SETELAH selesai menunaikan solat maghrib berjemaah, para penghuni di pondok bersama para tetamu mereka memulakan kuliah. Kuliah maghrib tersebut disampaikan oleh Tuan Guru Haji Salleh, ketua rombongan yang baru tiba di sana yang juga sahabat kepada Ustaz Razali. Para jemaah terlihat khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan. Safwan yang berada di saf paling belakang, menyandarkan badannya ke dinding sambil memejamkan matanya mendengar kuliah tersebut.
“Allah memerintahkan kita untuk menjaga hubungan kita dengan-Nya dan hubungan kita dengan manusia yang lain. Hablum minallah wa hablum minannas.. Mereka akan ditimpakan kehinaan di mana sahaja mereka berada, melainkan dengan adanya hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Dari ayat ini, jelas menunjukkan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia adalah perkara yang tak dapat dipisahkan bagi diri seorang mukmin yang sempurna.” Tuan Guru Haji Salleh bersemangat menyampaikan kuliahnya.
Tidak lama kemudian, Safwan membuka kelopak matanya yang terpejam. Perutnya terasa memulas dan dia perlu pergi ke tandas dengan segera. Safwan menepuk perlahan paha Farhan yang duduk di sebelahnya seraya bangkit perlahan-lahan.
“Bang, perut saya memulas la pula.. Saya ke tandas dulu ya.. Tak tahan dah ni..” Safwan menyampaikan keadaan dirinya kepada Farhan dengan suara yang perlahan.
“Ah..ye la.. Pergi cepat.. Nanti berterabur pula kat sini..” Farhan tertawa kecil sambil tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Matanya memerhatikan Safwan yang berjalan meninggalkan jemaah yang sedang mendengar kuliah di ruang solat berkenaan. Setelah meninggalkan ruang solat, Safwan dengan pantas, segera berlari menuju ke arah tandas.
Manakala pada masa yang sama, di rumah Firdaus, Azlan dan Aisyah sedang menikmati makan malam bersama Nadia, Maryam dan Nazirah. Ketika asyik menjamu selera, tiba-tiba Aisyah memegang perutnya.
“Kau kenapa Icah?” Azlan menegur adik bongsunya itu.
“Icah sakit perut.. senggugut.. “ Aisyah segera berdiri dari kerusi dan meninggalkan meja makan. Nadia turut bangkit dan menyusul ke arah temannya itu.
“Kau ok ke Icah?” Nadia memegang kedua belah bahu Aisyah.
“Aku balik dulu la Nadia.. Tak tahan dah ni.. Maaf ye maksu, kak ira, Icah balik ke rumah dulu ye..” Aisyah segera meminta diri untuk pulang.
“Mai la abang temankan balik.” Azlan yang masih mengunyah makanan di dalam mulut belum selesai menghabiskan makanan di dalam pinggannya.
“Tak pe la.. Abang habiskan la makan dulu.. Icah balik sendiri je la..”
“Biar Nadia je la hantarkan Icah pulang.. Abang Lan makan la dulu..” Nadia menawarkan diri untuk menemani Aisyah. Dia kemudian terus menuntun Aisyah keluar dari rumah.
“Habiskanlah dulu makanan kau tu Lan.. tak baik tinggal makanan tak habis dalam pinggan..” Maryam pula menyampaikan bicara. Azlan tanpa banyak bicara langsung melanjutkan makannya. Setelah selesai menghabiskan makanannya, Azlan segera menyandarkan badannya ke kerusi.
“Alhamdulillah.. Sedap betul makanan ni.. Terima kasih la maksu, kak ira.. Saya balik dulu la ye.. Segan pula duk kat sini..” Azlan cuba meminta diri untuk pulang seraya bangkit berdiri dari duduknya.
“Ah.. ye la.. Terima kasih la juga Lan sebab sudi mai makan kat rumah ni.. Nanti tengok-tengokkan juga si Icah tu..” Maryam turut berdiri untuk mengiringi Azlan pulang dari rumahnya. Nazirah pula masih meneruskan makannya yang belum selesai. Hanya pandangan matanya sahaja yang mengiringi pergerakan ibu mertuanya bersama Azlan.
“Saya balik dulu la maksu.. Terima kasih sekali lagi atas makanan tu.” Azlan keluar dari rumah tersebut.
“Ye la.. Hati-hati sikit berjalan pulang tu..” Maryam berdiri di muka pintu rumahnya. Setelah Azlan mula meninggalkan pekarangan rumahnya, Maryam terus menutup pintu rumahnya itu dan segera menuju ke arah Nazirah yang masih berada di meja makan.
Baru sahaja berada di hadapan kandang kambing, Azlan terserempak dengan Nadia yang baru pulang dari menghantar Aisyah ke rumahnya. Azlan tersenyum kepada tunangannya itu dan Nadia turut membalas senyuman.
“Dah nak balik ke abang Lan?” Nadia menegur tunangnya itu.
“Dah tu, nak buat apa lagi.. Aisyah pun dah balik.. Takkan abang nak duk sorang-sorang kat rumah tu. Segan la abang dengan mak, kak ira..”
“Cepat betul la nak balik.. Padahal baru je datang.. Dah la lama dah tak jumpa. Duduk la dulu sekejap..” Nadia cuba bermanis mulut.
“Dah nak borak sangat, jom la.. Hahaha.. Nadia sihat ke? Ke sakit duk rindukan abang?” Azlan cuba bergurau.
“Takde maknanya nak rindu.. Abang pun tak pernah ingat kat Nadia.. Sibuk la sangat kat KL tu.. sampai tunang pun tak ingat.. Takde tanya khabar..” Nadia memuncungkan bibirnya.
“Hahaha.. Dah betul-betul sibuk, nak buat macam mana..”
“Jadi, kerja tu lagi penting? Takkan langsung takde masa untuk Nadia? Tak boleh nak spend masa sepuluh minit, lima minit untuk tanya khabar?” Nadia menunjukkan reaksi seakan merajuk.
“Takde la macam tu.. abang ada masa free pun, dah tengah malam.. Nak call, mesej Nadia masa tu pun, serba salah dah.. Takut Nadia dah tidur.. Nanti ganggu Nadia tidur pula..” Azlan masih cuba memberikan alasan. Tanpa mereka sedari, mereka berdua sedang berbicara sambil berjalan beriringan dan sudah melepasi rumah Nadia. Setelah beberapa puluh meter berjalan, Nadia baru terperasan mengenai kedudukan mereka.
“Lailahaillallah.. Tak sedar rupanya kita dah berjalan sampai ke sini.” Nadia sedikit terkejut setelah sedar dari keasyikan bersama tunangnya.
“Jom la balik bang..” Nadia segera berpatah balik. Namun dia terkejut apabila tangannya dipegang oleh Azlan. Azlan memegang kemas tangan Nadia, sepertinya cuba menyekat pergerakan tunangnya itu. Nadia hanya diam melihat ke arah Azlan dan membiarkan sahaja Azlan memegang tangannya. Tanpa di duga, Azlan tiba-tiba menarik tarik Nadia ke arahnya. Nadia yang terdorong oleh tarikan tersebut kemudian jatuh ke pangkuan Azlan.
“Nanti la dulu.. Temankan abang dulu..” Azlan merangkul pinggang Nadia dan merapatkan kedudukan badan di antara mereka.
“Apa ni.. Jangan la macam ni.. Kita belum kahwin lagi..” Nadia cuba menolak dada Azlan dengan kedua belah tangannya. Namun tenaga kuat dari Azlan tidak mampu dilawan oleh Nadia.
“Kan kita dah nak kahwin.. Tak lama dah pun.. Sama je la kan..” Azlan cuba menenangkan Nadia.
“Abang.. Jangan macam ni.. Tak baik.. Apa pun kita belum kahwin, belum sah.. Tunggu la.. Tak sampai tiga minggu je lagi..” Nadia masih meronta, cuba melepaskan diri dari pelukan Azlan.
“Itulah.. Dua minggu lebih je lagi. Takde beza la kan.. Abang betul-betul rindukan Nadia.. Abang sayangkan Nadia..” Azlan merapatkan bibirnya ke pipi Nadia. Dia yang sudah hilang kewarasan akibat godaan nafsu tidak mampu mengawal dirinya lagi.
“Abang.. Cukup! Hentikan!” Nadia mengerahkan seluruh kudratnya untuk melepaskan diri dari pelukan Azlan dan langsung menampar muka Azlan dengan kuat.
Azlan yang menerima tamparan dari gadis tersebut mula bersemarak api kemarahannya. Tangannya terasa ringan dan terus membalas tamparan ke arah muka Nadia sehingga menyebabkan tunangnya itu rebah ke tanah. Dengan kewarasan yang sudah hilang, Azlan segera menarik baju kurung yang di pakai oleh Nadia, sehingga baju tersebut terkoyak dan menampakkan tubuh badan Nadia.
Melihatkan tubuh Nadia yang sudah tidak berpakaian, nafsu Azlan semakin bergelora. Tubuh gadis itu di tindih dengan keras dan Azlan mencium leher dan pipi Nadia dengan rakus.
"Abang! Tolong hentikan.. jangan apa-apakan Nadia.. Tolong!!.." Nadia merayu agar dirinya tidak diapa-apakan oleh Alzan.
Namun lelaki yang sudah dirasuki oleh syaitan itu langsung tidak mempedulikan rayuan dan rintihan daripada Nadi. Suasana gelap malam tanpa manusia menambahkan lagi ketakutan dalam diri Nadia. Gadis itu menangis kencang dan hatinya mula berdoa agar diberikan pertolongan agar kesuciannya terjaga dari dinodai oleh tunangnya itu.
“Ya Allah, tolong bantu aku Ya Allah.. Peliharalah diriku dari kejahatan syaitan.. dari golongan jin dan manusia.. Allahuakhbar!!..” Nadia merintihkan doa di dalam hatinya. Dia yang sudah tidak mampu melawan dan hanya mampu berserah kepada tuhan sepenuhnya.
Share this novel