Chapter 9

Adventure Series 1746

Rupa-rupanya agak ramai juga yang berada di pelantar. Semuanya perempuan, mandi dan bersembang dengan suara yang perlahan. Sopan dan terjaga pula suasana aku rasa di sini. Angin sejuk menggigit pipi. Aku dah biasa mandi malam, jadi tak ada masalah. Aku menyarung kain basahan terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian.

Fatimah menunjukkan cara mengikat kain basahan di dada. Jangan berkemban biasa nanti terlondeh, katanya. Kami berlindung di belakang tandas air untuk menyalin kain. Pakaian kami sangkut di atas kayu tandas. Fatimah menarik aku duduk di atas pelantar, kaki dilunjur ke dalam air. Masha Allah, sejuknya! Satu bekas dihulurkan kepadaku.

"Ini apa?"

"Petel... Kalau Melayu panggil batil, gayung tanpa tangkai. Kalau kakak nak masuk mandi dalam sungai pun boleh." Aku menggeleng laju.  Tak sanggup aku nak berendam dalam sungai tu!

Mai tuan sudah syok bersiram sambil bersembang dengan orang di sebelahnya. Aku lalu mencedok air dan teragak-agak untuk menyiramnya ke badan. Mulutku bersuara tanpa bunyi. "Sejuknya, ya Allah..."

Kedengaran tawa kecil dari sebelah.

"Kalau sejuk, cepat-cepatlah mandi." Fatimah turut tertawa sambil menghulurkan sabun dan syampuku.

Aku segera menyiram tubuh dan rambut. Semuanya dilakukan dengan cepat. Kemudian aku segera menukar pakaian dan terus meniti titian kecil pelantar. Ada orang! Lelaki! Aku cepat-cepat menutup kepala dengan kain tuala, biar cukup syarat. Oh, Firman. Dia sedang menunggu di bawah pokok, duduk di atas banir besar. Sesekali mai tuan dan Fatimah tertawa melihat aku terkedek-kedek dalam kesejukan. Mereka selamba sahaja berjalan sedangkan aku dah macam nenek kebayan, terbongkok-bongkok. Aku memeluk tubuh sambil berjalan, cuba untuk menghilangkan kesejukan. Sejuknya sampai ke sum-sum tulang.

Sesampai sahaja di rumah, aku terus mengeringkan rambut dengan tuala. Aku meramas rambut dengan tuala dengan kasar. Aku naik ke atas katil, berbungkus dengan selimut kuning telur yang dibekalkan oleh umi. Rasa agak selesa sedikit. Kelambu diturunkan oleh Fatimah.

"Selamat malam, kakak. Tidur lena-lena ya."

Fatimah membentangkan tikar mengkuang mengikat tali kelambu untuk mai tuan. Dia tidur di ruang tamu, merangkap tempat kami makan, merangkap tempat kami duduk bersembang. Satu ruang yang cukup untuk memuatkan tujuh atau lapan orang tidur. Aku mempelawa mai tuan untuk tidur di atas katil tetapi dia menolak. Dia lebih selesa tidur di atas lantai, katanya. Walaupun aku tahu itu hanyalah salah satu cara dia merendah diri.

Angin yang menderu kencang, menerjah masuk melalui celahan dinding rumbia menghasilkan bunyi yang tak sedap didengar.

Macam bunyi hantu pula! Aku ketawa kecil sambil mengemaskan balutan selimut. Aku berbaring ke kanan. Suasana gelap gelita selepas pelita dimatikan apinya. Aku terkelip-kelip mata di dalam gelap. Stress! Tak nampak! Tiba-tiba aku terlihat di celah-celah dinding rumbia, terdapat kelip-kelip cahaya. Aku mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih jelas. Ni rumah kayu, kalau atas tanah aku nampaklah! Sudahlah aku tak hafal lagi imej rumah ini dalam otak. Cahaya apa? Seperti lilin atau pelita ayan yang meliuk dan lentuk ditiup angin. Dari rumah usang di sebelah? Rumah itu kan tidak berpenghuni? Jantungku berdegup kencang!

Aku masih tidak berputus asa. Mataku kecilkan  lagi. Tangan meraba-raba permukaan lantai, cuba mencari kaca mata. Hah! Jumpa! Aku mengintai cahaya yang aku nampak tadi setelah mengenakan kaca mata. Masih ada! Cahaya makin jelas. Tapi siapa?

Takkanlah hantu kut. Aku senyum lucu. Tak sangka hantu pun kena guna lilin untuk melihat. Aku mengangkat kepala melihat Fatimah dan Mai Tuan yang sedang nyenyak tidur. Kalau ikutkan hati memang aku nak turun ke bawah. Tapi nanti takut menganggu mereka pula. Aku memandang sekilas dan masih ada lagi api yang berkelip-kelip itu. Kemudian terdengar seperti bisik-bisik suara disertai dengan bunyi angin.

Tiba-tiba api itu terpadam! Gasp! Aku mendengus perlahan. Selimut aku tarik menutupi dada. Tidur lagi baik!

Gasp! Aku dekat mana ni?!

"Dah sedar ke budak? "
Aku berpaling ke arah punca suara itu.
"Rumah kau dekat mana? Aku hantar."
"Pak cik, saya dekat mana ni?"
Lelaki di usia pertengahan itu memberi pandangan yang paling menakutkan pernah aku lihat.
"Kaeng, Thailand."
Langit berwarna hitam pekat. Bunyi pelbagai binatang semakin rancak bersahutan. Anehnya, figura pak cik di hadapanku ini kelihatan begitu jelas, serta dinding gua.
Gua? Dinding gua? Macam mana aku boleh tahu kata itu ialah gua? Aku menekup wajah dengan tapak tangan. Tubuh mula teresak-esak dalam ketakutan.
Lelaki itu mendengus kasar sebelum bergerak.
"Dengar sini budak. Sekarang ni kau ada dalam gua di hutan di Kaeng. Aku Namikaze. Aku tak tahulah macam mana kau boleh sesat sampai sini, tapi kalau kau beritahu aku rumah kau dekat mana aku boleh hantar kau balik. Kau dari Malaysia ke?" Suara itu makin jelas kedengaran di telinga.
Aku mengangkat kepala sebelum cepat-cepat menutup muka dengan lengan. "Saya nampak."
"What?"
"Saya nampak pak cik! Dengan dinding gua!"
Derap langkah kaki itu terhenti. Perlahan-lahan aku mengangkat muka memandang Namikaze dengan kening bertaut. Dia melepaskan keluhan sambil meraup wajah.
"Tak sangka…"
Huh? Tak sangka apa? Apa yang sedang berlaku sebenarnya ni?
"Kid. Macam mana kau boleh sampai sini? Sampai hutan ni?"
Aku masih lagi terpinga-pinga tak terkata.
"Saya lari…"
"Lari?"
"Lari dari rumah."
Terdengar bunyi keluhan lagi. Aku mencuri pandang ke arah Namikaze. Dia nampak macam stress sangat. "Kenapa pak cik?"
"It must be fate… God must've wanted her to come all the way here. Damn! She's still a child!" Huh?
"Pak cik, pak cik cakap apa?"
"Berhenti panggil aku pak cik! Aku kahwin pun belum." Huh?
"Dengar sini budak. Kau sebenarnya ada bakat."
"Dua tahun lalu, kawan aku Luqman beritahu kata aku akan dapat anak murid. Dan kawan aku punya ramalan tu selalunya tepat..." Dia mula bercerita. Aku mula selesa kan diri di gua ini.
Chung! Bulat mataku. Sebilah pisau tepat mengena di sebelah sisi kanan wajahku. Aku menelan air liur. Pak cik ni, dia seorang pembunuh!
"Lambat!" Aku memandang ke arah kening yang penuh tegas itu.
"Dengar sini, untuk menguasai seni pertahankan diri, benda pertama yang kau kena mahir ialah peka. Kalau kau masih lagi dalam mod air liur basi meleleh, aku lempar kau ke luar supaya harimau boleh makan kau." Gulp! Aku menelan air liur. Teragak-agak aku mencabut pisau yang melekat di dinding gua. Tajam betul pisau ni.
"Tengok sini." Namikaze menunjukkan aku sesuatu. Tangan kanannya ditolak ke hadapan manakala tangan kirinya berada di posisi pinggang. Kedua-kedua belah tapak tangan terbuka luas dan di hayun side by side. Tangan kanan di depan, tangan kiri di pinggang. Tangan kiri di depan, tangan kanan di pinggang. Dan pergerakannya laju. Aku memandang dengan mulut melopong.
"Nampak tak?!" Keras dia bersuara. Angguk. Pergerakannya terhenti. "Praktis macam ini sampai aku habis masak. Selagi tak siap jangan mimpi kau dapat makan. Nanti aku nak check."
Aku meniru perbuatan Namikaze. Dia berjalan menuju ke arah bahagian dalam gua. Kemudian aku nampak cahaya api menyala, bersama bunyi api. Betul lah. Dia nak masak.
"Jangan ralit!" Gasp! One two! One two! Tangan ku hayun mengikut pergerakan Namikaze tadi.
Puff! Puff! Aku mengelap peluh di dahi. Rasa dah nak dekat setengah jam berlalu, tapi Namikaze masih belum siap masak lagi. Baru aku ingat yang aku dah seharian tak makan!
Bunyi derap tapak kaki menghampiri membuatku pantas berada di posisi bersedia. Namikaze memandangku dengan wajah tanpa riak. Dia terdiam seketika sebelum bersuara, "makanan dah siap."
Aku makan dengan lalu. Walaupun aku tak tahu benda apa yang dia masak. "Sedap?" Dia memandangku dengan senyuman. Aku rasa inilah kali pertama aku melihatnya tersenyum kepadaku. Angguk. "Tu daging rusa." Huh?
Aku memandang sate di tangan dengan kening bertaut. Biar betul? Melihatkan reaksiku, Namikaze ketawa kecil. "Relaks, kawan aku tu Muslim dari Malaysia. Aku tau kebanyakan Muslim datang dari Malaysia." Tawanya terlepas. Aku masih tidak bersuara.
"Aku tak sembah patung, tapi aku percaya Tuhan itu wujud. Dulu aku dibesarkan oleh seorang sami Buddha. Dan kawan aku yang Muslim tu, dia seorang Bomoh Islam. Tapi dia sangat beragama. Sejak hari tu aku dah mula tinggalkan ajaran sembah patung." Namikaze ketawa kecil. "Kau mungkin tak faham ni sekarang, tapi nanti bila kau dah besar kau fahamlah." Dia bercerita lagi.
"Aku tak ada mak ayah. Sami tu satu-satunya family yang aku ada. Dia yang ajar aku ilmu ni. Dia mati dibunuh. Sekarang tinggal aku seorang. Aku satu-satunya orang yang tinggal di luar tokong yang belajar ilmu pertahanan diri dia." Dia memandang aku yang dah teragak-agak sebab takut. Kemudian wajahnya mengukir senyum yang sangat creepy! "Kalau kau ada family, kau patut hargai diorang."
"Tadi aku tengok kau dah ada stand. Dah ada keberanian dan bakat. Cuma kau tak ada ilmu. Jadi aku akan ajar kau. Seni pertahanan diri yang aku ajar ni merangkumi banyak aspek. Jadi ada banyak benda yang kau kena belajar. Terpulanglah kalau kau nak tinggal sini."
Dia menyambung lagi.
"Tadi kau kata kau boleh melihat dalam gelap. Kau tak sepatutnya beritahu orang benda ni. Nanti orang bunuh kau." Ei! Aku hampir nak muntah! Takut!
"Ingat. Dalam dunia ni ada je orang buta yang boleh melihat. Walaupun dia tak nampak warna. Tapi dia boleh nampak lagi jelas daripada kita. Kekadang melihat warna lagi merimaskan sebenarnya." Dia mendengus perlahan.
"Ma… Macam mana… Dia boleh nampak?"
Dia tersenyum.
"Dengan anggota lain. Kita ada lima deria, tapi kita boleh utilize deria itu dengan macam-macam cara. Orang yang pakar dalam seni pertahankan diri menggunakan seismic sense untuk tahu keadaan sekeliling. Contohnya sekarang ni, aku boleh nampak air terjun yang tak jauh dari gua ni." Namikaze berhenti seketika lalu mengunyah sate.
Mataku membulat dan mulutku ternganga sedikit. Wow…
"Aku tipu je." Huh? Namikaze memandangku. "Aku gurau je. Seismic sense boleh guna kalau kau duduk dengan alam semula jadi. Orang macam kau perlu latihan yang lama untuk kuasai seismic sense. Kalau kau nak nampak dengan jelas di waktu gelap, kau guna otak kau." Keningnya terangkat memandangku, cuba memancing reaksi.
"Maksud aku, guna otak. Faham? Kau hafal la rajah sekeliling kau dan kau guna telinga kau untuk kenal pasti perubahan sekeliling."
Oh… Macam tu. Aku kembali mengunyah.
"Nak belajar tak?"
Huh? Mata yang memandang sate kembali memandang lelaki di hadapanku ini. "Nak belajar tak?"
Angguk. Mestilah nak!
"Okay. Tapi ingat. Aku hanya akan ajar kalau kau lulus. Tadi kau lulus. Aku akan ajar banyak benda. Dan kalau kau gagal ujian aku, aku tak akan ajar kau lagi dah."
Aku menelan air liur. Sah pak cik ni memang creepy!
"Okay. Time for a lesson."
"Ingat! Dalam seni mempertahankan diri you must be as relaxed as possible. Jangan kelam-kabut sangat. Jangan stress sangat. Jangan yakin sangat. Kena selalu peka dengan persekitaran."
"Okay, sekarang cuba pukul aku." Huh? Aku memandang telapak tangan. Dah nak kena pukul orang? Tangan yang cuba menyentuh aku itu cepat aku elak dengan memusingkan badan ke sisi. Namikaze hampir terjelepok ke hadapan.
"As expected from a Muslim girl." Perlahan dia bersuara.
Menyedari yang dia memang serius dengan aku, aku cepat-cepat menolak badannya dengan tapak tangan. Aku beruntung sebab dia tak nampak aku sebab mukanya menghadap lantai.
Dia kembali berdiri normal.
"Not bad. Tapi tak sebagus tadi. Aku expect kau untuk ambil serius latihan ni. Sebab tadi kata nak belajar."
Aku tersentak. Jelas kekecewaan di raut wajahnya. Aku menukar posisi. Tangan kiri dibawa ke hadapan manakala tangan kanan kanan berada dekat dengan tubuh di paras pinggang. Kedua-dua tapak tangan menghadap Namikaze, menunjukkan yang aku bersedia. Dia mengukir senyum senget.
"Lesson 1, take advantage of your opponent." Dia menyerang dahulu. Aku cuba menenangkan jantung yang dah bekerja overtime. Kedua-dua tapak tanganku blocked serangannya. "You're open on the chin!" Refleks aku tergerak ke belakang. "Too slow!" Ruasnya sempat bertemu dengan daguku. Aku berusaha untuk berdiri tegak selepas diserang tadi.
"Lesson 2, don't think or if you need to, think faster!" Dia membaling beberapa bilah pisau. Aku mencangkung untuk mengelak pisau tersebut. Jelas yang dia tau aku cuba untuk berfikir tadi.
"Lesson 3, pay attention!" Kakinya sudah berada di atas kepalaku. Anak matanya jelas menunjukkan yang dia adalah seorang pembunuh! Aku memejamkan mata. Takut!
Kedengaran nafas dihela. "Lesson 4, never let any negative emotions take control of you while fighting." Perlahan-lahan aku membuka mata. Aik? Dia tak habiskan aku tadi…? Aku memandangnya dengan pandangan penuh anxious. "Lessons over."
Aku masih memandangnya. Jelas wajahnya terpancar dek sinar rembulan. Baru aku perasan kenapa dia cakap jangan panggil dia pak cik tadi. Dia memang masih muda!
Merah pipinya sambil dia memejamkan matanya dan mencebik bibir. "I can't believe Luqman was right about this." Perlahan bibirnya menggumam.
"Ingat ni! Esok pagi aku nak test."
"Lesson 1, take advantage of your opponent. Lesson 2, don't think or if you need to, think faster. Lesson 3, pay attention. Lesson 4, never let any negative emotions take control while fighting."
"Lesson 1, take advantage of your opponent. Lesson 2, don't think or if you need to, think faster. Lesson 3, pay attention. Lesson 4, never let any negative emotions take control while fighting."
"Lesson 1, take advantage of your opponent. Lesson 2, don't think or if you need to, think faster. Lesson 3, pay attention. Lesson 4, never let any negative emotions take control while fighting… Le..."
Aku memejamkan mata, cuba untuk tidur. Mata sepet yang memandangku dengan senyuman manis dan tawa yang kuat semasa aku menangis terngiang-ngiang di minda. Kumis yang tak teratur dengan rambut pendek yang hampir serabai tetap menyerlahkan lagi kekacakannya.
Thud! "Pak cik!" Tubuh itu rebah setelah peluru menembus tubuhnya. Mulutnya mengeluarkan darah. Aku meletakkan kepalanya di ribaku. "Idiot. Jangan panggil aku pak cik. Aku tak kah… Win la… Gi… " Aku mengetap bibir sambil menahan sakit hati. "Huarghhhh!!!"
"Mangsa mula tidak stabil. Proceed untuk tranquilizer."
Air mata mengalir di pipi.
"Assalamualaikum kakak… Jom kita ke sungai."
Aku tersentak. Wajah yang basah aku sentuh. Ah sudah, aku menangis ke? Cepat-cepat aku mengelap muka dengan selimut. Bibir mengukir tawa kecil. Heh. Tak sangka aku boleh menangis dalam tidur. Buat malu aja. Rest in peace, pak cik. Tak sangka malam ni saya termimpikan pak cik.
Bagus. Waktu mandi. Sesuai sangat sebab sekarang aku tengah marah. Sakit hati aku dengan family yang ignorant dan polis yang tak mahu mendengar aku, mereka mengambil nyawa pak cik. Aku tak nak ingat dah peristiwa hitam tu!

Hana teringat kisah silam! Apakah yang membuatkan Hana trauma?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience