Bab 37

Romance Series 8087

ALYAA terpegun apabila melihat jumlah ayam yang dipelihara oleh Safwan. Hanya dalam masa cuma beberapa bulan sahaja, abangnya itu sudah memiliki lebih dari enam ratus ekor ayam penelur, beberapa ekor kambing, menternak ikan talapia dan kebun sayur-sayuran termasuklah sebuah kedai yang menjual semua hasil pertanian dan peternakannya itu sendiri.

“Setiap hari ke ayam ni semua bertelur?” Alyaa ingin tahu.

“Ah.. tapi tak semua la.. Sekarang ni lebih kurang empat ratus ekor je yang dah bertelur. Ni, yang bahagian sebelah ni je. Kalau yang bahagian sebelah tu dalam dua ratus ekor lebih lagi yang belum start bertelur. Mungkin dalam minggu depan kot start bertelur. Abang beli anak ayam ni sikit-sikit je. Seminggu sekali, beli berapa puluh ekor je. Sebab tu umur ayam tu semua tak sama.. Sekarang pun abang ingat nak tambah lagi dalam tiga ratus ekor.. Biar full reban ni. Hasil pun makin meningkat nanti.” Safwan bercerita sambil mengisi dedak ayam ke dalam bekas makanan yang telah disediakan. Alyaa kagum dan terinspirasi dengan semangat yang sentiasa berjuang dan berusaha memajukan diri oleh abangnya itu. Selesai memberikan makan kepada ayam, mereka pun menuju pula ke arah susunan tangki air yang berisi ikan talapia. Ketika itu juga Amir baru tiba dengan membawa selonggok rumput yang dicarinya untuk diberi makan kepada kambing. 

“Ayam aku dah beri makan mir.. Kau bagi makan kat kambing je la. Ikan ni pun aku bagi je la makan. Dah selesai uruskan kambing, kau tolong aku kat kebun je la nanti.” Safwan menyapa Amir.

“OK.” Amir menjawab ringkas sambil tersenyum. Matanya melirik ke arah Alyaa yang berada di samping Safwan. Dia mula tertanya-tanya gerangan gadis tersebut kerana belum pernah melihatnya. Setelah memberi makan kepada ikan talapia peliharaannya, Safwan membawa Nadia menuju ke arah kebun sayurnya pula.

“Wah, banyak betul sayur abang tanam.. Bermacam jenis..” Alyaa kelihatan teruja dengan hasil usaha abangnya.

“Abang tanam sikit-sikit je setiap jenis.. Senang sikit nak jual sendiri. Ni pun baru masuk musim kedua. Kalau boleh abang nak tambah lagi keluasan kebun. Hasil sekarang ni macam dah tak cukup je untuk di jual kat kedai tu. Permintaan tinggi sekarang. Tapi tu la.. Tanah la takde. Ni pun abang minta guna tanah ni dari Abang Farhan. Tapi rupanya tanah ni hak Kak Nadia. Nanti mungkin abang kena cari tanah orang kampung pula untuk sewa. Baru boleh tambah hasil.”

“Ish, jangan duk tamak sangat la bang.. Cari harta banyak-banyak pun untuk apa.. Memadailah dengan apa yang abang dah ada.. Lagipun jaga juga kesihatan abang. Adik taknak nanti abang jatuh sakit pula sebab terlalu banyak bekerja.” Alyaa memberikan nasihat kepada abangnya.

“Abang bukan la nak tamak, nak kumpul harta dik.. Nanti dengan hasil tu juga kita dapat guna untuk bantu orang lain. Kalau semua orang islam fikir tak perlu usaha lebih, maka tiada orang islam yang berkemampuan.. Nanti siapa yang akan tolong orang yang susah, yang tiada kemampuan? Siapa yang kena bayar zakat untuk naikkan ekonomi umat islam? Rezeki setiap orang tu berbeza.. Ada je orang yang dah berusaha tapi tidak diberi rezeki yang sepadan dengan usahanya.. Ada orang yang kurang bekerja, tapi diberikan rezeki yang melimpah ruah.. Rezeki tu bukan berdasarkan usaha kita, tapi dah ditetapkan oleh Allah. Kita berusaha ni, semata-mata untuk memakmurkan bumi ni, laksanakan tugas kita sebagai khalifah. Ada yang buka ladang luas, dah banyak habis modal, usaha.. Tapi akhirnya ladang musnah, tak dapat hasil.. So, jelas kan, usaha tidak menentukan rezeki? Bukan nak kata, Allah menafikan segala usaha dan perit jerih kita, tapi Allah nak tengok kesabaran kita. Jika kita bersyukur, nanti Allah akan tambahkan nikmat kepada kita.. Dapat sikit, kita syukur. dapat banyak, kita syukur. Tak dapat apa pun, kita syukur.. Lagipun rezeki kita dah di jamin oleh Allah. Allah dah kata, jika kamu beryukur, akanKu tambah rezekimu dari arah yang tak di sangka-sangka.. Tapi jika kamu kufur, azabKu amatlah pedih.. Abang buat semua ni pun niat kerana Allah. Kalau dapat rezeki lebih, boleh guna untuk bantu orang. Sentiasalah berusaha.. Sebagaimana nabi dah bagitau, beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok dan berusahalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi.”

“Adik suka dengar abang bercakap macam ni.. Adik tak sangka dalam masa beberapa bulan je abang boleh berubah jadi sebaik ni.” Alyaa bersinar matanya memandang ke arah Safwan. Kekaguman menerjah hatinya di saat mendengar syarahan bersahaja dari abangnya itu.

“Ish..adik ni..Adik pun kena ingat tau.. Nanti dah kerja, dah jadi doktor.. Niatlah bekerja tu nanti kerana Allah, sebab adik nak bantu orang lain, nak selamatkan nyawa orang.. Betapa besarnya jasa seorang doktor dalam membantu masyarakat.. Pekerjaan yang sangat mulia..” Safwan menyambung kata-kata dengan memberi nasihat kepada adik perempuannya.

“Insyaallah bang. Adik akan sentiasa ingat pesanan abang tu.” Alyaa tersenyum, bertekad untuk berusaha seperti Safwan. Walaupun pekerjaan mereka berbeza bidang, namun nasihat abangnya itu sangat menyentuh hati. Seketika kemudian, Nadia turut hadir menyertai mereka di kebun tersebut. Beberapa orang pelajar pondok juga turut muncul untuk membantu memetik hasil kebun Safwan itu. 

“Ahh..Pi’e ada sekali.. Jom la bantu abang.. Nanti abang bagi upah. Boleh buat duit poket, simpanan masa depan..” Safwan menyapa syafie yang hadir sama ke kebunnya. Budak lelaki yang telah dibantu oleh Safwan beberapa hari yang lepas itu buat pertama kalinya menjejakkan kakinya ke kebun Safwan. Syafie hanya tersengih apabila di sapa oleh Safwan. Budak lelaki itu dengan girang mengikut teman-temannya menuju ke arah tanaman yang sudah mengeluarkan hasil untuk dituai hasilnya.  

“Itu adik angkat abang.. Abang jumpa dia beberapa hari yang lepas duk tangkap ikan kat dalam parit. Dia tak bersekolah sebab dah tiada ibubapa.. Hidup sebatang kara.. Abang ambil dia, hantar kat pondok Ustaz Li..” Safwan memperkenalkan Syafie kepada Alyaa.

“Allahuakhbar.. Kesiannya dia..” Alyaa menyentuh dadanya. Hati nuraninya terusik apabila mendengar kisah yang disampaikan oleh Safwan.

“Sebab inilah abang perlu sentiasa berusaha.. Abang bukan nak jadi kaya.. Abang nak bantu orang-orang macam Syafie tu.. sekarang ni pun, kebun abang, budak-budak pondok tu je yang duk uruskan. Ternakan tu semua pun, abang dah upah si Amir tu untuk jagakan.. Dia pun selama ni takde kerja, nak kena sara anak bini.. Sebab tu kita kena tahu, rezeki setiap orang tak sama.. Macam Amir tu, dia bukannya pemalas.. Dia dah cari kerja selama ni tapi tak dapat.. Mungkin Allah dah takdirkan, rezeki dia untuk bantu abang.. Masih ramai orang yang macam Amir tu. Bukan mereka tak usaha, tapi mungkin usaha mereka tidak bertepatan dengan takdir mereka. Adik pun tahu kan, abang dulu macam mana.. Abang pun sama dengan mereka.. Sama macam Amir tu.. tambah pula dengan gelaran bekas banduan, takde siapa pun nak ambil abang bekerja. Duk menanam kat rumah pun tak jadi apa.. Allah dah takdirkan usaha abang tu bukan kat rumah.. Habis kangkung abang tanam kena makan ngan lembu. Rupa-rupanya rezeki abang, Allah dah takdirkan ada kat sini.. Bila berhijrah ke sini, baru rezeki abang terbuka luas.” Panjang lebar lagi penjelasan Safwan kepada Alyaa.

“Hmm.. pentingnya hijrah untuk memulakan kehidupan baru.. Sama dengan kisah rasulullah.. Nak kembangkan Islam, nabi diperintahkan oleh Allah untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah. Tiga belas tahun nabi berdakwah di Mekah, tapi berapa orang je yang ikut.. Tapi bila dah hijrah ke Madinah, berbondong-bondong orang mula ikut dakwah nabi dan memeluk Islam sehinggakan Islam tersebar ke seluruh dunia.”Nadia mencelah apabila teringatkan kisah perjuangan Nabi Muhammad yang mulia. Alyaa tekun mendengar kata-kata Safwan dan kakak iparnya sambil menganggukkan kepala.

“Adik nak petik juga la sayur kat kebun ni.. Geram je tengok cili yang penuh, merah kat pokok tu..” Alyaa bersuara apabila melihat pohon cili yang berbuah dengan lebat dan subur.

“Jom la kakak temankan.. Kita petik sama-sama..” Nadia menuntut tangan Alyaa menuju ke arah pohon cili yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Safwan hanya diam berdiri melihat keakraban dua wanita kesayangannya yang sedang berjalan beriringan sambil bergelak ketawa. Sejurus itu juga, Amir datang menghampiri Safwan. Lelaki yang baru selesai menguruskan makan, minum kambing di kandang sebentar tadi mendatangi kebun sebagaimana yang di minta oleh Safwan kepadanya tadi.

“Siapa perempuan tu?” Amir yang masih tertanya-tanya, langsung mengajukan soalan kepada Safwan mengenai Alyaa.

“Itu adik aku.. Kenapa?” Safwan memandang Amir.

“Takde apa-apalah.. Saja tanya sebab tak pernah nampak sebelum ni.” 

“Dia duk belajar kat KL.. saja datang melawat aku kat sini.. Dah lama kami tak berjumpa.” Safwan tersenyum sambil menatap Alyaa yang sedang memetik cili bersama Nadia yang berada tidak jauh darinya. Adik dan isterinya itu kelihatan seperti sudah lama kenal walaupun itu adalah hari pertama pertemuan mereka. Safwan mengalihkan pandangannya ke arah langit yang cerah namun tidak di mamah oleh panas terik mentari. Suasana yang redup itu terasa mendamaikan. 

“Amir.. nanti nak senja, boleh kau tolong sembur racun kat kebun ni? Pam racun dengan racun ada kat sana..” Safwan meminta bantuan Amir untuk menyembur racun bagi menghalau serangga perosak yang akan menjejaskan tanamannya.

“Takde hal.. Nanti aku buatkan..” Amir tersengih menyatakan kesanggupannya. Matanya melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Safwan kepadanya.

“Dekat tong pam tu, aku dah tandakan isipadu untuk racun dan air. Kau jangan tertukar pula.. Garis bawah tu, isipadu racun, lepas itu kau isi air sampai garis yang atas. Untuk hari ni, kau guna racun yang dalam botol hijau tu dulu.” Safwan memberikan arahan.

“Botol apa macam tu? Kau pakai racun apa?” 

“Racun aku buat sendiri je.. Aku pakai racun organik.. Baja pun organik.. Semua buat sendiri. Selain jimat, sayur pun lebih selamat untuk di makan.” Safwan menjawab sambil tersenyum. Amir hanya terangguk-angguk kepala mendengar penjelasan Safwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience