Chapter 12

Adventure Series 1746

Beberapa paket gula dan bahan masakan aku minta untuk dihantar ke rumah Mai tuan. Segala kerja akhirnya selesai menjelang Maghrib. Kami dijamu makan oleh imam. Aku makan dengan Agak berselera. Ada lauk favourite! Burung puyuh goreng? Nah. Telur dadar dengan sup ayam? Yes! Yes! Yes!
"Fatimah... Jom mandi. Kakak rimaslah."
"Ai angah tak bagi mandi waktu senja. Ramai lelaki di sungai. Nanti tak terjaga aurat."
"Tapi kakak rimas sangatlah. Badan melekit dan busuk."
"Kan sejuk ni kakak. Mana berpeluh sangat? Kakak rehatlah dulu. Nanti keringlah peluh tu."
Aku berasa hampa. Terdengar suara Firman, segar dan bersemangat. Baru lepas mandilah tu. Dia dah sedap-sedap mandi dengan Matt, aku yang bau hangit satu badan. Aku menjenguk ke luar. Dah agak. Dia sedang syok bertapa di atas pangkin dan bersembang rancak dengan Matt. "Awak, saya nak mandi, tak tahan. Badan saya gatal. Badan saya busuk."
Matt memandang mukaku lalu mengangguk hormat. Dia aje yang buat tak tahu. Terlupa! Aku kena bagi salam dulu.
"Assalamualaikum..."
No reaction.
"Assalamualaikum..."
Aku beristighfar menahan sabar di dalam hati.
"Assalamualaikum wahai jin, saya nak mandi. Temankan saya ke sungai. Kalau awak tak mahu, Matt temankan saya."
"Cantiknya bahasa. Ada saya ni rupa jin ke?"
"Dah orang beri salam tak jawab. Tak beri salam kutuk saya orang hutan, tapi bila saya beri salam awak tak jawab. Setahu saya, yang tak jawab salam ni golongan jin je. Itupun yang kafir."
Firman mencerlung tajam sebelum berdiri dan menghadapku.
"Waalaikumsalam. Awak dah lupa ke yang air sungai tu kotor? Tunggulah saya beli..."
"Now don't you start! I'm tired and exhausted. Saya nak pergi ke sungai sama ada awak benarkan ke tak. Saya akan tutup aurat semampu saya. Lagipun saya dah tahu cara nak menjernihkan sungai. Isteri tuan imam ajar saya. Guna tawas..."
"Okay... Jom!" Aku tak habis cakap lagi, Firman dah memotong.
Firman dan Matt sudah menuju ke sungai. Tiba-tiba Firman terhenti lalu menoleh. "Jom! Kejap lagi waktu Maghrib. Kalau awak suka melewat-lewatkan solat, jangan melewatkan orang lain yang ingin solat tepat pada waktunya."
Aku dah kelam-kabut plus sakit hati. Cepat-cepat aku menggamit Fatimah yang sedang berdiri melihat drama kami. Fatimah segera membawa pakaian persalinan, tuala serta kelengkapan mandi aku. Kami terkocoh-kocoh mengekori Firman yang laju. Tak bertimbang rasa betullah dia ni! Tahulah kaki tu panjang, langkah tu pendek-pendek kan lah sikit!
Tudia! Ramainya lelaki! Melihat Firman dan diikuti oleh kami berjalan di titi pelantar, mereka meyisih ke tepi. Aku diarak sehingga ke hujung dunia pelantar, selangkah lagi memang wassalam aku jatuh. Sengaja dia nak kenakan aku! Fatimah menghulurkan petel, baldi dan seketul tawas. Aku yang hendak mula masuk ke dalam sungai mula terasa cuak.
Tunggu apa lagi? Mandi lekas!" sergah Firman.
"Ramai sangat... Open... Saya tak sangka ramai..." Ayat aku berkecamuk. Firman mencerlung aku tajam.
"Saya dah larang tapi awak tak mahu dengar. Tak sabar. Sekarang mandi. Jangan buka pakaian. Jangan buka tudung dan tutup muka."
Aku ternganga kejap.
"Nak mandi stail niqabis?"
"Awak nak mandi sangatkan? Kalau nak tayang, malam aje... Itu sesi mandi anak dara atau perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan. Kalau nak mandi siang, itu peraturannya... Dan jangan ajak Fatimah mandi sekali. Saya tak izinkan."
"Peraturan apa... Pelik... Macam ni? Saya menutup aurat dengan sempurna. Wajah bukannya aurat."
Firman mendengus kasar.
"Mata lelaki sentiasa tajam... Tak kira siang atau malam... Tertutup atau terbuka. Dalam awak bertutup pun, kalau jenis lelaki yang liar mata dan fikirannya, awak disorot habis-habisan. Pemangsa tak pernah melupakan mangsanya."
"Kakak, mereka bukan Islam. Perempuan Islam jarang mandi di waktu begini. Kalau tak tahan, mandi macam ai angah cakap. Tak boleh buka baju." Fatimah bersuara perlahan.
Fatimah kemudian menarik aku duduk, lantas berbisik. "Baik kakak ikut cakap ai angah, nanti dia mengamuk."
Aku mengeluh. Firman merentangkan tuala dan kain batik untuk dibuat tabir. Dia dan Matt memegang hujung tepi setiap satu, direntang membelakangi aku. Aku menahan lucu. Bertabir di sebelah kiri sahaja, sebelah kanan open! Tapi aku terfikir juga. Firman dan Matt menghalang permandangan dari mereka yang mandi berdekatan denganku. Di sebelah kanan, berderet lagi pelantar tapi berjarak jauh dari pelantar kami.
Fatimah menyelamkan baldi ke dalam sungai. Baldi hampir penuh lalu diletakkannya di atas pelantar. Seketul tawas di pusing-pusing ke dalam air. Beberapa minit kemudian, teh tarik bertukar menjadi air mineral. Ajaib!
Aku mula menyiram ke atas kepala. Mataku sempat engerling Firman, rupa-rupanya dia juga sedang mengerling aku. Naluri aku membuatkan aku bertindak. Aku mengambil conceived blades dari dalam poket baju. Dengan menggunakan air sebagai alibi, aku membaling conceived blade itu kearah Firman. Ahah! Firman dah tak tengok sini dah!
Mandi dalam keadaan terdedah macam ni memang tak best. Tak ada privacy. Tapi aku puas hati kerana dapat membasahkan badan dan menyental tubuhku dengan aman tanpa dilihat Firman. Aku juga mendapat idea untuk teknik seni pertahanan diri yang baru, di dalam kawasan berair. Selesai mandi kerbau yang menutup aurat dengan sempurna, aku kelam-kabut lagi mengekori Firman dan Matt pulang ke rumah. Sampai di rumah, azan Maghrib berkumandang dan Firman tergesa-gesa ke masjid.
Selesai solat Maghrib, Mai tuan dan Fatimah mengaji. Aku turun ke sungai, mencari ruang bersendirian untuk menelefon Kaklong. rupa-rupanya sungai ini tak pernah sunyi. Sentiasa ada manusia yang bermandi-manda dan beraktiviti. Mataku tertangkap ke arah beberapa buah perahu yang diterangi cahaya malas pelita. Kedengaran suara-suara halus dari anak-anak kecil yang lapar atau mengantuk. Ibu sibuk menyiapkan makan malam dan ayah sibuk termenung di kepala perahu. Mungkin hatinya sedang risau... Memikirkan apa yang nak dimakan pada esok pagi. Seperti cerita Fatimah.
"Baru nak telefon?" Nada terkilan daripada Kaklong.
"Sorry. Hana terlupa. Lagipun hari ni sibuk sangat..."
"Okay. Hana apa khabar di sana?"
Aku terdiam seketika. Kepala mula berfikir. Diantara malas nak cerita atau risau nak cerita. Nanti kalau cerita nanti macam-macam isu timbul. Isu yang paling tak best, balik sekarang!
"Kenapa diam? Dah bertukar fikiran?"
"Eh taklah..."
Diam lagi.
"Okay... Tell me what's wrong... Nak balik?"
"Eh tak! Tak...!" Apasal asyik anggap aku nak balik?
"Dah tu? Kenapa diam? Semuanya okay ke di sana? Cakap terus terang dengan Kaklong. Kalau tak okay, Kaklong suruh Along hantar Hana balik."
"Err, okay... Alhamdulillah..."
"Banglo okay?"
"Okay."
"Makan minum?"
Okay."
"Along?" Aku ketawa besar. "Long story short, Along minta tolong member dia jaga Hana."
Kaklong mengeluh di hujung talian. "Habis tu Hana macam mana? Okay ke dengan dia?"
"Okay je... Tapi yang paling best mak dengan adik dia. Dah lah baik, cantik pula tu. Kaklong rugi tak kenal keluarga Firman. Kalau kaklong tengok adik dia, mesti jelous. Mai tuan cantik sangat tau... Baik hati, lemah-lembut, dan suaranya sedap bila mengaji. Fatimah pun sama... Mereka sangat baik..."
Aku menoleh apabila terasa seseorang berada di belakangku.
"Firman bagaimana? Dia jaga Hana elok-elok tak?"
"Firman..."
Firman mendekat. Aku menahan nafas.
"Firman okay je..."
Mataku melihat rambutnya mengerbang ditiup angin. Tangannya meraba jambang sambil bercekak pinggang. Mata tetap memerhati aku dalam samar-samar malam diterangi cahaya bulan.
"Okay macam mana tu? Dia tahu tak yang Hana ni sakit? Hana pergi mana-mana dia ikut tak?"
Memang dia ikut pun. Tak pernah berenggang dengan aku. Mengalahkan belangkas. Rimas!
"Hana... Kaklong tanya ni. Firman macam mana? Kalau tak okay, senang cerita Hana balik je..."
Aku menahan geram.
"Firman okay je! Dia selalu ikut Hana. Dahlah suka duduk dekat-dekat!"
"Dekat macam mana tu? Dia nak perangkap Hana ke? Hana jangan beritahu kata Hana dah syok dengan dia! Takkanlah Hana nak kahwin dengan lelaki macam tu, tak ada masa depan."
Astaghfirullahalazim, bertalu-talu sampai aku pun naik malu. Firman pasti dengar kalau nada Kaklong dah mencecah sejuta megahertz!
"Hello, Hana tak ada apa-apa dengan Firman la. Hana tak berminat dengan mana-mana lelaki. Boleh tak tolong jangan underestimate Hana? Lagi satu, buang mindset macam tu. Geram tau Hana dengar. Setiap orang ada masa depan, tak kira kaya ke miskin. Ingat aku ni mata duitan ke apa?"
Aku mengemam bibir. Hangat hati apabila melihat Firman sedang tersenyum sinis. Hello, saya boleh nampak okay.
"Okay. Sorry. Tadi Kaklong gurau je. So, Hana puas hati lah ni dengan Firman?" Tergelak pula kakak bertuah aku ni! Tahulah dah kahwin pun!
"Puas hati, sangat-sangat." Sarkastik aku menjawab. Kaklong ketawa mendengar jawapan itu.
"Dia ada di situ ya? Kaklong nak cakap dengan dia."
Aku menghulurkan smartphone kepada Firman dengan penuh rasa hampas kelapa. Nak privacy pun tak boleh! Asyik nak mengekor sahaja. Aku menjauhkan diri, tak berminat nak mencuri dengar. Semakin lama semakin sejuk. Walaupun aku menutup aurat dengan sempurna as known as berbungkus, tubuhku tetap tidak dapat menerima cuaca dingin seperti ini. Niqab yang tersimpan di dalam beg sandang aku pakai. Tutup habis semua, biar nampak mata aje terkebil-kebil.
"Dah tahu sejuk, berkeliaran malam. Kaklong dan keluarga awak kirim salam." Firman menghulurkan semula smartphone aku.
Aku menjawab salam dengan perlahan sambil tanganku yang menggigil memasukkan smartphone ke dalam beg sandang. Nampak gayanya aku kena pakai sarung tangan. Mujur aku bawa. Tapi tak seronoklah, pasal bila pakai sarung tangan susah nak trace benda apa yang kita pegang. Melihat jaket yang dikenakan Firman rasa selesa sangat. Tebal dan cukup memanaskan badannya. Dia selamba sahaja, tak kelihatan kesejukan seperti aku. Rajin pula dia menjaga rambut gondrongnya dengan mengikat ke belakang. Aku ingat kalau sejuk macam ni, dia nak lepas rambut. Barulah hangat. Melihat rambutnya, tangan terasa gatal nak buat projek. Dah lama aku tak mendandan diri. Selalunya aku selalu buat fesyen rambut macam-macam. Kekadang kakak aku jadi mangsa. Or umi. Tapi dekat sini, siapa yang nak menjadi mangsa aku? Fatimah? Ya, Fatimah! Itupun kalau dia berminat.
"Nak ke mana-mana beritahu dulu. Jangan hilang macam tu aje. Susah sangat ke nak faham bahasa? Nak cakap bahasa apa lagi biar awak faham?" Suara komando perang dah berbunyi. Aku memandangnya sekilas. Potong stim betullah!
"Cakaplah apa-apa bahasa pun. Saya faham." Aku menjawab malas. Mata menghadap sungai yang luas.
Firman mula menuturkan sesuatu. Telingaku cepat menangkap apa yang dituturkannya.
"TaHa. Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang mencipta bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Yang Maha Pemurah, bersemayam di atas Arasy. Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi serta yang ada di antara kedua-duanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut Bumi."
(TaHa [20]: 1-6)
Menitis air mataku mendengar suara merdu itu. Perasaan apakah ini? Emosi apakah ini? Inilah emosi yang aku cari-cari! Aku mengelap air mata sebelum memandang Firman sekilas. Dia bukan orang yang normal! Siapa dia? Mustahil dalam dunia ni ada orang biasa yang boleh melontarkan ayat suci al-Quran sambil meluahkan perasaan! Mustahil! Hatta Sheikh aku yang kononnya nenek moyangnya wali pun tak mampu!
"Kenapa awak... Baca... Surah TaHa... Dekat saya?"
"Doa ni sesuai untuk orang keras hati, suka melawan dan tak dengar kata. Awak juga boleh mengamalkan untuk melembutkan hati sendiri. Baca sambil letakkan tangan di dada, bahagian hati, bernafas perlahan-lahan, kemudian gosok bahagian dada itu perlahan-lahan. Ayat ini ada kaitan dengan sejarah Saidina Umar bin Khattab. Ketika mengetahui adik perempuannya telah memeluk Islam, beliau telah menyerbu masuk ke rumah adiknya, memukul adik ipar dan menampar adiknya sendiri yang sedang membaca al-Quran. Melihat keadaan yang tak keruan itu, adiknya pasrah dan duduk menyambung bacaan yang terhenti tadi. Ayat inilah yang dibacanya. Saidina Umar mendengar, hatinya menjadi lembut dan terus memeluk Islam. Kemudian saya berdoa semoga Allah lembutkan hati awak dengan ayat ini. Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau telah melembutkan hati Daud AS."
Aku senyum lucu.
"Tapi kena betulkan niat ketika membaca ayat ini. Tak boleh digunakan untuk tujuan jahat atau niat tak baik. Contohnya ingin memiliki hak orang atau ingin buat khianat. Allah tak izinkan dan niat itu akan merbalik kepada kita. Hati-hati dengan ayat Allah. Setiap ayat itu ada zat-Nya tersendiri."
Senyumku masih belum mati. "Mudah-mudahan Allah melembutkan hati awak. Tentang Umar Al-Khattab itu... Sebenarnya Sayyidina, bukan saidina. Saidina itu orang kaya. Sayyidina itu penghulu kami. Awak pun tahu kan, kalau salah sebutan, makna lari." Diam.
"Lagi satu, kisah Umar tu sebenarnya memang menarik dan izinkan saya untuk menambah. Wallahua'lam yang mana tepat. Ni hal khilafiyyah jadi saya rasa kita tak perlu bertelagah dalam isu ni. Sebenarnya, semasa Umar hendak membunuh Rasulullah SAW, beliau bertemu dengan Nua'im Ibn Abdillah di dalam perjalanannya. Nua'im bertanya, 'ke mana kamu hendak pergi, Umar?' Umar menjawab, 'ana ingin membunuh Muhammad, seseorang yang telah memecah-belahkan penduduk Quraisy. Jadi Nua'im ingin melarikan perhatian Umar supaya beliau boleh mengambil masa tambahan untuk memberi amaran kepada Baginda SAW tentang rancangan Umar Al-Khattab. Jadi Nua'im berkata; 'wahai Umar. Kenapa kamu hendak membunuh Muhammad, sedangkan adikmu Fatima bint Al-Khattab, dan adik iparmu Sa'eed Ibn Zaid telah menjadi Muslim? Kenapa enta tidak mulakan dengan family enta sendiri?' Dan itulah kejutan terbesar dalam hidup Umar Al-Khattab. Bila beliau dapat tahu yang adiknya sendiri, Fatima bint Al-Khattab dan adik iparnya, Sa'eed Ibn Zaid telah menjadi Muslim. Apatah lagi mereka menjadi Muslim di luar pengetahuan beliau. Pada waktu itu, Nabi SAW telah menghantar Khabbab Ibn Al-Art, menyampaikan kepada mereka wahyu, iaitu Surah TaHa. Bijak kan Baginda SAW? Jadi apabila Umar tiba di rumah adiknya, dia akan mendengar bisikan ayat-ayat suci al-Quranul Kareem. Umar, being the typical Umar, beliau pun ketuklah pintu tu dengan kuat. Mereka bertanya, 'siapa ni?' Beliau menjawab, 'haazha Umar.' Pada waktu itu, seluruh isi rumah menjadi takut dan gerun. Termasuk Khabbab Ibn Al-Art, di mana, dia pergi bersembunyi di salah satu bilik. Ada riwayat yang mengatakan Sa'eed dan Fatima yang menyuruh Khabbab bersembunyi. Tapi mereka orang baik-baik, so saya percaya apa yang mereka buat semuanya baik. Dan Umar pun menyerbu masuk. Beliau melihat adiknya lalu menampar Fatima dengan begitu kuat, Fatima terjatuh ke tanah. Dan kemudian, beliau mula memukul adik iparnya, Sa'eed. Dan Fatima cuba untuk menyuruh Umar berhenti, sehinggalah Umar memandang adiknya yang berdarah dan beliau mula berasa kasihan. Beliau mula menyesal atas perbuatannya memukul dan menampar Fatima dan Sa'eed. Beliau berhenti dan mula duduk. Di situ ada satu lembaran kertas yang tertulis ayat suci al-Quran di atasnya. Umar cuba menyentuh kertas itu, jadi adiknya pun menghalang. Kata adiknya, 'enta adalah orang yang tidak suci. Enta perlu mandi.' Jadi Umar pun ikut. Dia pergi mandi. Dia buat semua tu hanyalah kerana nak baca ayat suci al-Quran di atas sehelai kertas. Orang kafir Quraisy yang tipikal tak akan dengar dan ikut. Dan beliau, Umar mengambil kertas itu yang tertulis Surah TaHa. Umar berkata, 'ayat apakah ini? Sesiapa yang berkata ayat seperti hanya mesti satu-satunya yang layak disembah. Di mana Muhammad?' 'Kenapa?' 'Ana ingin menjadi seorang Muslim.' Khabbab Ibn Al-Art pun keluar dari tempat persembunyiannya, dan dia berkata kepada Umar, 'Demi Allah, Rasulullah SAW berdoa kepada-Nya beberapa hari yang lalu. 'Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah satu Umar, Umar Ibn Al-Khattab atau Amr Ibn Al-Hisham, dan Allah mencintaimu wahai Umar. Sebab itulah Allah menerima doa Muhammad SAW.' 'Bawaku ke Rasulullah SAW, ana ingin bertemu Muhammad, ana ingin memeluk Islam.'
Beliau kemudian pergi ke rumah yang berdekatan dengan Safa', di mana Nabi SAW sedang berkumpul bersama para sahabat. Ada Abu Bakr, ada Hamzah dan ramai lagi. Sambil beliau berjalan, beliau membawa sebilah pedang. You know, typical strong Arab man. Dan mereka semua nampak Umar mendekati pintu. Masing-masing terkejut dan takut. Oh Allah, it's Umar Al-Khattab coming, apa yang kita nak buat ni? Umar, semakin lama, semakin dekat. Beliau mengetuk pintu. Kemudian Hamzah mengeluarkan satu statement yang sangat popular. Kata Hamzah, 'Biar dia masuk. Jika dia datang dengan kebaikan, then kita akan menjadi yang terbaik dengan tetamu. Tetapi jika dia datang dengan tidak baik, kita bunuh dia dengan pedang miliknya. Rasulullah SAW menyuruh para sahabat untuk membenarkan Umar masuk. Umar kemudiannya masuk. Nabi SAW memegang pakaian Umar dan menarik Umar lalu bersabda; 'wahai Ibn Al-Khattab, bukankah sekarang masanya untuk enta mengetahui yang tiada Tuhan selain Allah dan Akulah pesuruh Allah?' Pada waktu itu Umar Ibn Al-Khattab bersuara; 'wahai Rasulullah! Aku datang ini dengan sebab itu. Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi Muhammad ialah Nabi dan Pesuruh Allah.' Takbir yang bergema di sekitar Ka'bah, Masha Allah. Ramai penduduk Mekah yang mendengar takbir itu." Aku tersenyum setelah habis bercerita.
Kisah yang lucu dan menggembirakan. Aku tak faham macam mana orang boleh tak gembira dengar cerita ni. Disampaikan ke telinga aku dengan mesej kebahagiaan. Khabar gembira! Umar masuk Islam! Islam beruntung kerana mempunyai seorang Umar.
Azan Isyak berkumandang. Aku faham reaksi Firman, cepat-cepat aku berjalan bersamanya pulang ke rumah. Baru beberapa kaki melangkah, aku ternampak Fatimah menuju ke arah kami.
"Kakak! Kenapa kakak tak bagi tahu nak keluar? Kecoh ai angah cari kakak. Sampai Matt pun kena marah. Semua orang risau. Kakak kemana-mana mesti berteman ya... Biar saya temankan kakak..."
"Maaf Fatimah. Kakak tak mahu menganggu. Lagipun kakak inginkan privacy." Alasan. Tapi aku dah mula bercakap, yang jujur.
Fatimah mencelah, berjalan di antara aku dan Firman.
"Saya sudah kumpulkan pakaian kakak untuk dibasuh. Esok pagi-pagi saya bawa basuh di sungai. Selepas itu kita ke kelas."
Segannya aku. Apa kata Firman apabila mendengar yang adiknya basuh pakaian aku? Nak buat macam mana. Aku tak tahu kalau basuh baju dekat sini, nak jemur di mana.
"Kakak pakai underwear berapa helai sehari? Fatimah ingat orang berada macam kakak pakai banyak baju. Tapi underwear kakak semua kain elok-elok. Warna pun cantik-cantik."
Aku nak tepuk dahi.
"Ada dua helai tu cantik sangat. Kain dia sedap pakai. Dahlah warna hitam. Tapi underwear kakak banyak yang dah koyak. Kakak dah berapa lama pakai underwear tu? Dah lah besar-besar pula tu... Coli pula..."
Tanganku pantas menekup mulut Fatimah sambil mengerling Firman di sebelah. Dia menunduk sambil meraup rambutnya. Badannya seperti terhenjut-henjut menahan ketawa. Bertuah punya Fatimah! Tak ada common sense! Aku yang autistik pun boleh faham isu tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience