Satu lagi kereta lembu yang sarat dengan barang memotong kami. Penuh dengan jerami dengan berbagai bentuk barang dari tembikar bergantungan.
Aku memandang kereta lembu itu dengan lama.
"Awak nak tahu? Tengok macam nak telan."
Aku termalu sendiri lalu mengangguk sambil menunduk.
Firman segera mengejar kereta lembu itu dan tuannya memberhentikannya. Matt juga turut berhenti dan meluruskan badannya. Firman bercakap dengan tuan kereta lembu lalu menggamitku untuk mendekati mereka.
"Ini barang tembikar. Periuk belanga yang diperbuat daripada tanah liat. Kurang bermutu sebenarnya tetapi inilah barang dapur yang paling famous di sini. Mudah, murah dan fragile."
Aku menilik dengan penuh minat. Dari sebalik timbunan jerami itu, tuannya menguis dan menunjukkan belanga yang disusun dengan bertindih dan beralaskan jerami. Pandai mereka susun. Selamat, kemas dan cantik. Susah nak pecah walau terhentak dan dan tidak mudah teralih kedudukannya. Satu idea yang pintar dengan hentakan jalan yang tidak rata dengan lenggang-lenggok lembu. Satu buyung air dihulurkan kepadaku. Aku menelitinya dengan penuh minat. Menggosok dan mengusapnya dengan minat. Merasa kelicinan dan kekasaran permukaannya. Aku melihat dengan lebih dekat kehalusan dan kekemasan oleh buatan tangan. Dari sentuhanku dan pemerhatianku, terasa betapa bersusah payah mereka mencari tanah liat. Mataku cepat menangkap tanah jenis lain, batu dan pasir, mereka telah memijak dan melumatkannya, menggaulnya dengan lembut sehingga ia dibentuk menjadi bentuk yang dikehendaki, kemudian dijemur dan dibakar di dalam bara jerami beberapa jam. Barulah dikeluarkan. Menjadi periuk belanga yang berwarna tanah atau merah bata.
"Hana…"
Mataku masing tertancap ke arah perbezaan antara tanah liat dan tanah lain di buyung.
"Hana…"
Bagaimana tanah boleh mengeras akibat dibakar di suhu yang tinggi.
"Hana…"
Aku tersentak dan kembali ke alam nyata.
"Awak okay? Awak kelihatan hanyut… Seperti tak sedar…"
Aku meletakkan kembali buyung itu di atas jerami.
"Maaf, saya selalu macam ni. Apa yang saya nampak berbeza dengan apa yang orang lain lihat. Apa yang ada dalam kepala saya sangat berbeza dengan orang lain. Saya sendiri pun tak faham. Tapi saya suka… Kerana dengan cara ini saya boleh menyampaikan emosi saya, dan meluahkan apa yang terbuku sambil menikmati keindahan alam dan menghargai kesenian Tuhan…"
Firman tersenyum. Rasa pelik pula melihat senyuman tu. Senyuman yang tulus.
"Awak sangat meminati tulisan? Muzik? Kesenian? Gubahan?"
"Entahlah. Saya memang teringin nak menguasai semua jenis ilmu kesenian. Tapi bergantung. Contohnya muzik. Dalam Mazhab Hanafi, muzik itu haram. Tapi menurut Al-Ghazali tak haram. Saya meminati muzik kerana melalui muzik, saya boleh memahami emosi apa yang ingin disampaikan. Contohnya melankolik, nostalgik, kebahagiaan. Melalui lukisan, saya boleh melihat emosi apa yang ditumpahkan. Daripada video pun sama. Saya pun tak faham lagi. Mungkin autistik saya agaknya."
Aku tersengih. Rasa malu sebab membuka rahsia yang keluarga aku pun tak tahu. Dah lah dekat orang yang mulut macam Firman. Huh!
Firman mengambil sebuah belanga dan menghulurkannya kepadaku.
"Cuba pegang ini… Sentuh dia…"
"Eh…?" Teragak-agak aku memandang Firman dan belanga itu. Tanganku terketar-ketar. Ah… Sudah. Menyesal aku cakap benda tu.
"Cuba sentuh macam tadi…"
Bersungguh-sungguh pula dia. Tak sampai hati aku nak menolak. Tanganku masih terketar-ketar tetapi aku tetap mengambil and memegangnya. Aku menilik belanga tersebut dan mengusapnya. Dari mulut belanga kemudian kepada ukiran halus yang berbentuk V di sekeliling leher belanga.. Seperti ternampak tangan kasar yang mengukir dengan teliti bentuk V itu. Aku memejamkan mata. Boleh terbayang seorang bayi di dalam buaian. Berkepala gondol dan berambut secotek di depan. Terdapat seutas rantai dari benang kasar berkalungkan loket dari kain hitam berbentuk empat segi sebesar ibu jari.
Air mata melankolik yang mengalir terhenti apabila terperasan sesuatu. Mataku terbuka luas kerana terkejut.
"Hana…"
Aku menoleh kepada Firman dengan tiada apa di minda. Firman merenungku.
"Apa yang awak cakap tadi semua betul?"
"Huh?"
""Ya. Awak menitiskan air mata. Saya tanya dan awak jawab. Periuk belanga ini hasil tangan isteri pak cik ini. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun, gambarannya seperti yang awak nampak."
Aku mengesat air mata dan tersengih memohon maaf. Rasa macam telah invade privasi orang pula.
"Eh? Kenapa ni?"
Terkejut aku. Lelaki itu duduk dan kelihatan seperti sedang menyembah aku.
"Dia memberi hormat. Dia kagum dengan awak. Dia kata awak boleh jadi bomoh. Dia berbangsa khmer dan beragama Budha. Mereka percaya benda-benda macam ni."
Rasa bersalah masuk lagi. Adeh… Risau aku. Takut nanti Allah nak soal aku apa.
"Dia nak hadiahkan awak barang tembikarnya. Awak pilih aje mana yang berkenan."
Aku tersengih lagi.
"Beritahu dia terima kasih… Dan maaf kalau menyusahkan. Saya tak boleh ambil pemberian dia, sebab kita dalam perjalanan ke Phnom Penh. Nanti kalau berpeluang, saya nak tengok lagi hasil buatan tangannya."
Aku mengukir senyum sehingga ke anak mata. Terketar-ketar pak cik itu memandangku. Apa, aku ni menakutkan sangat ke? Senyumanku mati. Kami berpamitan selepas pak cik itu sekali lagi memberi hormat kepada kami.
Kami memulakan perjalanan semulpun, Firman menghampiri beberapa kanak-kanak yang membawa beberapa bekas bunga teratai. Dia memberi duit dan berjalan ke arahku. Aku mengambil gambarnya. Satu suasana yang menggamit hati seperti seorang pelancong asing yang memiliki rupa Arab dan Cina membeli bunga teratai. Cantik betul!
Dari jauh kelihatan sangat berketerampilan dan bergaya rupanya. Gaya jalannya tegap, macam Abah. Dingin dan matanya sentiasa ke depan. Siapa sangka di sini, bumi yang penuh dengan air mata dan darah, ada lelaki yang sangat good-looking. Tapi kalau dia jaga semak samun di rupanya, memang rupanya flawless.
Kacak juga pemuda Melayu Cham. Walau dia tak pure blood. Cuma still aku tak berminat. Tak guna muka kacak pun, nanti dah tua muka tu dah tak sama.
Firman menghulurkan sekuntum bunga teratai berwarna putih kepadaku.
Aku memandangnya dengan mata terkebil-kebil. "Thanks." Mulut dah senget sebab tak faham apa yang dia nak.
Lagu Pizza Mozarella nyanyian Gyro Zeppeli berbunyi. Aku menahan senyum lalu senyumanku mati apabila melihat siapa yang memanggil. Pantas aku berjalan ke arah kereta lembu, duduk dengan selesa membelakangi Matt dan Fatimah. Mencari privasi. Firman terus berjalan mengekor dari belakang. Matanya memandang jauh sebelah kanan, menikmati keindahan pemandangan dan kedinginan udara mungkin. Aku menghubungkan earpod dengan Honor. Honor aku simpan ke dalam beg sandang. Hidungku mencium bau teratai. Wangi dan ada bau masam-masam manis sikit. Bau itu membuatku tenggelam ke dalam keasyikan. Tangan memetik sedikit demi sedikit kelopak bunga teratai.
"Hana, kau tengah buat apa tu?"
"Tengah mengira love me, love me not, manalah tau. Kutlah kau tak suka dengan aku." Aku menahan tawa.
Boleh terbayang senyumannya di hujung talian. "Aku pun nak tau juga."
"Aku suka tengok kelopak teratai ni. Cantik dan banyak. Tu yang nak main game ni tu…"
"Banyaknya… Bila nak habis?" Suara garau itu tergelak.
"It's fun bila banyak. Kita tak boleh agak jawapan apa last. Kalau lima kelopak je, dah spoiled. Tak payah main pun, dah tahu ending."
"Okay… Mainlah sampai habis."
"Mmm…" Aku menyambung… Love me… Love me not… Kelopak bunga berterbangan ditiup angin dan satu, dua singgah mengenai muka Firman dan rambutnya. Firman membuka cermin mata hitam dan menyangkutkannya di celah leher T-shirt.
Banyak betul kelopak bunga teratai ini sampai lenguh mulutku tetapi aku rasa enjoy sangat. Kami berbicara tentang kerjaya Yaqrib dan keluarganya. Tinggal tiga kelopak terakhir dan darahku berderau… Love… Me… Not?
Aku tak boleh nak sebut. Tubuhku ibarat patung. Firman pantas menghulurkan satu tangkai lagi. Instinct membuatku agar menyambung urutan sebutan itu. Love me not, love me aku terus sambung bunga yang kedua pula. "Kenapa tu?" Di hujung talian jelas kerisauan dan kekeliruan.
Kali ini aku lebih perlahan. Memetiknya satu demi satu dengan lebih berhemah dan lembut. Kelopak-kelopak itu berterbangan lembut ditiup angin, bertaburan indah di atas jalan. Kelopak itu menyentuh dan menyapa muka Firman lagi, kemudian singgah dengan lemah gemalai ke atas rambutnya. Firman pula membiarkan sahaja, seakan-akan tidak terganggu. Dia seperti menyukai belaian teratai itu yang singgah di wajahnya.
Tiba-tiba aku terasa emosi yang kuat… Yang menunjukkan bahawa aku hidup dan bernyawa. Seperti aku ditonton dalam keadaan yang duduk berlunjur di atas kereta lembu, menghadap Firman yang sedang berjalan mengekori aku, dengan wangian teratai bertebaran… Berterbangan… mengorak kelopaknya… Dibawa terbang tinggi oleh bayu yang malu-malu… Menyapa lembut wajah Firman… Dan aku seperti melihat wajah lelaki yang aku…
Jeda. "Dah habis main?" Suara garau yang kuat itu membawa aku ke alam present. Senyumku belum mati.
Mataku dan Firman bertentangan seketika. Beberapa kelopak teratai yang melekat di rambutnya dibiarkan sahaja. Kami membuang pandangan masing-masing, ke arah lautan teratai yang indah.
Indah… Dan langit yang biru itu indah. Aku menyandarkan kepala ke dinding kereta lembu dan memejamkan mata. Berharap agar wajah yang kusayang hinggap di fikiran. Walaupun kepalaku terhentak lembut dan badanku digegar mengikut alunan langkah Peugeot Firman, tetapi aku senang sekali. Dengan udara yang dingin, matahari yang mengintip penuh curiosity dari balik awan dan suasana yang menyenangkan, aku mula hanyut.
Share this novel