuk dan masuk ke dalam bilik saya dulu? Awak sengaja hina dan keluarkan kata-kata kesat tu untuk berdua-duaan dengan saya dengan lebih lama kan? Oh how sweet!"
"Awak nak saya jauhkan diri dari awak dengan jarak tujuh kaki? Lebih dari tujuh kaki pun boleh! Saya pun tak ingin dekat dengan awak. Nama aje perempuan tapi ketiak hangit! Busuk, tengik! Muka saya dah bertukar hijau menahan nafas!"
Melopong mulut aku mendengar ayatnya. Naudzubillahi min zaalik. Tak pernah lagi aku berjumpa dengan lelaki mulut puaka gunung berapi nak meletup macam ni. Mak dia makan apa masa mengandungkan dia dulu yang sampai dia boleh jadi macam ni? Dalam hati aku dah beristighfar sebanyak 33 kali macam yang Ustaz Ariffin ajar.
Dia bergerak ke pintu, kemudian berpaling dengan sinar mata penuh amaran.
"Suka hati saya ingatkan di sini, saya takkan merendah diri kepada manusia, tapi saya hanya akan merendah diri kepada Allah. Saya tak takut kepada manusia. Saya hanya takut kepada Allah, jadi bayangkan siapa awak di mata saya... "
Aku senyum lucu. Dia ni salah faham sikit ni...
"Awak salah faham ni. Tadi saya pesan dekat awak supaya mudah awak nak jaga saya, takut terkejut tengok saya pelik. Wallahi, bukan nak menghina. Tak perlu nak angkuh sangatlah... Bukan awak seorang saja hamba Allah. Saya pun hamba Allah juga. Saya tahu tempat saya di mana."
Diam.
Aduh... Dia ni dah kenapa? "Firman?" Aku memandang ke dalam wajahnya. Nampak asyik sangat tengok depan dah tak tengok aku. Sedihlah pula bila orang tak layan kita.
Firman merengus dan segera keluar. Aku mengekorinya, perlahan.
Let me know what you think.
Share this novel