Selesai mandi dan bertukar pakaian, aku berbaring. Lenguh badan baru terasa. Sunyi pula aku keseorangan. Hanya bunyi ombak menemani aku. Tak boleh jadi ni. Aku terkelip-kelip. Orang lain semua dah tidur. Nak menelefon Yaqrib, mungkin dia dah tidur. Kenapa dia tak menelefon aku? Aku pun sama, tak menghubungi dia. Sibuk sangat dengan berbagai hal… Sama-sama sibuk dan sama-sama lupa. Kedengaran bunyi lagu Dancin. Firman telefon? Tak pernah-pernah.
"Kenapa tak call beri laporan?"
"Laporan apa pula? Kita baru berpisah sejam yang lepas… Tak tidur lagi?"
"Menunggu laporan…"
"Amboi, formalnya… Tiba-tiba aje?"
"When it comes to business strictly business."
"Oh… Dah datang mood pedas ya?"
Terdiam dia sekejap.
"Firman, datang sini…"
"Apa hal?!"
"Eh! Marah pula. Sebagai bodyguard, bila saya panggil, awak kena datang."
Terdengar dia mengeluh.
"Saja-saja nak saya pergi, saya takkan pergi… Dah malam…"
"Saya seorang. Tak biasa… Tempat asing… Sunyi…"
"Khemah lain berdekatan saja. Apa nak takut."
"Firman… Awak kat mana?"
"Atas langit…"
Dia ini!
"Bukankah awak dan Matt sepatutnya berdiri di luar khemah… Mengawal saya? Dengan memegang tombak, bertopi duri dan berbaju besi?"
Firman tergelak kecil.
"Teruk kami dikerjakan awak tadi lebih-lebih lagi saya. Kami bukannya android. Nak berehat juga."
"Firman… Datanglah sini…" Aku merengek.
"Dahlah. Saya nak tidur. Jangan kacau saya!"
Terus dia putuskan panggilan. Cis! Siapa yang kacau siapa? Dia yang telefon aku! Aku duduk bersila di atas katil sambil membetulkan belahan rambut belah kiriku. Okay, Firman! Aku mengenakan tudung hitam lalu menekan nombornya. Sebaik saja dia terhelo, aku terus teresak-esak. Dalam kiraan sepuluh saat, Firman datang menerkam masuk ke dalam khemah dengan sepucuk pistol. Ke hulu dan ke hilir dia memeriksa keadaan sekeliling. Matt menjerit dari luar, kecoh bertanyakan Firman yang berada di dalam. Rupa-rupanya Matt memeriksa keadaan di luar.
Bila tersedar dia dipermainkan, Firman mencerlung aku tajam.
"Kenapa awak ini? Gila ke?!"
"Awak ada pistol?"
"Lain kali jangan buat bunyi macam itu kalau tak ada apa-apa!"
"Awak ada pistol?!"
"Awak ini betul-betullah! Suka sangat menyusahkan orang!"
"Awak ada pistol?! Why? Is it so bad there that you have to carry a pistol? Wait a minute… All this while you have been going up and down with Matt fully armed, right? Firman, explain to me the situation. Is it so dangerous here that you have to carry a pistol?"
"That's none of your business. Our job is to protect you and to keep you safe. All you have to do is to complete the mission, stay safe and I will send you back. Mission accomplished!"
Aku berjalan dengan lutut di atas katil, menghampiri Firman yang berdiri di hujung katil.
"I demand an explanation!"
"There's nothing to explain. Everything is under control as long as you follow the rules! Copy that!" Pistol dikunci dan diselitkan di celah pinggang seluarnya.
Aku mendengus dan menjelingnya. Okay! Aku turun dari katil dan mendekatinya.
"Malam ini saya nak bayar awak."
Aku mendekatinya dengan muka polos. Firman mengundur dan mengundur. Aku terus mendekat sambil memandang bibirnya dan nafas yang berat. Firman dah tersekat. Tanpa sempat Firman berkata apa, aku pantas menolaknya jatuh ke atas katil. Dia mengelak apabila aku membongkok mengambil bantal. Mukanya saspens gila macam aku nak mencabul kehormatannya aje! Gila!
"Awak tidur sini. Saya nak tidur dengan Fatimah. Selamat malam."
"Hana!"
Aku terhenti dan menoleh. Selimut dicampakkan di atas mukaku. Aku cepat-cepat menguaknya.
"Tutup wajah awak! Bukan semua lelaki seperti saya."
Dia berbaring mengiring sambil bertongkatkan tangannya. Sempat lagi dia mengenyitkan mata. Aku membetulkan selimut, menutup kepala dan badanku, sebelum melangkah keluar.
"Awak tak payah nak tsundere sangatlah. Tadi bukan main lagi nak tarbiah saya. Tapi bila panggil sayang, lemah lutut pula. Selama ini saya tak pernah terniat pun nak goda awak ke, pikat awak ke. Kalau saya betul-betul pikat awak, tak sampai seminggu pun awak dah jatuh hati kepada saya. Saya ini idaman lelaki di luar sana, faham?!"
Dengan itu aku melangkah keluar dengan gaya Miss Universe yang berselimut litup, memeluk bantal dan berkaki ayam. Aku berbaring di sebelah Fatimah dan anak-anak yang lain. Sempat aku tersenyum geli hati, teringat pada riak muka Firman tadi. Ada hati fikir aku nak tidur dengan dia? Mimpikan aku gamaknya!
Selesai bersarapan, aktiviti yang ditunggu sudah pun tiba! Membina istana pasir. Sedikit tunjuk ajar diberikan dan anak-anak itu cepat saja mengikut. Bersungguh-sungguh semuanya menghasilkan pelbagai bentuk istana atau bangunan mengikut kreativiti masing-masing.
Aku duduk di atas batang kelapa yang tumbang bersama Fatimah. Kami memandang laut di depan dan sesekali mengerling ke arah anak-anak yang tenggelam dalam dunia fantasi mereka. Dalam ramai-ramai, Ahmad paling muda dan dia yang paling tekun. Langsung kepalanya tidak diangkat, ralit membentuk istana dengan acuan yang kami berikan. Sudah beberapa kali aku perhatikan, dia tak akan bersembang atau melihat ke arah lain semasa menyiapkan tugasannya. Kepalanya hanya diangkat ketika kerjanya siap. Dia hanya diam terpaku melihat hasil kerjanya atau memerhati kawannya. Bila diminta oleh kawannya membantu, dia segera menghulurkan bantuan.
Sesekali mata kami bersabung pandang dan dia akan membalas senyumanku dengan malu-malu. Kemudian melarikan matanya lagi ke arah lain. Selalu aku perasan dia curi-curi memandang ke arah aku. Aksinya mengingatkan aku kepada seseorang. Firman!
Agaknya Firman pada masa kecil pemalu seperti ini? Mungkin juga pada zaman remajanya? Kenapa dia jadi polis kalau pemalu sangat? Tetapi dia pemalu ke sekarang? Macam tak aje, berdasarkan ketajaman lidahnya.
Kelihatan seronok pula melihat Firman menyelam dan berenang. Macam tak takut langsung dengan ombak yang bergelora. Hatiku bergetar hebat, tetapi perasaan ini tidak aku sukai. Aku benci perasaan ini, sangat tidak selesa. Janganlah Firman timbul dari permukaan air dan berjalan ke arah kami. Harus aku jatuh terlentang nanti! Naudzubillah miin zaalik!
Apa yang aku jangkakan, itulah yang sedang berlaku. Mataku tak berkelip memandang Firman yang basah timbul dengan bergayanya dari permukaan air. Rambutnya diusap ke belakang dan badannya berkilat dipanah matahari. Ya Allah, kus semangat! Tengok tempat lain! Ergh…! Bermudanya kelihatan memberat dengan air. Beberapa langkah lagi dia akan berada di depan. Memang aku silap besar duduk bersebelahan Fatimah. Adiknya memegang tuala untuk abangnya.
Aku memandang ke sebelah. Bukan aku tak biasa melihat badan lelaki, lebih-lebih lagi abah dan sepupu lelakiku selalu je tak pakai baju ketika berkumpul di kampung. Tetapi dengan Firman ini lain rasanya. Semakin dia mendekat, semakin aku rasa nak lari. Aku mengangkat kepala dengan niat nak bergerak ke anak muridku tetapi sudah terlambat. Hanya beberapa langkah, Firman sudah berada di hadapanku. Matanya tepat ke mataku sambil tangannya mengusap rambutnya ke belakang lagi.
Aku terkulai ke belakang sambil mata terpejam rapat.
"Kakak!" Fatimah panik dan cuba mengangkat aku. Aku masih memejamkan mata sambil mengurut kening. Biar aku bertenang dulu, sebab sekarang ini aku rasa bahang kepanasannya semacam.
"Kenapa ini?!" Aku tahu dia sedang terbongkok melihat aku kerana terasa air menitik-titik di atas purdahku.
"Hana! Hana! Awak okay? Pening ke? Angin?"
Aku menggelengkan kepala tetapi mata masih terpejam.
"Kalau awak okay, kenapa tak buka mata?"
Macam mana nak buka mata dalam keadaan biji mata yang sensitif? Walaupun mataku terpejam, aku boleh nampak wajah Firman dan Fatimah di depanku!
"Hana… Buka mata…"
Dia ini kan! Susahlah! Macam tak faham pula! Tinggalkanlah aku sekejap! Menyeksa jiwa raga aku je!
"Hana…"
Aku meraba wajah Firman di depan mata. Wajah itu aku tolak ke belakang dengan sekuat hati. Akhirnya aku berjaya membuka mata. Fuha! Alam sekitar! Aku membiarkan Fatimah mengelap wajahku dengan tuala dan tangannya.
"Suruh mereka pergi…" Aku mula tersipu apabila semakin ramai yang mengerumuni. Firman mengarahkan mereka semua supaya beredar. Aku menundukkan biji mata ke butiran pasir di bawah.
"Hana…"
"Awak pun pergi. Saya nak ruang sekejap."
"Kenapa awak pelik sangat ini? Kalau sakit beritahu saya, jangan macam ini…"
"Firman, pergi…"
Dia buat tak faham aje. Kenapalah dia suka sangat memaksa? Lambat-lambat aku memandangnya dengan wajah keruh. Mukanya begitu tegang. Rasa menyampah pula melihat muka beriman separuh bogel itu.
"Jangan tengok ke dalam anak mata saya. Saya sensitif. Saya tak suka."
"Kalau tak mahu saya tengok anak mata awak, bangun cepat."
Aku bangun dan duduk semula di atas batang kelapa sambil mengibas pasir di tudung dan bajuku. Aku mengusap lembut semua bahagian baju agar tiada sebutir pun pasir yang terlekat. Kemudian memerhati sehingga ke belakang punggung, melihat sekiranya ada butiran pasir yang terlekat.
"Kenapa awak jatuh? Terpukau tengok saya?"
Nasib baik aku ini budak baik, kalau tak memang sahih dah kena penumbuk daripada aku!
"Taklah, saya nak merasa tidur di atas pasir macam itu, sambil mengira bintang di langit."
"Lain kali kalau nak mengira, ajak saya sekali. Otot manusia paling kuat adalah lidah. Lidah Hana ialah lidah yang paling kuat menipu. Walaupun bintang pada siang hari ada tetapi tetap tidak terlihat." Sempat dia menyindir aku.
"Siapa kata tak terlihat? Hanya mata yang special yang boleh melihatnya. Seperti juga bulan. Bulan tetap ada pada siang hari. Bintang itu seperti awak. Walau dia tidak kelihatan saya tahu dia ada. Seperti awak yang selalu ada untuk saya. Walau saya tak nampak awak, tapi saya tahu awak sentiasa ada dan memerhati saya."
Ayat rama-rama yang cringe nak mampus. Aku pun terkejut, tak sangka ayat jiwang oksida aku sampai tahap macam ini. Walaupun aku hanya membidas dengan separa serius.
"Nice try. Godaan yang gagal entah beberapa kali. Okay… Saya puas hati dengan keadaan awak. Boleh menjawab bererti awak okay."
"Cis! Saya tak serius pun lah! Ingat saya ini watak heroin dalam drama cinta ke? Saya dah cakap yang mata saya sensitif tapi awak tak nak percaya. Ingat sensitif itu macam dalam kepala awak ke?"
Tapi Firman langsung tak hairan dengan bidasanku. Selamba saja mukanya. Pizza Mozzarella berbunyi. Alamak! Bala! Firman yang sedang duduk, bingkas berdiri dan hendak menuju ke arah Matt. Aku memandang sekeliling sebelum menekan butang hijau. Wajah umi berada di skrin.
"Assalamualaikum sayang…"
"Walaikumsalam, umi…"
"Hana sihat?"
"Hmm…"
"Kenapa ini? Macam tak seronok aje umi call."
"Hana sihat…"
Aku mengerling ke arah Firman yang sibuk duduk semula untuk mendengar. Satu lekukan di hujung bibirnya. Dia tersenyum memerli.
"Seronok dekat sana? Lautnya cantik?"
"Hmm…"
"Inshalah… Nanti ada rezeki kita pergi. Hana makan ubat tak?"
Aku mengangguk perlahan kemudian tersedar sesuatu.
"Makan."
"Ada throw tantrum tak?"
Geleng.
"Tapi kuat menangis…"
Cet, aku mencebik. Ini mesti Firman, kalau tak, Along!
"Firman kuat membuli…"
"Firasat umi je… Rupa-rupanya betul. Hana… Hana… Sampai bila nak manja begini?"
Aku tak menjawab. Rasa malu pula bercakap begini di umum. Nampak sangat aku ini anak manja. Macam budak kecil. Umi mengerutkan mukanya.
"Siapa itu, sebelah Hana?"
Keningku terangkat. Umi nampak lagi ke atau main teka lagi?
"Firman…"
"Ooo, Firman. Umi fikir George of The Jungle mana…"
Janganlah batang kelapa ini terperosok ke dalam pasir gara-gara orang sebelah aku ini membesar kerana kembang dipuji. Tetapi aku tak minat Branden Fraser aka George of the Jungle itu. Aku lebih kepada Tom Hollack, youtuber daripada UK. Aku tak minat lelaki yang selekeh.
"Apa khabar Firman?"
"Baik, puan. Puan sihat?"
"Alhamdulillah. Mama dan adik kamu sihat?"
"Sihat puan…"
"Okaylah, saya ada kerja. Jangan lupa tengokkan Hana dan jaga dia elok-elok. Jangan ikut sangat kepala dia itu. Bye sayang. Nanti umi call lagi. Jaga diri elok-elok. Dengar cakap Firman. Ke mana pergi mesti berdua. Umi nak Hana enjoy duduk sana. Assalamu'alaikum."
"Walaikumsalam…"
Firman mengangkat tangan dan melambai sambil menjawab salam mama. Aku buat muka. Sibuk betullah dia ini!
"Saya dah beberapa kali bercakap dengan mama awak. Dia nampak begitu baik dan lemah-lembut. Kenapa berbeza dengan awak?"
"Tanya saya buat apa? Tanyalah Allah. Dia yang ciptakan saya."
"Papa awak pun baik dan sopan. Awak langsung tak mewarisi sifat mereka."
"Awak nampak saya ini jahat sangat ke?"
Aku mencerlungnya tajam.
"Taklah jahat sangat. Tapi jahat sangat-sangat."
Cis! Dia dah lari dulu! Pengecut! Firman dah bingkas berlari ke arah Matt. Aku mencedok sedikit air laut dan melemparkannya ke tengah lautan penuh kegeraman.
Aku kenal Firman macam mana. Dia memang susah nak memuji dan tak suka dipuji. Dia cakap aku hebat pun sudah cukup habis pujian. Itu pun kalau dia ikhlas, bukan mengusik atau mengena. Kalau bab mengutuk aku, serahkan saja kepadanya. Dia memang ada ijazah doktor falsafah!
Sesekali Firman menoleh ke arahku sambil menyepak sesuatu. Mereka berempat sedang rancak bermain satu permainan yang jarang aku lihat. Mereka berdiri dalam satu bulatan. Mainan itu disepak, ditimang dan dikira. Seperti siapa yang paling lama menimang atau menimbang, dialah hero gamaknya. Fatimah datang duduk di sebelah aku semula. Bibir tersenyum riang dan sesekali bertepuk tangan melihat kemahiran abangnya menimbang.
"Mainan apa itu?"
"Sepak bulu ayam."
"Sepak bulu ayam?"
"Kita panggil juga sebuyam atau chapteh. Dalam bahasa Cham, en chei."
Aku mengerutkan kening. Tiba-tiba mereka terhenti bermain. Masing-masing membelek bulu ayam itu. Amin mengeluarkan beberapa barang dari beg plastik dan mereka mula duduk berkerumun di meja makan. Sibuk nak tahu, aku mencelah di antara mereka.
"Awak! Kenapa ambil selipar kami?!"
Marah betul aku!
"Kedekutnya. Selipar buruk pun nak berkira. Ahmad dah banyak buat stok untuk awak. Ambil sepasang dua bukannya luak pun."
"Awak yang kata jangan ambil hak orang!"
Firman tersengih.
"My precious… Bukan awak saja yang boleh kutip selipar buruk. Kami pun dah lama mengutipnya. Tengok apa keras tangan kami nak buat ini. Ternganga awak nanti. Mulut jangan bising, kacau konsentrasi saya."
Kacau konsentrasi konon! Macamlah nak membina kapal selam! Mulut nak menjawab tetapi rasa ingin tahu membuak-buak. Firman mengerling sekilas, tersenyum berlagak, kemudian sibuk dia dan yang lain mula beroperasi. Hailah… Ayam manalah yang menjadi mangsa mereka? Pasti pedih bontot ayam itu apabila ekornya dicabut dan sekarang mereka sedang mengangkat tiga, lima helai bulu ayam di sekeliling sepasang paku besar dengan gelang getah. Gelang getah rambut Firman kut. Dia kan pengguna gelang getah sayur terbesar dunia!
Tumit selipar mereka tekap dengan satu kayu berukuran bulat. Dihiris kelilingnya. Satu torehan huruf X tengah bulatan selipar. Sedikit gam disapu di lubang dan sedikit di hujung ikatan bulu ayam tadi. Agak-agak dah hampir kering, ikatan bulu ayam itu disumbat dan ditekan ke dalam lubang X tadi. Siap! Ada beberapa lagi yang disiapkan oleh mereka. Boleh tahan!
Patutlah terhenti bermain. Rupa-rupanya tak tahan lama. Sendiri buat dan sakan kena sepak memang hancurlah. Cerdik juga mereka buat banyak-banyak. Hancur satu, boleh ambil yang lain. Firman mengangkat kening ke arahku, berlagak. Rupa-rupanya dia pun pandai juga bab seni ini, bukan aku seorang saja. Aku mengangkat bahu sebelah ke arahnya dengan renungan mata. Eleh, tak hairan! Bukannya awak buat roket pun!
Firman tersenyum sinis dan Matt memanggil dia. Firman berjalan mengundur sambil membuat isyarat jari kepadaku. Jari telunjuk dan jari hantunya dihala di matanya kemudian ditunjukkan ke arahku pula. Matanya tajam dengan senyuman yang memang pedas. Kalau tak cari pasal dengan aku memang tak sah!
"Apa maksud ai angah itu?" Tanya Fatimah.
"Dia kata dia tak berkelip tengok kakak." Aku menjawab separa serius penuh geram.
Tiba-tiba aje Fatimah melaung.
"Ai angah… Kakak kata dia tak berkelip melihat ai angah!"
"Apa ke bendanya awak merapu ni Fatimah?" Aku menjerit dan menampar bahunya bertalu-talu.
Lain yang aku cakap, lain yang dia faham! Firman dah tergelak sambil berlari ke arah gengnya. Semakin lama semakin rancak mereka menimbang. Riuh dengan suara sorakan dan kiraan. Aku semakin tertarik, lalu mendekati mereka. Pengunjung pantai yang lain pun semakin ramai menonton, apalagi pelancong asing. Beberapa pelancong mat saleh berdiri berdekatan dengan aku dan menegur. Salah seorangnya mula rancak bertanya itu dan ini apabila aku fasih berbahasa Inggeris. Aku rasa dia sukakan aku, atau tertarik denganku. Aku tak pasti, tetapi dalam kepala aku hanya melayannya sekadar menceritakan keindahan Malaysia. Brian Keith, pelancong dari US, berambut perang, bermata biru laut dan wajah licin bercukur. Cantik matanya. Dia memintaku memberi cadangan tempat menarik untuk dikunjungi di Malaysia. Kami bertukar akaun media sosial.
Sesekali dia menoleh ke arahku, memberitahu bahawa dia baru saja selesai meluncur angin. Kalau aku berminat, dia boleh mengajarkan kepadaku. Aku hanya mengangguk. Mata aku lebih tertumpu kepada kemahiran Firman yang sedang menimbang bulu ayam. Dah beratus kiraan dan sorakan ramai, dan dia masih menimbang. Boleh gunakan anggota badan lain rupa-rupanya. Jangan tangan sudah. Sesekali Firman menimbang tinggi bulu ayam itu, ditanduk dengan kepalanya, macam main bola pula. Berkejar dia menyambut dengan lutut, kadang-kadang dengan dada, bersambung dengan kaki pula. Wow! Berpeluh muka dan badannya. Pelancong perempuan apalagi, sibuklah menangkap gambarnya. Aksi separa bogel juga dia! Semalam bukan main lagi membantah bila aku meminta dia menjadi model. Sekarang dengan tak berbaju, badan yang tegap sasa, dada yang merah berpeluh, disertai dengan sorakan dan tepukan boleh pula! Selamba aje, malah nampak dia seronok dan gembira. Firman begitu panas dan popular sekali. Aku mengeluarkan telefon dan menekan butang play. Bunyi deruan ombak bermain di fon telinga.
Setiap timbangan Firman aku perhatikan. Raut wajahnya yang keriangan dan kemerahan menyeramkan perutku. Tubuh yang sasa dan dada yang bidang pantas menampan bulu ayam. Setakat ini bulu ayam di kakinya belum jatuh. Kadang-kadang tangannya sengaja disilangkan ke belakang, menunjuk-nunjuk kecekapannya mengimbangkan badan dengan kaki sebelah menimbang. Brian menunduk dan berbisik perlahan. Aku tak dengar lalu aku membuka fon telinga dan bertanyakan apa yang dia cakap.
"I love your eyes… so natural and exotic."
Berderau darahku. Bibirnya hampir menyentuh hijabku. Mataku mencerlung.
"Ouch!" Brian terjerit kecil sambil meraba telinga kanannya. Mataku membulat apabila melihat bulu ayam jatuh di hujung kaki. Cepat-cepat aku menoleh ke arah Firman. Dia bercekak pinggang dengan muka memerah yang membara dan nafas yang termengah-mengah.
"You've got a problem, man!" Brian menjerit ke arahnya. Suasana terus senyap.
Firman hanya merenung tajam tanpa sepatah kata. Brian berjalan ke arahnya dan mereka bertentang mata dengan ganas. Aku memandang tanpa bicara. Kejap lagi mesti bergelut sakan.
"You've messed with the wrong person. You think you're so cool?!"
Walaupun Brian agak rendah daripada Firman, namun dia nampak tak takut langsung. Aku merengus malas sambil mengeluh. Susah betul jadi perempuan cantik ini, selalu jadi mangsa fitnah!
Brian menunding ke arah Amin yang sedang memegang bulu ayam ekstra. Amin melemparkan bulu ayam itu dan dia menangkapnya dengan bergaya. Aku memandang tanpa suara. Tak berminat. Lagu K-pop lagi best. Penonton bertepuk tangan. Aku menguatkan lagi volume di earphone. Bosan! Kaki mengatur langkah menjauhi mereka dan mendekati laut.
Aku mencedok air dengan tapak tangan dan mula berpraktis. Mataku sengaja dipejamkan. Malas. Dari jauh dapat aku rasakan Firman mengerling ke arahku. Brian tiba-tiba membalingkan bulu ayam laju ke mukanya. Dia tak sempat nak mengelak dan pipinya kelihatan merah dengan kesan balingan yang tiba-tiba itu. Aku tergelak perlahan. Apalah macam itu pun tak sempat nak elak? Mujur tak kena mata. Kalau tak mahu senak dan terlolong di situ. Firman sekali lagi mengerling ke arahku tetapi kali ini lebih tajam. Senyumku masih belum mati. Tak berminat. Irama zen kuat di telinga, dan sentuhan air yang lembut menenangkan tangan. Tai chi dengan air memang sesuatu yang patut aku belajar dari awal lagi.
Kedengaran Firman menarik nafas dan cuba menenangkan diri. Degupan jantungnya semakin menurun. Mesti dia fokus, matanya tajam menatap Brian. Aneh sekali, degupan jantungnya lebih rendah ketika menatap Brian berbanding memerhatikanku. Bulu ayam dilemparkannya kepada Brian. Brian mula menimbang dengan cantik. Hoho… Tak sangka dia pandai. Dalam kiraan 37, tangan Brian tersentuh bulu ayam. Giliran Firman pula. Dia menimbang agak lama berbanding Brian. 43, 44, 45, 46, 47… Sorakan semakin riuh. Aku membuka mata dan melihat jam di tangan yang berada di langit. Bila aku menoleh, bulu ayam dah berada di kaki Brian pula. Firman bercekak pinggang memerhatikan aku. Jantungnya berdegup kencang sedikit. Aku menoleh dan memercikkan air ke udara. Apabila aku kehilangan nafas, aku mengisyaratkan Firman agar mengikat rambutnya. Semak satu hal, aku tak suka satu hal, dan lagi satu Firman lebih mudah nak menang kalau dia mengikat rambut. Firman buat tak tahu aje. Aku menggelengkan kepala dan mengangkat bahu. Latihan tai chi bersambung, kali ini dengan pergerakan kaki pula.
Brian dah 77, 78, 79… Mati. Brian menoleh ke arahku, tersenyum dan mengenyitkan matanya. Meremang bulu romaku. Nasib baik aku duduk dalam air, kalau tak memang dia dah wassalam. Firman sudah 56, 57, 58, 59, 60, 61. Mati. Sorakan semakin hangat. Penonton pun semakin ramai. Matahari berada tegak di atas kepala. Aku menanam kakiku di dalam timbunan pasir sebelum mengangkatnya tinggi. Pelayan yang sudah siap menghidangkan makanan turut sama menonton dan bersorak. Anak-anak murid aku apa lagi, semua menyokong Firman. Brian menimbang tetapi mungkin tenaganya semakin berkurangan kerana degupan jantungnya begitu tinggi. Dia hanya mampu sehingga 81 kiraan saja. Sekarang giliran Firman menjadi bintang. Setiap timangannya dikira beramai dan tepukan… Kadar timangannya lebih tinggi. 177! Tahniah! Melompat dan bersorak semua. Aku turut tersenyum. Seluar trek yang aku pakai sudah semakin berat di bawah. Aku melangkah keluar dari air dengan niat ingin menukar pakaian.
Brian menyambung timbangannya dan tiba-tiba dia menyepak laju bulu ayam itu ke arah Firman dan Firman mengelak. Aku menoleh dengan pantas sebelum membaling sebilah pisau ke arah bulu ayam itu. Tak kena. Bulu ayam itu terkena salah seorang anak muridku. Dia terjerit dan menangis! Aku mengatur langkah sedikit laju mendekati mereka. Amir kelam-kabut menggosok dan memeluk kepalanya. Aku memandang Brian dengan mata mencerlung. Matt melemparkan bulu ayam yang lain kepada Firman. Ada isyarat mata sulit di antara kedua-duanya. Firman menimbangnya beberapa kali kemudian ditimbangnya lagi tinggi. Semua kepala terdongak memerhati, Firman melonjak dan melipat badannya. Firasat aku tepat apabila tatkala aku menahan bulu ayam tersebut dengan telapak tanganku, daha menitik dari celah jariku.
Semua orang menerpa ke arahku, termasuk Brian dan Firman. Aku tak tahu yang mana lebih kuat, amarahku atau sakit di telapak tangan bahana menahan paku. Aku menoleh marah ke arah Firman.
"Apa main kasar ini? Nak membunuh orang ke?!"
Beberapa kawannya yang sudah menghampiriku, terundur apabila aku berdiri tegak dengan tangan yang berdarah sambil menyapu pasir di tudung dan baju. Aku tersengih memandang Brian, meminta maaf dan meminta hal ini jangan dipanjangkan. Dia menawarkan untuk memberi rawatan pertolongan cemas tetapi aku menolak keras.
Fatimah dan yang lain cuba menenangkan suasana dengan mengajak anak muridku makan. Tanganku dibalut dengan kain dan Firman kemudiannya berjalan ke arah laut. Aku memandangnya dengan pandangan sayu. Hatiku masih membara tetapi aku seperti tak ada tenaga, penat bergaduh dengannya.
Aku melangkah ke laut, dengan pandangan kosong. Peduli apa aku kalau Firman nak mandi lagi? Peduli apa aku kalau mereka ingin makan? Aku malas. Aku menyelak t-shirt muslimah sebelum melabuhkan punggung di atas pasir yang basah. Ombak berderu memukulku. Aku merehatkan kepala di atas lengan. Wajahku berkerut-kerut bahana tangan yang masih sakit.
"Miss, come and eat with us."
Aku memandang Matt dengan senyum tawar.
"I have no appetite. Go ahead without me."
Terasa Firman menghampiri dengan mata helang. Aku mencebik dengan kehadirannya. Matt meninggalkan kami berdua.
"Apa masalah awak dengan saya?"
"Saya tak ada masalah dengan awak. Berapa banyak mata anak murid awak melihat awak… Seorang guru madrasah yang sedang menggatal dengan jantan!"
Aku menjelingnya tajam.
"Apa awak cakap? Bila masa saya menggatal? Lagi satu, kenapa awak kisah sangat? Awak bukannya suami saya, bapa saya pun bukan. Awak tak ada hak ke atas saya."
Firman menunduk, memandang tepat ke mataku. Aku mencebik. Ini aku tak suka ni, sengaja guna kelemahan aku untuk intimidasi aku. Aku dah kata aku tak boleh tengok dalam anak mata orang!
"Saya takkan peduli apa awak nak buat selepas ini. Jika niat saya untuk melindungi awak disalahertikan… Pergilah. Pergilah ke mana saja awak nak pergi. Di pantai ini ramai lelaki… Nak bangsa apa, warna apa, negara apa, saiz apa, semuanya ada! Pergilah! Berkenalan dengan mereka! Berkawan dengan mereka! Bercium dengan mereka! Sepertimana awak bercium dengan Matt! Dengan Shahnaaz! I don't give a damn! You can go straight to hell!"
Aku menekup telinga mendengar tohmahan Firman itu. Firman ingin melangkah pergi dengan ganas. Tetapi tatkala aku membuka mata, dia sudah melangkah pergi. Mataku meliar. Tak sampai sepuluh saat, aku sudah menjumpainya. Aku mengeluarkan senjata tajamku. Kunai, keris, saiz apa semua aku tak kisah. Aku mengejar Firman dari belakang. Pengunjung pantai yang lain sudah mula kerisauan melihatku seperti orang gila. Dengan pisau itu aku membelah air. Tubuhku hampir terjatuh tetapi aku tak berputus asa. Belum sempat aku menoreh kulitnya, Matt sudah memelukku dari belakang. Aku menendang air bertubi-tubi sambil membelah air sambil menjerit sekuat hati.
"Celaka hang! Yakhrab baitik… Yakhrab baitik…"
Mulutku sudah menelan entah beberapa gelen air masin. Firman mengharung pergi ke arah yang lebih dalam dengan wajah selamba. Aku meronta-ronta melawan Matt dan cuba berenang ke tengah. Kalau aku tak boleh menoreh syaitan ini, lebih baik aku mati lemas! Matt berusaha menyelamatkanku. Dia menarik tubuhku ke pantai dan aku terbatuk-batuk. Nafasku mula tak keruan. Pisau tajam tadi entah ke mana. Tubuhku begitu lemah. Dalam mata yang terpejam, dapat aku rasakan Matt dan yang lain cuba melakukan bantuan pernafasan untukku.
"You can go now, Matt!"
Kadar degupan jantungku semakin tinggi. Walaupun mataku terpejam, tetapi aku dapat rasakan Matt menunduk sedikit kemudian tersenyum dan melangkah pergi.
"Saya minta maaf, saya betul-betul minta maaf. Tolonglah hidup, Hana. Saya bawa pisau awak ini ke awak semula. Awak sayang kan pisau ini? Tolonglah buka mata."
Terasa dadaku ditekan berkali-kali. Firman mendekatkan telinganya ke wajahku. Melihat sekiranya aku masih bernafas.
Aku mula terfikir, sekiranya nyawaku betul-betul ditarik Allah, adakah aku atau Firman yang akan diazab. Kerana aku telah menyumpah seranah seorang ahlul bait dan kerana dia telah memfitnahku.
maaf sbb tak publish cerita ini ikut schedule. ada masalah sikit,
Share this novel