Chapter 10

Adventure Series 1746

Liat dan perlahan aku melangkah ke sungai bersama Fatimah dan Mai tuan. Sejuknya menyebabkan kulit bertukar sangat kering dan bibir mula merekah. Air mineral yang dibekalkan oleh pihak sponsor tinggal sebotol lagi. Air tapis yang aku bawa dari rumah memang dah innalillah dah. Pencuci muka dan skincare lain masih banyak berbaki. Lega! Dalam kegelapan, kami bersama-sama menapak semula ke rumah dan aku cepat-cepat berbungkus di dalam selimut sambilenunggu azan Subuh. Alang-alang tu bolehlah qadha tidur sekali.
Selesai solat Subuh berjemaah, Mai tuan dan Fatimah mengaji dalam samar-samar pelita ayan. Aku mencari tempat yang agak sunyi dan tertutup lalu mengulang hafalan. Waktu lepas Subuh adalah waktu yang terbaik untuk menghafal atau mengulang hafalan. Aku mengulang hafalan Surah An-Nazi'at. Selesai menghafal, lancar bibirku menuturkan zikir di pagi hari. Itu sajalah.
Terangkat keningku tatkala melihat sarapan pagi. Roti keras sepanjang enam inci dipanggil numpang dan sepiring air gula.
"Jemput makan, kakak."
Mereka mencecah roti tawar itu dengan air gula. Teh tawar dihirup panas-panas. Aku tak ambil pusing. Otak sudah mula memberi idea bernas. Aku mengambil sedikit air gula itu lalu menuangkannya ke dalam air teh. Ermm, sedap!
"Binti tak makan?"
Aku meletakkan cawan air teh di atas meja. "Err, saya lebih suka minum teh ni…" Aku tersengih.
"Patutlah kakak kurus. Jaga makan rupa-rupanya." Lurus betul Fatimah.
Sejujurnya aku memang lapar. Tapi teh dengan gula ni aku rasa dah cukup untuk memberi tenaga kepada aku di pagi hari.
Satu suara memberi salam, berkata sesuatu dan Mai tuan dua beranak kelam-kabut mengenakan tudung. Siapa? Mataku menjenguk ke luar. Firman melangkah masuk. Di sebelahnya kelihatan seorang lelaki muda.
Wow. Figura boleh tahan. Ada rupa. Ala-ala lelaki nusantara yang kacak la ni. Kalau setakat nak buat cuci mata bolehlah. Tapi bukan taste aku. Sorry. Kami berbalas pandangan dan aku mengangguk tanda hormat. Firman berdehem tetapi aku buat-buat tak tahu. Nak buat ala-ala tabik hormat formal ke ni? Sesi ta'aruf macam biasa tak boleh ke?
"Cik Hana… Kenalkan partner saya. Kami akan sama-sama menjaga keselamatan Cik Hana. Namanya Ly Math tetapi dipanggil Matt. Berusia 28 tahun, berkulit sawo matang, matanya warna coklat tua, rambut hitam lebat, bujang, tinggi lima kaki sembilan inci, lebih lapan inci daripada Cik Hana tetapi kamu berdua masih rendah daripada saya. Berat 78 kg, suka soccer dan dia tak sukakan perempuan, lebih-lebih perempuan Malaysia."
Aik? Ayat yang hujung tu macam menyindir aku aje! Kejap! Sesi perkenalan ni aku rasa macam dia sedang menyindir aku! Buat apa nak jelaskan dengan detail tentang Matt? Aku bukannya nak tahu pun! Dia ni kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah. Silap orang lah Firman! I have no interest in any man.
Matanya tak berkelip memandang aku.
"Hai," tegurnya sambil tersenyum.
"Hello…" balasku. Aku mengukir sengih. Ya Allah awkward nya!
"Welcome to Cambodia. Hope you enjoy it and like it here."
Okay juga Bahasa Inggerisnya walaupun berbunyi pelat dengan slanga Kemboja dan adalah bunyi dialek Perancis sikit.
"Oh I've enjoyed it very much. With it beautiful culture, landscape, nice and good-looking people."
Aku mengukir senyum protokol. Firman berkata sesuatu dan Matt menganggukkan kepalanya kepadaku.
"See you around miss… If you need anything just call me."
Matt melangkah naik dan duduk sambil mengesot perlahan mendekati aku. Refleks aku terbangun. Sengih terukir. Malu! "Sorry…" Hanya itu yang mampu keluar dari bibirku. Aku melarikan pandangan dari anak matanya. Aku jadi tak keruan!
Jangan salah faham ya, ini bukan sebab aku sukakan Matt ke apa. Ini adalah disebabkan oleh autistik aku.
Matt menghulurkan kad nya dengan sopan. Oh, ingatkan nak buat apa tadi. Kus semangat! Nasib tak kena wacha dengan aku. Aku melihat kad itu sekilas. Aku melarikan pandangan daripada bertembung dengan anak matanya. Aku memandang jari Matt sekilas. Masha Allah, bersihnya kuku dia. Boleh tahan segak dia ni walau duduk di kawasan pedalaman. Segak dan kemas. I like.
Aku membalas senyumannya dengan senyum separuh ikhlas. Mataku memandangnya melangkah keluar. Fatimah mengangkat sisa hidangan ke dapur dengan Mai tuan. Firman pula hendak melangkah keluar. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
"Awak…" Aku menolak kerusi ke belakang lalu berdiri. Aik? Aku memandang sekeliling. Lah… Aku cakap sorang-sorang rupanya!
Aku kelam-kabut melangkah turun dan cepat-cepat aku memandang Firman yang sedang mendekati Matt di atas scrambler sambil cermin mata hitam dikenakannya.
"Firman!"
Aduhai… Dia buat tak hairan saja, malah dia menepuk bahu Matt, mengarahkannya memulakan perjalanan. Tetapi Matt mematikan enjin dan menunggu aku. Alhamdulillah!
"Awak… Lain kali kalau orang panggil sila dengar dan tunggu dulu. Kan saya tak habis cakap lagi? Takkan itu pun tak tahu?" Aku dah mula membebel macam mak cik-mak cik.
"Awak nak apa?"
Dia langsung tidak memandang aku.
"Saya nak minta tolong awak belikan saya powerbank. Lagi satu awak janji saya boleh tumpang guna generator masjid untuk cas telefon saya."
"Bateri awak tinggal berapa percent?"
Huh? "Ah… Lima belas je."
Dia turun dari motosikal.
"Ermmm… Saya akan beli kan powerbank. Tapi tak guna ada powerbank kalau bateri tak ada dalam tu. Tak apa, nanti awak tumpang generator masjid."
"His kesian… A spoiled rich girl… Request permintaan yang mustahil tetapi tidak baginya kerana terlalu biasa bermewah. Just remember one thing my precious… Orang kata, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau, jangan mengaum, lari cepat-cepat nanti kena ngap. Keadaan di sini, tak sesuai untuk awak mewah berlebihan. Banyak mata memerhati. Silap-silap awak tak lena tidur. Satu batalion bodyguard pun tak mampu nak lindungi awak." Tenang nada suaranya tetapi kejam.
Hidungku terasa pedih.
"Tak habis-habis dengan demand awak. Fikir dulu sebelum bercakap. Bukan sekali tetapi beribu-ribu kali. Bila lelaki di depan, tutup diri awak…"
Kepalaku bergerak sedikit apabila jarinya mengutip habuk yang terlekat di atas batang hidung.
Belum sempat jarinya turun ke bawah, pantas mencalar jarinya dengan concieved blade milikku. Dia tidak memberi reaksi. Mataku mencerlung tajam kerana marah. Tiada siapa dibenarkan untuk sentuh aku. Sesiapa pun yang bukan mahram aku. "Tiada keperluan untuk saya berniqab. Saya sudah menutup aurat dengan sempurna."
"Bila keperluannya?" nada suaranya bertukar menjadi lebih tenang.
"Awak tak perlu tahu."
"Sekarang bukan keperluan?"
"None of your business."
Tak tahu kenapa dia nak acah-acah macam wali aku pula. Dia bukannya suami aku pun!
"Jadi awak berniqab hanya… keperluan… Fesyen… Bukan untuk mengikut sunnah?"
"None of your business. Apa pun saya yakin saya lebih jujur kerana saya berniqab bukan kerana sesiapa. Saya berniqab bila saya hendak berniqab…"
Aku terdiam apabila terasa renungan di balik kaca mata hitam itu makin menikam. Lebih menikam daripada jelingan aku! Angin kencang membuatkan mata aku terkatup. Alhamdulillah! Aku mengemam bibir sekejap untuk bertenang sebelum mendongak melihatnya.
"Saya nak ke masjid… Err ke madrasah… bersama Fatimah. Ada meeting dengan ustaz."
Cabut dulu!
"Saya tahu. Saya nak keluar sekejap dengan Matt. Awak jangan ke mana-mana. Tunggu saya balik, baru pergi."
Tangannya menunjuk ke dalam rumah, arahan supaya aku masuk. Aku berjalan perlahan dan telinga menangkap bunyi enjin motosikal menderu laju. Aku menoleh, memandang asap yang dilepas keluar motosikal, beserta bayang Firman dan Matt yang lesap dimakan jarak.

Thank you for reading it ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience