Chapter 40

Adventure Series 1746

Kampung Po Chnnang. Kampung terakhir dalam misi. Tak pasal-pasal aku mengada-ngada dengan Firman untuk cuba mendayung. Nampak macam seronok aje dia mendayung sambil bergilir dengan Matt.
"Tak payahlah. Susah, berat… Awak tak larat nanti. Nampak aje macam senang… Tak bergerak perahu nanti. Tak pun mahu terbalik perahu ini dikerjakan awak. Silap-silap terlanggar habis perahu lain, pancang kayu atau tebing. Rosak perahu nanti."
"Tapi saya nak…" Aku masih tidak berputus asa.
"Susah… Awak tak tahu air mana dalam, air cetek… Tak tahu nak melawan arus, mengikut arus. Nanti terlanggar tebing pasir dalam sungai…"
"Sekali aje Firman… Saya teringin sangat…" Aku terus merayu.
"Nanti saya bagi awak guna enjin sangkut."
"Kalau macam itu baik tak payah…"
"His… Susah betullah kalau dah datang degilnya. Tak makan saman!"
"Saya tak makan saman, saya makan nasi. Please Firman… Please… Pretty boy."
Akhirnya Firman mengalah. Cepat aje aku bersorak suka sambil mengambil kedudukannya.
"Saya bagi awak kayuh sekejap aje… Sampai kat bahagian sungai yang lebih dalam, kita akan guna enjin. Sekarang awak boleh mula."
Terkial-kial aku berdiri sambil berdayung dengan pelbagai gaya. Ingat senang, rupa-rupanya susah dan berat! Separuh nyawa berhempas-pulas, kakiku huru-hara ke depan dan ke belakang, perahu hanya bergerak beberapa depa. Itu pun terundur, tersenget dan terpusing-pusing. Mereka dalam perahu sudah mula saspens. Mai Tuan dan Fatimah berpegang erat pada birai perahu. Fatimah siap mengucap dua kalimah syahadah lagi. Aku menahan geram dan malu. Firman dan Matt sudah merah muka menahan gelak. Akhirnya… Aku menyerah. Firman berdiri menghampiri aku.
"Penat honey?"
"Mimpikan saya ke semalam? Awak memang betul-betul nak kahwin dengan saya ke? Atau dah mula anggap saya isteri awak?"
"Kalau saya nak panggil apa, peduli apa. Dahi merah menyala, tudung kuning dengan purdah hitam. Macam lebah."
"Cantik apa lebah itu. Siap jadi permaisuri lagi."
"Sendiri punya perumpamaan."
Hai la… Ambil ajelah Firman. Aku malas melayan. Penat mendayung menguasai tatkala ini. Kadang-kadang aku pelik dengan layanan Firman padaku, tetapi aku anggap dia melawak saja. Cuma aku berharap dia tak menganggap yang aku betul-betul serius melayannya. Bukan apa, aku takut bila aku difitnah, aku tidak menjadi mangsa salah faham.
Masuk ke kampung ini seperti masuk ke dalam kampung bunian. Terngiang-ngiang di telinga lagu P. Ramlee, indah nian istana bunian, puteri bunian manis menawan. Kampung ini paling meriah sambutan di antara banyak-banyak kampung. Aku menarik nafas yang aku tak tahu apa rasanya tatkala melihat kecantikan gadis-gadisnya. Ketampanan dan kejernihan wajah pemuda-pemudanya. Muka mereka seperti sama acuan dan seperti bersaudara. Ada iras-iras Firman dan Fatimah. Pemuda-pemudanya berjubah putih dan berserban putih. Ada yang berbaju Melayu putih atau berkemeja putih dengan kain pelekat. Aku disambut oleh hakeem merangkap imam kampung merangkap abang Mai Tuan merangkap bapa saudara Firman merangkap pak long Fatimah. Baru aku perasan ini perkampungan pondok. Dalam ramai-ramai gadis, muncul seorang gadis sangat cantik. Berkulit kuning langsat, beralis tebal dan bermata bundar. Aku tak berminat dengan anak dara orang. Dia menyapa Firman dan Firman membalas lembut. Mata mereka bertentang dengan senyuman manis terukir. Matt menghampiri mereka. Mai Tuan dan Fatimah menegur gadis itu. Mereka berpelukan mesra dan seperti sangat menyayangi.
Aku ditinggalkan dalam kelompok gadis-gadis yang melihat aku dari atas hingga bawah sambil tersengih. Semakin lama mereka semakin mengerumuniku… Semakin dekat dan semakin ramai, terasa seperti picu ditarik. Aku meraung sekuat hati. Dengan air mata yang berderai, kepalaku memegang kepala erat dan aku duduk memeluk lutut erat. Matt mengarahkan semua menjauhkan diri manakala Firman yang terkocoh-kocoh mendekat. Satu botol air mineral dibawa dan mukaku direnjis. Firman menyuakannya dan aku meneguk sehingga habis. Aku meletakkan botol itu di atas lantai. Eh? Pelik. Selalunya aku akan fikir tentang dekat mana nak buang sampah dan akan tanya. Kenapa ya?
Matt mahu mencempung aku masuk ke dalam rumah hakeem tetapi aku meletakkan sebilah kunai dekat dengan tubuhnya sebagai amaran keras. Jangan dekat. Aku bangun dan berjalan sendiri. Aku dipersilakan masuk terus ke dalam bilik. Aku menghempaskan badan ke atas katil bujang besi dan aku tak pasti sama ada aku seorang saja yang dengar bunyi kriuk. Fatimah masuk dengan kelam-kabut mengipas aku. Aku bersyukur dalam hati dan mengubah posisi ke duduk macam tuan puteri. Aku memintanya keluar. Aku ingin menyendiri. Tangan mengeluarkan noise cancelling earpods. Aku membuka bluetooth. Malu satu hal, geram satu hal. Haih, kenapalah semua orang boleh nampak aku!
"Awak tak sihat. Kenapa suruh Fatimah keluar?"
Aku mengangkat wajah sekilas. Tangan kembali bermain di telefon pintar, membuka aplikasi muzik. Aku menekan lagu Lovely, nyanyian Billie Eilish.
"Saya tahu awak boleh dengar. Jawab bila saya tanya."
Isn't it lovely, all alone?
Heart made of glass, my mind of stone.
Tear me to pieces, skin to bone.
Hello, welcome home.
Hati terasa seperti ditikam tetapi aku menahan agar tiada setitis pun air mataku tumpah depan lelaki ini.
Tangan yang cuba menyentuh daguku, aku tahan dengan bilah kunai di tangan. Mataku mencerlung tajam, memandangnya.
"Semua tetamu sedang menunggu awak di luar, pintu terbuka luas dan mereka sedang menyaksikan kebiadaban awak sekarang."
Aku memandang ke arah muka pintu. Bibir kukemam dengan muka yang sebal. Mereka tak nampak wajahku, tetapi aku yakin mata kami bertembung. Mata kami bertembung kan?
"Bangun sekarang. Sila hormat tuan rumah. Tuan hakeem, semua menunggu awak. Majlis akan bermula bila-bila masa."
Jadi? Apa masalahnya? Mulakan sajalah majlis itu tanpa aku. Bukannya akan ada signifikansi yang besar pun kalau aku ada. Sama saja, aku ada atau tak ada.
Terasa seperti katil sedang bergerak dan berpusing. Aku membuka mata seluas alam. Gila lelaki ini, kuat mana otot dia? Aku yang besar gajah duduk atas katil ini dia boleh tolak sekali! Tak sekarang ini bukan isu dia! Isu dia sekarang semua mata boleh melihat kami berdua!
Ini tak boleh jadi! Aku berdiri tegak. Ototku terasa seperti penuh dengan asid laktik. Keras dan masam. Ini mesti sebab serangan autisme tadi. Tak sangka, serangan itu boleh berlaku masa misi. Aku membaling sepuluh-sepuluh bilah kunai di celah-celah jari ke arahnya, tetapi cekap pula dia menyambutnya kemudian membalingkannya semula. Dia tuju bahagian hujung kainku dan sasarannya hampir tepat. Mujur tak terkoyak baju aku. Memang lanun sungguh! Mereka yang memerhati dari luar bilik tergelak riuh, melihat perang baling barang di antara kami berdua, walau barang itu ialah senjata tajam. Kemudian aku mengelar pergelangan tanganku sendiri dengan kunai. Darah mengalir, dan riak wajah Firman berubah.
"Hana… Jangan macam ini! Jangan kelar tangan awak. Nak mati ke?"
Tahu panik lanun ini. Aku seronok. Darah, aku ada darah!
Aku terkial mengeluarkan sapu tangan berwarna hijau daripada beg tangan untuk membalut luka. Tetapi Firman lebih tangkas. Dia mengelap luka, menghentikan pendarahan dan menggunakan hujung seluarnya sendiri untuk membalut lukaku.
Pintu ditutup dan aku mengutip semula kunai di atas lantai bahana perang tadi. Sesekali mukaku berkerut kerana penangan luka tadi. Firman cuba membantu, tetapi aku terlebih dahulu memberi amaran dengan mengelar tengkuknya. Jangan main-main dengan aku. Jangan sentuh barang berharga aku. Matt cuba membantu, dan aku tak menghalang. Aku percayakan Matt. Tetapi aku tak percayakan Firman. Ada satu perasaan dalam hatiku yang memberitahu identitiku sebagai orang yang mewarisi ilmu seni mempertahankan diri akan hilang bahana Firman. Jadi aku sekali-sekali! Tak boleh benarkan Firman mengancam identiti ini! Fatimah hanya memerhati. Kunai terakhir aku simpan di dalam jubah,  melalui lubang pergelangan jubah.
"Puas hati?" sindir Firman.
Aku tak ambil pusing. Tanganku mencekak kemejanya dan aku menariknya rapat ke wajahku.
"Ya." Mataku mencerlung. Kemudian aku memberi pandangan yang sama kepada Fatimah dan Matt. Biar mereka tahu siapa Hana yang sebenarnya. Hana yang agresif, yang kalau tak makan ubat hanya akan mencederakan orang lain dan dirinya sendiri.
"Hana… Saya minta maaf, kami minta maaf. Sudahlah… Jangan merajuk. Semua orang sedang menunggu awak."
"Kakak, Fatimah minta maaf. Seronok sangat balik kampung mama, jenguk saudara-mara. Ada majlis akad nikah lagi. Mari kita makan, kakak. Nanti majlis akad nikah tak jadi sebab kakak merajuk. Kakak tetamu istimewa. Pengantin perempuan tunggu kakak inaikan dia."
Aku memandang mereka dengan pandangan sayu. Rasa sentap lah pula. Siapalah aku ini sampai nak dijadikan tetamu istimewa oleh saudara-mara Firman? Yang digelar-gelar daripada Mekkah itu? Sudahlah mereka ingat aku merajuk. Ya Allah, malunya. Boleh tak kalau aku terjun dalam sungai tadi dan menghilang aje?
Firman masih berada di sisi katil, menanti aku. Aku memandang kemejanya sekilas. Sudah terkoyak di bahagian kolar. Lehernya ada kesan calar. Pastilah kesan amaran aku tadi. Pasti Matt pun ada kesan yang sama. Aku memandang pergelangan kanan yang berbalut.
"Maafkan saya. Matt, could you please open the door and you guys please leave the room. Fatimah can stay here with me."
Matt membuka pintu dan berpuluh-puluh biji mata menerjah ke arah kami berdua. Aku mengangkat tangan mengaku kalah.
"Beri saya 15 minit, saya perlukan air. Banyak air. Untuk cuci luka, minum dan basuh muka. Saya nak perbetul tudung, purdah semua. Firman… Awak boleh pergi sekarang."
Aku memberikan senyuman seikhlas mungkin untuk menyakinkan Firman kerana aku bimbang dia tak percayakan aku. Selama ini aku maintain imej wanita Muslimah aku, tapi hari ini aku Muslimah sentap pula! Risau juga aku, nanti Firman dah tak percayakan aku lagi dah. Dia berdiri dengan segera dan memperbetulkan rambutnya. Matt turut mengekori Firman melangkah keluar dari bilik.
Selepas berdandan sedikit, aku keluar dan bersalaman dengan semua. Seekor kucing menghampiri aku. Rasa macam nak mengeluh pula, mentang-mentang semua orang di sini nak berbaju putih, kucing pun nak bermutasi untuk dapat bulu yang putih. Sudahlah putih, gebu pula. Aku gelar kau Che Teh lah. Matanya pun biru, macam salji atau Mat Salleh.
Aku dihidangkan buah susu dan teh cina. Ramainya yang merenung aku. Aku harap picu Autisme tidak ditarik lagi. Para lelakinya duduk dalam satu barisan, menghadap barisan perempuan. Gadis-gadis duduk di belakang wanita yang lebih berumur dan sesekali mengintai aku. Tetapi yang selebihnya mengintai Firman di sebelah kanan aku yang duduk bersila berselang tiga dari Fatimah dan Mai Tuan. Matt di hujung sekali. Kalau mengikut maklumat yang diberi oleh Firman, kebanyakan mereka bersaudara dan keluarganya berdarah kacukan. Arab dan Melayu itu wajib ada! Haa… Kan aku dah kata! Hakeem dan pak long duduk di tengah sana menghadap aku.
"Saya dimaklumkan Cik Hana ini handal dalam seni mempertahankan diri."
Aku menjeling tajam ke arah Firman. Siapa lagi kalau bukan dia yang beritahu?
"Bolehlah… Tak adalah sampai boleh mengajar orang. Sekadar untuk manfaat saya saja."
"Boleh Cik Hana tunjukkan?"
Ah… Sudah! Patutlah mereka semua duduk dengan gaya macam di atas gelanggang. Aku kena buat pertunjukkan rupa-rupanya. Aku mengerling ke arah Tuan Hakeem dan memandang Firman lama, tapi Firman buat tak tahu saja. Cis!
"Err… Err… Saya rasa tak sesuai kut sekarang ini? Saya tengah pakai jubah ini…"
"Anak saudara saya takkan berbohong. Firman tak pernah berbohong. Sila tunjukkan Cik Hana. Kami teringin nak melihat kehandalan gadis Melayu Malaysia. Boleh menjadi contoh kepada gadis-gadis Cham di sini. Tidaklah kami selama ini bercerita kosong saja mengenai kepahlawanan dan semangat srikandi Puteri Melayu… Tun Fatimah, Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang."
Heh… Perlu ke… Mai Tuan tersenyum bangga dan menganggukkan kepala ke arahku. Aku mengerling ke arah Firman lagi. Dia hanya duduk bersila dengan tegap. Tenang dan bersahaja. Bersahaja ya? Nanti aku bagitau Along. Sebab dialah aku kena buat pertunjukan seni pertahanan diri percuma!
Aku menanggalkan lapisan luar jubah. Rata-rata melopong melihat koleksi senjata aku. Tengoklah puas-puas. Aku mengenakan brooch di bahagian depan dan belakang pinggang. Serta di kedua-dua belah bahu. Selesai mengemaskan tudung, aku mula menunduk hormat stail kungfu ke arah Hakeem dan sanak saudara Firman yang lain. Aku berfikir sejenak, nak buka langkah apa ya…
Akhirnya aku membuka kakiku dan mengeraskan tubuh. Aku dah tahu. Alang-alang tunjuk sendiri, buka yang senanglah. Aku menunjukkan teknik Kung Fu jenis Hung Gar. Shao lin ini memang kirim salam lah jawabnya. Hung Gar, Tai Chi dengan Baguazhang ini satu-satunya yang aku boleh belajar dan Baguazhang dan Tai chi paling banyak kerap aku gunakan. Jadi aku tak naklah tunjuk dua seni itu, nanti orang tahu. Kantoilah. Hung Gar lebih keras, kasar dan statik, tak macam Baguazhang yang lembut dan menggunakan tapak tangan. Beza baguazhang dengan kung fu ialah baguazhang lebih fokus pada tapak tangan dan bahagian yang vital, tak nampak kesan di luar, tapi dalamnya memang sakit. Jadi orang yang sudah biasa didera atau ketahanan tubuh yang kuat memang susah nak kalah dengan Baguazhang. Mungkin sebab itu Firman selalu menang berlawan denganku, kerana jarang sekali dia menunjukkan perubahan bila diserang. Aku bermonolog sambil tanganku menumbuk, kakiku menendang. Aku buat alakadar saja, sebab pertunjukan pun percuma. Sudahlah buat seorang pula itu.
Tepukan gemuruh. Tiba-tiba bangun seorang gadis. Gadis paling cantik yang aku lihat bertegur sapa dengan Firman tadi. Jalannya begitu lemah-lembut, membongkok, meminta laluan dengan tangan kanan tegak ke depan dan kekura tangan kiri di belakang punggung.
Allah… Perempuan Melayu terakhir ke ini? Dia tersenyum malu, manis. Dia terhenti sekejap, menyembah hormat hakeem dan Firman sebelum meneruskan langkah ke arahku. Firman? Keningku terangkat melihat mereka berdua.
"Cik Hana, perkenalkan anakanda saya, Siti Zubaidah. Tunang Firman."
Mashalah, klasiknya nama! Kejap. Tunang? Aku memandang Firman lambat-lambat. Mukanya tak beriak. Selamba aje. Kemain lagi tadi panggil aku Honey bagai. Oh… Curang rupanya! Hasrat hati ingin ketawa tak jadi apabila teringatkan layanan istimewa Firman padaku. Betullah, bertunang ini dugaannya lain macam.
Mak ai… Seksanya aku melihat Siti Zubaidah berjalan. Terlalu lambat. Bila nak sampai entah. Kura-kura pun menang kalau bertanding dengannya. Akhirnya, dia di depanku, memakai baju kurung polos biru lembut dan bertudung Syria. Tudungnya dimasukkan ke dalam baju dan kainnya diangkat. Aku menahan kaget, risau dengan mata-mata yang melihat kami.
Aku menghembus nafas lega apabila melihat sepasang seluar di dalam kainnya. Kain diangkat tinggi dan diikat di pinggang seperti kain sampin pula. Sehelai selendang kuning polos diikat kemas di pinggangnya juga. Siti Zubaidah sekali lagi tersenyum manis ke arahku dan menunduk sedikit.
Dia memasang kuda-kuda dan mula membuka langkah. Oh, dia pun nak menunjukkan jurus dia. Rasanya silat, silat apa entah. Silat ini banyak jenis, banyak mazhab. Yang aku belajar itu pun tak habis, jenis gayung ke cekak Ustaz Hanafi? Aku pun tak pasti. Lagi satu, orang selalu kaitkan silat dengan ilmu kebal la, ilmu ghaib la, ilmu batinlah… Sebab itu aku jadi hilang minat. Aku tak faham, kenapa nak kaitkan langkah silat dengan sesuatu mistik? Tak boleh ke hargai sesuatu seni itu tanpa mengaitkan dia dengan benda ghaib?
Pergerakan Siti Zubaidah mula pantas. Terpegun juga aku. Daripada ayu dan lemah-lembut, langkahnya bertukar, sangat bertenaga. Tanpa helo, dia terus menyerang. Aku mengelak tumbukannya dengan tapak tangan kiri, tumbukannya hanya mengena udara. Siti Zubaidah menyerang lagi, pantas dan tangkas. Aku yang tak tahu nak buat apa, cuba mencari peluang dengan memukul lengannya. Pergerakan Siti Zubaidah terhenti. Dia terkaku di situ. Aku terloncat ke belakang. Tangan kiri aku angkat, posisi kaki lebih selesa. Terdengar bunyi sorakan dan bisik-bisik. Pastilah kerana aku telah menunjukkan seni yang aku betul-betul guna. Tadi itu eksyen aje!
Perlawanan bersambung lagi. Siti Zubaidah membuka langkah silat lagi tapi kali ini langkahnya tak seimbang. Barangkali kerana tadi bahagian pukulan aku ialah laluan chi yang penting di bahagian lengan. Kira okaylah itu, aku tak pukul bahagian merbahaya macam yang selalu aku buat ke Firman.
Sebuah tumbukan hadir di perut tetapi aku cekap menangkap. Jariku kuat mencengkam tangannya. Siti Zubaidah mengerang kesakitan dengan muka yang berkerut seribu. Dia terdedah di bahagian abdomen tapi tak sampai hati pula. Tangannya yang satu lagi ingin memukulku tetapi aku menampar kuat, taklah kuat mana, sehingga dia hampir terjatuh ke belakang.
Tak terkatalah pula aku apabila melihat adegan hindustan antara dia dengan Firman. Aku menggeleng perlahan sambil mengeluh. Nak tepuk dahi pun ada. Hampir-hampir hidungku patah bahana dilibas dengan selendangnya. Mujur aku sempat mengelak.
Gila Minah ini, nak target muka aku pula. Nak kata mental, aku yang tantrum tadi. Takkanlah aku nak KO dia stail yang aku selalu guna dekat orang lain. Haih. Langkahku terkebelakang, sehingga aku hampir-hampir terpijak lelaki mana entah. Hailah, mesti deme tengok punggung aku. Mujur Firman dengan Matt ada. Matt lagi laju, mencempung tubuhku dan aku berdiri kembali seperti biasa. Aku memandangnya dan dia tersenyum. Malu pula, tadi aku mengancam dia, sekarang dia berbudi padaku.
Okay, aku dah buat keputusan. No more playtime. Time to bed…! Aku menepuk tangan berkali-kali sambil mengeliat ke langit. Tangan menampar wajah sebelum aku menunjukkan pose yang sama. Tangan kiriku angkat, dan kaki yang selesa. Tangan kanan memutar-mutar kunai, sekadar bermain-main.
Siti Zubaidah juga kelihatan lebih serius. Kali ini dia menggunakan kaki. Sasarannya ialah wajahku. Hmm… Nak serang ke ni kawasan situ? Baik tak payah. Kali ini tubuhnya di depan mataku hanyalah rajah X-ray seperti di hospital, kecuali ada laluan Chi di situ, dan titik Chakra. Aku merapatinya. Dia tersentak, kaki yang menendangku ditarik, cuba untuk menendang belakang kepala. Heheh, silap besarlah kak. Aku sudah terlebih dahulu menyerangnya.
"Lapan trigram 64 pukulan!"
"Dua, empat, lapan, enam belas, dua puluh empat, tiga puluh dua, enam puluh empat!" Dia terkebelakang, terbatuk-batuk.
Aku menyerang bahagian pehanya, yang begitu rapat dengan ari-ari situ, dua pukulan kiri dan kanan, selebihnya bahagian abdomen dan dua tapak tangan yang kuat di bahagian abdomennya. Harap-harap insaflah hendaknya.
Siti Zubaidah kelihatan marah sungguh. Dia mengetap gigi. Mungkin kerana aku nampak seperti sedang mengejeknya. Kali ini dia melakukan serangan yang sama, begitu tangkas, keras, dan seperti biasa mensasarkan mukaku. Selendang digunakan untuk mengaburi mataku. Aku berundur ke belakang. Heh, maaflah kak. Sebilah kunai aku keluarkan, dan aku mengoyak selendang itu. Sepasang tapak kakinya yang bersedia untuk mengena mukaku berdarah dan Siti Zubaidah mengerang kesakitan lagi. Hailah… Dapat aku rasakan jelingan tajam Firman. Bukan salah aku. Dia yang nak main kotor!
Aku membantu menarik tangan Siti Zubaidah, dan membalut kakinya dengan saki-baki selendang yang ada. Mungkin kerana marah dengan seranganku, Siti Zubaidah membaling selendang itu ke wajahku. Tak padan dengan sakit dia ini. Aku tak ambil pusing. Tangan masih lagi meraba-raba selendang. Sempat aku meminta tolong Matt membawakanku air mineral. Mungkin kerana aku dianggap biadap oleh Siti Zubaidah, yelah, tengah dalam gelanggang tapi buat acuh tak acuh je. Memang pun, sebab ini namanya sukan. Bukannya aku nak bunuh dia pun. Seni yang aku belajar itu memang tujuan untuk membunuh, atau melumpuhkan orang. Orang yang kena, selalunya tak boleh bergerak selama 24 jam. Takkan aku nak buat macam itu dekat Siti Zubaidah?
Sepasang kaki hampir mengena kepala pantas aku tangkap. Aku membaling kaki itu dengan penuh serius. Haih, apalah dia ini. Takkanlah aku nak serius betul-betul kut? Tapak tangan kiriku angkat, seperti ingin memukul. Aku menghampiri Siti Zubaidah perlahan-lahan. Walaupun dia ingin menendangku tetapi tangan sudah kuangkat. Dengan seluruh kekuatan tangan itu, aku menekan perutnya sekuat mungkin menolaknya ke belakang. Tak cukup itu, aku bergerak ke belakangnya, dua jari, menahannya dan menikamnya hanya dengan dua jari tersebut. Itulah kali pertama aku buatkan seorang perempuan menjerit sampai macam itu sekali.
Tuan hakeem bertempik! Siti Zubaidah cepat dipisahkan dengan aku dan dibawa ke sesuatu tempat oleh beberapa golongan wanita. Harap-harap dia mendapat rawatanlah. Aku terduduk, mencapai kunai, dan menahan pedih di bahagian pergelangan lengan. Gila.
Firman menerpa ke arahku, tetapi Matt sampai dulu. Aku memang gembira Matt sampai dulu sebab aku memang sayangkan Matt. Dia banyak berbakti pada aku. Matt memapah dan merehatkan lengan kananku. Aku dibawa masuk ke dalam bilik dan terlihat seperti Firman sedang mengetap geram.
Dalam kesakitan, sempat aku membisikkan terima kasih dan permohonan maaf pada Matt. Sorry! Mujurlah lelaki itu memang berbudi bahasa, dia hanya tersenyum manis memandangku. Ya Allah, terharunya! Nak kahwin!
Fatimah membawa masuk minyak angin diikuti Mai Tuan yang terkocoh-kocoh. Matt disuruh keluar, daun pintu ditutup dan aku merengek apabila Fatimah mengeluarkan duit syiling untuk mengokot aku lagi. Ya Allah, tak boleh ke berubat macam biasa saja? Satu tolakan yang keras di daun pintu dan Firman sudah berdiri di depanku.
"Kenapa?! Teruk sangat ke?!"
Kami bertiga terpinga-pinga. Fatimah yang sedang memegang duit syiling dan botol minyak, Mai Tuan yang sedang menyelak baju di perutku dan aku yang sedang menahan tangan Mai Tuan terkaku!
Kemudian semua baru tersedar! Mai Tuan mula berbunyi seperti komander Jerman berbahasa Arab, memarahi Firman. Aku terbaring sambil memandang lenganku lemah, nak kesal pun dah tak boleh. Nak marah pun, dekat siapa? Sudahlah bising! Mataku terjojol apabila aku merasakan duit syiling di belakang badan, dan Firman segera keluar dari bilik, bertepik lantang memarahi sesiapa sahaja yang berada di luar.
Aku tak nak faham dan tak nak dengar apa yang Firman tempikkan di luar! Sakit!
Akibat terlalu sukar untuk mendapat kerjasama aku untuk dikokot maka isteri Tuan Hakeem mencadangkan agar aku dibekam. Kurang sakit jika dibandingkan dengan kokot. Aku tak faham, kerana tak pernah berbekam seumur hidup. Aku diminta baring meniarap dengan belakang terbuka luas.
Sumbu berapi dilalukan ke dalam gelas kaca separuh bulat serta-merta ditekapkan ke atas belakangku. Aku tersentak.
"Ya Allah!"
Aku terjerit apabila terasa mulut botol itu melekap dan menyedut isi belakangku. Rasa panas, perit dan mencengkam kuat. Sakit. Tangan kugenggam erat dan muka aku tekapkan ke bantal, menahan cengkaman yang tersangatlah pedih itu.
Setiap kali botol itu dilekap ke belakangku, aku menjerit kesakitan. Sakitnya badanku didera seperti ini. Ya Allah, banyaknya dosa aku pada Engkau. Aku membiarkan air mata menitis ke bantal, mukaku berkerut-kerut dan mata aku pejam sekuat mungkin untuk menahan kesakitan.
Kedengaran bunyi Pizza Mozzarella dan Fatimah membawanya kepadaku. Mak long menghentikan perubatan istimewanya apabila Fatimah melekapkan telefon ke telingaku.
"Awak okay?! Mereka buat apa?!" Suara Firman kedengaran risau.
"Bekam… Sakit… Firman…" Aku mengaduh.
"Beri telefon kepada mama…"
Aku memberi isyarat kepada Fatimah agar menghulurkan telefon pintar kepada Mai Tuan. Satu perbincangan mendalam dan akhirnya, gelas-gelas bekam itu ditanggalkan. Ingatkan bila ditanggalkan tak sakit, rupa-rupanya sakitnya lebih kurang saja. Aku terjerit lagi.
Badanku disapu minyak angin dan aku meminum segelas air limau nipis suam. Sekali lagi Firman menelefon. Fatimah mendekatkan Honor ke telingaku. Rasa tekak kering nak bercakap.
"Better?"
"Hmm…"
"Beritahu saya, Hana nak apa? Saya akan cuba dapatkan."
"Saya nak tidur…"
Terdengar Firman bernafas lega.
"Tidurlah… Saya ada di luar…"
Mataku sudah lali.
"Hana nak air teh…"
"Okay… Nanti saya bawakan lepas awak bangun… Tidurlah…"
Hmm… Aku melepaskan dengkuran halus.

inshalah, chapter 41 saya akan publish minggu hadapan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience