Bab 34

Romance Series 8614

"Morning sayang.." suara Jakfeer berbisik di telinganya. Sambil tangannya memeluk tubuh Senrose dari belakang.

"Sayang okey ke?" Soal Jakfeer sempat dia meletakkan dagu ya diatas bahu Senrose sambil matanya ligat melihat Senrose yang sedang mengacau Mee goreng didalam kuali itu. Makanan kesukaan Senrose.

"Okey je kenapa?" soal Senrose pelik. Tetapi matanya tidak beralih hanya memandang ke kuali atau ke tempat lain selain Jakfeer. Membuatkan Jakfeer berasa curiga.

Jakfeer sudah leraikan pelukkannya lalu dia berjalan berdiri di sebelah meja makan. Perasaan itu tak di endah. Mungkin Senrose masih malu, Hehehe.

"Semalam kan kita buat kali pertamanya.."

"Makanan dah siap.. Makan cepat awak nak pergi kerja kan?" potong Senrose. Dia tahu apa yang hendak dikatakan oleh Jakfeer. Pertama kalinya mereka berdua 'Bersama' sebagai suami isteri. Tertiba Jakfeer nak kait isu tu pula sekarang, memang nak tengok dia duduk tak senang ke sebab malu?.

Jakfeer sudah tersenyum. Tahu sangat mengapa Senrose memotong katanya mesti sebab malu. HAHAAHA suka dia melihat Senrose muka kemerahan dengan tak tentu arah.

"Dah!. Tak payah nak tersenyum senyum makan cepat" kata Senrose yang masih tidak berani bertembung mata dengan Jakfeer. Malunya masih tidak habis lagi.

"HAHAAHAHAH.. Comelnya sayang saya ni malu malu... Yang, awak ni dah kenapa, sayang?"soal Jakfeer yang masih tersenyum senyum kadang kadang sedikit tertawa.

" Apa? Betul lah saya cakap, makan cepat, nanti awak nak siap pergi kerja kan? "balas Senrose yang masih pura-pura menyebutkan dirinya. Sedangkan dia tak nak duduk dengan Jakfeer di meja makan sekarang.

Jakfeer seperti rimas tengok Senrose yang terlari lari, sengaja menyibukkan diri padahal tiada apalah sangat yang hendak sibukkan diri tu. Semua sudah siap tunggu makan bersama sahaja. Lekas dia memeluk semula Senrose dari belakang. Kali ini erat dari tadi. Terhenti pergerakan Senrose.

"Yang.. Hari ni hari Sabtu, sayang. Office hour mana yang bekerja hari ni, sayang"kata Jakfeer. Sempat wajahnya di tenggelamkan di belakang tubuh Senrose. Walaupun tubuh kecil itu lebih pendek darinya dia merebah kan wajahnya ke bawah.

Makin merah wajah Senrose dibuatnya. Badannya sudah terkaku. Hah sudah!. Senrose meletakkan peluk kan itu dan jauhkan sedikit dari Jakfeer.

" Jom makan"ajak Senrose cuba berani kan memandang wajah Jakfeer. Sekejap sahaja, tak boleh dia menahan melihat wajah Jakfeer yang suka menyakatnya. Sebelum dia perasan sesuatu.

" Yang awak tak pakai baju ni dah kenapa? Mana pergi baju awak?"bengang Senrose apabila melihat Jakfeer hanya memakai seluar pendek paras atas lutut sahaja. Makin dia tak tentu arah jawabnya, pinggang dia ambil dengan tergesa-gesa sebelum di cedok mee dan letakkan ke atas pinggang. Perbuatannya kini dia sendiri tak faham kenapa Tergesa-gesa.

" Alaaa.. Biar lah rumah sendiri, siapa je nak tengok? Tak saya,isteri saya. Lagipun bukan ke semalam awak dah tengok pun, semua.. "balas Jakfeer tersengih-sengih. Sempat dia menekankan perkataan 'semua' membuatkan Senrose semakin tak tentu arah, sekejap di ambil garfu dan diletakkan ke pinggan nya sebelum sadu diletakkan ke dalam gelas. Jakfeer yang melihat mahu sahaja tersembur ketawa tapi ditahan. Sesi menyakat belum habis lagi.

" Eeyyy.. Geli lah saya tengok badan awak ni. Pergilah pakai baju"Entah kenapa dia terasa geli dan segan melihat tubuh Jakfeer. Sedangkan jika konco konconya memakai seperti Jakfeer ini dia hanya seperti biasa. Tiada perasaan tetapi lain pula pada Jakfeer.

"Badan ni juga lah awak sakan semalam kan?, awak tak ingat ke? Semalam bukan main awak ci..arhh arhhh!! Sakitlah sayanggg.." terjerit Jakfeer apabila Senrose mencubit cubit bahunya berkali kali. Punggung nya di rebahkan ke kerusi dihadapan Senrose.

"Gatal! Yang awak nak bercerita sekarang ni dah kenapa?!. Makan cepat! " bengang Senrose. Sempat menjeling ke arah Jakfeer. Di teguk air di dalam gelas sebelahnya itu.

Jakfeer sudah mengusap usap bahunya. Sudah kemerahan kerana cubitan Senrose. Berbisa juga Ye. Sebelum dia tertawa terbahak-bahak. Sumpah dia rasa ingin sahaja mencium cium isteri dihadapan ya kini yang sudah muka seakan ingin mencubit sekuat hati lagi.

" Sayang.. I Love you"kata Jakfeer sebelum menyuap Mee ke dalam mulutnya.

Senrose hanya membalas dengan jelingan sebelum perlahan-lahan bibir terukir senyuman.

'Bagaimana aku mampu nak bunuh orang yang aku dan cinta?. Kenapa dulu Ryan nak aku bunuh keluarga dia?'

Walaupun dia tak pernah terfikir takdir begini tetapi dia harus mencari kenapa semua ini berlaku dan... Kenapa keluarga Jakfeer menjadi sasaran Ryan dahulu.
__________________

" Apa khabar? "Soal seorang wanita yang sudah menarik kerusi lalu direndahkan punggungnya.

"Khabar baik. Dah lama tak jumpa engkau, Emma" balas Soffya yang berada dihadappannya.

Emma...mula mula Soffya pun terkejut juga mengapa dan bagaimana perempuan itu masih hidup. Setahu dia Emma sudah meninggal masa dahulu. Ya, di mana Emma berkawan rapat dengan Senrose.

"Macam mana dengan Senrose?" soal wanita itu, dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Senyuman yang masih manis.

"Dia dah jadi leader. Dia masih rindukan engkau Emma walaupun Dah bertahun"alas Soffya yang turut tersenyum.

"Rindu aku dekat dia" hanya itu yang mampu Emma membalas. Sempat dia mengeluh, jujur dia katakan dia sangat rindu pada kawannya itu,Senrose.

"Engkau dah bersedia nak jumpa dia ke?" soal Soffya.

"Belum masanya lagi. Aku masih tak jumpa si setan tu" kata Emma.

"Setan? Siapa?" soal Soffya, dia ingatkan dendam Emma sudah terbalas. Orang yang tembak dia 3 tahun lalu. Soffya sedikit terasa pelik. Ini buat kali ke tiga mereka bertemu Last mereka bertemu pun tahun lepas.

"Orang yang tembak aku" balas Emma. Dia juga turut terasa pelik. Takkan Soffya tak tahu kenapa dia seperti sekarang? Menghilangkan diri.

"Orang yang tembak engkau?. Dia dah mati tahun lepas. Senrose yang bunuh dia. Engkau tak tahu ke?" tanya Soffya. Mereka sudah sedikit risau.

"Tak mungkin.. Setan tu masih lagi ugut aku sampai sekarang. Tak mungkin dia hidup lagi. Dan sekarang pun aku masih cari dia" balas Emma. Terdiam Soffya. Jadi siapa Senrose bunuh tahun lepas.

"Senrose bunuh siapa?" soal Emma sedikit serius. Dia dapat rasakan ada yang tidak kena.

"Selepas khabar engkau meninggal. Senrose tak duduk diam, diam cari siapa yang bunuh engkau dan tahun lepas dia terjumpa orang yang bunuh engkau. Senrose balas dendam dia atas kematian engkau tu. Tapi tadi engkau cakap.."

"No way. Tak mungkin.." Emma terdiam sebelum..

"Aku rasa ada benda tak kena sekarang. Orang yang tembak aku tu masih hidup. Aku rasa Senrose salah bunuh orang" kata Emma dengan jelas.

"Tapi orang tu memang Taylor"kata Soffya.

Emma sudah membalas dengan pandangan tajam. Sungguh itu menjadi kekeliruan di kepala mereka. Jadi siapa sebenarnya yang ingin membunuh Emma.

_____________________-

" Sayang.. Hujung minggu ni anniversary Mama dan papa, dia orang buat majuan. Kita pergi ok" kata Jakfeer yang masih memandang dikacau televisyen. Hari cuti mereka ambil peluang untuk luangkan masa bersama melayan movie sahaja dirumah.

"okey. Kita nak bawa hadiah apa?" soal Senrose matanya toleh sekejap pada Jakfeer.

"Itu sayang jangan risau, saya dah belikan" kata Jakfeer. Sekejap sebelum dia merasakan sesuatu. Lalu dia bangunkan kepalanya dari atas paha Senrose itu. Matanya merenung ke mata Senrose. Lama, sehingga membuatkan Senrose terasa rimas di tenung lama-lama, atau sebenarnya di tenung oleh Jakfeer membuat jantungnya seperti ingin pecah. Ni dah kenapa ni renung mata orang tak cakap apa apa.

"Awak ni dah kenapa?" soal Senrose.

"Abang"

"Hah?"

"Panggil abang, abang. Sayang kena panggil abang, abang. Faham?" kata Jakfeer wajah di ketatnya memberitahu Senrose bahawa kata katanya serius.

"Perlu ke? Saya selesa panggil saya awak" kata Senrose sambil menyuap kan jajan di dalam mulutnya.

"Perlulah sayang, abang kan suami sayang"kata Jakfeer.

"okey abang sayang"Kata Senrose sambil mencium pipi Jakfeer.

" Sayang... Aihhh sengajakan goda abang" kata Jakfeer. Suaranya sedikit marah tetapi tertawa juga.

"Tak salah" balas Senrose yang sudah tersengih sengih. Tangan Jakfeer mula naik ke tubuh Senrose. Dari betis ke paha ke perut lalu ke...

"No.." Senrose menepis tangan Jakfeer. Sempat dia melarikan dirinya ke tangga. Jakfeer yang tahu Senrose cuba mengelakkan diri lekas dia mengejar. Tawa Senrose semakin kuat apabila Jakfeer sudah dekat mengejar.

Suara televisyen menemani dua sejoli itu berasmara. Cinta yang berputik bukan kerana rela akan selamanya kekal. Jika jodoh sudah tertulis lari ke hujung dunia tetap akan bertemu.

BERSAMBUNG

Semakin lama, misteri semakin terungkap. Dari satu ke satu persoalan terungkap. Sanggup ke bila isteri mafia diberi tugasan untuk membunuh suami sendiri?. Cinta atau dendam?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience