Pagi yang ceria. Tak sangka anak murid aku betul-betul rindukan aku. Semua kelihatan teruja untuk kelas seterusnya. Alhamdulillah. Hari ini aku mengajar mereka lagu kanak-kanak gubahanku sendiri. Menggunakan lirik yang aku buat, dengan perkataan epal. Aku menyuruh anak muridku menulis beberapa ayat berkenaan epal. Masing-masing harus menyambung ayat tersebut, menjadi satu cerita berkenaan epal. Semua ketawa mengekek kerana ayat yang mereka beri tidak masuk akal, termasuk aku. Kredit kepada Firman sebagai pemberi ilham. Sukanya mereka, dapat merapu sesuka hati.
Firman datang mengetuk pintu kelas dan aku keluar sekejap.
"Ingat tak pegawai yang datang jumpa saya?"
Keningku berkerut. Pegawai mana pula ni… "Okay… jadi?"
"Mereka minta kita buat satu persembahan khas untuk Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan Kemboja."
Persembahan? "Berkenaan dengan apa? Saya tak faham."
"Setiap tahun, Persatuan Islam Cham di Kemboja menganjurkan Tilawah Al-Quran dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Kemboja. Peserta dipilih dari setiap kampung atau mukim, siapa juara akan mewakili Kemboja ke Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur. Acara selingan, pertandingan nasyid dan persembahan. Mereka minta kita hantar wakil. Saya perlukan Hana untuk memberi idea bersama kami."
"Saya tahu tu. Tapi saya tak faham. Apa yang perlu saya bantu? Saya tak biasa urus persembahan."
"Petang nanti kita mesyuarat dengan ustaz. Saya tetap mahu awak terlibat dan bekerjasama dengan kami. Mungkin awak ada idea yang lebih baik."
Aku tak berminat. Aku tak ada pengalaman, nanti tak pasal-pasal persembahan itu gagal pula. Aku juga tak mahir dalam berkomunikasi dengan orang. Tapi aku teringin nak melatih peserta hafazan, kerana dulu aku Johan Hafazan Negeri Kedah.
Firman seperti cepat saja memahami reaksi negatif aku.
"Tolong jangan salah faham dengan saya. Saya tak ada pengalaman dalam pengurusan profesional. Saya juga tak mampu berkomunikasi macam orang lain. Apatah lagi awak minta saya urus persembahan."
"Saya dah ikut semua kehendak awak, melayan awak seperti tuan puteri, apa lagi yang awak tak puas hati? Minta tolong sedikit pun tak boleh. Apa guna datang sini kalau diperlukan tapi tak mahu membantu?" Bertambah keras suaranya.
Dia merenung wajahku lama. Aku langsung tidak bertentang mata dengannya. Tetapi renungannya membuatkan aku rasa terancam! Refleks aku berpeluk tubuh dalam penuh rasa tidak selesa.
"It's not a request! It's an order!" Geram saja bunyinya, kemudian dia terus blah!
Mesyuarat aku hadir dengan penuh debar. Apa yang mereka bincangkan langsung tak mampu aku hadam dan tak masuk akal dalam kepala aku. Setiap kali mereka bertanya aku hanya mampu melopong dengan "huh?" berkali-kali. Situasi terlalu overwhelming untuk aku. Semua ada termasuk hakeem, tuan imam dan ustaz. The fact yang mereka ada di situ membuatkan aku rasa seperti nyawaku telah hilang separuh. Malu, kerana sebelum ini imej aku sangat berani, powerful. Tapi hari ini, aku nampak macam clown.
Beberapa kali aku ditanya setuju dan tidak setuju. Fatimah mencuit aku dan memberitahu apa yang ditanya dan kepala terasa sakit memikirkan jawapan. Semua mata memandang aku, membuatkan riak wajah aku menjadi jengkel. Mujurlah aku berniqab. Kalau tidak, mesti mereka nampak wajah jengkel aku. Sangatlah tidak beradab. Aku hanya tersenyum tawar sambil memberitahu Fatimah bahawa terserah saja. Dalam hati, aku berharap mesyuarat ini cepat habis, supaya aku boleh makan ubat dan minum air. Aku perlukan oksigen!
"Cik Hana… Bla… bla… bla… setuju?" Kedengaran suara Firman tanpa butir.
"Terserah." Aku menjawab penuh malas. Tangan mengurut tengah-tengah antara kening. Aku mendengus tanpa suara.
"Okay tak kalau Cik Hana… Bla… Bla… Setuju?" Firman bertanya lagi.
"Hahhhh…! Terserah!" jawabku penuh frustration. Aku menunduk dan bersandar pada meja.
"Baiklah. Cik Hana… bla… Bla…" Soalan terakhir Firman.
Aku mendengus tanpa suara lagi, sebelum mengurut di tengah-tengah antara kening. Semua mata memandang ke arah aku dengan penuh perhatian apatah lagi Fatimah. Nak tanya aku tak mampu, penat dan stress. Aku hanya mampu untuk mendiamkan diri. Semua kelihatan menahan ketawa.
"Betul ni? Cik Hana setuju?" Muka Firman dah merah menahan ketawa.
"Terserah…" jawabku lemah.
Pecah ketawa semua orang! Ah sudah… Firman cari pasal dengan aku lagilah tu… Semua bangun dan mula melangkah keluar. Firman menyusun kertas dan memasukkannya ke dalam fail. Mataku mencari-cari Fatimah. Ah… Dia pun keluar melepaskan tawa di luar. Tak sempat nak minta dia bawakan air dan ubat untukku.
"Apa hal?"
Firman bangun dan berjalan melalui tempat dudukku. Aku menutup botol air setelah selesai menelan painkillers. Tadi setelah Fatimah masuk semula ke pejabat, aku memintanya membawakan ubat dan minuman untukku. Aku pantas bangun dan mendapatkan Firman.
"Apa yang lucu sangat tadi?"
Dia menoleh dan melihat aku dengan senyuman yang ditahan.
"Saya tanya, awak nak tak menetap di sini? Awak kata terserah. Saya tanya lagi, awak tak kisah mengembala kambing dan itik? Awak kata terserah. Saya tanya setuju tak kalau awak tidur di buaian usang bawah rumah itu? Awak kata terserah saja."
Keningku terangkat.
"Serious ke ini? Awak tanya macam itu? Tadi?" soalku inginkan kepastian.
"Do I look like I'm kidding you?"
Wow. Dahsyatnya! The audacity untuk buat macam itu dekat aku. Aku mengurut dada berkali-kali. Bibir melepaskan keluhan sambil tangan kiri meraup dahi yang dah berpeluh sejuk. Macam manalah aku nak pandang semua muka itu dengan serius lepas ini.
"Well Cik Hana?"
"I'm speechless. The audacity."
"Lain kali jangan berkhayal. Beri tumpuan. Orang berkhayal ini susah, silap-silap diri tergadai, maruah hilang."
Aduh! Tapi bukan sebab terasa atas sebab yang betul. Tapi sebab yang seratus peratus salah.
"Awak ini tak cari pasal dengan saya memang tak boleh agaknya? Kalau sehari tak cari pasal, boleh putus oxygen support. Lagi satu, pinjam motor. Lepas Asar nanti saya nak pergi meronda kampung dengan Fatimah." Tanganku menadah.
"Baiknya budi bahasa. Nak pinjam motor tapi cakap kasar. Tak ada siapa nak duduk bersama awak selamanya. Bagi percuma pun saya tak nak. Susah nak jaga maintenance dia."
Aku mendengus tanpa suara. I don't care! Manusia pun bukannya hidup selamanya. Haih. Nak pecah dada dengan perangai dia yang macam-macam hal.
"Bolehkan tuan hamba meminjam motor kanda?"
Firman mengangkat kening, mukanya selamba.
"Kalau saya bagi, awak nak bagi apa dekat saya?"
"Saya solek muka awak secara percuma. Rambut awak saya buat seperti Pink."
Mukanya dipalingkan ke sebelah sambil gelak berdengus. Marah plus geli hati kut.
"Kalau awak nak wax bulu kaki saya sekalipun, the answer is no! Kecuali kalau awak buat semua yang saya minta tadi."
Keningku bertaut.
"Duduk sini terus?"
"My precious, saya pun tak ingin awak menetap di sini terus, melainkan berlakunya satu keajaiban. Bila saya dapat menyentuh dan memeluk bulan di langit, masa itu barulah saya yang akan bawa awak ke sini dan tinggal bersama kami. Di kampung ini."
Nak termuntah dengar ayat pujangga dia itu. Sangatlah cringe. Aku tersenyum sumbing dengan kening sebelah kiri terangkat tanda jengkel.
"Dengar pun dah tahu itu ayat Pak Arab nak bagi janji Arab." Ketawa kecil terlepas di hujung ayat.
"Sebab saya tahu mustahillah saya cakap. Bermakna saya sangatlah tak teringin nak awak menetap di sini. Awak jangan nak perasan. Saya nak beritahu, awak dah bersetuju nak uruskan semua persembahan. Awak pengarah seni dan persembahan. Ustaz Zulkifli dan Ustaz Jamali bahagian Qari dan Qariah."
Ketawaku meletus. Tak cukup nafas aku ketawa. Sehingga terbongkok-bongkok dan menampar lutut macam orang skizo. Hailoh, lawak, lawak! Aku mengesat tubir mata yang berair sebelum menenangkan diri.
"Firman… Awak tak pernah gagal dalam menghiburkan saya dengan ayat awak." Aku menarik dalam-dalam yang tersekat akibat terlalu kuat ketawa. "Saya dah beritahu, saya tak ada pengalaman dalam mengurus persembahan. Dan ayat awak benar-benar berbunyi seperti mandatori. Saya bebas. Saya berhak untuk memilih apa yang saya nak buat…"
"Kalau tak ada pengalaman, kenapa tak belajar?"
"Saya tak habis cakap lagi. Saya bebas, nak pilih apa yang saya nak buat. Saya tak minat persembahan dan saya tak ada pengalaman bernasyid. Saya tak pernah bermain alat muzik Arab macam Oud dan gendang mereka. Saya tak dibenarkan dulu, masa saya belajar."
"Inilah namanya orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Awak tak minat tak semestinya tak boleh buat. Kami perlukan tenaga dan idea kalau ada. Jangan sempitkan pemikiran awak. Kalau nasyid tu mesti kena pukul gendang, main alat muzik Arab, macam di internet itu. Jangan fikir seni katanya mesti ada berzanji dan marhaban semata-mata. Islam tak sempit tetapi awak yang sempitkan. Allah bagi akal tu guna… Bagaimana nak tarik orang kepada keindahan Islam, bagaimana nak meriahkan dunia Islam dengan hiburan yang dibolehkan. Belum apa-apa dah kata itu tak boleh, ini tak boleh. Sia-sia sahaja lahir sebagai orang Islam tetapi tidak mengenal agamanya sendiri."
Rasa nak tepuk dahi mendengar statement itu. Tahan jelah Hana oi, suap ego dia lebih-lebih lagi… Sampai dia kenyang!
"Okay… Saya akan kasi idea yang lebih bom daripada telefon Yes. Pinjam dulu motor awak." Tangan aku menadah lagi, meminta kunci.
Firman meletakkannya di tengah-tengah permukaan fail, kemudian diputarkan fail itu, selamba. Matanya menatap aku dengan penuh berlagak.
"My precious, awak nak bawa adik saya ke mana? Nak terjun snorkeling dalam bendang atau nak scuba diving dalam sungai."
Aku menjulingkan mata ke langit sambil mendengus tanpa suara. "Kan saya kata nak ronda kampung ni. Dah dua minggu saya di sini, saya tak pernah ke mana. Cuma rumah awak, madrasah, masjid dan sungai. Rumah awak, madrasah…"
"Nah! Ini kuncinya." Belum sempat aku nak berzikir, dia dah memotong. Woohoo! Aku meloncat teruja di hadapannya. Aku segera memanggil Fatimah sebelum menoleh memandang Firman sekilas.
“Ah… Berkaitan dengan Tilawah Al-Quran itu, saya tak ada pengalaman dalam pengurusan persembahan, tapi saya pernah menang hafazan peringkat negeri dulu. Jadi, saya minta izin untuk hantar wakil dalam kalangan anak murid saya untuk kategori hafazan perempuan. Tentang nasyid itu, saya tak ada pengalaman bernasyid, tetapi saya boleh tolong untuk cipta lagu untuk awak semua dan tulis lirik. Saya tak ada pengalaman dan tak tahu cara bermain alat muzik Arab, tapi yang saya maksudkan adalah seni muzik Arab itu menarik minat saya dan saya ingin mempelajarinya. Itu saja.”
Aku dan Fatimah pulang ke rumah bersama-sama. Aku mengeluarkan motosikal berat itu dengan berpeluh-peluh dan aku mula menekan starter. Fatimah nampak ragu-ragu, cuak dengan aku agaknya.
“Naik ajelah, apa nak takut.”
“Kakak boleh ke? Larat ke?”
“Boleh aje… Tapi awal-awal ni, accident tak dapat dielakkan. Lama-lama pandailah tu.”
Fatimah duduk bertenggek. Agak-agak dah okay, aku bertanya.
“Dah Fatimah?”
“Dah!”
Aik? Kenapa suara dia jadi garau semacam? Aku menoleh ke belakang dengan muka pelik.
“Awak! Saya tak nak awak bonceng! Turun lekas!”
“Motor saya, suka hati sayalah.”
“Firman! Tak selesalah saya nak bawak dua orang.”
“Bawa aje. Dah jalan, tu okaylah.” Dia mengajuk nada aku bercakap.
Fatimah yang duduk di tengah-tengah antara kami berdua sudah tergelak sakan. Berhimpit dan bersempit kami di atas motosikal. Okay, dia nak sangat, kan. Jangan menyesal! Aku memecut jalan tanah merah. Tangan Fatimah memeluk tubuhku erat. Bila masuk lubang, Fatimah menjerit dan memaut aku lebih erat. Seronok pula aku merempit sakan dengan dua beradik itu. Sengaja aku masuk ke dalam jalan berlubang dan mencari jalan yang tak rata dengan niat sekadar ingin tahu. Seronok bila terloncat tinggi semasa berada di atas motosikal.
Tapi tak lama perasaan debar itu, pemandangan kampung sangat menyejukkan mata. Angin sejuk menampar wajah dan purdah berterbangan ditiup angin. Fatimah sibuk menerangkan itu, ini, begini dan begitu. Aku dengar tak dengar, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Motosikal aku pandu santai dan mataku tertancap kepada sesuatu yang menarik. Ops! aku tersedar ke alam nyata lalu terbrek mengejut. Kedua-dua beradik itu tersembam ke hadapan, termasuklah aku. Aduh! Sakitnya aku!
Firman turun dan berjalan ke depan. Dia membantu mengangkat motosikal yang terjatuh.
"Kalau macam ni lah cara bawa motor, jangan mimpi nak bagi saya pinjam lagi. Macam nak menuju ke kubur dalan 120 kilometer sejam. Dengan jalan yang teruk macam ni, awak boleh speed?"
"Awak pun merempit juga. Lagi dahsyat pula tu."
"Saya pro, jangan bandingkan saya dengan mat rempit yang tak ada kelas itu. Setakat kapcai, cium asap Ninja saya belum tentu mereka dapat."
"Macamlah ada orang peduli. Berapa ramai yang berjaya lepas roadblock dengan bayar duit tepi?"
"Belum bertemu Ninja dengan kapcai. Di mana ada highway, di situ ada mat rempit. Di mana ada mat rempit, di situ ada abang pedas. Di mana ada abang pedas, di situ ada Hana."
Pepatah tesaurus mana tu? Tak pernah dengar saya."
"Maknanya, bala besarlah mana-mana mat rempit yang bertembung dengan saya. Setakat ini, tak pernah seorang pun lagi terlepas. Saya kejar sampai dapat, mana mereka nak menyorok. Apa lagi dengan Minah rempit yang bernama Hana. Sekali tekan aje, saya terus dapat cekup. Awak boleh cukup pro."
Aku menjulingkan mata ke langit. No one cares. Malas nak layan, perhatianku ditarik kepada dua susuk tubuh di depan kami. Mereka berdua berjalan di atas batas bendang dan sedang menuju ke arah kami. Aku menepuk-nepuk baju untuk membuang debu dan mengisyaratkan Firman agar mengambil alih.
"Memecut pandai, tapi nak mengurus motosikal tak reti."
Dia membebel tapi buat juga apa yang aku minta.
"Siapa tu Fatimah?" tanyaku sebaik sahaja mereka berdua semakin hampir.
"Penjual air tuak. Kakak nak minum ke? Sedap tau."
Aku mengangkat kening penuh berminat.
Sebaik sahaja mereka berdiri di depan kami, bibir sudah menyeringai, gembira kerana mendapat pelanggan. Mereka menurunkan kandarnya. Air tuak itu diisi ke dalam buluh yang berbagai jenis, ada rupa buluh betong pun ada. Banyak juga bekas-bekas buluh itu diikat dan dikandarnya. Bila duduk bertinggung dan menuangkan air tuak ke dalam gelas juga dari buluh yang pelbagai saiz.
Fatimah bertanya kepada Firman yang sedang duduk di atas motosikal. Firman mengangguk dan segelas buluh besar diisi kepada Firman. Penjual itu menunjukkan aku macam nak menyuruh aku saja yang membawanya kepada Firman. Aku mengambilnya dengan teragak-agak. Risau tak pasal-pasal tumpah ke aku tersadung ke. Gelas buluh itu aku bawa dengan berhati-hati, sambil mata tak teralih pun daripada air tuak di dalamnya. Rasa nak tercabut jantung bila melihat air itu berkocak. Macam bila-bila masa je air tu boleh tumpah. Pertama kali aku melihat air tuak dengan mata kepala. Selama ini hanya mendengar sahaja. Air tuak ni air kelapa dalam bahasa Kelantan. Aku harap ni air tuak itu. Sejak menjejakkan kaki di Kemboja ni, lidahku masih belum biasa lagi dengan makanan orang sini. Deria rasa aku begitu sensitif, makanan Melayu pun ada yang aku tak boleh terima. Apatah lagi makanan negara orang. Kakiku sampai di depan Firman tapi mata masih merenung air.
"Bila nak beri saya minum ni?" Firman menegur. Aku tersedar lantas gelas buluh aku hulurkan. Firman membaca bismillah. Aku memerhati bibirnya meneguk, macam sedap saja. Firman berhenti dan menoleh kepadaku.
"Tak pernah tengok orang minum."
"Pernah. Tapi tak pernah tengok orang minum air tuak."
"Minum macam mana? Minum dengan mulutlah. Takkan minum dengan hidung pula."
Aku rasa nak tepuk dahi. Tapi muka masih selamba. Dah biasa dengan perangai sadisnya.
"Bukan… Kalau saya tengok awak minum sedap, maksudnya sedaplah tu. Saya tak tahu air tuak tu apa kandungannya, jadi saya ragu-ragu nak minum."
"Sedap… nak cuba sedikit? Tak payah beli segelaslah. Membazir."
"Boleh ke?"
Firman menghulurkan gelasnya. Aku memerhati gelas itu, dia menganggukkan kepala, mengisyaratkan aku supaya minum. Aku menundukkan kepala, mengambil bau. Baunya semacam, tak tau nak terangkan macam mana. Ada masam sikit.
Firman mengangkat tinggi gelas dan aku mengicipnya sedikit. Aku mengangkat kepala, sambil bermain dengan lidah. Aku masih sedang cuba untuk memproses rasa apa air tuak yang baru aku rasa tadi.
"Okay? Boleh telan?"
"Entahlah… rasa pelik…"
"Minum sikit… Cuba rasa…"
Sekali lagi Firman menyuakan gelas dan aku memegang sedikit bawah gelas dan meneguknya. Seteguk dan aku menolak gelas ke tepi. Air itu melalui esofagus dan memasuki perut. Aku terkaku seketika sebelum tersedak.
"Boleh ke ni? Kalau tak boleh jangan paksa, nanti muntah pula." Aku menganggukkan kepala. Rasa pelik, masam, macam air nira nipah yang memang aku tak suka.
"Hiks!" Aku tersedu. Wajah Fatimah dan berubah.
"Mabuk ke?" Cemas sekali nada suara Firman.
Aku mengesat mulut. Wajah mengukir ketawa kecil. "Taklah. Sebab tak biasa…"
"Jangan main-main macam tu. Nanti jatuh hukum haram pula," marah Firman. Aku buat muka, aku tak melawak pun. Mereka minum benda tu selalu tak fikir apa-apa pula.
"Cham?" tanyaku. Itu saja yang aku tahu sepanjang berada di sini.
Pak cik itu mengangguk penuh hormat.
"Ya… Cham… Cham…"
Pandanganku beralih pula kepada anak lelakinya. Aku duduk dengan posisi lunges, mencari wajah itu. Dia bermata sepet, seperti aku. Mata kami bertembung dan aku cepat-cepat melarikan anak mata. Dia memerhati penuh setia, membuatkan aku berdiri kerana penuh tak selesa. Baru aku perasan, sedari tadi lagi, dia sangat membantu ayahnya. Tak perlu disuruh, dia macam tahu saja apa yang perlu dibuat.
"Anak?" tanyaku untuk kepastian. Dia macam faham pula dan menganggukkan kepala, tersenyum lebar. Bangga dan seronok apabila aku berminat dengan anaknya. Kemudian anaknya disuruh bangun dan mendekati kami.
Tanganku hulur untuk bersalam tetapi budak itu hanya berdiri kaku. Ayahnya bercakap sesuatu tetapi dia menggelengkan. Kemudian ayahnya berdiri tegak dan menolak sedikit tubuh itu agar mendekatiku tetapi dia mengeraskan tubuhnya. Dia enggan memberikan kerjasama. Anak itu berkata sesuatu kepada ayahnya.
"Dia kata haram menyentuh perempuan." Firman tiba-tiba berdiri di sebelahku.
Aku tergelak kecil.
"Apa yang haramnya? Dia masih belum baligh."
Sekali lagi ayahnya cuba memujuk anaknya agar menyambut tanganku tetapi dia menggelengkan kepala dan menjawab perlahan. Mukanya penuh yakin, tetapi suaranya bergetar kerana debar.
"Dia enggan bersalam dengan awak kerana katanya haram menyentuh perempuan yang bukan ibu atau adik beradik perempuannya."
Aku tersenyum malu lalu menurunkan tangan. Walaupun aku tahu tak haram pun bersalaman denganku. Dia masih belum baligh. Tingginya pun separas pinggangku.
"Tak apalah. Cakap dengan ayahnya kalau dia tak mahu tak perlu paksa."
Tanganku spontan hendak menggosok kepalanya dan dia refleks mengelak. Aku menunduk memohon maaf, dan mengulum tangan penuh malu. Kami meneruskan perjalanan. Kali ini Firman yang memandu. Sekali lagi Fatimah berada di tengah-tengah. Seketika motosikal lalu di atas batu kerikil kecil dan Fatimah terjerit apabila motosikal terloncat. Fatimah memeluk pinggang abangnya erat dan aku memegang besi belakang motosikal. Nak pegang baju Fatimah, takut nanti dia marah sebab baju dia berkedut pula. Atau tudung tak jadi pula. Ketawa kami bernada seperti not lagu. Penuh dengan keriangan.
Pemandangan yang cantik diharmonikan dengan angin sejuk dan cuaca yang begitu baik, segar dan indah. Redup dan mendung membuatkan aku merasa cantik. Kedinginan dan angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah. Tudung dan purdah berterbangan dan kepala yang menunduk merasakan seperti anak dara yang malu di balik angin bayu. Jiwaku berbisik, penuh kasih sayang. Perasaan yang sukar diterangkan, dan seperti tak logik di akal. Tetapi aku tak kisah, kerana perasaan ini begitu indah. Dan aku tak akan dapat perasaan ini di tempat lain dan waktu lain.
thanks for reading it until today.
Share this novel