Chapter 50

Adventure Series 1746

Aku melihat sekeliling. Hidup mulia, mati pun mulia! Aku semakin terundur perlahan, mata tetap mengawasi Firman. Dia tetap dengan gilanya! Aku memusingkan badan dan terus berlari… Menuju ke dalam hutan. Harap-harap ada kampung di sebalik hutan ini. Air mata cuba aku tahan sedaya upaya. Dalam keadaan seperti ini, aku tak ada masa nak menangis, tak ada masa nak takut… Mati pun matilah asal kehormatan terjaga! Maruah diri terpelihara. Tapi untuk menyerah, pantang srikandi Muslimah!
"Hana!!!"
Firman sudah sedar! Dia mengejar aku. Aku terus berlari, menyusup di celah rimbunan pokok. Tanpa menoleh lagi dan yang penting selamatkan diri dan bersembunyi darinya. Inilah akibatnya kerana tertinggal senjata aku!
"Hana!"
Sayup-sayup suara Firman. Dia dah semakin jauh. Aku tinggalkan. Kain baju kurung dan kasut pink yang berlumat sangat menyusahkan. Tersangkut, terkoyak, dan aku terjatuh beberapa kali. Keletihan dan kecemasan menyebabkan langkah aku semakin perlahan.
"Hana!!!"
Suara Firman semakin dekat. Aku kelam-kabut mengatur langkah yang lebih laju.
"Hana!!!"
Firman sudah nampak aku! Dia hanya beberapa langkah saja di sebelah kiri. Aku mengangkat kain dengan lebih tinggi berlari menuju ke sebatang pokok yang lebih besar dan menyorok. Dada berdebar kencang dan nafas sudah semput.
"Hana!!!"
Firman melaung dengan lebih keras. Aku memegang dada yang berombak kuat, cuba menenangkannya. Hidung terasa semakin pedih dan perit.
"Hana!!! Saya tahu awak ada di situ!!! Tolong dengar saya! Jangan lari masuk ke dalam hutan lagi. Saya takkan kejar awak kerana hutan itu sangat berbahaya. Kalau awak nak lari juga, larilah. Saya takkan pertaruhkan nyawa saya untuk perempuan bodoh dan degil seperti awak. Awak nak mati sangat, pergilah!!!"
Okay, fine!!! Bagus kalau dia tak mahu mengejar aku lagi! Tetapi aku tak percayakan dia. Dari aku keluar menyerah diri kepadanya, diperkosa kemudian dibunuh, lebih baik aku mati dibaham binatang buas di dalam hutan ini. Mati hanya sekali! Sakitnya pun hanya sekali! Aku mengganggu keadaan agak tenang. Aku rasa Firman sudah pergi. Aku mengintai, melihat ke belakang dan sekeliling. Keadaan terkawal!
Aku berlari tak tentu arah dan menghampiri tepi tebing. Terdengar derap langkah yang laju di belakang. Aku menoleh. Firman! Dia tipu aku rupa-rupanya! Pinggang aku dirangkul ganas dan kami terguling jatuh. Tergolek sampai ke bawah. Aku memejamkan mata kesakitan, serta-merta mataku terbeliak luas. Firman di atas badanku. Tanganku meraba badannya, sebelum memukulnya kuat di abdomen dengan dua jari. Firman terbatuk-batuk perlahan dan aku mengambil kesempatan menolak badannya. Ternampak pula pisau lipat yang jatuh berhampiran. Cepat-cepat aku tarik aku hunjamkan mata pisau ke bawah dagunya, tetapi Firman memegang pergelangan tanganku. Kami bergelut dengan aku terguling di atasnya pula. Dalam huru-hara, Firman di atasku semula. Aku menolak badannya keras. Firman tergolek. Mata pisau hampir aku tikam ke bawah dagunya, tapi Firman mengelak, dan pisau menikam tanah. Aku mengerling ke arah pisau lipat, dengan niat ingin mengambilnya tetapi segala ilmu mempertahankan diri seperti sudah terbang entah ke mana. Hampir kehabisan tenaga, aku bingkas bangun. Firman menarik kakiku dan aku tersembam jatuh. Kami sama-sama berguling dan aku bingkas berdiri. Aku terus menyerangnya. Segala tumbukan dan tendangan aku ditepisnya, keras.
"Hana, dengar dulu!"
Argh… Tak ada masa aku nak dengar! Mataku cepat-cepat pada pisau yang sedang terbaring tidak jauh dari kami. Firman menyedari lalu cepat mengejar aku bila aku menarik pisau lipat dari tanah. Apabila berjaya aku tarik, terus aku membuat posisi seni mempertahankan diri dengan pisau.
"One more step and I swear to God…"
"Hana, listen…"
"Shut up! You monster!"
Mataku hanya meliar tapi aku tak membuat langkah apa pun. Aku berfikir dua kali dan pada masa yang sama Firman tangkas menyepak tanganku. Pisau terpelanting jatuh ke dalam semak. Spontan aku menggosok tangan, sakit yang amat. Firman turut melihat tanganku. Dia terlalai sekejap, satu tendangan yang padu dariku mengena tepat pada tengkuknya. Firman jatuh terlentang ke belakang. Kali ini, aku menghampirinya dengan niat, beberapa bahagian di abdomennya akan dipijak supaya dia tidak sedarkan diri. Tujahan tepat ke abdomennya berjaya ditahan dan dia menepis keras kakiku, membuatkan aku hilang keseimbangan dan tersembam jatuh lagi!
Belakangku pantas ditindih dengan lutut dan tanganku dikilas kuat. Aku menjerit kesakitan. Firman menunduk dan berbisik keras di telingaku.
"Awak meronta, saya patahkan tangan awak."
Sebelah tanganku digari, lalu mataku terbeliak!
"Firman… Sakit…" Aku merayu.
Pegangannya dilonggarkan. Aku pantas mengambil peluang, berjaya membalikkan badan, dan telapak tanganku menekan perutnya. Firman tergolek. Memberi satu lagi terjahan di perutnya sebelum berlari.
"Hana…"
Panggilnya senak. Aku berpaling. Firman terbongkok-bongkok berjalan, kemudian terduduk. Menahan sakit.
"Jangan lari lagi… Hutan ini banyak Claymore. Periuk api."
Penipu! Aku terus berlari.
"Hana! Saya tak nak kehilangan awak!!!"
Aku terhenti. Firman tak pernah bercakap begitu kepadaku. Sekali lagi aku berpaling. Firman bangun perlahan dan berjalan ke arahku.
"Jangan pergi. Saya tahu awak seorang yang berani, sanggup mati… Tetapi fikirkan orang yang menyayangi awak… Orang yang mencintai awak… Tentu dia mahu awak pulang dengan selamat…"
Hatiku mula meleleh tetapi cepat-cepat aku keraskan.
"Saya tak percayakan awak! Awak nak memperkosa dan membunuh saya! Lebih baik saya mati dalam hutan daripada dirosakkan oleh awak!"
"Hana… Tolong percaya saya. Saya minta maaf. Saya terlajak kata sebab marah sangat. Saya tak pernah terniat… Demi Allah, saya bukan nak menyentuh awak. Maafkan saya… mari ikut saya. Hutan ni bahaya. Awak tak biasa, bukan seperti hutan di Malaysia yang awak biasa camping. Di sini banyak periuk api… Masih ada komunis. Hati-hati dengan periuk api. Sekali awak terpijak, awak takkan selamat lagi. Saya juga takkan selamat. Serpihannya akan terpelanting jauh. Awak ada dua pilihan aje, mati terpijak atau selamat tetapi cacat seumur hidup. Biasanya bahagian bawah akan hancur. Seperti mak Ahmad."
Aku dah mula teragak-agak. Dah tau ada periuk api kenapa bawa aku ke sini?
"Hana… Fikir orang yang mencintai awak. Hatinya pasti hancur kerana tak berupaya menjaga dan melindungi awak. Dia pasti kecewa kerana awak jauh darinya… Tak mampu berbuat-buat apa-apa…"
Aku tak terfikir pun tentang Yaqrib. Aku hanya berfikir nak menyelamatkan diri. Lagipun aku rasa kalau aku mati, Yaqrib tak akan apa-apa. Dia sedih tetapi mungkin sekejap saja. Dengan rupa dan kedudukannya, tidak susah dia mencari pengganti aku. Aku pun tak mahu sentimental sangat dalam hal ini. Selagi kami belum terikat, hubungan senang terputus. Hari ini hati kami bertaut, esok-esok mana tahu kami berubah kepada yang lain. Aku tak ada masalah dalam hal ini jika ditakdirkan tunangku tiba-tiba berubah kepada yang lain. Aku tidak berhak menyekat dan memarahinya kerana kami tidak terikat dalam perjanjian yang rasmi, bukan suami isteri. Kalau suami isteri lain ceritalah. Berani dia buat onar dengan aku, tak ada halnya aku nak setia. Memang cerailah jawabnya. Lantaklah aku jadi janda pun.
"Hana…"
Aku tersedar. Baru teringat aku sedang berdepan dengan siapa. Manusia yang dah berkali-kali meminta maaf kepada aku, sentiasa menyakitkan aku dan sentiasa menghina aku dengan kata-katanya.
"Saya tak percayakan awak. Saya tak percaya dengan maaf awak."
Aku berpaling dan mula nak melangkah.
"Hana!!!"
Aku berpaling lagi. Firman sudah berdiri tegak.
"Saya akan buktikan kemaafan saya luhur. Saya akan buktikan awak boleh percayakan saya. Saya takkan menyakiti awak lagi."
Firman membuka bajunya. Besar mataku! Pisau yang terbenam ditariknya. Hatiku dah berdebar gila.
"Saya sanggup lukakan diri saya asalkan saya dapat kepercayaan awak. Saya bawa awak pulang dengan selamat. Sekarang awak nak saya hiris bahagian mana?"
Keningku berkerut. Buang tabiat ke dia ni? Lagi aku nak jauhkan diri lagi adalah! Siapa je yang nak percayakan orang yang nak buat begitu? Tapi hati rasa tak sedap badan juga. Bimbang dia buat betul-betul.
"Okay, hiris lengan awak…"
Aku bernada tanpa rasa. Firman menghiris lengannya. Aku tersentak. Darah menitis. Mukanya merah menahan kesakitan.
"Bahagian mana lagi?"
Aku menahan debar tetapi… Takkanlah sakit sangat. Sebelum ni bergusti dengan aku okay aje. Aku bercekak pinggang, tetap dengan suara yang dingin.
"Dada."
Firman menghiris dadanya. Mulutku berdesir melihat darah yang mengalir deras. Dia ini memang dah buang tabiat! Dalam hati sedaya upaya aku keraskan supaya tidak kasihankan dia.
"Leher!" Aku bernada keras.
Firman sudah meletakkan pisau di lehernya. Tanpa berfikir panjang, aku berlari laju dan menarik pisau itu kuat-kuat. Pegangan tanganku kuat dan kami sama-sama terjatuh. T-shirtnya aku capai dan aku tekapkan ke dadanya.
"Awak ini dah buang tabiat ke?!"
Bibir aku bergetar menahan geram yang amat. Bahagian bawah baju kurung aku koyak dan ikat di lengannya. Aku koyakkan lagi dan ikat di dadanya.
"Awak jangan buat macam ini lagi! Bila awak buat macam ini saya lagi tak suka awak. Sudahlah tadi melakukan sexual assault. Ingat saya nak percayakan awak ke?"
Entah apa yang aku berleter sambil aku membalut badannya dengan kain.
"Saya tak suka awak buat macam ini… Saya tak suka…"
Raut wajah aku mula bertukar tenang.
"Awak ingat awak komando 69?!"
"Kalau saya kata saya komando 69"
Mukanya tak beriak.
"Jangan nak tipu saya. Kalau awak komando takkan awak nak jadi polis trafik. Ingat senang ke nak masuk komando 69? Seorang komando boleh tewaskan 10 orang anggota polis biasa. Kehebatan mereka sama dengan komando tentera. Elit dan terlatih. Saya tak kisah kalau awak nak jadi komando sangat pun tapi matlamat awak tak tercapai."
Aku langsung tak memandang matanya. Bibirku seperti dah mencebik. Terlampau geram, marah dan menyampah. Bercampur menjadi satu.
"saya sanggup buat apa saja demi awak."
"Diri awak lebih berharga dari duit yang keluarga saya beri. Fikirkan Fatimah dan Mai Tuan… Apa akan terjadi kepada mereka jika awak ditimpa kemalangan kerana saya?"
"Saya hanya menjalankan tanggungjawab…"
"Pergi matilah dengan tanggungjawab! Banyak lagi cara lain nak dapatkan kepercayaan saya."
"Apa lagi cara? Ini yang saya terfikir. Keadaan terdesak dan tegang. Awak takkan mendengar saya."
"Stop! Jangan cakap lagi. Saya malas nak dengar!"
Aku mengetap bibir sambil tangan tetap menekap luka di dada Firman. Aku berharap dapat menghentikan pendarahan. Sesekali aku mengalihkan wajah ke tepi dalam kegeraman.
"Hana…" panggil Firman lembut. Aku mengangkat kepala dan merenung wajahnya.
"Saya tak faham awak. Awak tak rasa sakit ke?"
Dia hanya merenung aku, tanpa sepatah kata. Aku mengikat pergelangan tangan Firman pula.
"Firman, saya tak tahu perasaan saya pada awak. Awak kawan saya. Seorang kawan takkan melukakan kawannya… Tetapi awak telah luka kerana saya…"
Tak tahu apa yang nak diluahkan. Aku sangat bingung dan tidak faham dengan tindakan Firman. Aku juga tak faham dengan perasaanku sekarang. Marah tapi bercampur dengan sedih sedikit.
"Hana…" panggilnya, semakin lembut.
Aku tak mahu memandang mukanya lagi. Aku keliru dengan apa yang berlaku.Tanganku pantas menutup wajah. Melepaskan keluhan yang amat berat.
"Saya…"
Aku hanya mendengar keluhan Firman. Dia diam sekejap sebelum terasa tudung ditarik ke belakang. Aku mengangkat kepala dan mengalihkan wajah. Firman berlutut di depanku. Firman membetul dan menarik tudungku ke belakang. Bibirku bergetar mendengus geram.
Mata Firman merenungku lembut seperti ada sesuatu yang ingin dibisikannya. Satu renungan yang menyebabkan aku hilang marah. Hanya rasa sayu dan pilu yang masih melekat. Bibir Firman bergerak. Aku menunggu. Dia menggenggam kedua-dua belah tangannya dan menunduk lama. Aku kehairanan. Kenapa dengan Firman?
"Firman?"
Satu keluhan berat dilepaskan.
"Maafkan saya…"
Dia terhenti lagi. Kali ini aku akan menunggu dengan sabar apa yang ingin dikatakannya. Tetapi dia terus membisu dan hanya menunduk. Aku menarik nafas… Cuba memujuk sendiri hati yang dilanda rawan.
"Hana… Jangan lari dari saya lagi. Kalau apa-apa berlaku kepada awak, saya akan rasa bersalah seumur hidup. Maafkan saya kerana gagal menjadi kawan awak. Saya gagal mendapat kepercayaan awak…"
Ada lagi yang ingin dikatakannya tetapi seperti sukar. Aku menarik bibir ke sisi… Cuba menenangkan dada yang sempit.
"Kita boleh menjadi kawan. Kawan yang baik kalau awak bersedia bersikap terbuka. Kawan boleh membuat awak ketawa dan menangis, paling indah ketika kita memerlukan, ada seorang kawan yang sanggup melakukan apa saja. Selama ini saya sentiasa cuba untuk menjadi kawan awak. Tak faham saya kenapa awak suka sangat sexually harassed saya."
Firman mengangkat kepala.
"Maafkan saya."
"Kalau awak bersedia menjadi kawan Hana… Awak tidak perlu meminta maaf atau berterima kasih kepada saya. Seorang kawan kepada Hana… Tidak perlu meminta maaf atau berterima kasih."
Dua kali aku mengulanginya. Firman mengangguk, mengerti. Dadaku terasa lapang dan bibir menguntum senyuman. Aku mengetatkan lagi ikatan di dada dan lengan Firman. Firman bangun dan menarik gari. Aku terbangun dan mengikut langkahnya. Sesekali dia berpaling dan tersenyum kepadaku. Mata segera aku disyaratkan agar dia membuka gari di tanganku. Langkahnya terhenti. "Kalau saya tak nak bukakan?"
Apa hal ini? Nak main BDSM pula di dalam hutan? Silap besarlah mr bodyguard! Dia ingat aku nak ketawa ke dengan provoke dia tu?
"Nak gari saya seumur hidup pun saya sanggup tapi awak sanggup ke nak melekap dengan saya selamanya? Tak pasal-pasal nanti awak marah aje bila duduk dengan saya."
Tiada jawapan. Hanya kerlingan mata dan senyuman. Wajahku cemberut tapi aku tahankan juga. Aku menjulingkan mata ke langit. Mulut mendengus kasar. Aku pastikan dia faham sedaya upaya yang aku tak suka keadaan sekarang.
"Awak ingat jenaka awak itu lawak ke? Ini Hana lah… Silap orang kalau awak ingat saya nak ketawa dengan jenaka macam itu."
Firman menjuihkan bibir, menunjukkan reaksi tak hairan.
"Awak juga tak tau awak berdepan dengan siapa. Pucuk dicita ulam mendatang, tak perlu saya susah payah mendapatkan awak awak sendiri datang menyerah diri. Kita takkan berpisah selamanya…"
Ah sudah…! Lain macam pula gaya Firman.
"Firman… Please… Buka gari ini…"
"Siapa suruh awak minta garikan kita berdua? Rasakanlah. Saya tak ada masalah nak melekap dengan awak seumur hidup tapi awak…"
Firman menarik gari agar aku lebih dekat tetapi aku meronta. Gari menegang antara kami berdua. Ah… Sudah. Takkan aku nak bergusti lagi? Sudahlah aku tak bawa pisau aku. Menyesal betul.
"Firman please… Kita dah jadi kawan kan. Jangan buat saya hilang kepercayaan pada awak lagi." Aku merayunya dengan penuh perasaan. Sebenarnya lebih kepada nak menyelamatkan diri daripada keadaan. Aku dah terlampau lelah. Sehinggakan aku tak ada niat pun nak menang. Firman melemparkan senyuman sinis. Gari dibuka dan aku mengusap pergelangan tangan.
"Lain kali, ingat pesanan saya. Hati-hati dengan lelaki. Bukan semua lelaki macam saya."
Aku menganggukkan kepala dan memberinya senyuman terima kasih. Firman membalas senyumanku dan suasana antara kami senyap seketika. Terasa seperti bunyi cengkerik semakin kuat antara kami, walaupun bukan waktu malam. Firman cepat mengalihkan pandangan dan dia seperti tersedar.
"Kenapa awak bawa gari ke hulu, ke hilir? Tak menjadi kesalahan? Atau memang awak niat nak gari saya kalau saya buat hal?" Aku bertanya untuk menghilangkan rasa janggal antara kami.
"Di sini tak salah. Dan saya memang niatkan gari itu untuk awak kerana dari awal lagi saya boleh baca, awak memang sukar nak beri kerjasama. Dan awak menimbulkan berbagai masalah, lebih baik saya tangkap dan gari awak. Hantar pulang ke malaysia saja. Senang kerja saya."
Hmm… Nampaknya walau dia dah menjadi kawan aku, dia tetap tak berganjak dengan pendiriannya. Aku harus lebih berhati-hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience