Chapter 25

Adventure Series 1746

Melawat Muzium Tuol Sleng, Firman berpesan agar melihat tanpa perasaan, jangan terlalu menghayati, nanti aku berilusi lagi. Entah apa-apalah dia ni. Halusinasi bukannya macam tu, aku tak minta dan tak boleh kawal sendiri. Itulah fungsi ubat. Fikiran aku pun dia nak kawal. 

Kami berziarah ke banglo Kak Fatin. Ada dua orang gaji. Wow. Tukang masak merangkap tukang kemas rumah dan babysitter. Gaji mereka murah saja dalam RM 150. patutlah boleh pasang dua. Kalau dengar ke Kak long, harus pasang dua atau tiga. 

Banglo serba putih yang besar dan indah. Cantik juga seni bina banglo di Kemboja tetapi lebih dipengaruhi dengan seni bina kolonial Perancis. Rekaan tingkap yang bertutup bidai, anjung dan perkarangan depan yang luas. Setiap sudut diletakkan barangan kraftangan dari Kemboja. Periuk belanga yang aku lihat pada hari itu di kereta lembu, disusun berderet di atas tangga menuju ke tingkat atas. Fatimah sibuk mengagah Ya'mal. Aku pula sibuk mendengar celoteh Kak Fatin. Kak Fatin ni sangat peramah. Setiap bilik dan sudut rumahnya ditunjuk. Aku meneliti segala gambar yang terpampang di dinding. Banyak juga tempat Abang Yakhiz pergi buat kajian. 

Bau spaghetti menyucuk hidung, oh! Aku memejamkan mata, cuba menikmati bau itu. Kak Fatin mengajak semua makan di luar. Aku membantu mengangkat spaghetti ke luar laman belakang rumah Kak Fatin. Menarik… Dengan taman bunga dan wow! Tempat beriadah. Siap dengan basikal mainan Ya'mal lagi. Mata aku mula meliar memerhati sekeliling. Cantik! Ada sebatang papan yang tidak digunakan. Aku menggantungkan papan itu dengan tali rafia. Tangan mula ke depan, dengan posisi telapak tangan yang terbuka dan whoa! Boleh tahan. Tapi tangan aku merah, sebab dah lama tak berlatih dengan kayu.

"Ada orang mengelat dari kerja dapur."

Aku berpaling. Dia berdiri dengan kaki sebelah menongkat dinding, tangan dalam poket dan astaga… Tolonglah tanggalkan cermin mata hitam tu. Tak rimas ke 24 jam bercermin mata hitam? 

"Tak ada apa yang nak ditolong. Semua dah siap, tinggal nak santap aje."

Firman mula melangkah ke arahku dengan tangan masih di dalam poket. Rambutnya yang panjang menutupi mata dipakaikan cekak untuk memudahkan penglihatan. 

"Peliknya tengok perempuan katik main sek sek bom bom bom sorang-sorang."

Aku memandangnya dengan muka yang tak percaya dan kening yang berkerut-kerut. 

"Apa awak cakap? Hello… Itu namanya seni mempertahankan diri. Baguazhang, famous di China tau. Suka hati je fitnah." 

"Macam mainan budak-budaklah bila orang katik buat. Sepatutnya seni mempertahankan diri ni orang belajar dari profesional tau. Bila tengok perempuan gila anime try, nampak lucu pula." 

Suka sangat dia mengusik aku. Kesian. Mesti sebab tak ada perempuan yang nak jadi mangsa fetish dia ni. 

"Saya tahulah awak tinggi macam orang Sudan nu ha, dengan title pegawai polis bagai, tapi tak semestinya perempuan katik yang NEET macam saya ni tak boleh berbadan cergas dan kuat. Sekarang banyak tau tengok Gamers yang badan fit, macam Pewdiepie, Markiplier, yang masih boleh main gym walaupun main game sebagai pekerjaan. Lagi satu, saya belajar daripada guru yang muktabar. Bukan sekadar menonton anime sahaja. Kadang pun anime diinspirasikan oleh mitos Asia, seperti Chakra, Chi dan Spirits."

"Jom kita spar." Firman mencabar. 

Keningku terangkat. "Okay…"

Ermm… Dia betul-betul serius. Aku menanggalkan cardigan dan mengikat kain labuh ke paras pinggang, menampakkan seluar slack hitam di dalam. Tudung aku masukkan ke dalam baju dan 10 bilah pisau kecil yang tajam aku selit ke celah-celah jari. Setiap satu untuk satu jari. Dan pedang pendek aku selit ke pinggang. Firman bertepuk tangan perlahan tanda menyindir. Dia juga membuka jaket dan dicampakkannya ke atas kerusi. Cermin mata hitamnya disangkut ke leher T-shirt putihnya. Dia bercekak pinggang, menunduk sekejap kemudian mengangkat matanya. Masha Allah… Renungan tajam yang membunuh anak gadis! Tapi bukan aku. Awal-awal lagi dah main kotor. Nak psiko akulah tu. 

Pertama kali masa di hotel tu bolehlah nak buat ovari meletup. Kali kedua no more. Lagipun lelaki sedistik is not my taste. 

"Saya kasi can Hana lawan dengan handicap dulu. Nak guna apa-apa cara pun boleh, janji kena tubuh saya. Nak bagi saya senjata free pun dipersilakan, dan nak angkat bendera putih pun dipersilakan. Badan saya ada limit tak macam kayu tu… Jadi tak adalah penat sangat."

Aku memandangnya dengan muka tak percaya. Handicap dengan aku?! Sengaja nak memperlekehkan bakat aku dan ilmu sensei! 

"Dua mata kalau dengan handicap, tiga mata tanpa handicap."

"Saya tahulah… See the leglah…" Sabar Hana… Dia sengaja je tu nak trigger aku. Ingat apa sensei ajar.

Tangan aku mula menggenggam erat sepuluh bilah di tangan. Kesemua bilah itu aku baling ke arahnya. Firman langsung tak berganjak. Aku tak terkejut. Memang aku fail kalau bab-bab aiming. Aku baling itu pun sekadar untuk nak alihkan perhatian dia je. Mataku cekap menscan tubuh badannya. Mencari titik-titik kelemahan. Hah, jumpa! Tapi nak kena handle kedua-kedua belah lengan itu pula… Tambah-tambah lagi Firman memang dah tahu bilah itu takkan mengenanya. 

Bulat mataku. Firman kian mendekat. Tangannya ingin mensasarkan tanganku. Refleks aku menunduk sebelum mataku kembali fokus. Dia terdedah! Katik kan dia cakap… Makan ni! Hakke: one shot! Tanganku menekan kuat di bahagian perutnya. Firman terbelakang sebelum terbatuk-batuk. 

"Cool! Dua mata!" Firman membuat pengumuman. 

Aku memandangnya dengan pandangan luar biasa. Dia ni memang badan kebal. Selalunya orang yang kena one shot sepatutnya akan mengalami sakit yang amat sampai tak boleh bangun. Aku memfokuskan pandanganku. Banyak lagi tempat yang dia boleh kena. 

Kali kedua, aku berdiri dengan posisi bersedia. Firman bersiul perlahan, tanda menyindir. Kali ini aku tak makan saman. Niat aku ingin berlatih, dan Firman adalah orang yang sesuai! 

Mataku memandang tajam. Kalau aku asyik nak tunggu peluang je sampai bila aku nak menang. Masa untuk bertindak agresif! Aku menghayunkan tangan kiriku naik ke atas dan seperti yang kusangka, Firman menahannya dengan tangannya, walaupun dengan sebelah tangan. Aku dapati kakinya sedang bergerak untuk mengunci kakiku dari belakang, tapi aku juga turut bergerak melawan arus kakinya, sambil kedua-dua jari kananku menekan titik-titik di atas tubuhnya sebelum tangan kananku berada betul-betul hampir di belakang tengkuknya dan tangan kiri yang dipegangnya aku tarik, mengunci lehernya dari depan dan belakang. Lagak seperti ular. 

Firman tidak tahu yang di belakang juga terdapat titik chakra yang kalau kena, memang sakit. Kedua-dua belah jari kananku menekan titik tengah di belakangnya, di antara punggung dan atas belakang. Dia akhirnya terpaksa melepaskan tangan kiriku dan berpusing, mesti sebab sakit. Tangan kiriku yang telah dilepaskan melakukan hal yang sama di bahagian hadapan. Dan aku menunduk, agar siku Firman tidak terkena kepalaku. 

"Okay… Saya terima tawaran Cik Hana. Tapi saya anggap tawaran ini sebagai warm up. Untuk panaskan badan Dan exercisekan jari aje."

"Ini bukan warming up. Ini adalah training. Make sure training ni as intense as possible. Jangan hold back." Balasku serious. 

Dalam masa tiga minit, Firman hampir-hampir berjaya menikamku dari jarak jauh. Sedar-sedar, dah ada penonton yang terdiri daripada seisi rumah. Mereka bertepuk tangan gamat dan Matt menyokong aku. Fatimah pula macam biasa, tak tahu nak sokong siapa. 

Firman membaling pisau kunai dengan kuat lalu aku pantas menangkapnya. Darah, ya Allah, sampai luka aku! Dia memang tak agak-agak. Tak ada bertimbang rasa langsung. Padanlah, tadi aku yang minta supaya jangan hold back. Aku bermain-main dengan hujung kunai sebelum melontarkannya. Kaki berlari laju ingin mendekati tubuh Firman. Target dikesan! Bawah dagu! Dua tempat di bahagian dada! Lock on! Telapak tangan aku laju. Apabila tanganku berjaya menyerang bawah dagunya dan Firman terkebelakang, kakinya cuba untuk menyepak aku ke depan, tetapi aku lebih pantas. Debu simen menghalang penglihatanku, tetapi mataku tidak perlu dibuka untuk tahu dia di mana. Telingaku tidak pernah menipu! Aku mengangkat kaki dan dapat ku agak, tendanganku mengena tepi pinggulnya, walau dia sempat mengelak dan agak tidak stabil. Kesempatan ini aku gunakan untuk menyerang lagi. Aku memfokuskan pandangan. Firman datang menyerang dari tepi. Bagus! Tanganku memegang sikunya yang hendak menyerangku, dan tubuhku automatik tergerak ke belakang badannya. Dia terdedah! Eight trigrams: 64 pukulan aku berikan kepadanya di bahagian belakang. Dia hampir tersembam ke hadapan. 

Aku memejamkan mata, kerana bimbang air masin masuk ke dalam mata. Tepukan riuh mula diberikan untuk aku dan dia. Bisinglah! 

Firman berlari mengutip bilah pisau tadi, kesemuanya sambil melangkah ke arahku. Kunai dibalingkannya ke arah ku dengan senyuman manis. Aku menyambut dengan fokus di kepala. Dia seronok, dan aku dapat latihan percuma, win-win. Cermin mata hitamnya dibuka dan dibaling kepada Matt. Matt menyambut pantas dan menyelitkannya di celah leher t-shirtnya pula. 

Aku diekori rapat oleh Firman. Dia asyik nak ikut aku je dari belakang. Akhirnya aku menoleh, dan Firman sudah tidak ada di depan mata. Aku tersentak apabila aku dapati ada derapan tapak kaki dari belakang. Cepatnya! Tangan yang hampir menyentuh kepalaku itu cepat-cepat aku elak dengan menggerakkan badan menjauhinya. Aku membuat posisi bersedia. Dengan riak panik. 

Satu tepukan beserta gelak tawa kedengaran. Firman turut tergelak, seronok dapat memain-mainkan aku. Ah… Sudah. Jangan layan. Kalau lawan betul-betul ni ada kemungkinan untuk aku mati. 

Firman sekali lagi cuba menyerang. Kali ini dengan kaki. Tanganku cekap menangkap betisnya. Memang sakitlah telapak tanganku, tapi aku mencengkam betisnya dengan kuat menggunakan hujung jari dan dia terpaksa melepaskan tendangan ke bawah. Aku berpusing dan berlari ke belakang tubuhnya dan terus menyerang sebanyak empat kali. Apabila dia menoleh, aku bergerak ke hadapan tubuhnya pula, menyerang lapan kali. Untuk yang kali terakhir, aku mencengkam perutnya dengan hujung jari. Firman terjerit kuat dan terbatuk-batuk. Dia mengaduh kesakitan. Aku masih lagi tidak puas hati. Ini yang terakhir, untuk sensei! Satu serangan dengan tenaga sekuat alam aku beri pada dadanya. Firman tergerak ke belakang, dan dia memuntahkan cecair seperti air liur. Dia terduduk melutut. 

Firman merenung aku tajam, tangannya menggosok perut dan dia melangkah ke arahku. Aku memandangnya dengan pandangan kosong, tetapi penuh berani. Tanda aku menantinya bangun lagi. Dia membalas dengan senyum membunuh. Siaplah aku! Katanya. Aku tak ambil pusing. Bilah pisau aku selit di pinggang. Dan ikatan cardigan aku ketatkan lagi supaya tidak londeh. 

Aku bersiap sedia. Aku tahu target Firman apa. Tanganku. Itu cara polis berlawan. Kalau bukan dengan pistol, mereka berkas tangan. Silap besarlah Firman kerana gentle fist lawan dengan dua belah tangan yang posisinya sengaja dijauhkan, untuk lebih banyak range. 

Dia mula menyerang! Kakinya diangkat hendak menendang pinggulku tetapi aku cepat mengelak. Kakinya jatuh menghembam lantai. Kuat sekali bunyinya. Sakit telinga aku. Debu mula berterbangan! Aku memejamkan mata, cuba fokus lagi. Satu penumbuk datang dari arah kanan. Aku menahan dengan tapak tangan kanan. Aku rasa macam dah agak. Dia nak bagi tangan aku berkilas, supaya nanti dia boleh tarik tanganku kuat. Heh, silap besarlah, Mr. Bodyguard! Aku berpusing dan menekan tubuhnya dengan kuat dari arah tepi. Firman tak berganjak. Tubuh berada di belakangku. Aku sangatlah terdedah sekarang ni. Akhirnya aku menunduk, dan mengangkat kaki ke atas, menendang bahu Firman. Firman terpaksa menggunakan kedua-dua tangannya untuk menghadang. Peluang terbaik! Aku mensasarkan tengkuknya pula. Dengan menggunakan dua jari di tangan kiri dan kanan, aku berjaya menyerangnya serentak. Firman kelihatan tidak terkesan. Mataku membulat. Biar betul?!

"Well, my precious… Saya enjoy sangat. Dah lama tak spar… Seronok juga sparring dengan orang katik ni…" Dia berjalan melalui aku dengan bergayanya. 

Aku tak ambik pusing. Perlahan dan dalam aku menarik nafas, menenangkan dada yang sedang berombak kencang. Aku berjalan menghampiri Firman lalu mencapai bilah kunai yang lebih. Mata mengerling ke arahnya selamba. 

"Terima kasih untuk latihan yang intense. Appreciate it." 

Kaki lalu melangkah mendapatkan Kak Fatin, sambil Firman mencapai kaca mata hitamnya daripada Matt. Fatimah turut berlari mendapatkan Firman. 

"Hana… Ganasnya kamu…" tegur Kak Fatin.

Aku tersengih malu. "Sesuai lah tu. Dengan orang macam Firman. Lagipun, bila lagi nak dapat peluang macam ni."

"Jemput makan semua. Nak makan apa pun boleh. Spaghetti, lasagna, dan puding karamel. Malam ni lagi special untuk Hana. Nasi himpit, kuah kacang, nasi tomato, ayam masak merah, dalca, kurma kambing dan terung goreng berlada."

Aku memandang Kak Fatin dengan senyum sumbing. Patutlah Ustazah sayang. Tengoklah dia jamu apa. Kecur air liur dengar. Tu belum ambil aura lagi. Dia ni memang memberi aku kesusahan untuk jadi isteri dan menantu orang. Bak kata Umar dan Usman. Bila ada orang yang lebih baik daripada kita, stress pula rasa! 

"Kak Fatin, nak tumpang mandi. Tak selesa nak makan, badan melekit."

"Oh, boleh… Bawa baju lebih?"

"Kakak sentiasa bersedia, ada bajunya." Fatimah menyampuk. Aku tersengih malu. Firman meneguk air sirap limau ais sambil mengerling aku. Biarkan jelah dia. Memang daripada dulu lagi aku tak faham apa masalah dia dengan aku. 

Selesai mandi dan berpakaian, aku terserempak dengan Firman di luar bilik. Kami sama-sama menutup pintu yang hanya berselang satu. Aku berjalan melepasinya dengan wajah selamba walaupun hidung hampir lumpuh dengan bau minyak wanginya. Dia baru lepas mandi juga. Dia meminjam baju Abang Yakhiz kut. Hmm… Tak sangka saiz badan diorang lebih kurang. 

Tetapi aku berhenti sekejap dan menoleh kepadanya. Dia pengawal peribadi aku. Insiden hari tu, dia kata salah aku. Jadi aku haruslah bertanggungjawab kan? 

"Kalau sempat, kita shopping sikit. Saya nak ganti barang-barang awak akibat insiden tempoh hari. Dan nak hadiahkan awak. Saya rasa adalah lebih baik kalau kita beli barang yang lebih berkualiti elok kalau mampu. Dan maaf, saya tak selesa tengok rambut awak. Macam perempuan!"

Aik, dia bersandar di dinding pula! Aku melepaskan keluhan. Dah agak! Sengihku mati, memandang wajah berlagaknya ala-ala Damon Salvatore. 

"Cik Hana fikir saya ni terlalu hina ke sampai semua baju orang saya nak rembat? Bukan Cik Hana saja yang bersiap sedia dengan pelbagai barang sampai koleksi bilah pun tak nak dilepaskan. Mandi pun dengan senjata tajam kut. Terlalu sibuk nak jaga imej atau style sampai tak tengok orang sekeliling. Tapi tak apalah kalau tak nak pandang. Baju saya dalam beg plastik je… Bukan macam Cik Hana punya. Beg yang material elok takut orang tak perasan brand apa. Jadi kalau diletakkan di sebelah beg Cik Hana, memang tak nampaklah. Entah-entah orang ingat plastik sampah. Untunglah sangat tak ada yang campak buang. Handphone pakai gelang getah? Ingat senang ke nak pakai? Cik Hana pun tak mampu."

Aku menahan tawa yang hampir terlepas. 

"Ya… Memang saya tak mampu nak pakai NOKIA legend tu. Tapi kalau awak punya, kalau awak bagi pun saya tak nak. Geli!"

"Cik Hana punya prinsip. Kalau tak ada Prada dan LV itu tandanya tidak mampu. Saya juga sama. Cik Hana juga tak mampu memiliki handphone yang berjenama gelang getah. Jika itulah penilaian kemampuan Cik Hana."

Nada suaranya pedih, seperti menahan getir. Aku rasa nak tepuk dahi, bukannya aku nak hina dia! Adoyai… Firman terus berjalan meninggalkan aku. Aku mendekatinya dengan segera. 

"Firman, saya rasa awak salah faham dengan apa yang saya cakap. Saya cuma nak belikan barang yang kualiti lebih elok untuk awak…"

"Cik Hana, semua barang awak nak berbranded. Itu hak awak. Tapi awak lupa, saya bukan barang dan jangan nak brandkan saya. Satu lagi, awak jangan lupa, hak saya nak berpakaian apa, nak rambut style apa dan nak duduk di mana. Awak tidak memiliki saya. Sistem perhambaan dan perbudakan sudah lama terhapus sejak zaman nabi lagi."

Nampaknya Firman betul-betul tersinggung tapi aku juga geram dengan jawapannya. 

"Awak ni dah kenapa? Lain yang saya cakap lain yang awak faham?! Saya nak belikan barang awak tu atas ganti rugi hari tu, kan awak yang bukan main lagi salahkan saya hari tu? Lagi satu, apa salahnya beli barang yang kualiti lebih elok? Dah mampu, dan lagi satu. Barang saya tu saya sendiri tak tahu brand apa. Jadi jangan memfitnah prinsip saya."

"Cik Hana… Tahu tak masalah awak? Awak tak pernah nak berfikir bila bercakap. Dari luar awak begitu perfecto. Awak seumpama sebiji epal berwarna merah, yang sangat menawan dan mengecurkan air liur sesiapa yang terpandang. Setiap orang ingin merasa kemanisan epal itu. Tetapi rupa-rupanya hanya cantik di luar dan di dalamnya penuh berulat. Setiap lelaki yang melihat awak, awak sangat mengiur dan menghairahkan. Setiap bibir ingin mengucup bibir awak yang merah bak delima, setiap hidung ingin mencium pipi awak yang licin bak telur dikupas, setiap jari ingin mengusap rambut awak yang ikal mayang mengurai dan mungkin juga, setiap hati berniat nak membawa awak ke katil, meniduri dan berasmara dengan awak sehangat dan seganas yang mungkin. Tetapi itu untuk lelaki yang memandang luaran. Bagi saya, awak hanya sebiji epal merah tadi…"

Bilah kunai terkena elok di tepi bibirnya. Mataku mencerlung memandangnya. Sebelum berjalan dan melangkah mengambil kunai yang terjatuh di depannya. 

Belum sempat dia berkata apa-apa, kepala kami masing-masing terkaku mendengarkan tangisan yang nyaring. Ya'mal! Kami mencari suaranya. Pasti di bilik Kak Fatin. Telingaku keras. Takkanlah Ya'mal dibiarkan tidur di dalam bilik keseorangan dengan pintu tertutup? Dan tiada peneman? 

Tangan mula hendak menolak tombol pintu apabila Firman bersuara. 

"Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa kebenaran. Itu privacy dan maruah suami isteri. Walau baik macam mana pun, adab kena jaga."

"Firman… Ya'mal sorang-sorang dekat dalam. Nanti kalau jadi apa-apa, menyesal tak sudah." Aku merayu, dengan nada penuh kebimbangan. 

"Saya turun panggil Kak Fatin…"

"Sambil awak turun tu, macam-macam boleh berlaku…" Firman kalah dengan rayuanku. Sebaik sahaja dia mengangguk, aku terus membuka pintu, tapi Firman menahan aku dari masuk. Dia mengetuk dan memberi salam dulu. Aku rasa macam nak tepuk dahi, masa ni lah dia nak bertatasusila bagai. Tadi masa mengutuk aku sedap bukan main, tak ada pun adab. Hatiku dah tak sedap tatkala mendengar tangisan kuat Ya'mal. 

Salam tak berjawab, aku terus meluru masuk. Ya'mal sedang duduk menangis di dalam katil bayinya. Dengan linangan air mata dan jari di mulut. Ketika dia melihat, dia hanya tercebik-cebik dengan suara tangisan yang sudah mendatar. Aku merapatinya perlahan-lahan. Dia menghulurkan tangannya. Aku mendukungnya dan memeluknya rapat ke dada. Ya'mal diam. 

"Hana… Keluar sekarang. Tak elok berlama-lama." Firman memegang tombol pintu, menggamit aku dengan tangannya. 

Aku akur dan berjalan seiring dengan Firman untuk mencari Kak Fatin. Dia yang sedang makan terkejut apabila melihat Ya'mal. 

"Anak ibu dah bangun? Ya Allah macam mana ibu boleh tak perasan langsung? Tak dengar pun suara dia?"

"Speaker radio tu rosak lagi kut," jawab Abang Yakhiz. Kak Fatin cuba mengambil Ya'mal dari pelukanku tetapi Ya'mal enggan bergerak dan dia kembali melalak. 

"Tak apalah, kak. Hana dukung dia dulu. Mamai lagi kut. Akak makan dulu, nanti akak ambil turn."

"Hisy… Tak apa ke, Hana…? Susahkan Hana aje."

Aku mengukir sengih. "Tak apa kak…"

"Kalau dah lelaki, lelaki juga…" Kedengaran suara Abang Yakhiz mengusik. 

"Maksudnya?" Serentak aku dan Kak Fatin bertanya. 

"Suka perempuan cantik. Melekat aje Ya'mal dengan Hana."

Aku memandang Abang Yakhiz geram dan Kak Fatin mencubit lengan suaminya, gurau manja. Aku kemudian membawa Ya'mal jauh dari mereka, sambil melihat keadaan sekitar. 

"Eh, tengok siapa di sini?" Aku duduk bertinggung lalu aku letakkan Ya'mal di atas riba. 

"Comelnya dia… Tengok Ya'mal, kawan kita ni. Cutenya dia berteduh di bawah keladi ini. Macam payung dia pula." 

Ya'mal seperti faham, mengekek gelak bila melihat seekor anak katak kecil bergayut di bawah batang keladi, berlindung di bawah daunnya. Aku menunjukkan kepadanya pula, pepatung berwarna merah. Cantik. Seperti naga kecil. Sepasang rama-rama kecil berwarna kuning, terbang lincah berpasangan. Pasti mereka adalah pasangan! Ladybird yang sungguh comel. Asyik sekali Ya'mal mendengar celoteh dan melihat apa yang aku tunjukkan kepadanya. Masalah, cersik sungguh budak ini. Tak padan dengan usiannya 5 bulan. 

"Allah! Ada lipan dekat sini! Tapi kenapa lipan ni berlubang dan tak bergerak? Diam aje dekat sini?"

Aku membawa tangan Ya'mal menyentuh dagu Firman yang berplaster kemudian menggeletek perut Ya'mal dan kami ketawa mengekek. Nampaknya Firman terpaksa menahan sabar saja dengan usikanku. 

"Dah, jangan main-main. Pergi duduk di buaian itu. Segala binatang nak ditunjuk dekat budak ni…"

Aku mencebik di belakang purdah. Nak bergurau pun tak boleh. Aku mengekori Firman ke sebuah buaian kayu. Kami duduk bersama dan menghayun buaian perlahan. Tapi Firman duduk berjarak tiga kilometer sejam daripada aku. Duduklah berjarak hingga ke hujung dunia pun, aku tak peduli. Nak jaga batas, tapi semalam ajak aku berdating katanya. Memang hati tersayat dengan lidahnya tapi aku harus berlagak biasa dan tidak terkesan. 

"Firman… Saya tak suka bila awak serius. Saya aje boleh serius. Awak kena senyum sentiasa untuk menghiburkan hati saya. Dahlah saya ni appa yillek, amma yillek, awak pula macam tak ada perasaan. Layan saya dengan kasar."

"Saya bukan badut awak. I am your…"

"Bodyguard! Saya tahulah. Tak payahlah ulang-ulang. Bosanlah dengar. Mood awak pun berubah-ubah."

"Mood awak juga berubah-ubah."

Rasa macam nak hentuk kepala ke kayu. Dia lupa kut aku ada bipolar mood disorder… 

Malas nak bertekak depan budak kecik. Tak sihat dan tak elok untuk perkembangan minda. Aku tegakkan Ya'mal yang berdiri menghadap Firman. Tangan Ya'mal aku tarik dan menyentuh muka Firman. Firman mengelak macam tak suka aje. 

"Awak tak suka bayi, Firman?"

"Siapa kata tak suka?"

"So… Duduk diam-diam. Biar Ya'mal explore muka awak."

Aku memperkenalkan Ya'mal kepada dahi Firman. Tangan Ya'mal menyentuh hidung Firman yang mancung, kemudian aku usap tangan Ya'mal ke bibir Firman, dagunya yang berlekuk dan terakhir ke pipinya pula. Mata aku sempat melihat kesan luka serangan aku tadi. Macam ada, tak ada je. Hatiku tersentap, tak gembira sebab dia tidak terkesan.

"Ini pipi, Ya'mal." Aku menepukkan tangan Ya'mal ke pipi Firman. Firman memejam mata menahan. Sakit ke marah? Dua malam lepas dia mendera mental dan emosi aku dan hari ni dia sakitkan hati aku. 

Firman menangkap tangan Ya'mal. Rimaslah tu. Ya'mal tersentak dan menangis. 

"Firman… Dengan budak pun awak nak berkasar. Sakit dia."

Aku mencium Ya'mal bertalu-talu sambil memujuk dia. Ya'mal teresak. 

"Sekarang minta maaf dengan dia." 

"Kenapa pula saya nak minta maaf dengan dia? Dia yang merimaskan saya… Awak yang sengaja merimaskan saya. Satu taktik yang keji untuk mengenakan saya." Firman membalas tanpa nada. Dingin. 

"Awak ni salah fahamlah. Dengan bayi pun nak menang. Lagipun itu cara dia mengenali bentuk wajah manusia, dan satu hiburan. Walaupun dia tak boleh bercakap, tetapi otaknya dah boleh menerima. Otak kanak-kanak pada umur begini sehingga tiga tahun macam sponge tau. Mereka serap apa sahaja pantas dan tersimpan dengan memori mereka. Dengan menyentuh, melihat dan mendengar, kita sedang mengajar mereka macam-macam. Jangan terkejut kalau perkataan pertama yang keluar dari mulutnya ialah Firman. Kerana awak orang pertama yang saya perkenalkan."

Firman tersenyum sinis. 

"Apa pun, saya tetap rasa yang awak nak kenakan saya."

"For once, please trust me."

"Saya tak pernah percayakan awak. Dengan awak tak boleh leka. Harus sentiasa diawasi."

Aku melepaskan keluhan. "Okaylah… saya malas nak menjawab. Tak elok melawan mulut depan budak-budak. Nanti dia ikut perangai kita. Saya nak awak tunjukkan kasih sayang awak pada dia."

"Tunjukkan saya."

"Pelik? Sepatutnya benda macam ni orang yang sempurna akal macam awak lebih bijak. Macam mana awak tunjukkan kasih sayang awak dekat Mai Tuan, macam tu lah kut?"

"Itu mama saya… Ini Ya'mal…"

Aku masih mengekalkan kening yang bertaut. Mata dialihkan memandang Ya'mal, lalu wajah dibawa mencium tubuhnya. Bertalu-talu. Firman turut melakukan hal yang sama. Aku memandang Firman yang sedang mencium Ya'mal bertalu-talu dengan senyum sehingga ke anak mata. 

"Amboi kau orang berdua… Habis muka anak akak lebam-lebam dengan kiss bagai. Dah, pergi makan."

Aku mengemam bibir dengan wajah lucu. Firman? Seperti biasa, mengawal macho. Aku mendapatkan yang lain lalu mencapai sepinggan spaghetti bolognese dan bebola daging. Walaupun kami tidak berbicara, dapat kurasakan derapan tapak kaki Firman menjauhi. 

Alhamdulillah, sorry for the imperfect spelling...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience