Bab 41 (part 1)

Romance Series 8087

KARTINI amat gembira apabila mendapat panggilan dari Safwan. Kali kedua mendapat panggilan dari Safwan, suaminya Tengku Badrul tiada di rumah. Ini membolehkan Kartini bersembang dan bertanyakan khabar anak lelakinya itu. Dia bersyukur apabila mendapat tahu Safwan sudah berubah setelah tinggal di pondok pengajian agama. Sejuk hati seorang ibu apabila mendengar anak yang dilahirkannya mendalami ilmu agama dan berada di persekitaran orang yang baik-baik. Kerana terlalu asyik berbual dengan Safwan, Kartini sehingga tidak menyedari suaminya telah kembali ke rumah dan mencuri dengar perbualannya dan Safwan. Tengku Badrul mula rasa terbakar hatinya apabila mendengar nama Safwan di sebut-sebut oleh isterinya itu.

Safwan yang gembira apabila dapat berbual dan bertanya khabarnya ibunya tersenyum sendirian. Dia kemudian menggerakkan motosikalnya untuk menuju ke kedai pada hari tersebut. Di pertengahan jalan, dia mengambil peluang untuk singgah sebentar ke kedai makan Suriati untuk memberikan keputusannya mengenai urusan jual beli barangan di kedai makan tersebut.

“Baiklah Kak Ti, saya akan beli barang Kak Ti dengan harga empat ribu tu.. dan saya nak sambung sewa juga la kedai ni dari Maksu Lah. Sayang la kalau kedai ni terbiar..”

“Baguslah kalau macam tu.. lega Kak Ti kalau dapat jual semua barang ni.. Kalau macam tu, minggu depan la Kak Ti jual kat kau ye.. Seminggu lagi Kak Ti akan berniaga.. Minggu depan dah nak kena bersiap untuk bertolak ke KL dulu. Dari KL baru naik flight pergi Sabah.”

“Takde hal la bila-bila pun Kak Ti.. saya cuma nak bagi keputusan saya je. Nanti Kak Ti jangan jual kat orang lain pulak.” 

“Takde la Kak Ti nak jual kat orang lain dah.. Nak cari orang yang sanggup beli selama ni pun susah. Kat kampung ni, siapa la yang nak beli barang-barang kedai makan.. Kalau ada pun, orang yang berniaga kedai makan juga la. Tapi itu pun takde yang nak..”

“Saya datang nak sampaikan itu je.. Saya dah lambat nak pergi kedai. Lambat sangat kan, kena pecat dengan pekerja pulak.” Safwan dan Suriati ketawa bersama.

“Ah.. dah alang-alang kat sini, Kak Ti bungkus je la teh ais empat.. Eh, lima je la.. Bungkus teh ais lima.” Safwan sempat memesan air minuman untuk para pekerjanya yang berada di kedai memandangkan dia ingin ke sana. Walau pun hanya sebungkus teh ais untuk setiap orang, bagi Safwan itu juga peluang untuk dia bersedekah. Sebaik-baik sedekah adalah kepada orang yang terdekat dengan kita terlebih dahulu berbanding orang yang jauh. Ayat itu akan sentiasa disematkan di hati Safwan. Sedang menunggu pesanan air minumannya siap, tiba-tiba telefon Safwan berdering. Safwan segera menjawab apabila melihat panggilan dari isterinya, Nadia.

“Assalamualaikum..bang.. Sayang lupa nak bagitau tadi. Boleh tak sekejap lagi sayang nak keluar dengan adik? Sayang nak bawa adik jalan-jalan kat pekan sambil cari barang sikit. Abang izinkan tak?” Suara Nadia kedengaran. Wanita itu langsung menyatakan hasratnya tanpa menunggu Safwan menjawab salamnya terlebih dahulu.

“Waalaikumussalam.. Baiklah.. Tapi sayang nak pergi dengan apa ke pekan?” 

“Naik grab je la.. Adik dah order grab untuk datang ambil kat rumah.”

“Baiklah kalau macam tu.. hati-hati sikit kat jalan.” 

“Abang ada nak kirim apa-apa tak?” 

“Hmm..takde la.. Cuma nak pesan, jaga diri baik-baik.. Tengokkan juga adik tu.” Safwan menyampaikan pesanan kepada isterinya.

“OK.. love you.. Assalamualaikum..” Nadia segera mematikan panggilan telefon.

“Waalaikumussalam..” Safwan menggelengkan kepala sambil tersenyum dengan tindakan terburu-buru isterinya itu. Ketika itu juga Suriati menghulurkan bungkusan air minuman yang dipesan oleh Safwan sebentar tadi. Selepas membuat bayaran, Safwan menjadi terleka dan melanjutkan perbualannya dengan pemilik kedai makan tersebut. Setelah menyedari kealpaannya beberapa minit kemudian, Safwan segera meminta diri dan segera menuju ke kedainya.

Sesampainya di kedai, Safwan segera menghulurkan air yang dibelinya kepada setiap pekerjanya. Air bungkusan tersebut hanya berbaki dua bungkus untuk dirinya sendiri dan Aisyah yang sedang menjaga kaunter pembayaran. Safwan tanpa menunggu, langsung mendekati Aisyah dan menghulurkan air kepada Aisyah. Safwan masih menggantungkan tangannya sambil memegang bungkusan air yang dihulurkan kepada Aisyah. Gadis berpurdah itu masih sibuk mencatat sesuatu di buku dan masih belum menyambut air yang dihulurkan oleh Safwan kepadanya.

“Cepat la ambil air ni.. Lenguh dah tangan ni..” Safwan cuba bergurau dengan Aisyah.

“Nanti sat.. nak tulis ni dulu..” Aisyah memberi alasan. Setelah siap melaksanakan tugasnya, barulah Aisyah menyambut air yang dihulurkan oleh Safwan kepadanya. Namun kali ini Safwan memegang bungkusan air itu dekat kuat sehingga Aisyah tidak mampu menarik dari tangannya. 

“Ish.. nak bagi ke tak ni?” Aisyah menjeling kepada Safwan.

“Ambil la..” Safwan yang masih ingin mengenakan Aisyah masih tidak melepaskan pegangan kemasnya pada bungkusan di tangannya.

“Dah la, kalau tak nak bagi..” Aisyah mula merajuk. 

“Tak..tak.. Nah..ambil la.. Jangan nak merajuk..” Safwan akhirnya mengalah kerana tidak ingin anak gadis Ustaz Razali itu merajuk. Aisyah pun mengambil air yang dihulurkan kepadanya.

“Anak bongsu yang perempuan memang suka merajuk ke?” Safwan masih cuba berjenakan dengan gadis berpurdah itu. Fikirannya juga teringat kepada Nadia dan Alyaa. Mereka bertiga mempunyai persamaan iaitu anak perempuan bongsu dan memiliki seorang abang. Aisyah tidak menjawab pertanyaan lelaki itu melainkan menjeling dengan hujung matanya. 

“Adik beradik Aisyah cuma dua orang ke?” Safwan mula bertanya. Selama ini dia tidak mengenali dan tidak pernah melihat anak-anak Ustaz Razali selain Aisyah dan Azlan. 

“Tak lah.. Saya ada enam adik beradik. Tapi Kakak yang sulung tu dari mak lain. Dulu ayah ada isteri lain, tapi meninggal awal. Ayah kahwin pula dengan mak, dapat lima orang anak lagi. Dari mak ni pun, yang sulung perempuan jugak. Lepas tu tiga lelaki. Aisyah yang bongsu pula perempuan. Kakak dan abang yang lain semua dah berkeluarga, duduk kat luar. Ada duk kat Johor, ada kat Melaka. Kelantan pun ada. Yang Abang nombor dua pula duk kat Jordan.” Aisyah bercerita mengenai adik beradiknya.

“Kat Kelantan pun ada? Duk kat mana?” 

“Ah, abang nombor tiga jadi cikgu kat Kelantan. Kat Pasir Mas..Kakak sulung ikut suami dia kat Melaka. Kakak sorang lagi yang mak lain, duk kat Johor. Jadi lecturer kat UTM, Skudai sekali dengan suami dia.” Selesai menceritakan tentang adiknya, Aisyah memasukkan penyedut minuman dari bawah purdah yang dipakainya untuk meminum air pemberian Safwan. Safwan tidak lagi menyambung pertanyaannya dan berdiam diri sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience