Chapter 28

Adventure Series 1746

Buaian aku hampiri perlahan. Selama ini aku perhati saja dengan penuh berminat, tetapi aku tak berani nak naik. Sebelum ni aku tak pernah naik hammock. Takut nanti tali buaian putus pula dengan berat aku ni. Tali buaian yang diikat pada tiang rumah pun macam tak kuat aje. Tapi Firman dan Matt nampak relaks saja berbaring dalam buaian ini. Itu juga membuatkan aku lebih takut nak naik. Manalah tahu kan, kut-kut berudu boleh berenang masuk ke dalam lubang.

Sesekali terdengar suara riuh Firman dan gang dari bawah rumah pondok di sebelah. Apalah yang dibingitkan oleh mereka semua? Aku memberi perhatian kepada buaian semula. Otak masih sedang cuba berkira-kira sama ada aku selamat atau tidak naik buaian ini. Tiba-tiba… Gol!!!

Mujur tak tercabut jantung aku. Aku menoleh, cuba mencari Firman dari jarak jauh. Lantai tanah dan berkaki ayam memang cukup sempurna untuk aku mengesan kehadiran manusia. Lahir dengan Autisme, salah satu simptom yang aku alami ialah mempunyai deria yang sensitif, mata, telinga, bau, rasa dan sentuhan yang sangat sensitif. Kekadang sampai ke tahap yang tak masuk akal. Mata dan telinga aku begitu tajam sehingga aku boleh perasan apa yang orang “normal” tak perasan. Kedengaran suara marah dan menjerit. Aku mengecilkan badan penuh refleks. Apa halnya ini? Tengok bola menjerit sampai nak runtuh rumah! Macam mengamuk aje Firman and the gang. Mesti pasukan lawan yang sumbat. Kalau tak, takkanlah meroyan sampai macam tu sekali. Dalam 30 orang juga. Nampak ke 30 orang skrin tu?

Firman kemudian menoleh ke arahku. Pantas aku melarikan anak mata, spontan. Rasa tak selesa apabila mata kami bertembung. Aku berdehem sendiri sebelum menarik tudung agar lebih menutup tepi muka. Tak selesa juga, rasa seperti sedang diperhatikan. Aku berdiri membelakangi Firman lalu memilih untuk duduk di atas tangga kayu rumah. Hembusan keluhan keluar dari mulut dengan nada perlahan. Tetapi bunyi keluhan bergema kuat yang berjaya ditangkap oleh telinga begitu menyesakkan dada. Ah!!! Aku menjerit tanpa suara. 

Suara memberi salam dari arah depan membuatku tersedar, lantas aku termalu sendiri. Janganlah dia nampak apa aku buat tadi, dalam hati aku dah berdoa. 

“Nak apa?” 

“Hana… Pinjam laptop awak. Saya punya low batt. Malam ni final sukan SEA. Malaysia lawan Indonesia.” 

Peduli apa aku? Aku melepaskan keluhan. Tak selesa bila dia mendekat dalam keadaan diri tengah sensitif. Tangan sibuk meramas smartphone, walaupun skrin Honor tak menyala. Firman merampas smartphone di tangan membuatkan aku berdiri tegak dan bertindak agresif. 

“Bagi balik.”

Pinjam dulu laptop awak!” 

Dia nak main-main dengan aku. Dia tak sedar aku ni Master dalam seni mempertahankan diri. Aku menampar wajah, cuba menenangkan diri, agar tidak bertindak yang bukan-bukan.

“Nak pinjam pun sanggup merompak orang. Tak sedar diri ke yang awak tu miskin? Oh ya, awak marah kan kalau saya gelar awak miskin? Awak nak hentam apa? Saya ni cacat? Ya, memang pun. Saya ni angkuh? Awak ni kasyaf ke? Setahu saya, orang yang kasyaf takkan bertindak dengan penuh hina. Oh ya, lupa pula. Saya tak perlulah pengakuan awak untuk buktikan saya ni wanita beragama ke tak. Di akhirat nanti, saya nak berjumpa Tuhan saya, bukan awak.”

Apa aku melalut ni? 

“Kalau dengan orang lain tak. Tapi kalau dengan awak… Culik awak pun saya sanggup. Pinjam laptop.”

Fuh, nasib baik dia tak ambil serius apa aku cakap. Aku mengurut dada lega. 

“Bagi balik smartphone saya. Awak telah menzalimi saya, OKU mental. Minta maaf cepat. Lepas itu mohon ampun pada Allah. Saa tak peduli pasal bola awak. Kenapa pula saya kena bagi pinjam laptop saya pada awak? Tak masuk akal langsung.”

“Okay, saya kesuntukan masa. Indonesia sudah mendahului Malaysia. Perlawanan sedang berjalan sekarang. Bergaduh dengan awak, entah apa-apa kami terlepas. Setiap detik amat berharga, apatah lagi sepakan gol yang akan dihasilkan. Boleh jadi gila kalau terlepas moment itu. Mana sama tengok repeat dengan tengok sendiri saat-saat bola menerjah gawang. Pinjam laptop awak please…”

Aku mengambil smartphone yang dirampas tadi. Rasa lucu juga dengar perkataan gila itu. Terlepas satu gol tak boleh buat awak gila, dan bukan semudah itu Allah akan tarik nikmat akal awak.

“Senaraikan dulu semua kezaliman dan kesalahan awak pada saya sepanjang saya di sini. Kalau awak sedar dan menyesal baru saya bagi pinjam. Kalau awak betul-betul beragama macam yang awak gembar-gemburkan, minta maaf bukannya susah bagi awak, betul tak? Lagipun saya tak faham. Perlu ke saya beri pinjam laptop saya pada awak? Kalau awak terlepas moment itu tak mengganggu fungsi hidup saya. Dan perlu saya ingatkan, saya memegang kad OKU kategori mental, awak tak akan jadi gila kalau terlepas siaran langsung bola itu.”

Firman menghantuk kepalanya ke tiang rumah. Aku memandang dengan senyum nipis tanpa perasaan. Semua orang lupa, mentang-mentanglah aku boleh bercakap, muka aku tak ada herot, kaki tangan sempurna. Aku dah mencecah 20-an, dan aku tak pernah bergembira di dunia, tersenyum sebab aku OKU. kadang-kadang itu aku pujuk jugalah, yang aku boleh masuk syurga dengan disability aku ini. Tapi apa maknanya kalau tak ada seorangpun yang tengok dan percaya yang aku ini OKU? Hanya Allah yang mengiktirafku. Tapi aku bukannya wali atau Nabi, yang boleh berkomunikasi dengan Tuhan. Aku tak ada karamah itu.

“Saya minta maaf…”

Aku mengukir senyum lucu yang penuh hempedu. Kepalaku terangguk-angguk sambil berpeluk tubuh. Firman memandangku dengan gaya, kenapa? Saya dah minta maaf kan?! Aku mengukir senyum sumbing. Tubuh kubawa duduk di tangga kayu tadi. Aku membuka music player lalu menyambungkan dengan earpods aku. Firman mendekatiku, walau dia nampak jengkel denganku.

“Hana… Saya dah minta maaf pada awak. Bagi laptop cepat.”

"Nampak sangat tak ikhlas. Saya nak awak menyesal dan merasa bersalah dengan perbuatan zalim awak. Saya juga tak faham logik disebalik meminjamkan laptop saya pada awak. Kalau Indonesia atau Malaysia sumbat gol pun, bukan urusan saya. Kalau Khairul Fahmi cedera pun, bukan urusan saya. Kalau pemain dapat kad kuning pun, bukan urusan saya."

"Okay, saya minta maaf… Saya menyesal sangat buli awak, dera awak… Saya minta maaf sangat-sangat! Pinjamkan saya laptop awak cepat!"

"Permohonan ditolak. Langsung tak ikhlas. Macam nak demand lagi ada. Macam mana saya nak pujuk saya supaya pinjam? Tak logik betul perbuatan awak."

Aku memandang Firman penuh tanda tanya. Hairan betul, kenapa aku kena bagi pinjam laptop aku dekat dia? Apa kaitan perlawanan bola itu dengan aku? Akhir sekali, macam mana bola itu boleh buat Firman berubah 180 darjah sampai macam ini?

"Minta maaf dengan ikhlas, penuh penyesalan… Saya nak awak sedar akan kezaliman awak. Itu saja."

Firman menghantukkan kepala ke tiang rumah lagi. Tension! Aku tersenyum lucu, sebelum berdiri ingin menuju ke dapur. 

"Saya nak ke sungai. Mai Tuan dengan Fatimah sedang tunggu saya. Awak lambat sangat. Saya tak ada kewajipan untuk pinjamkan laptop saya pada awak. Saya juga tak ada kaitan dengan perlawanan bola awak. Sekian."

"Hana, tunggu…"

Langkahku terhenti sesaat, sebelum menoleh ke belakang. Memandang Firman yang mendekat. Jantungku tiba-tiba berdegup dua kali ganda lebih laju berbanding biasa. 

"Saya minta maaf…"

Aku tersenyum nipis, dengan mata yang redup. Kaki mengatur langkah lagi, menuju ke dapur tanpa menghiraukan Firman. Terasa baju ditarik, dan aku segera menoleh, bimbang nanti baju terkoyak pula. Bukan boleh sangat Firman ini! Tangan Firman yang sedang menyentuh hujung baju, aku cuba leraikan dengan tangan. 

Firman langsung tidak menghiraukan tanganku yang sedang membuka genggaman tangannya pada bajuku. Wajahnya kelihatan serius. Alamak, dah jadi scene cliche dalam drama cinta lah pula! 

"Maafkan saya…"

"Haih awak ni… Pergilah ambil laptop saya tu. Dalam beg laptop. Pandai-pandailah cari sendiri."

Malas nak layan. Tak ada maknanya orang yang ego tinggi macam Menara Abu Dhabi ni nak minta maaf dekat aku. Telan sahajalah walaupun pahit! 

"Hana… Saya minta maaf…"

Dia merenungku tanpa berkelip. Aku dah tak tentu hala. Ah sudah, janganlah jadi benda pelik-pelik dekat aku! Dahlah malam ni! 

"Maafkan saya kerana membuli awak, mengejek awak, menghina kekurangan awak. Awak seorang yang cantik, wanita yang kuat dan berani. Bertuah lelaki yang berjaya memiliki awak. Awak juga seorang yang bijak, sehingga kadang-kadang saya terlupa tentang kekurangan awak. Maafkan saya…"

Aku tak terkata apa. Tersedar akan situasi kami berdua, pantas aku menolak tangannya kasar. Suasana menjadi kekok dan aku berdehem. "Pergilah ambil laptop tu…" Tak pasal-pasal nada berubah menjadi lunak! Aiyoo! 

Firman kian mendekat. Terasa haruman yang dipakainya, sehingga dada menjadi sesak. Dia menunduk memandangku lalu mengukir senyum penuh sadis. 

"Feel tak? Jangan malam ini termimpikan saya pula. Entah-entah setiap malam awak fikirkan saya, ingin saya bersama awak…"

Aku menghadiahkan satu tolakan dengan tapak tangan di dagu Firman. Kepalanya terkebelakang, termasuklah tubuhnya, kerana hilang balance. 

"Sudahlah itu. Pergilah ambil laptop saya. Saya tak berminat dengan aksi maskulin awak. Awak bukan type saya. Lagipun awak membuang masa dengan adegan drama pukul 7 awak itu. Nanti terlepas babak penting, jadi gila pula." Malas aku bersuara. 

Aku menyarung sandal lalu bergerak ke sungai. Kenapa perlu kecewa Hana? Dia memang tak akan percaya akan kekurangan upaya engkau. Bukan semua orang yang pernah engkau jumpa pun cakap macam itu ke? Sensei pun. Aku mengemam bibir sambil menahan rasa sakit di dada, seperti telah ditikam. 

Tak habis lagi bola rupa-rupanya. Bunyi bersorak gegak gempita hingga ke sungai. Sesekali Mai Tuan melatah tatkala mereka bersorak dan kami ketawa penuh lucu. 

Tangan mula bermain-main dengan rambut Fatimah. Malam-malam minta didendan. Aku melayan dengan penuh senang hati. Aku pun dah lama tak bermain rambut. Bila lama tak berdandan, hati rasa gelisah. Kadang-kadang tangan automatik bergerak di rambut. Tapi yang paling rimas masa tengah solat. Tangan tu automatik saja bergerak. Sampai cikgu sekolah aku marah sebab perbuatan aku yang suka main rambut itu. Bila kena diagnos, barulah aku faham. Repetitive behaviour. Salah satu simptom Autism Spectrum Disorder. Malam ini aku menawarkan Fatimah untuk mendandan rambutnya. Pada awalnya Fatimah menolak, tetapi setelah melihat kecantikan rambutku, barulah dia bersetuju. Tanganku sibuk menyikat rambutnya sambil menyapu krim hair treatment. Fatimah terjerit kecil, kegelian. Hairan aku, geli apa? 

"Gelilah kakak… Geli ketiak." Fatimah mengadu sambil menahan tawa kegelian. 

"Geli ketiak? Kenapa pula? Bukannya kakak sapu krim ini dekat ketiak Fatimah."

Macam wayar putus saja Fatimah ini. Aku teruskan membelai rambut Fatimah. Memastikan agar setiap urat rambut disentuh oleh krim hair treatment. Fatimah tersengih-sengih menahan geli. Apa kaitan rambut dengan ketiak? Tak masuk akal langsung. 

"Geli… Geli…" Itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Aku nak buat kerja pun sampai jadi tak selesa. 

"Tahanlah kejap. Nanti kakak basuh hilanglah…" tegurku sambil mencelup air ke dalam besen kecil. Air itu aku percikkan ke rambut sambil tangan membilas rambut itu dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba… Gol!!!

Aku tersentak. Jari yang berada di celah-celah rambut terhenti, dan air mula menitik ke lantai. Kus semangat! Nasib baik tak banyak menitik. Air dahlah susah nak dapat, sumber pun tak banyak. Fatimah terduduk dan menoleh memandangku. Serentak kami menggelengkan kepala. Gol!!! 

Gol lagi? Dahsyatnya pemain bola Malaysia. Gol penalti ke ini? Ke gol sepakan bucu? Macam tak logik aje. Rasa ingin membuatkan aku memanjangkan leher. Fatimah turut sama mengintai. 

"Macam itulah Ai Angah. Kalau tengok bola tu sampai tak sedar diri. Rasa macam tak percaya saja yang itu Ai Angah."

Aku tergelak mendengar pernyataan itu. Macam pujian, tapi juga ejekan. Ya, Firman yang ego, cakap penuh bisa, selalu gelak beriman dan serius kini sedang bersorak riang bertepuk high five dengan kawan-kawannya sambil menonton bola. Dahsyat betul. Dalam kampung yang serba dhaif ini, televisyen pun tak ada, berbekalkan sebuah laptop yang dipinjam mereka mampu untuk menunaikan keinginan hati mereka. 

Di sini aku melihat situasi yang agak menarik. Rakyat Kemboja berbangsa Melayu Champa sedang menyokong pasukan Malaysia. Mungkin sebab yang bertanding itu Malaysia dan Indonesia dan bukan Malaysia dengan Kemboja. Tapi dalam hati aku mengucap syukur. 

Kita sebangsa. Kita warga nusantara dan seagama. Walaupun ditindas oleh pemerintahan agama lain, dan hanyalah warga minoriti, hakikatnya kita adalah sebangsa dan seperti adik-beradik. Indonesia yang sedang menentang Malaysia itu juga adik-beradik. 

Rasa terharu pula. Bangsa Arab hidup berpuak, berpecah-belah. Ada yang sampai murtad, ada yang munafik, mengikut ajaran Syiah, dan ekstremis. Ada juga yang munafik, mengaku Islam hakikatnya menulis kenyataan Islamofobik. Dalil, lihatlah apa yang berlaku di negara Arab. Sayang, kerana duit yang berjuta-juta dengan hasil minyak dan emas itu dapat dimanfaatkan untuk kegunaan umat Islam. Tetapi jatuh ke tangan pemimpin yang salah. Semoga kita dijauhkan daripada ujian seperti itu. 

Satu lagi pemandangan yang menarik bagiku. Semua orang berdiri tegak semasa lagu Negaraku dimainkan. Rasa lucu pula sebab aku, warganegara Malaysia ini tak berdiri tegak pun. Firman dan beberapa orang yang tahu lagu Negaraku menyanyikannya dengan penuh semangat. Aku memandang dengan senyum lucu. Seronok betul, sampai ke sini. 

Selesai lagu Negaraku, mereka bertepuk tangan dan bersorak lagi. Berpelukan dan riuh bercerita seolah-olah mereka berada di stadium, seolah-olah mereka pula yang berlawan di padang tadi! 

Mashalah! Sebaik sahaja lagu berkumandang, Firman, Matt dan beberapa orang terus menari. Fatimah dan aku tergelak melihat aksi mereka. Tarian mereka lucu, penuh spontan. Satu gaya yang sahaja, bersederhana, dari awal, kini dan sehingga perlawanan berakhir. Aku memandang dengan penuh teruja, sambil kepala turut terangguk-angguk, meniru rentak mereka. Riuh rendah suasana malam ini. Terasa satu kampung bergembira dan meraikan kemenangan Harimau Malaya malam ini. 

Selamanya, Harimau Malaya. Aku refleks ketawa. Teringat sketsa Jozan dalam Maharaja Lawak, yang pasal Johan berlakon sebagai Datuk Yusof Haslam hari itu.

Firman menoleh ke arahku, meletakkan tangan kanannya di dada, lalu menundukkan kepala. Tanda berterima kasih. Aku membalas dengan senyum sumbing. Rasa janggal pula tengok Firman macam itu. Firman kemudian mengenyitkan mata kepadaku, sambil membuat mini love dengan tangan. 

Aku memandang dengan riak yang tak tertafsir. Satu perkataan je, cringe. Nasib baiklah aku dah sedar, yang dia ini palsu. Kalau tak, habislah aku masuk dalam perangkap pemangsa. Dahsyat sungguh penangan bola ini, sampai macam ini sanggup buat demi bola. Masha Allah. 

alhamdulillah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience