Chapter 41

Adventure Series 1746

Aku makan berhidang di atas talam dan di atas katil. Ngilu tadi dah hilang, tapi mereka melayan aku seperti dalam pantang bersalin, tak dibenarkan bergerak. Nak mandi dan memakai baju, semua mereka yang buatkan. 

Mai Tuan tak habis-habis berleter. Dari hakeem, isteri hakeem, orang itu, orang ini, dan rasanya seluruh penduduk kampung masuk ke bilik dan meminta maaf denganku. Hanya dua orang saja yang masih belum meminta maaf denganku. Firman dan tunangnya. Aku mengukir senyum tawar. Panjang pun umur. Firman masuk perlahan, diikuti oleh Siti Zubaidah.

"Kakak… Saya minta maaf."

Mukanya ditunduk kemudian melihat aku. Dia tertunduk semula. 

"Awak umur berapa?"

"22." 

Heh… Mudanya dah bertunang. Adik rupanya. "Kenapa awak tak suka saya?"

Firman mengerling marah. 

"Bila sakit aje mulalah nak gangster. Kalau orang dah minta maaf, maafkan sajalah. Tak payah nak banyak soal."

Aku tergelak. 

"Awak terlupa ke? Setiap hari saya telan 1000mg Epilim. Lepas itu bising kata saya gangster bila sakit. Terima kasihlah sebab anggap saya gangster selalu. Maksudnya saya ini kuat kan? Power kan?" 

"Kakak… Nak saya buat apa pun saya sanggup asalkan kakak maafkan saya. Saya mengaku saya khilaf tadi. Terlalu cemburu."

Cemburu? Bila? Keningku berkerut memikirkan hal itu. "Ah!" Masa Firman balut tangan aku tadi ke? Tapi itu bukan salah aku. Mungkin pepatah cinta itu buta itu betul gamaknya. 

"Maafkan saya, kakak. Kalau kakak tak maafkan saya, seumur hidup saya akan rasa bersalah dan malu sangat. Kalau kakak tak merawat luka saya tadi, saya boleh jatuh sakit. Kalau kakak ini lelaki, saya tak teragak-agak nak menawarkan diri saya untuk menjadi isteri kakak. Saya rela putuskan pertunangan dengan ai angah asalkan saya mendapat kemaafan dan menjadi isteri kakak. Bukan senang nak jumpa orang yang cuba untuk menolong orang lain walau kena pukul. Orang lelaki pun tak akan buat macam itu malah mereka akan mengambil kesempatan pula."

Aku menahan seram. Berdiri pula bulu roma aku. Dia ingat aku ini lesbian ke? Biseksual? Sorry, no. Siti Zubaidah teresak pula. Ini yang aku malas ini! Kadang tak pasal-pasal aku teresak pula dengan dia! 

"Tolonglah kakak… Maafkan saya. Teruk saya kena marah dengan semua orang. Dengan baba, dengan mak wan… dengan ai angah…"

Ai angah disebut dengan berat dan terakhir sekali. 

"Saya sanggup buat apa saja asalkan kakak maafkan saya. Tolonglah kakak…"

Dia terduduk dan menyembamkan mukanya ke atas tilam sambil tangannya memegang ribaku. Aku melihat Firman, Mai Tuan, mak long, hakeem dan Fatimah. Kemudian aku terpandang semula ke wajah Firman. Mukanya seolah-olah geram dan mengutuk aku kerana bersikap terlalu kejam dan enggan memaafkan. Kejap pula?

"Okay. Saya akan maafkan awak kalau awak janji dua benda dengan saya."

Siti Zubaidah cepat mengangkat mukanya dan yang lain bersuara lega. 

"Apa dia kakak? Saya sanggup buat apa saja janji saya dapat maaf kakak."

Aku mengeluarkan telefon pintar dan membuka sebuah video dan menunjukkan ke Siti Zubaidah. "Saya nak awak menari lagu ini dengan saya."

Mata Siti Zubaidah terbeliak merenung aku. Firman tak terkata. Semua terkejut. Suasana sunyi dan sepi seketika. Mak long menangis dan mai tuan memeluk Fatimah. Hakeem mengeluh dan menggelengkan kepala. Aku tersenyum menang. 

"Kenapa? Tak sanggup? Tadi bukan main lagi sanggup buat apa saja. Saya minta awak menari lagu Womanizer ini dengan saya dan saya nak tarian kita dirakam. Sekian. Khalas."

Aku bangun dari katil lalu berjalan ke arah Firman. 

"Lain kali jangan curang. Tak habis-habis bising cakap saya milik awak. Rupa-rupanya tunangan orang. Tak pasal-pasal calon isteri awak menjatuhkan air muka awak. Orang yang patut awak bimbing."

"Saya sanggup, kakak."

Aku berpaling laju. Wow. Siti Zubaidah berdiri dan merenung aku tepat. 

"Saya sanggup. Syarat kedua?"

"Syarat kedua… Saya nak tarian itu dirakam dan saya nak simpan video tarian itu." Aku menjawab yakin. 

Dengan itu semua beredar keluar dari bilik kecuali Firman. Dia memandang aku tajam tetapi aku hanya sibuk menonton video kru waveya menari lagu Womanizer itu. Tak sabarnya! 

"Lain kali nak bercakap itu fikir dulu. Bukan fikir sekali tetapi berpuluh-puluh kali. Kata-kata jika disimpan menjadi milik kita, sekali terkeluar dah jadi milik orang. Menasihati awak seperti melukis di air, menulis di angin… Tak ada kesan."

Aku melihat langkah Firman dengan wajah yang tak tertafsir. Firman menoleh sekali lagi di muka pintu. 

"Jangan sembarangan dengan keluarga Haji Sulaiman. Awak tak tahu awak sedang berdepan dengan siapa. Kalau ilmu tak cukup di dada, jangan lagak sebukit."

Marah pula aku! 

"Isma' ya Firman! Sedapnya mulut awak memandang rendah pada saya, walhal kemain lagi bajet Islamik! Siapa awak? Iblis? Saya lupa, kenapa Iblis kena tendang dari syurga ya? Oh…! Sebab Iblis rasa dia lebih hebat daripada Adam! Jujur saya beritahu, you are a disgrace as a Muslim and as a descendant of Muhammad. Orang macam awak, yang obses dengan gelaran dan kemuliaan awak dan keluarga awaklah yang menyebabkan jenayah Islamofobia. Sebab orang macam awaklah golongan agama seperti saya terpalit dengan imej negatif. Jangan merendah-rendahkan Nabi kesayangan saya. Penghinaan terhadap Muhammad, saya anggap sebagai penghinaan terhadap saya."

Firman terdiam tak terkata. Bahasaku dingin dan tajam. Macam ais batu. Mataku kali ini betul-betul mencerlung, bukan lawak kering macam selalu. Jelas amaranku tegas. 

Selepas melepas nafas geram, aku duduk semula dan menyumbat telinga dengan noise cancelling earphones.

Selepas solat Asar, majlis berinai pun diadakan. Tak pernah aku lalui majlis macam ini. Berinai pada waktu siang. Aku ketawa kecil memikirkan hal itu. Pengantin perempuan duduk di atas katil yang dihias cantik, dijadikan pelamin. Semangkuk serbuk inai dan sebekas air. Aku diminta membancuh inai dan memakaikannya ke jari pengantin. Sebaik saja jariku menyentuh jari pengantin, paluan kompang oleh anak-anak dara mula bergema. Marhaban dan berzanji rupa-rupanya. Kemudian setiap saudara perempuan dipanggil. Mereka datang mengesot dengan penuh beradab, bersalam denganku dan mengenakan inai pada jari pengantin yang lain pula. Aku mengeluarkan smartphone dan merakam video atmosfera tersebut, walaupun beberapa pasang mata-mata memandangku tajam. Err… Salah ke? 

Malamnya diadakan majlis akad nikah. Cepatnya. Inai pun tak sempat merah. Macam pelik je adat mereka. Tapi memandangkan nikah itu lebih penting, siapa aku nak menilai kan. Pengantin lelakinya berbaju Melayu dan bersamping. Pengantin perempuannya berbaju kurung warna putih, seperti pakaian pengantin di Malaysia. Kuat betul pengaruh Melayu dalam kalangan orang Melayu Cham. Aku memandang sekeliling, tak ada pula Firman. Hanya ada Siti Zubaidah saja. Aku meniup nafas berat. Ramai betul tetamu-tetamu perempuan, asyik tersengih-sengih dan tersipu-sipu tanpa sepatah kata. Takut pula aku. Aku perlahan-lahan mengghaibkan diri, berjalan sendiri di tepi sungai. Kaya betul Kemboja ini dengan sungai. Mana-mana tempat aku pergi, pasti ada sungai. 

"Miss Hana…" Matt menegur dari belakang. Aku mengerlingnya dan menunggunya mendekatiku dari belakang. 

"Where are you heading to?"

"Need some fresh air…"

"Come, follow me…"

Matt membantu aku naik ke atas sebuah sampan kecil. Dia mendayung ke tengah sungai dan menghentikan sampan. Aku melihat keadaan sekeliling. Suasana malam di Kemboja sunyi dan cantik. 

"Do you love Cambodia?" Matt bertanya. 

"Umm!" Aku menjawab dengan wajah ceria. 

"What do you love about it?"

"Hmm… The culture, religions, heritage…"

Matt tergelak. Aku tersenyum memandangnya. Aku memang suka dengannya, sangat lemah lembut dan sopan santun. Siapa yang mendapatnya, pasti beruntung. Polos dan jujur pula itu. 

"Matt… Do you come here often?"

"Quite… Where Firman goes, I've been there. I know his family. Maybe you don't know this, I was adopted by his family."

Aku tak mahu menganga. Patutlah dia macam rapat dengan Fatimah. Cuma hairan juga, kalau mereka adik-beradik, kenapa Firman macam sombong sangat dengan Matt? 

"I used to beg along the streets of Phnom Penh. One day I followed a man to Phnom Penh Grand Mosque. I held out my hands several times, but the man ignored me. Hungry and angry, I stole his slippers and threw them into the river. Then I went back begging. I heard the voice calling me. I got scared, the man who had gone to the mosque was barefoot, he had also found me in the middle of the city. He must have been looking for me, angry and abusive. Wanting me to make up for his slippers. But when he called out it sounded so gentle and I couldn’t resist getting closer to him. You know what he said?” 

Aku menggeleng.

“He said next time don’t come to him when he is on his way to the mosque.He was afraid of delaying his prayers… He wanted to settle his matters with his God. He was sorry for not paying attention to me. He had been rushing. Now he was looking for me to give his alms and he wanted to give me a meal. I was crying my eyes out, sat down and worshipped him… asking for his forgiveness for throwing away his slippers. He said he already knew.”

“Heh… How did he know?”

“He actually saw before he started praying. But he didn’t want to disturb his prayers so he continued to pray.”

Fair enough. Kalau aku pun aku akan buat benda yang sama.

“After that I was a regular at the mosque, hoping to meet him again. I took care of all the slippers and guarded them from being stolen. Every time he came, he was sure to see me after his prayers. Took me out for meals and rubbed or caressed my head. One day, he asked if I wanted to be his adopted son. I said yes. I was taken to the village and given schooling up till university level. Do you know who this man is?”

“Firman’s dad?”

Matt mengangguk sambil tersenyum.

“Baba… Father to Faris, Firman, Fatimah and myself.”

Aku tersentuh.

“Now, I work for this family. Even if I was offered a better job elsewhere, I would rather be with this family.”

“What’s your major?”

“Business and accounts?”

“Business and account? Then why haven’t I seen you helping Firman with his tourist agency?”

 Matt tersenyum pahit.

“Firman is unlike his father and brother. He trusts no one. He handles everything.”

“Is that why the business failed?”

“Firman didn’t tell?”

Aku menggeleng.

“His brother was swindled by his business partner from Malaysia. Business was doing great but there was no money. It was a very close friend. Trusted more than his own family members. Then Faris fell sick and died. That’s why Firman is like that. I understood when he trusted no one including myself. The loss of his baba  and his brother created a great impact on us. They were two people who were very kind and noble. Do you know that baba never made me convert to Islam? Even though there were whispers and talks about it? He never looked down on me. I was free to come and go, sleep over and eat at his home except for when I was older, baba said I have to stay in a different house because of Mai Tuan and Fatimah.”

Heh…

“I was down at first… felt that baba was abandoning me but the feeling went away when baba made frequent visits. If Firman and Faris were still around, we would be together. Mai Tuan still treated me as a mother would and Fatimah my sister… But I was not allowed to touch them anymore as I could marry them.”

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku mengeluh malas sebelum menjawab.

“Beri handphone ni kepada Matt!”

Tch!

“Telefonlah dia sendiri!”

“Sebab selepas bercakap dengan Matt, saya nak bercakap dengan kepala granit ini!”

Cet. Bunga yang cantik ini dia boleh gelar granit. Aku mengehulurkan telefon kepada Matt dengan penuh tak puas hati. Matt kemudian menghulurkan telefon itu semula kepadaku.

“Dalam 10 minit saya nak kamu berdua sampai ke sini!!!” Refleks aku menjauhkan telefon dari telinga. Rasa nak runtuh jantung apabila diherdik oleh Firman. 

Firman dah siap bercekak pinggang apabila kami berdua sampai. Firman bercakap dengan keras. Matt tertunduk-tunduk meminta maaf.

“Sudahlah itu, Firman. Dengan keluarga sendiri pun nak herdik-herdik ke?”

Firman menala pandangan mata yang hampir kepalaku. 

"Apa lagi dia cerita dengan awak?!"

Aku terkelu apabila terasa Firman semakin marah. Kepalaku tertunduk dan Firman menarik tali beg sandang di bahu dan menarik aku menghadapnya. 

"Apa lagi yang awak buat di tengah sungai tadi?!"

"Kenapa awak sibuk sangat nak tahu?"

"Apa yang kamu bualkan?!"

"Kenapa awak sibuk sangat nak tahu?! Siapa awak?!"

Aku cuba menjauhkan diri tetapi Firman menarik tali beg sandang dengan lebih kasar. 

"Isy, lepaslah awak! Ini ke kerja bodyguard yang sepatutnya?! Mengasari orang yang patut dilindungi? Ini ke layanan yang awak nak bagi pada wanita milik awak?!"

Aku menjelingnya tajam, tetapi mata aku begitu sensitif. Tangan membetulkan tali beg sandang. Terasa muka tegang Firman dan dan mata pedasnya merenungku dari belakang. Firman kemudiannya menarik helaian lapisan luar jubahku dengan kasar, didekatkan mukanya ke mukaku, lalu dia berkata dengan perlahan, satu persatu. 

"Lain kali jangan berani ikut lelaki ke mana saja. Awak hanya selamat dengan saya. Faham tak? Awak-hanya-selamat-dengan-saya."

Giginya diketap dan matanya merenung aku tajam. Seperti nak dikanibalnya aku. Bila aku diam tak menjawab, dia menarik aku lebih dekat. Aku mengeluarkan bilah kunai, meletakkan di tengkuknya, penuh terancam. 

"Awak adalah ancaman kepada saya."

Suaraku dingin. Setara dengan pandangan mataku yang tak berperasaan. 

"Saya terasa seperti diancam ketika dikerumuni oleh penduduk kampung tadi, dan awak masih memaksa saya untuk mengikut kehendak tuan rumah, tanpa mempedulikan masalah kesihatan saya. Awak telah mengaibkan saya…"

"Apa yang saya biarkan? Apa yang saya lihat? Mereka kagum dengan awak. Keberanian dan kebaikan awak yang sanggup ke dunia terpencil. Menteri Kemboja pun tak sanggup nak datang, tapi seorang gadis Malaysia, seorang hafizah sanggup merendahkan hatinya berkumpul bersama kami. Mereka mahu awak menjadi contoh teladan kepada anak gadis Cham di sini. Tapi siapa sangka, keterlanjuran Siti Zubaidah, kebiadabannya dan dia telah membayar harga yang mahal untuk mendapatkan maaf awak… Maruah dan masa depannya kerana janjinya kepada awak. Itu pun awak masih tak berpuas hati?"

"Itu Siti Zubaidah. Tetapi ada awak meminta maaf dengan saya? Ada awak buat apa-apa bila saya dimalukan tadi? Matt! Matt lebih berakhlak mulia dan bersopan-santun daripada awak! Sudahlah sombong, akhlak pun kosong!"

Firman melepaskan aku kasar. Aku menyapu debu di pakaian dan menyimpan kunai ke dalam lengan jubah. 

"Sekarang my precious… Apa yang awak nak saya buat untuk dapatkan maaf awak? Nak suruh saya menari? Saya bukannya perempuan." 

Sindiran yang pedas. Firman mengangkat kening mencabar. 

"Ada dua perkara yang saya nak awak buat. Pertama, perbaiki akhlak awak. Kedua, jauhkan diri awak daripada saya. Sejujurnya, saya sentiasa berasa tak selamat ketika bersama awak."

Suaraku dingin dan bergetar. Sedaya-upaya aku cuba untuk menahan perasaan. Aku terus berlalu pergi, sambil diekori oleh Matt. 

klu suka, blh follow penulis dan rate cerita ini. t kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience