Chapter 30

Adventure Series 1746

"Kita belikan mainan untuk mereka. Tak ada peruntukan  ke untuk mereka? Dari kerajaan atau NGO? Dan awak sendiri pun, takkan tak mampu belikan sebiji bola? Pelik betul, takkanlah dekat sini tak ada orang nak beri bola langsung? Bertahun-tahun ada sukarelawan datang sini takkanlah mainan pun tak dapat? Tak masuk akal langsung!"

Mata Firman mencerlung memandang aku. 

"Cik Hana…"

Keningku terangkat sedikit. Aku silap cakap ke? 

"Berapa lama sebiji bola boleh bertahan jika disepak oleh beratus-ratus kaki dan bertahun-tahun lamanya? Kami tidak memerlukan padang permainan yang dibentang karpet hijau, dilimpahi lampu seperti Stadium Bukit Jalil, berkasut but Adidas, atau bola emas yang dikucup oleh Ronaldo, Ike Casillas atau Beckham. Cukuplah sebiji bola yang dapat dikongsi beramai-ramai, diganti bila lusuh atau pecah. Kami pun sedar diri dan bukan nak minta lebih-lebih. Sekadar ada tempat, kerusi, meja dan buku yang sesuai untuk belajar."

"Firman, kenapa awak asyik nak salah faham? Saya cuma mempersoalkan keanehan, sebab ramai sukarelawan datang ke sini, tapi keadaan dekat sini masih sama seperti dulu."

"Apa yang aneh? Awak bercakap tanpa mengetahui keadaan sebenar. Terus menghukum tanpa usul periksa."

"Apa yang awak cakap ini?"

"Saya mendengar segala buah bicara awak dengan Shahnaaz. Jumaat ini, awak saksikan sendiri kepenatan mental mereka. Lihat keadaan mereka sendiri dan buat penilaian. Bercakap tanpa melihat keadaan sebenar adalah satu tindakan yang bodoh. Rupa-rupanya gadis bandar ini terlalu manja sangat, duduk sini tak sampai sebulan pun dah penat mental."

Firman berlalu pergi. Gaduh dan gaduh! Aku ingatkan sejak pergi Phnom Penh tu, kami sudah melakukan gencatan senjata. Bila nak habis pun tak tahu. Aku berjalan mengekori Firman dari belakang. 

"Saya ingatkan kita dah setuju untuk gencatan senjata. Rupa-rupanya diam-diam awak menyimpan tak puas hati dengan saya."

"Siapa yang tak curi dengar bila bercakap dengan abang di tempat yang open begitu? Dahlah bukan mahram pula itu. Semua mata melihat, semua telinga mendengar. Lain kali kalau tak mahu orang mendengar, cakap siang pandang-pandang, cakap malam, dengar-dengar, cakap depan public, gedik itu kurang-kurangkan!"

Entah kenapa aku rasakan urat mula muncul di dahi. Firman sudah mula melangkah pergi. Aku berjalan laju kemudian berdiri di hadapannya, sehingga Firman terhenti. 

"Apa masalah awak dengan saya? Kenapa awak sibuk sangat dengan hal peribadi saya? Mak ayah saya tak pernah sibuk pun tentang personaliti saya, kenapa awak pula nak salty dengan saya?!"

Mata Firman semakin tajam. Ibarat seekor hantu, walaupun muka Firman bukan main lagi good-looking. 

"Cik Hana, pernah dengar tak sabda Nabi SAW. Jika kamu tak malu, buatlah sesuka hati kamu. Kalau Cik Hana tak malu, buatlah apa saja yang Cik Hana nak. Nak bercium? Nak buka baju? Nak bertelanjang?"

Aku mengemam bibir menahan geram. Tangan aku ini laju je nak hadiahkan penumbuk ke muka Firman. Wajah Firman sekarang dah nampak macam punching bag. Tetapi suara-suara kanak-kanak dan guru mengajar menahan diriku daripada bertindak agresif. 

Aku beristighfar perlahan. Bibir mengukir senyum sehingga ke anak mata. 

"Nabi SAW juga bersabda, kalau tak ada benda baik yang ingin dicakap, lebih baik berdiam diri. Umar RA berkata, aku tidak pernah menyesal berdiam diri, tapi aku banyak menyesal membuka mulut."

"Aha! Oleh kerana awak mengeluarkan dalil, maka saya nak maklumkan satu perkara di sini. Saya pun tak ingin nak tegur awak. Awak nak menggedik dengan berapa ramai lelaki, I don't give a damn! But as I told you before, my precious, since your family has entrusted you to me, you're mine! Jangan pernah lupa. Segala tingkah laku awak dalam pemerhatian saya. Awak mesti berkelakuan baik dengan selayaknya seorang wanita Islam demi menjaga nama baik Firman Ebrahim."

Sekali lagi Firman melangkah pergi dan sekali lagi aku berlari anak sebelum berdiri di hadapannya, kali ini tanganku didepakan di hadapan. 

"Apa masalah awak sebenarnya?! Saya sibuk ini! Tak ada masa nak layan awak."

"Awak kata saya milik awak. Awak kata tingkah laku semua dalam pemerhatian awak. Sekarang awak contradict diri awak sendiri. Awak yang mula dulu, lepas itu awak nak berlakon macam tak ada apa. Awak ini Yahudi ke? Setahu saya yang jenis suka cari gaduh lepas itu berlakon macam tak ada apa itu puak Yahudi je."

Dia menjulingkan mata ke langit, riaknya bosan gila dengan aku. Dia bercekak pinggang sambil matanya memberi renungan ais kepadaku. 

"Saya tak tahu nak cakap dengan bahasa apa lagi untuk bagi awak faham. Tak usah ulang bahasa sarkastik awak itu. Ayat passive-aggressive awak itu tak memberi sedikit kesan pun pada saya. Jangan rasa awak sorang saja betul, dan asyik cari salah orang. Awak patut bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang stabil, negara yang kaya-raya, aman-makmur dan mempunyai kemudahan yang terbaik. Jauh lebih baik daripada apa yang awak nampak di sini. Anak-anak di sini, mereka bukan seperti awak. Celik mata saja sudah tinggal dalam rumah mewah, internet 24 jam, mak ayah belikan smartphone mahal. Tahu-tahu saja sudah memiliki aset beribu-ribu. Mereka tak minta dilahirkan ke dunia ini. Kelahiran mereka disambut oleh tembakan dan letupan bom. Dunia yang penuh dengan dendam dan darah. Penderitaan dan kesengsaraan. Dan tahukah awak… bila mereka sedar dengan dunia sekeliling mereka, ada yang meminta tidak dilahirkan… Mahu masuk semula ke dalam perut ibu? Hana seorang graduan yang bijak dan cemerlang dari segi akademik, Jurusan Usuluddin di Al-Azhar, cream of the cream tapi zero dari segi akhlak dan pembinaan sahsiah diri yang bercirikan adab ketimuran dan agama yang teguh. So poor… lama-lama Malaysia boleh runtuh dengan aset elit dan intelek seperti awak. Sebab itu tak hairan, kalau seorang engineer, pegawai tadbir atau akauntan boleh menerima rasuah, berkelakuan sumbang, dan sosial bagai tak ada malu dan iman. So sad, Malaysia mempunyai gadis-gadis Melayu seperti awak."

Aku terkedu seketika. Otakku sedang memproses apa yang baru aku dengar. Sarkastik ke ayat aku? Langkahnya penuh amarah, tetapi refleks aku menarik jaket yang dipakainya sehingga dia hampir tertonggeng ke belakang. 

"Kalau ya pun awak berdendam dengan saya, tak perlulah awak nak kutuk habis semua perempuan Melayu. Saya tahulah yang saya ini bukannya gadis Melayu terakhir pun. Tapi awak perlu ingat yang ramai lagi rakyat Malaysia di luar sana yang mempunyai kepakaran yang tinggi dan boleh menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Saya seorang tak cukup bukti untuk menghukum seluruh rakyat Malaysia. Banyak saja negara yang pernah dijajah dan berperang dan bangkit semula. Cambodia will experience the same thing too, inshalah. Pembangunan negara bukannya sesuka hati kita nak speedrun. Proses itu memakan masa yang lama dan bertahun-tahun. Yang penting kita kena sediakan asas yang kukuh untuk penduduk Cham. Kita perlu sediakan sistem pendidikan dan spread awareness kepada penduduk di sini, majukan sektor pertanian, sektor perikanan dan apa saja yang berfokus pada hasil bumi. Cambodia mempunyai banyak hasil kekayaan bumi, mungkin orang di sini mempunyai banyak tenaga dan masa, tetapi tidak tahu kemana hasil itu hendak dikomersialkan. Kita boleh bergabung… Ajak para pelabur dari negara SEA, Malaysia dan Indonesia. Kita boleh beri tunjuk ajar, kita ada modal dan kepakaran dalam bisnes dan dunia antarabangsa… Dengan jaringan dan rangkaian yang luas. Mungkin boleh membantu dari segi itu, contohnya menyediakan khidmat homestay atau kedai makanan halal. Boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada orang Cham. Awak sendiri tahu, yang selama mana orang nak memandang orang yang meminta ini dengan pandangan empati?..."

"Cakap memang senang tapi nak melaksanakannya?"

"Saya tahu! Tapi sekurang-kurangnya kita dah ada idea dan tahu apa nak dibuat. Cuma perlu duduk, perah otak, kaji, lihat peluang dan prospek yang ada. Kemudian jalankan dengan perancangan yang teliti dan profesional… Perlahan-lahan kita akan duduk, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari… perlu kesabaran, ketabahan… usaha yang gigih… Selepas beberapa tahun kemudian baru hasilnya kita nampak."

"Kadang-kadang saya terpegun dengan apa yang awak cakap. Tetapi selama saya mengenali awak, awak tidak pernah berjaya mendapatkan kepercayaan saya. Awak lebih banyak tak jujur daripada jujur sebenarnya."

Aku mendengus kuat sambil menjulingkan mata ke langit. Sia-sia saja bercakap dengan Firman. 

"Yalah. Awak ini kasyaf orangnya. Ada ilmu firasat. Awak boleh scan semua manusia dekat muka bumi ini dan label orang ini macam-macam."

"Kejujuran boleh terserlah melalui perkataan dan perbuatan. Awak datang dengan pelbagai bantuan tapi berapa banyak media yang awak angkut? Keluarga awak menghulur bantuan kepada mereka tetapi keluarga awak mengutuk mereka dengan awak. Awak pandai berlakon. Matt pun terpesona dengan awak tetapi hati awak tak pernah ikhlas bersama kami. Awak tidak makan apa yang kami makan, awak mandi dengan penuh jijik. Segalanya tergambar di air muka awak. Setiap kali saya ingin mempercayai kejujuran awak, setiap kali itu juga awak hancurkan dengan perbuatan dan kata-kata awak."

Aku mengurut pelipis dahi yang mula sakit. Aku tak faham betul, keluhan aku lepaskan dari mulut di luar sedar. Apa benda yang dia cakap ini? 

"Kenapa awak suka ulang mengenai pihak media? Bukan saya yang uruskan mereka. Kami hanya mengikut misi ini yang dianjurkan oleh haji. Segalanya disedia dan diselia oleh haji. Tahu-tahu, umi telah menjadi salah satu penyumbang terbesar. Saya datang ke sini bukan sebagai sukarelawan tapi sebab nak mencari pengalaman baru dengan orang baru. Nak move on. Saya tak kisah berapa banyak keluarga saya bayar awak atau sumbang banyak mana, apa yang abang saya beritahu itu betul. Keluarga angkat merupakan salah satu inisiatif untuk terapi. Benda ini tak logik! Kenapa saya pula yang kena fikir tentang kebajikan orang kampung awak? Kenapa pula saya yang kena bertanggungjawab dengan kerja sukarelawan? Saya bukannya sukarelawan pun!"

Muka Firman berubah merah. Renungan matanya seperti dia nak kanibalkan aku. Memang aku tahu dia akan mengamuk, tapi aku bukan sengaja nak cari pasal dengan dia. Memang aku tak faham pun, aku tak nampak kepentingan aku dalam pembangunan orang Cham. 

"Baik. Lepas ini Cik Hana tak perlu untuk beri cadangan lagi dah untuk pembangunan kampung Cham. Kalau tak nak mengajar pun tak apa. Duduk rumah saja. Jangan pakaian saja tertutup tapi akhlak langsung out. Berjubah dan bertudung labuh, tapi hati kotor dan busuk. Saya menilai kecantikan seorang gadis melalui akhlaknya. Walau sebijak atau cantik manapun, tapi kalau akhlaknya buruk, dia sangat buruk di mata saya. Kalau dia seorang gadis yang buruk pun, tapi akhlaknya cantik, dia sangat cantik di mata saya. Tetapi kalau muka dah buruk, akhlak pun buruk maka awak sangatlah buruk dan hodoh daripada segala raksasa dan ogre di muka bumi ini!"

Aku mengulum senyum lucu sambil menahan tawa. Dada terasa pedih, seperti lepas kena tikam. Tapi air mata bertakung di bening mata, mungkin kerana ayatnya sangatlah tak masuk akal. Aku pun tak pasti. Tanpa memberi peluang aku bercakap, Firman terus menghentam. 

"Saya rela mati dipanah petir jika betul saya berlaku curang atau mengutamakan tembolok diri sendiri. Demi nama Tuhan yang memiliki nyawa Firman, api nerakalah yang akan membakar diri saya jika saya hidup dan menganiaya orang terutama sekali orang yang dibawah tanggungjawab saya."

Kening kiriku terangkat. Terasa kepedihan dan keyakinan dalam nada suara Firman. Mata kami bertembung sesaat sebelum aku melarikan anak mataku. Aku tak tahu apa yang perlu aku cakap, tapi aku value honesty more than anything. Honesty is my policy. 

"Awak kata Allah akan membakar awak sekiranya awak menganiaya orang di bawah tanggungjawab awak. Awak juga kata saya berada di bawah tanggungjawab awak. Tapi awak mengutuk saya buruk dan hodoh. Press X to doubt."

Firman mengangkat kening dan semakin mendekat. Matanya merenung aku, tetapi mataku langsung tidak melihat wajahnya, sambil bibirku mengukir senyum nipis. 

"Oh yeah… Beri saya satu dalil untuk menangkis hujah saya. Cik Hana tak perlu mengajar pun tak apa. Bukannya berguna pun ilmu Cik Hana, dan kita ada ustaz yang boleh menggantikan tempat Cik Hana. Ramai orang kampung di sini yang bukan lulusan Al-Azhar pun, tapi pegangan agama lebih baik daripada Cik Hana. Cik Hana nak duduk sebelah saya pun tak apa. Nak duduk atas riba saya pun tak apa. Makan dan tidur sahaja. Tak perlu buat apa pun."

Speechless. Dia sedar tak apa yang dia cakap ini? Dia sedar tak yang dia sedang bercakap dengan siapa? Apa yang masuk dalam telinga aku semuanya tak masuk akal dan aku tak boleh nak ambil serius apa yang dia cakap. Sebab tak logik! Aku sendiri pun tak faham, apa perasaan dia dan apa perasaan aku sekarang. Hati aku sakit ke? Yang aku tahu, dada aku terasa seperti kena tikam dengan pisau belati. 

"Cik Hana… Jangan beritahu saya yang awak sedang berpura-pura, sedang cuba mengawal diri awak kerana terharu dengan layanan saya."

"Ha. Ha. So funny. Semua yang awak cakap langsung tak…"

Ayatku terhenti dan aku menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri yang terasa sesak. 

"Tak apa? Suka sangat cakap tak habis. Nak menangis, menangis saja. I love to see when you're crying but we don't have too much time. Banyak kerja yang perlu dibuat."

"Apa yang cakap langsung tak masuk akal bagi saya. Otak saya tak dapat memproses langsung apa yang awak cakap. Apa yang awak inginkan? Tengok saya menangis kerana awak? Marah kerana awak? Sorry, saya sendiri tak tahu apa perasaan yang tersimpan dalam hati saya. Perlu saya ingatkan di sini, saya mengalami permanent disorder di dalam kepala saya. Bukannya hati saya. Tuhan tidak pernah silap dalam mencipta hati saya, tapi Tuhan menarik sedikit nikmat akal saya. Apa yang awak rasa normal, saya rasa tak masuk akal. Jadi kalau awak expect saya untuk memahami awak, sorry. Awak tak akan memahami saya dan saya tak akan memahami awak. Itu saja."

"Hati-hati dengan lidah awak. Suka saya ingatkan di sini my precious… awak perasan beriman dan bijak sedangkan kelakuan awak itu saya boleh beri markah kasihan saja. Itik tak sudu, ayam tak patuk. Lembu pun tak pandang. Lagi satu jangan nak berlakon sangat… Silap-silap awak akan menangis kerana saya. Selama ini saya tetap merasa awak hanya berpura-pura dan saya merasakan awak ada niat lain dalam hati awak selain dari misi ini."

Urat mula terkeluar permukaan dahi. 

"You know what? Awak fikir saya memang nak buat baik dengan awak semasa di Phnom Penh? Jangan mimpilah. Saya cuma kasi can dekat awak. Yang penting, niat saya nak bawa awak ke sini semula tercapai dan awak tak boleh lari lagi daripada saya." Nada watak antagonis sudah mula keluar daripada mulut Firman. 

Aku ketawa kecil mendengarkan ayat itu. Bahuku terhinjut-hinjut menahan tawa daripada meledak. Bimbang menarik perhatian orang lain. 

"Saya dah agak. Awak tak beritahu pun tak apa. You know what? Kalau awak tak berpura-pura baik pun memang saya akan ikut awak balik kampung semula pun."

"Sebagaimana hasrat awak. Saya cuma mahu pastikan derma sampai kepada orang yang sepatutnya. Laporan terperinci dan tepat harus awak berikan kepada keluarga awak. Saya mahu misi ini berjaya. Kalau saya terpaksa memikat atau menipu anak kesayangannya, saya akan lakukan… Untuk mereka di sini…"

"Desperate sungguh awak… Tak sangka… Ramai lagi tau wanita muda yang kaya dekat Malaysia tu yang awak boleh pikat. Kesian awak, sebab terpaksa berpura-pura pikat saya. Maaflah, usaha awak tak berjaya. Awak bukan ideal type saya."

"Awak yang mengajar saya… Awak yang minta dilayan begini. Cara terhormat awak tak mahu, tapi cara menggoda dan bermesra awak suka sangat kan. Dan saya berjaya membawa awak pulang. Awak mesti ikut apa yang saya aturkan sepanjang program ini. Satu lagi saya nak ingatkan… Saya tak pernah fikir perasaan awak. Yang saya tahu, misi ini berjaya dan bantuan sampai."

"Habis, selama ini awak melihat saya sebagai orang luar? Jadi apa kerelevannya saya tinggal di sini? What's the point of living together with you? Semua ini tak masuk akal! Kenapa saya kena berkepit dengan awak? Kenapa awak sibuk sangat nak perhati gerak-geri saya? Awak tak pernah perihatin pun pasal saya! Allah… Abang saya amanahkan saya untuk awak, tapi awak langsung tak pernah fikirkan tentang apa yang dia maksudkan…"

Aku meraup wajah sambil mendongak ke langit. Kecewa? Kecewakah aku? Kenapa? Aku nak ke Firman prihatin tentang aku? Entah. Tapi yang aku pasti abang dan keluarga aku harapkan kalau aku tinggal di sini aku boleh rileks dan happy, senyum seperti dulu dengan penuh keikhlasan. Entahlah, Along. Rasanya Along bolehlah simpan harapan Along tu dalam liang lahad.

"Awak boleh tanya semua itu kemudian. Berapa lama otak awak nak proses pun tak apa. Sempurnakan dulu misi ini, baru saya hantar awak pulang dengan gembiranya. Sila beri kerjasama jika awak tak mahu dimalukan."

"Oh, awak nak janji manis 'lepas rakam abang delete' itu ke?" soalku malas.

"Sesuatu yang awak tak akan lupa. Benda itu akan menghantui hidup awak sehingga ke nafas terakhir dan hanya saya yang boleh melepaskan awak dari sesuatu itu."

Aku merasa jengkel dengan renungan matanya yang penuh mengugut. Dia ingat hebat sangatlah itu. Nak commit a crime. Aku tak heranlah! 

"Sorry to disappoint you, but saya tak pernah dan tak akan buat macam itu dengan mana-mana lelaki. Lagi satu, saya rasa awak tak patut merasa bangga atas perbuatan sexual harassment. Saya boleh dakwa awak di mahkamah tau."

"Nak dakwa saya? Seems like I do care poor rich girl. Awak tak tahu awak sedang berhadapan dengan siapa. Di Malaysia bolehlah awak berlagak. Sekarang awak di Kemboja, berdepan dengan the real Firman Ebrahim. Nyawa dan kehormatan awak berada di tangan saya. Jangan nak buat gila seperti di Malaysia dulu. Nak lari masuk hutan? Di sini kalau awak berani buat macam itu lagi, saya kerjakan awak sehingga awak menyesal seumur hidup. Sehingga awak terpaksa menukar nama kerana malu. Jangan cabar saya."

Dengan renungan pedas dan membunuh, Firman melangkah pergi. Aku menarik nafas dalam-dalam sambil memandangnya dengan ekor mata. Aku kena update strategi kalau dia nak kerjakan aku! Dan silap dia! Dia sadistik? Aku masochistic! Dia ingat aku nak menangis? Sorry, tapi aku makin excited!

admin harap Pembaca tidak romanticized hubungan Hana dengan Firman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience