Chapter 32

Adventure Series 1746

Aku membalas lambaian selautan manusia di tebing sungai. Sempat aku merekod beberapa video footages bagi tujuan dokumentasi. Ada lapan buah kampung lagi dalam senarai. Elok juga segala bantuan itu dibawa dengan Hilux, bimbang nanti terkena air pula! 

Badanku terasa nikmat kerana sempat mandi di rumah hakeem tadi. Bilik air yang ringkas dengan beberapa tempayan yang besar, sebesar saiz aku. Teringin rasanya nak berendam dalamnya. Air dari sungai diangkut dan diisi ke dalam tempayan tersebut. Diolak dengan tawas dan menjadi jernih. Kenapa keluarga Firman tak ada bilik air macam ini? Mereka kata keluarga Firman antara yang terhormat, tapi bab-bab seperti mandi dengan selesa, keperluan penting seperti istinjak buat acuh tak acuh saja. 

Sejak peristiwa memalukan itu, kami mula tidak bercakap. Aku pandang dia pun tak. Itupun boleh rasa pandangan tajam dan membunuh Firman itu. 

Perahu dihentikan. Firman dan Matt menjala pula. Boleh tahan juga, banyak juga ikan mereka dapat. Mai Tuan dan Fatimah sibuk menyiang ikan. Aku pun menyibuk sama. Jadi tukang pemerhati. 

Rumah perahu ini taklah kecil sangat. Boleh muat kalau lima orang nak tidur. Bumbungnya dari atap rumbia, diselitkan plastik getah untuk kalis hujan. Bumbung ditegakkan dengan rangka dari buluh dan dibentuk lengkung yang cantik dan kemas. Di bahagian kepala perahu, satu tempayan untuk diisi air, digunakan untuk memasak dan meminum. Di buritan perahu, ada bahagian dapur. Ini yang menarik. Mereka memasak, makan dan tidur di dalam perahu ini. Bahagian dapur, ada dapur tembikar, lengkap dengan periuk belanga, cerek, talam, pinggan mangkuk dan sudu. 

Beberapa ekor ikan dibakar. Diambil isinya dan ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Dimasukkan ke dalam mangkuk besi. Digaul dengan ikan budu, hirisan cili padi, dan sedikit air panas mendidih dituang. Sedikit garam dan gula. Siaplah iyar tot. Aku sedaya-upaya menyembunyikan rasa loya agar tidak kelihatan depan Firman dan keluarganya. Terbau-bau lagi hanyir ikan. Lagi satu, aku geli dengan air sungai itu. 

Di sungai ini, macam-macam benda aku nampak. Tadi, kelihatan itik yang mati hanyut terapung di tepi perahu kami. Selepas itu, bangkai biawak pula. Sepanjang perahu bergerak, aku terserempak dengan beberapa ramai kanak-kanak mandi, tanpa seurat benang pun, tak kisahlah kecil atau besar, sekali dengan pancutan urine ke dalam sungai. Selepas itu ternampak seorang lelaki mandi bersama anjingnya. Paling tak tahan, ada sebuah perahu yang membawa khinzir dan tetiba, khinzir itu tercirit ke dalam sungai. Eiii… Aku menahan loya dan mual. 

Dan sekarang, aku menyaksikan Mai Tuan sedang memasak iyar bai sam. Sedikit beras direbus bersama air sehingga kembang, dimasukkan lima ketul ikan toman, tiga batang serai dititik, cili padi segenggam dititik juga, sos ikan, sedikit gula dan ditabur daun selasih. 

Semua orang menghadap hidangan dengan penuh berselera. Firman makan setalam dengan Matt di dalam perahu dan kami di sebelah mereka. Aku hanya menyuap nasi dengan cili padi ke dalam mulut. Tak minat sebab manis. Kalau tambah stok ayam mesti sedap. Apabila mereka bertanya, aku hanya menjawab yang aku tak lalu kerana tak sihat. 

Dua perahu teroleng-oleng di tengah sungai. Matahari semakin jatuh dan warna merah mula menyinari kaki langit. Perlahan-lahan langit bertukar warna menjadi lebih gelap. Suara azan menangkap telinga. Automatik bulu romaku meremang. Di tengah sungai ini ada azan berkumandang? Deriaku semakin sensitif dengan sengaja. Kemudian beberapa azan lagi sayup-sayup kedengaran. Bersahut-sahutan. Baru aku tahu, mereka bersahut-sahutan seruan azan. Masha Allah. Fatimah mengajar aku bertenggek di tepi birai perahu dan mengambil wuduk. Kami solat Maghrib berjemaah dengan berimamkan Firman. Jenuh aku mengimbangkan diri dengan perahu yang tak reti nak duduk diam ini. Akhirnya berjaya juga memberi salam kedua lalu masing-masing mencapai Al-Quran. Aku mencapai smartphone dan menyumbat earphone lalu menyunting video yang aku rekod tadi. Matt di sebuah perahu yang satu lagi. Tidur mungkin. 

Sesekali kepalaku terangkat apabila fokusku terganggu dengan suara Firman, Fatimah dan Mai Tuan mengaji. Aku menguatkan lagi volume suara Sheikh Omar Suleiman memberi kuliah Sirah Nabawiyah. Azan yang aku dengar rupa-rupanya dilaungkan oleh penghuni-penghuni perahu yang lain. Dan yang paling menarik hatiku, ada beberapa buah perahu didayung berdekatan antara satu sama lain. Para penghuninya berkumpul di dalam sebuah perahu yang sama walau tidak kenal di antara satu sama lain. Hanya bersilaturahim melalui azan dan solat jemaah. Aku memandang penuh kagum. Orang Melayu Cham di sini seperti orang Melayu Malaysia, cuma kurang toksik. Kurang bercakap, tapi persaudaraan sangat kukuh. Berjemaah bukan hanya di masjid, tak nak seribu dalih. 

Selesai solat Isyak berjemaah, semua mencari privasi masing-masing. Firman ke perahu yang satu lagi. Fatimah dan Mai Tuan menurunkan tabir dan mengikat kemas, menutup pintu rumah perahu, depan dan belakang. 

"Kakak, dah boleh buka tudung. Nak tukar baju pun boleh."

Seganlah pula aku nak buka baju depan mereka berdua. Aku terkebil-kebil memandang mereka dalam keadaan janggal. Aku tak selesa membuka pakaian depan orang walau aku tahu orang itu tak tengok pun. Deria aku begitu sensitif. Mereka berdua seperti faham. Syukurlah. 

"Tak apa… kakak tukar je. Kami duduk di dapur. Dah siap panggil kami masuk."

Aku mengangguk sambil mengukir senyum terima kasih. Aku mengenakan baju kelawar lalu menyangkut tudung hitam dan jubah hitam yang aku pakai dari tadi. Aku mengelap celah lipatan tubuh dengan tisu basah lalu menyembur deodorant ke tubuh. Setelah menukar pakaian, aku menyikat rambut dan mengikatnya. Setelah selesai, aku menyelak sedikit tabir bilik tanpa suara. Aku hanya terkaku tanpa suara, mujurlah Mai Tuan perasan bunyi tabir yang aku asyik selak berkali-kali tanpa suara. Refleks aku mendandan rambut Fatimah dan menyembur dry shampoo ke rambutnya. Seronok betul Fatimah dengan wangian di rambut dan dia langsung tidak mahu mencabut getah rambut tersebut. Harap kepalanya tak sakit kerana getah rambut. 

Sambil melayan mata yang belum mengantuk, aku bersembang dengan Mai Tuan. Aku sedaya upaya cuba murojaah matan dan Mai Tuan menjadi tukang penyemak. Mai Tuan begitu sporting menegur sebutan Matanku. Bukan senang nak ada privasi dan ketenangan untuk murojaah hafalan. 

Sedar-sedar semua sudah terlelap. Aku berbaring, membetulkan urat sendi, meniup api pelita dan suasana sekeliling terus menjadi gelap-gelita. Fatimah yang tidur agak lasak, aku tolak ke tengah sedikit. Pertama kali habiskan satu malam dalam perahu, terasa sangat olengannya. Cuma bezanya tidur atas hammock, tak terasa sangat risikonya. Tapi bila tidur atas perahu, dengan kualiti air sungainya, dan kekurangan aku tak pandai berenang, nervous nya lain macam. Terasa seperti perut sedang dipulas-pulas dan ditarik. Mulut mula ingin mengeluarkan isi, tetapi tiada yang keluar. 

Hatiku bimbang sekiranya aku mengganggu Mai Tuan dan Fatimah yang sedang nyenyak, aku perlahan merangkak keluar sambil menyelak tabir. Tangan cekap mencapai smartphone dan earphone. Aku menghantar kepada Kak long dan Along, namun tiada balas. Akhirnya aku menghabiskan masa menonton video di Youtube. Aku mengelap air liur yang menitik saat menonton wagyu di Jepun. 

Aku menutup skrin smartphone dan membiarkan lagu Aimer bermain di earphone. Bibir melepas keluhan yang berat, sambil merenung sungai dengan pandangan kosong. Di depanku sungai Mekong terbentang luas, tapi di mataku aku cuba mencari-cari wajah siapa yang berharga di sisiku. Tiada. Walaupun kenangan di forum semasa zaman di universiti dulu masih segar, tapi tiada yang manis, yang ada hanyalah bittersweet. Bukan kerana susahnya belajar, tetapi kerana keseorangannya aku, tiada siapa di sisi. Isolated. Hana Zulaikha seorang yang genius, mampu menghafal Matan Jurumiyyah walau belajar di Convent semasa sekolah menengah, dan mendapat Jayyid Jiddan semasa STAM. Jadi kenapa aku harus bersedih? Orang yang gifted seperti aku tak patut bersedih! Walaupun aku mengalami Autism Spectrum Disorder, IQ aku normal. Jadi kenapa perasaan ini menikam hati? Aku sepatutnya bersyukur! 

"Hana patut bersyukur yang Hana dikurniakan kebijaksanaan luar biasa." Bukan! Itu hanyalah salah satu simptom Autism! 

"Budak. Kau sebenarnya berbakat." Bukan! 

"Hana patut bersyukur sebab Hana boleh fikir yang mana baik yang mana buruk." Bukan! Aku cuma beruntung! Tuhan sayang aku, itu sahaja! 

Jeritan itu hanya tersepit di kerongkong, dan hanya deru nafas kedengaran, tiada siapa yang mendengar, dan aku tidak mampu berbicara rasa hati ini.

"Kenapa tak tidur? Esok pagi pukul 10 dah ada di Kampung Po' Bahau. Lepas Subuh kita bertolak."

Mataku automatik terbuka luas. Refleks tanganku memegang rambut yang terdedah. Allah! Aku tepuk dahi. Haila dia ini! Baru je nak cari privasi tengah malam, potong stim betullah! Sudahlah duduk atas perahu! Aku mencuri pandang ke arah Firman dengan ekor mata. Sebelum kaki melangkah terkial-kial masuk ke dalam tabir bilik. 

Hajat hati nak melepak keseorangan tak kesampaian. Aku nak termuntah! Akhirnya aku menyarung tudung instant dan cardigan buatan tanganku lalu menyelak tirai dan melangkah keluar sambil menekup mulut. 

"Awak okay?"

Aku tak menjawab. Air mata sudah bertakung di tubir mata akibat terlalu loya dan mual. Dia ini pun! Masa inilah nak sibuk hal kesihatan aku! Sebelum ini tak pernah pun! 

"Hana… Kalau saya tanya, jawab."

"Saya tak sihat."

Kedengaran bunyi jam loceng. Dah pukul 4 pagi lah tu! Aku cepat-cepat menekan butang pangkah. 

"Kenapa tak jawab?"

Aku tak menjawab, hanya sedang mencari posisi duduk yang selesa dan tak membebankan tubuhku.

Firman bangun dan kemudian dia datang semula dengan berhati-hati. Aku melihat sekilas dan apa yang aku lihat adalah ulam-ulaman, nasi dan seperti isi ikan tadi. Nampak macam sedap, tapi automatik aku mendapat Vietnam War Flashback. Terbayang segala khazanah yang aku lihat di sekeliling sungai tadi. Automatik perutku terasa mual dan aku menekup mulut. Aku nak termuntah! 

Aku mengelap air mata dengan hujung tudung. Sesudu nasi disua ke mukaku. 

"Saya simpan untuk awak. Makan sikit… Nanti teruk pula sakit awak."

Aku masih merenung sudu nasi itu. Hati dan perut meronta-ronta ingin makan, tapi Vietnam War flashbacks itu memang merosak masa depan. Teragak-agak aku mendekat mulut dan Alhamdulillah, satu sudu nasi sudah selamat masuk ke dalam mulutku. Sesudu lagi disuakan dan aku mengangkat tangan, memberi isyarat. 

"Kenapa? Takkan dah kenyang?"

Aku tak menjawab. Mulut terus mengunyah. Firman yang memahami meletakkan semula sudu nasi sambil menunggu aku selesai mengunyah. Apabila kunyahanku berhenti, dia menyua satu sudu lagi dan demikianlah sehingga nasi dalam pinggan itu habis.

"Ini apa?"

Aku mengelak apabila Firman cuba menyuap dua batang sayur. 

"Makan dulu baru saya cerita. Jangan risau, beri kasih sayang, bukan molotov."

Aku tak menjawab. Hanya merenung dua batang sayur tanpa bicara. Tanpa membuka mulut. 

Firman melepaskan keluhan berat. 

"Ingat lagi tak bunga teratai hari itu?"

Bunga teratai mana pula ini? 

Firman menghembus nafas berat lagi sekali.

"Ulam ini… dari spesies yang sama. Dipanggil seroja, lili atau telipot. Batangnya dibuat ulam atau digulai. Akarnya juga sedap, dijeruk atau disayur."

"Heh…" Aku merenung dua batang sayur di depan mata penuh minat. Aku memasukkan separuh ke dalam mulut lalu menggigitnya. Ambil rasa dulu! 

"Sedap juga… rangup dan manis. Tak sangka."

"Lain kali rasa dan makan dulu. Jangan terus menolak. Tak baik, rezeki itu daripada Allah. Walaupun rupanya buruk, dari kelas bawahan… Tak dihidang dengan secara mewah, dimakan di restoran lima Bintang, tapi ulam ini kaya dengan zat… Datang dari alam semula jadi, asli dan enak."

Aku mengukir senyum tawar mendengar tazkirah Firman itu. Sebenarnya aku tak kisah pun rupanya mewah ke apa. Cuma aku tak percayakan Firman. Dia adalah ancaman, dan akan sentiasa menjadi ancaman. 

Vietnam War flashback muncul semula dan aku menekup mulut. Tolonglah jangan muntah. Dah lah tadi baru makan! 

"Saya terbayang-bayang segala jenis khazanah di sungai ini, itu yang loya itu."

"Lebih dari tahu. Air sungai ini lebih dua kolah. Berjuta-juta liter. Suci dan menyucikan. Semua hidupan bergantung pada sungai ini. Kami berkongsi untuk survive. Sungai ini nadi kehidupan kami. Lebih kurang itu halal ajelah. Asalkan apa yang kita makan halal, suci dan bersih."

"Firman, tolong berhenti bercakap."

"Kenapa?"

"Percakapan awak langsung tak membantu. Lebih banyak emosi daripada logik dan banyak tak masuk akal. Lagi satu, awak telah menghina ilmu saya, yang saya tuntut dari Ulama di Al-Azhar. Saya sedar diri lah Firman, tapi saya nak awak sedar diri. Terima kasih untuk nasi itu."

Aku menarik nafas yang terasa berat di dada. Aku mengesot lalu melangkah ke bawah atap. 

"Kalau saya minta maaf, awak tak akan maafkan saya?"

"Untuk apa awak meminta maaf pada saya? Sepatutnya awak minta maaf pada Tok Guru saya, kepada kedua orang tua saya. Betul awak kata, dalam hati saya macam-macam benda ada, tapi saya rasa itu lebih baik. Aku tidak pernah menyesal kerana diamku, tetapi aku lebih banyak menyesal dengan bicaraku. Jujur, setiap kali saya buka mulut dengan awak, saya selalu berakhir dengan penyesalan. Bicara antara kita banyak sia-sia."

Aku menutup tabir, Firman tergelak kecil. Aku mengerling bayang Firman perlahan. Hati mula tak keruan. Dalam hati aku berdoa, supaya sepanjang misi ini, aku sentiasa dilindungi Allah Azzawajalla daripada Firman. 

Sebelum Subuh lagi Fatimah dah mengejutkan aku. Aku terkebil-kebil cuba mencerna informasi apa yang sedang berlaku. Aku hanya mampu menggosok gigi dan mencuci muka sebelum berwuduk. Seronok betul jadi lelaki. Firman dan Matt kelihatan seronok betul terjun ke dalam sungai dan berendam puas-puas. Aku pun nak juga berendam dalam sungai! Tubuhku dah gatal dan berbau. Kejap lagi hari akan siang. Mai Tuan dan Fatimah dah siap mandi. Relaks saja mereka bertenggek di birai perahu di tepi dapur. Menyiram air ke badan dengan gayung yang dicedok terus dari sungai. Selesai mandi, mereka mencedok keluar air dari bekas mandian mereka yang berada di perut perahu dan membuangnya ke dalam sungai semula. Air percuma! 

"Assalamu'alaikum… Apa mimpi ini call saya?"

Kedengaran suara Firman kehairanan. Pertama kali aku menelefon dia. 

"Waalaikumsalam. Saya nak minta tolong." 

"Yes my precious…"

Telingaku terasa kembang. Seperti ada sesuatu benda merangkak dalam celah-celah kulit. Bulu roma automatik meremang. 

"Hana?"

Aku berdehem. Kejap… Nak ambil nyawa. 

"Saya nak mandi. Tapi saya nak mandi di pelantar. Di sini terlalu open sangat."

Firman tergelak kecil dan macam ada rancangan tersirat sahaja. 

"Okay… kejap lagi saya hantar awak ke pelantar. Tunggu kejap, saya nak pakai seluar."

Refleks aku menoleh. Sifat ingin tahu aku yang sangat tak masuk akal mula menguasai. Tangan automatik menyelak tabir di depan mata. Dari jauh lagi aku boleh nampak bayang-bayang Firman sedang memakai seluar dari belakang tabir perahunya. Kemudian dia mencapai t-shirt dan mula menyarung. Tangannya pantas menyelak tabir perahu. 

"Saya nak makan ke…" Ayatnya terhenti apabila dia menyelak tabir. Pastinya dia perasan yang aku nampak apa yang dia buat, walau hanya bayang-bayang sahaja. Walaupun aku tangkas menutup tabir perahu sebelum dia menyelak tabir perahunya.

"Hana… awak intai…"

Call ended. Aku merenung tabir itu tak berkelip. Seperti nak tembus tabir itu. Aku meramas dada, mari kita bertenang Hana… Let's just move on… Aku memujuk diri sendiri. 

Kami bersarapan bersama! Bubur nasi dan ikan masin. Aku makan macam biasa. Kali ini aku makan berselera, sebab dah biasa makan ikan masin, dan dah biasa makan bubur nasi. Matt yang sibuk mengendarai perahu dengan enjin memanggil Firman dan menunjuk ke arah pengkalan kosong. Dalam remang pagi dan kabus yang sirna, pelantar itu kami jejak dan Firman memeriksa dulu keadaan sekeliling. Nafasku turun naik untuk memanaskan badan, walaupun aku berjaket labuh dan tebal. 

Peliknya bila aku menjejak kaki di atas pelantar, aku berasa khayal. Aku berjalan terhuyung-hayang seperti penagih. Deria sentuhan di tapak kaki semakin berkurang dan aku menjadi vulnerable. 

Bunyi yang kuat membuatkan Firman pantas mendekat. Dia memegang lenganku erat, memberi support berat badan, dan membantu aku berdiri. 

"Awak okay ke?"

Aku tak menjawab. Tapi tubuhku yang terasa lemah seolah-olah menjawab soalannya. 

"Tenangkan diri, bernafas seperti biasa… buka sedikit kaki awak. Tegakkan badan, pandang tepat ke muka saya. Buka kasut awak. Awak mabuk darat."

Terkial-kial aku membuka kasut. Itu pun aku hampir terjatuh lagi. Pegangan Firman semakin kuat. Riaknya tenang tapi dia masih berjaga-jaga. Tiba-tiba rasa kasut Firman kuat memijak kakiku, di sebelah kanan dan di sebelah kiri. Kedua-dua belah kakinya di atas kedua-dua belah kakiku. Sedapnya… Rasa macam baru lega daripada kebas kaki. Deria yang hilang tadi mula kembali dan rasa sakit mula hadir menjengah. Rasa khayal mula hilang. 

"Better?"

Aku tak menjawab. 

"Saya angkat kaki perlahan-lahan. Kalau terasa pening atau nak jatuh… Cepat-cepat pijak kaki saya okay?"

Aku mengangguk perlahan. Perlahan-lahan Firman mengangkat kaki kanannya. Tapak kaki mencecah pelantar, tetapi lutut terasa lemah. Kaki kirinya diangkat perlahan. Aku hampir terjelepok jatuh. Firman cekap menyambut kakiku. Aku sekarang sedang memijak kedua-dua belah kakinya. Firman semakin kemas memegang kedua-dua lenganku. 

"Tengok muka saya… Kalau rasa dah okay, awak boleh angkat kaki awak perlahan-lahan. Tarik nafas… Hembus melalui mulut… Perlahan-lahan…"

Kami berdiri bertentangan lama. Aku mengalihkan pandangan. Cahaya matahari mula menyinar terang. Peluh mula menitis. Perasan yang aku mula resah, Firman menegur. 

"Jangan dilayan peluh itu. Itu peluh penyakit. Pening dan mabuk awak sedang dialirkan keluar. Bila awak sedia, awak boleh angkat kaki awak. Jangan bercakap kalau awak tak larat. Jika awak faham, kerdipkan mata awak."

Aku mengerdipkan kepala walau kepala sedang menunduk. Jantung berdegup dua kali ganda lebih laju. Kami berdiri berhadapan satu sama lain dalam jarak yang dekat. Sakit kepala dan khayal kian menghilang sepenuhnya. Nafasku turun-naik penuh debar. Dengan penuh janggal, aku mengangkat kaki. 

"Better?"

Aku tak menjawab.

Mulutku mengeluarkan sendawa dan automatik aku menekup mulut kerana malu. Firman sebaliknya berwajah lega. 

"Orang mabuk laut tapi awak mabuk darat. Tapi ini biasa terjadi kepada orang yang tak biasa duduk atau tidur dalam perahu. Badan dan kepala tak boleh adapt dan adopt. Tapi jangan risau, mula-mula aje… Lama-lama okaylah."

"Terima kasih… Dari mana dapat idea pijak kaki?"

Firman tersenyum nipis. 

"Itu cara saya hilangkan mabuk darat. Okay, awak boleh mandi. Tapi kena cepat. Hari dah semakin cerah dan orang dah semakin ramai. Nanti awak kena mandi dengan pakaian pula. Tentu awak tak selesa. Mandi saja dalam tandas."

"Nak mandi macam mana dalam tandas? Cedok air dalam sungai itu?"

"Berkesan sungguh saya pijak kaki awak tadi ya? Dah boleh tanya macam-macam."

Aku tersipu. Tak perasan yang ciri autistik aku terkeluar depan dia, dengan penuh automatik. 

"Sorry for being autistic!"

"Kenapa minta maaf pada saya? Mintalah maaf kepada mak ayah awak." Dia menjawab selamba. 

Aku tersentak. Hati terasa disiat-siat. Nasib baik aku yang minta tolong dengan dia, kalau tidak memang menjadi mangsa pisau aku. 

"Saya cedokkan air untuk awak. Awak mandi macam biasa… berdiri dalam tandas, rapat ke dinding. Naikkan sikit jari, supaya saya tahu awak ada di mana. Saya siramkan air."

Okay, faham. Tapi aku masih tak percayakan dia. Firman seperti faham. 

"Jangan risau… Saya tak akan i.n.t.a.i awak seperti awak i.n.t.a.i saya."

Mengeja pula dia! Aku mengemam bibir sambil menunduk, walau riak wajahku seperti menyampah. Ingat aku nak tengok itu sebab aku sangap ke?! Aku cuma nak tahu sekadar pure curiosity aje! 

"Nak mandi ke tak ni?"

"Eh? Ah ya… ya…" Aku tersedar dari lamunan dan terkial-kial menjawab.

Aku membalut tubuh dengan kain basahan lalu mengetuk dinding dan mengangkat jari telunjuk. Perlahan-lahan curahan air dari atas menimpa kepalaku. Refleks aku terloncat-loncat. Sejuk! 

"Awak… air ini awak letak tawas tak?"

"Tak. Saya letak Channel 5."

Dia ini! Tengah mandi pun sempat lagi! 

"Awak jangan cari pasal dengan saya. Doa orang teraniaya ini tak ada hijab."

"Awak jangan nak eksyen sangatlah. Awak sekarang dalam tangan saya. Saya boleh buat awak macam-macam. Setakat nak tundukkan awak itu bukannya susah sangat pun."

Aku buat muka sambil menyapu sabun ke tubuh. Dia dah mula dah… Itu mesti nak tengok aku menderita demi keseronokan dan kepuasan hatinya. 

"Apa awak nak buat?"

Terdengar gelaknya. 

"My precious… Siapa dekat dalam, siapa dekat luar?"

"Tak payahlah nak acah-acah misteri sangat! Beritahu aje!"

"Okay… Siapa yang sedang mandi dan siapa yang sedang memandikan?"

Aik? Macam pelik saja soalannya. "Apa awak nak buat ini?"

"Fine… Siapa yang berkemban dan siapa yang berpakaian lengkap?"

Segala pergerakanku terhenti. Keningku bertaut. Otakku mula berkira-kira. Ketiga-tiga soalan itu tidak coherent kepada apa yang ada dalam kepalaku. Macam tak logik, sebab dia tanya siapa yang memandikan dan siapa yang mandi.

"Firman… Awak jangan nak berteka-teki sangatlah! Ingat saya takut ke dengan ugutan awak itu?!" bisikku tegas.

Terasa Firman menghampiri dinding dan bercakap satu-persatu. 

"Saya cuma nak ingatkan… Bukan susah nak tundukkan awak dalam keadaan sekarang. Dah bersyampu bersabun, saya boleh tinggalkan awak dalam kepedihan, awak tak berani keluar dan tak boleh keluar sebab ramai lelaki dekat luar sekarang, mahu tak mahu awak terpaksa bekerjasama dengan saya… untuk saya menyudahkan mandi awak. Faham?"

Firman tak menunggu jawapan aku. 

"Jadi my precious jangan sombong sangat. Awak tak pernah menang berlawan dengan saya. Sekali awak buat saya, sebelas kali saya boleh balas balik dekat awak. Sekali awak benci saya, sebelas kali saya sayang awak."

Wajahku bertambah kerutan. Sayang awak? Aku tak silap dengar ke? 

"Firman… Jangan melawak bab-bab macam ini. Ini namanya mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang. Jenayah adalah jenayah dan normalisasi adalah benda yang patut kita boikot."

"Saya tahu. Saya cuma ingatkan saja, keadaan dan peluang awak ke atas saya. Jadi sekarang saya yang menguasai game ini dan awak mangsa saya."

Sambil dia bercakap, aku rasa Firman berdiri dengan gaya bagai johan kerana tangannya yakin saja memaut pintu tandas. 

Ikut hati nak aje aku checkmate dia dan beritahu yang aku rasa honored mendapat dia sebagai pemangsa aku. Tapi tak nak lah aku, nanti tak pasal-pasal dia ingat aku ini perempuan yang dua puluh empat jam sangap aje. Bukan boleh sangat lelaki sadistik ini. Cuma kalau dia expect aku untuk takut memang taklah. 

Aku mengeluarkan beberapa bilah daripada celah-celah pakaian yang aku sidai di pintu tandas tadi. Jari Firman berjaya aku tikam di pintu tandas. Darah mengalir keluar dari jari-jemarinya. 

"Aduh! Hana!"

Aku tak menjawab, tak memberi apa-apa reaksi pun.

"Okay! Awak duduklah dalam tandas itu sampai bulan depan!" 

Aku buat muka sambil mendengus kasar. Firman nampak betul-betul serius dengan apa yang dia cakap. Aku mencabut bilah pisau di jarinya dan jari itu automatik lesap dari pintu tandas. Akhirnya aku mengalah dan mandi jugalah dengan air dalam tandas ini. 

Selesai mandi dan belum sempat aku membuka kain basahan, air bercucuran dari atas. Aku hanya membiarkan, walhal dalam hati dah mendidih macam cerek dapur.

"Firman, saya dah mandi. Nak keluar."

Suasana hening seketika. Aku masih menanti response Firman. Bukan boleh sangat dia ini, karang tak pasal-pasal aku dah lap badan bagai, dia simbah aku pula! 

"Okay, last drop! Saya bagi curahan hujan dengan langit sekali!"

Serentak dengan itu, curahan air yang deras menimpa badan, diikuti dengan baldi jatuh sekali ke dapat tandas. Mujur aku sempat mengelak. Aku mengukir senyum tawar. 

Alhamdulillah, selesai tulis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience