Chapter2

Adventure Series 1746

"Rapat lagi dengan anak-anak tu... Okay, senyum... Buat mesra... Okay pose lagi. Buat muka sedih... Bagi terharu... Kalau boleh nangis sambil peluk mereka." Bersungguh-sungguh jurugambar cuba memberikan arahan kepada peserta untuk mengambil gambar. Para peserta juga terkulat-kulat melakukan hal yang sama. Aku turut tak terkecuali. Walau sebenarnya aku tak berninat sedikit pun dalam sesi fotografi. Pada pendapat aku, sesi fotografi itu tersangatlah fake. Sepatutnya perasaan sedih itu datang daripada hati, kemudian tergambar di muka. Mungkin dia nak gambar yang penuh dengan perasaan kut. Barulah mesej sampai kepada dunia. Yalah, mana ada dunia nak bersimpati pada wajah perempuan yang gembira dan bertampar sorak-suka.

Kami mendengar ucapan perasmian dan penyerahan derma lembu korban. Sambutan sangat hangat. Hampir beribu orang datang dan sambutan diberikan oleh Kerajaan Kemboja sendiri teramatlah baik. Perdana menteri Kemboja, Hun Sen, turut memberikan ucapan penghargaan terhadap kami. Yalah, dah orang bagi makanan percuma, siapa yang tak gembira. Kampung Brek Pra Yang berdekatan dengan Phnom Penh menjadi tumpuan pertama kami. Masjidnya cantik dan setahu aku masjidnya ini dibiayai oleh ramai penderma yang terdiri daripada penduduk Malaysia sendiri. Alhamdulillah, aku mengucap syukur dalam hati.

Semasa peperangan Pol Pot, masjid ini dijadikan kandang babi. Marah benar aku apabila mendengarkan berita itu. Itulah nasib seluruh rumah ibadat Islam di Kemboja. Semoga laknat Allah menimpa kaum yang melakukan perbuatan sedemikian. Pol Pot bukan sahaja menjadikan Islam sebagai musuh mereka, tetapi juga agama lain.

Kemboja adalah antara negara paling malang yang pernah ditakluki oleh komunis. Selama empat tahun Kemboja seolah-olah hilang dari peta dunia. Tup-tup meletup selepas tentera Vietnam mula menakluki Kemboja. Selepas itu, barulah seluruh dunia tersentak dengan kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Pol Pot terhadap rakyat Kemboja. Betapa menderita dan sengsaranya rakyat Kemboja yang terdiri daripada pelbagai agama akibat diseksa oleh mereka.

Seorang perempuan tua bercerita kepada kami sambil dibantu oleh penterjemah. Kononnya Hun Sen, perdana menteri yang sedang berucap ini adalah bekas konco Pol Pot, mengikut perjuangan komunis untuk membebaskan Kemboja daripada cengkaman Amerika Syarikat. Apabila menyedari bahawa Pol Pot adalah seorang yang kejam dan mempunyai kepentingan peribadi, Hun Sen telah menyeberangi Sungai Mekong menuju ke Vietnam untuk meminta bantuan.

Vietnam bersimpati dengan rayuan Hun Sen maka satu ketumbukan besar telah dikerah dan dipersiapkan untuk menyerang Pol Pot dan merampas semula Kemboja. Dengan bantuan Hun Sen, Vietnam berjaya mengalahkan Khmer Rouge dan Kemboja diserahkan kembali kepada rakyatnya. Kemboja dipantau oleh PBB dan diberi banyak bantuan untuk memulihkan negara yang telah rosak. Hun Sen telah memenangi pilihan raya pertama Kemboja yang dikendalikan oleh PBB dan telah menjadi perdana menteri pertama yang memerintah Kemboja dari dulu hingga sekarang. Hal ini telah menjadikan beliau adalah perdana menteri yang memerintah paling lama di Asia. Rakyat Kemboja memilih dan menyokongnya kerana mengenang jasanya yang tidak terhingga.

Aku menarik nafas sesak apabila mendengar kisah politik Kemboja. Dalam hati aku bersyukur sangat sebab Malaysia adalah negara yang berdaulat dan merdeka. Sesekali mataku tertancap pada hadirin. Mereka semua begitu asyik melihat kami. Mereka melemparkan senyuman manis. Mereka mengangguk penuh hormat. Rasa kasih terus tumpah. Satu agama mengikat kami.

Upacara korban berlangsung, diikuti dengan aktiviti melapah dan memasak. Kami turut membantu apa yang patut. Segala kerja cepat disiapkan kerana tenaga pekerja yang begitu ramai. Aku lihat seekor lembu dilapah hanya selama setengah jam. Ibarat empat ekor orca melapah limpa seekor great white shark. Cepat dan pantas. Jamuan makan dengan lauk yang sangat sederhana. Nasi putih berlaukkan kari daging dan sup tulang.

Hari ini program korban di Chrang Chamreh. Along mula membuka pasukan perubatannya. Para penduduk Melayu Cham sedang diperiksa tahap kesihatan mereka. Paling popular dan mendapat sambutan yang hangat ialah berkhatan cara moden dengan menggunakan Alisklamp. Keasyikan aku terusik dengan tangisan seorang budak lelaki kecil. Dia memeluk erat paha perempuan berumur yang sedang memujuknya. Aku menghampiri Along.

"Kenapa doktor?"

Along mengangkat kepala dan tersenyum.

"Dia takut. Tak mahu dicucuk suntikan pelalian. Dah puas neneknya pujuk."

Aku memerhati wajah polos ini. Comot dengan air mata dan hingus.

"Tolong translatekan apa saya cakap. Apa nama dia?"

Along memandangku penuh minat. Di sebelahnya kedengaran suara lelaki yang sedang bersuara dan menterjemahkan setiap bait kataku. Lelaki itulah yang menjadi pemandu kami semalam. Jelingan tajamnya aku buat tidak tahu sahaja. Pastilah ada sesuatu yang aku buat semalam yang telah menyakitkan hatinya. Kalau tak, tak adalah dia nak jeling aku sampai macam tu.

Lelaki itu bertanyakan nenek budak lelaki itu.

"Namanya Muhammad..."

Aku bertinggung lalu memandang wajah tanpa dosa itu.

"Muhammad... Jangan takut. Nanti saya masakkan makanan kegemaran saya pada awak. Awak boleh makan puas-puas."

Along dan lelaki tersebut berpandangan seketika sebelum dia menterjemahkan setiap bait kataku. Lambat-lambat Muhammad memalingkan wajahnya dan mengintai aku dari celah neneknya. Aku menghadiahkan padanya sekuntum senyuman lalu mengangguk.

"Makanan tu sedap... Kalau tak percaya tanya abang ni." Aku menundingkan jari pada Along. "Hari-hari saya masakkan makanan ni untuk dia. Dia pun suka dengan masakan tu."

Muhammad mendongak melihat muka neneknya. Neneknya menganggukkan kepala. Perlahan Muhammad mendekati Along dan Along akhirnya dapat memberikan suntikan pelali dengan mudah.

Along mendekatiku selepas beberapa minit. "Oh, Along, nak pinjam kereta." Aku membuat muka comel pada Along. Along buat muka. "Tulah Along dah agak. Tadi pelik juga bila Hana cakap nak masak. Betul ke nak masak ni?" Angguk. Along nyata tidak senang. "Along memang excited nak makan masakan Hana, tapi Along tak boleh teman Hana. Tak apalah, Along minta kawan Along tu supaya temankan Hana pergi bandar." Aku terdiam. Nampaknya Along pun tak percayakanku. Wajahku yang sedikit kecewa aku sembunyikan. Aku menelan air liur yang terasa pahit lalu mengangguk.

Aku dan lelaki tersebut masuk ke dalam perut kereta. Aku duduk di seat bersebelahan dengannya. Pada mulanya aku nak duduk di tempat duduk belakang, tapi banyak sangat barang dekat seat belakang. Jeep ini pun jeep milik kedutaan, yang dipinjamkan kepada kami sempena misi kedutaan.

Suasana kekok di dalam kereta cuba aku pecahkan dengan bersuara. "Jadi, encik nama apa?" Lelaki itu memandang cermin pandang belakang dengan kening yang berkerut. Pelik sangat ke kalau aku nak tahu nama dia?

"Firman."

Aku mengukir senyum lucu. "Jangan ketawakan nama saya!" Marahnya. "Maaf." Aku mengukir senyum lagi.

Suasana sepi lagi. Aku tak mengendahkan Firman di sebelah. Tangan sibuk menulis bahan-bahan untuk membuat tom yam dan telur dadar. Itu sajalah menu yang boleh aku fikirkan. Niat aku cuma nak jamu pasukan perubatan dan anak-anak yang terlibat saja. Jadi aku rasa tidak perlulah nak menjamu peserta korban. Lagipun mereka kan dah kenyang makan korban.

Aku menolak troli mengelilingi pasar raya. Boleh tahan juga pasar raya di Phnom Penh. Walau taklah semaju Tesco, tapi yang penting barang nak memasak ada.

Aku dan Firman pulang ke khemah pasukan perubatan tak sampai sejam pun. Kepulangan kami disambut dengan sorakan daripada pasukan perubatan. Rata-rata mereka semua sedang menantikan kepulangan kami. Aku dikerumuni oleh doktor Melayu Cham perempuan dan para wartawan.

"Cik, cik nak masak ke? Cik, boleh kami tahu nama cik?" Ah, sudah. Mestilah aku jadi famous. Mana pernah dalam sejarah ada orang nak masak untuk pasukan perubatan! Aku mengukir senyum serba salah. "Jurucakap saya akan jawab semua persoalan tu. Nak interview saya, sila interview beliau." aku mengenyit mata.

Kaki lalu mengatur ke atas tikar. Nampaknya, pisau dan papan pemotong sudah tersedia untukku. Nampaklah yang orang memang percayakan aku. Bagus. Kehadiran Along membuatkan hatiku lega. "Along dah habis? Boleh tolong Hana?" Angguk. "Tolong potong ayam-ayam ni." Aku menyingsing lengan baju. Tangan mula menyiang sayur dan memotong bawang. Selesai menyiapkan bahan, aku terus memasak.

Along mendekatiku lagi. "Sedapnya bau! Along memang peminat tegarlah masakan Hana." Pujinya. Aku tersenyum. Senyumanku mati apabila terperasan kehadiran Firman di belakang. "Nah. Rasa." Aku menghulurkan mangkuk berisi kuah tom yam kepada Along. Along lalu menghirupnya. "Mmm. Sedaplah Hana. Ni yang nak sayang Hana lebih ni." Mendengarkan ayat itu, aku ketawa kecil. Ada ke pula cakap macam tu. "Galak. Merenyam." Tawa kami meledak.

Tom yam sudah siap dihidangkan. Telur dadar dan nasi pun dah siap. "Semua, jemput makan! Maaflah menu biasa-biasa sahaja." Aku sengih menahan malu. Masing-masing makan. Mereka terdiri daripada pasukan perubatan, peserta ujian kesihatan dan wartawan. Masing-masing makan dengan penuh berselera. Aku duduk di sisi Along. "Sedaplah cik. Boleh rasa kasih sayang cik dalam masakan ni. Macam masakan mak." Puji salah seorang wartawan di situ. Yang lain mengangguk setuju. Aku mengukir senyum tersipu. Tangan lalu mencubit nasi. Bisikan Along di telinga lebih membuatkan aku gembira. Walaupun aku dapat rasakan panah seorang lelaki menikam terhadapku.

"Along bangga dengan Hana." Itu katanya.

Dah enam hari kami di sini. Esok para peserta korban akan pulang. Pada malam ini jamuan perpisahan diadakan oleh Kedutaan Malaysia di EDat Norodom Boulevard. Jemputan termasuk seluruh rakyat Malaysia yang berada di Kemboja. Ramai juga. Kebanyakan mereka membuka perniagaan di Kemboja. Hebat orang Malaysia. Berada di manapun pasti berjaya dan membawa nama baik Malaysia.

Aku duduk semeja dengan Along, bukan berdua! Tapi bertiga. Firman turut semeja dengan kami. "Hana nak makan apa? Biar saya tolong ambikkan." Tegas Along. Aku tetap degil ingin menceduk ayam masak kicap. Akibatnya, kuah tersebut tumpah di atas alas meja. "Tulah saya dah cakap... " Aku memerhati sekeliling. Takut ada yang perasan. Tak ada. Jadi aku buat tak tau. Tapi Along lebih tangkas. Pantas dia merampas senduk itu daripada tanganku. Dapat aku perasan jelingan tajam Firman. Mesti dia tak suka tengok aku dengan Along. Mesra sangat. Aku tersengih dalam hati. Rasa disayangi sangat sepanjang duduk di sini.

Teguran Along membuat aku tersentak. "Jom balik. Dah lewat ni." Ajaknya. Aku menjauhkan diri dari balkoni dewan. Aku memandang jam di telefon pintar. Dah nak tengah malam. Memang haruslah balik. "Tak boleh jalan ke?" tegur Along tiba-tiba. Aku menggeleng. Aku taklah semurah itu sampai nak didukung bagai.

"Hana, Along tak percayakan Hana kalau nampak macam ni." Tersirap darahku. "I'm fine! Look? Boleh jalan bagai. Tak apalah." Tubuh yang hampir tergelincir ditahan Along. Kami tiba di depan pintu masuk. "Hana, Along nak kenalkan Hana pada penjaga Hana sepanjang Hana di sini." Huh? Mataku membulat. Penjaga? "Buat apa penjaga? Along ada kan dah cukup."

"Along awak busy. Dia takkan mampu nak berkepit dengan awak 24 jam. Saya boleh jaga awak." Suara ketul emas itu akhirnya keluar. Aku memandang Firman dengan pandangan tidak percaya. Mampu ke dia jaga aku? "Mampu ke dia jaga Hana, Along? Along kan tahu keadaan Hana... " bisikku ke telinga Along. "Hana jangan risau. Along dah cerita tadi. Terkejut dia sebab dia ingatkan Along main kayu tiga!" Along ketawa. "Along dah bagitaulah Hana sakit apa. Firman, kau jangan cerita yang bukan-bukan pula pasal adik aku. Dia ni special." Sempat Along memberi amaran. Firman mengangguk sambil tersengih.

"Kiranya semuanya okay lah ni? Shahnaaz?" Along mengangguk. "Adik aku ni ada autisme, auditory hallucinations dan bi-polar mood disorder. So dia memang special. Aku amanahkan dia untuk kau."

Angguk.

"Kau jangan risau. Dekat sini, dia akan dilayan seperti tuan puteri. Banglo besar yang lengkap dengan segala kelengkapan, ada pembantu rumah dengan tukang masak. Cuma mak ayah je yang tak ada."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience