Bab 41 (part 2)

Romance Series 8087

SEJAK pulang ke rumah pada petang itu, Safwan menjadi bingung dengan kelakuan Nadia. Isterinya itu menunjukkan wajah yang masam mencuka dan langsung tidak menjawab sebarang pertanyaan Safwan. Entah apa yang merasuk isetrinya itu. Safwa berkali-kali bertanyakan jika dirinya ada membuat sebarang kesalahan sehingga isterinya itu berdiam diri, namun pertanyaan itu juga langsung tidak di jawab. Letih melayan karenah isterinya, Safwan duduk di sofa ruang tamu sambil menyandarkan belakang badannya dan lengan diletakkan di atas dahi. Bosan dengan kedudukannya, Safwan mengubah pula posisi dengan berteleku sambil menopang dagunya dengan tangan yang disandarkan pada lengan sofa.

Tidak lama kemudian, Alyaa datang mendekati Safwan dan duduk di sebelah abangnya itu. Si adik itu merasa kasihan melihat keadaan abangnya yang masih tidak memahami perubahan isterinya itu.

“Abang.. Kenapa termenung lagi ni?” Alyaa mula bersuara menanyakan keadaan abangnya.

“Entahlah dik.. Abang benar-benar tak faham dengan perangai kak Nadia tu. Pagi tadi elok je.. Abang balik petang ni, tiba-tiba dia berubah mood. Abang tanya pun langsung taknak jawab.. Duk masam je.. Entah apa salah abang.. Nak kata dia datang bulan pun, dia dah mengandung..” Safwan meluahkan perasaannya kepada Alyaa.

“Perempuan mengandung lagi mudah sensitif bang.. Kat pekan tadi pun mood kak Nadia dah tak elok..” Alyaa turut bercerita.

“Hah, dari pagi tadi? Dengan adik pun dia tak bercakap?”

“Dia bercakap je dengan adik.. Tapi dengan mood yang tak seberapa la.. Rasanya dia start jadi macam tu lepas kami lalu kat kedai abang pagi tadi masa naik grab.”

“Lepas lalu kat kedai abang?”

“Ye la.. Masa nak ke pekan pagi tadi, kami lalu kat simpang tiga depan kedai abang tu.. rasanya dia start berubah kat situ la.. Lepas nampak abang duk berbual, hulur air kat perempuan kat kedai tu..”

“Lahaula wala quwatailla.. Astagfirullah alazim.. Jadi sebab dia cemburu tengok abang bercakap dengan Aisyah la?” Safwan menepuk dahi sebelum menggelengkan kepalanya. Rupa-rupanya Nadia masih cemburu terhadap sahabatnya itu kerana masih berdampingan dengan Safwan di kedai. Safwan menjadi bingung. Apakah yang harus dia lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Itu bukan kali pertama Nadia cemburu terhadap Aisyah. Safwan buntu. 

“Adik tak tahu apa yang terjadi dengan kalian.. Tapi pandai-pandai la abang pujuk kak Nadia tu. Adik taknak masuk campur. Ke abang memang betul ada skandal dengan perempuan tu?” Alya serkap jarang.

“Astaghfirullah.. Jangan menuduh macam tu la dik.. Abang mana la pernah nak berskandal ni.. Bercinta pun tak pernah selama ni.. Tau-tau terus kahwin je.. Dalam hidup abang takde dah perempuan lain selain kak Nadia. Abang bercinta dengan dia pun lepas dah kahwin.” 

“Adik tanya je.. Mana la tau orang lelaki ni, bukan boleh kira.. Tau-tau dah berbini empat..” Alyaa sengaja mengusik abangnya itu.

“Hish..adik ni..” Safwan menepuk paha Alyaa dengan keras. Alyaa yang mengaduh menahan sakit tetap ketawa apabila melihat abangnya terusik dengan kata-katanya.

“Adik tahu la abang tak macam tu..” Alyaa segera merangkul lengan Safwan sebagai tanda memujuk abangnya itu. Dia tidak ingin abangnya terus tertekan. 

“Abang nak bercakap dengan kak Nadia la dulu sekejap..” Safwan segera bangkit dan berjalan menuju ke arah bilik tidurnya. Nadia hanya melihat abangnya itu pergi dengan mata yang terkebil-kebil. Dia berharap masalah rumah tangga abangnya itu dapat diselesaikan dengan elok secepat mungkin.

Di bilik tidur, Nadia tetap berdiam diri sambil duduk di hujung katil. Tangannya laju menekan dan menyentuh skrin telefon bimbitnya. Walaupun menyedari kehadiran suaminya ke ruang bilik mereka, Nadia tetap mendiamkan diri dan tidak mempedulikan suaminya itu. Safwan yang ingin memujuk Nadia segera melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya itu.

“Sayang.. Sayang masih marahkan abang?” Safwan tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan mereka. Dia hanya mengajukan soalan itu secara sambil lalu dan dapat menduga isterinya itu pasti akan mendiamkan diri dan tidak menjawab soalannya sama seperti sebelumnya. Dugaan Safwan itu tepat dan Nadia masih sahaja mendiamkan diri.

“Sayang masih cemburukan abang dengan Aisyah?” Safwan langsung bertanya soalan yang sepatutnya dia ajukan. Namun pertanyaan tersebut juga tidak mendapat sebarang reaksi dari Nadia.

“Sayang.. Abangkan dah bersumpah, wallahi, abang tak ada apa-apa dengan Aisyah..  Sayang jangan la cemburu buta macam tu..” Safwan memulakan tugasnya dalam memujuk.

“Jadi memang duk harap sayang buta la? Supaya tak nampak apa abang duk buat dengan Aisyah?” Nadia mula bersuara setelah sekian lama berdiam diri.

“Lailahaillallah.. Ke situ pula.. Takde pun abang cakap macam tu. Sayang jangan duk fikir bukan-bukan.”

“Dah la.. Kalau abang suka sangat kat Aisyah tu, abang kahwin je la dengan dia. Sayang tak kisah..” Nadia melarikan pandangan wajahnya membelakangi Safwan. Safwan semakin bingung. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dikatakannya agar tidak menyakiti perasaan isterinya itu. Kini Safwan hanya mampu menggaru-garu kepalanya.

“Kenapa diam? Suka? Haa.. pergila kahwin.. Dia pun dah lama duk tunggu abang pergi pinang dia.. Ke abang nak sayang yang pergi pinangkan untuk abang?” 

“Astaghfirullah sayang.. Bawa mengucap. Jangan duk melalut.. Abang tak pernah terfikir pun nak menduakan sayang. Hanya sayang seorang je dalam hati abang.” Safwan cuba meluahkan perasaannya dengan jujur. 

“Orang lelaki macam tu la.. Kat mulut semua manis.. Tapi kat belakang bukan main.. Siap tolong suap lagi orang nak minum.” Nadia masih dikuasai cemburu.

“Ya Allah.. Bila masa pulak abang tolong suap makan minum orang ni? Sayang.. Tolong kawal perasaan cemburu tu. Takdenya abang nak suap orang lain.. Baik abang suap sayang je..” Safwan semakin bingung dengan sikap serkap jarang isterinya.

“Ye la tu.. jadi abang nak kahwin bila? Malam ni pun boleh.. Sekarang juga sayang pergi tolong pinangkan dia untuk abang.”

“Lailahaillallah.. Kenapa sayang ni? Nak sangat ke abang kahwin lagi? Kan abang dah cakap, hanya sayang sorang je yang akan jadi isteri abang. Tak faham-faham lagi? Tak habis-habis nak cemburu buta..” Safwan mula berang dan meninggikan suaranya.

Dia benar-benar sudah tidak tahan apabila berterusan di sindir oleh Nadia. Safwan kemudian terus bangkit berdiri dan bergegas keluar dari bilik mereka. Fikirannya benar-benar sudah terganggu dan tidak mampu lagi untuk mengawal emosi. Meninggalkan isterinya di dalam bilik itu adalah jalan terbaik bagi Safwan sekarang bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Nadia pula terus merebahkan badannya dan membenamkan mukanya ke bantal di atas katil. Air matanya dengan deras mengalir keluar dan membasahi bantal. Esakan tangisnya kedengaran sehingga di luar bilik tidurnya. 

Safwan dengan langkah kaki yang laju berjalan menuju ke arah kebun sayurnya. Sesampainya dia di sana, Safwan segera merebahkan badannya di lantai wakaf yang dibinanya di kawasan kebun tersebut. Dia terbaring diam. Matanya tidak berkelip dan hanya memandang atap wakaf tersebut. Perlahan-lahan tangannya digerakkan dan lengannya mula berhenti di dahi. Safwan cuba menenangkan dirinya. Tiba-tiba mindanya mengingatkan tentang kelas pengajian hadith dari Ustaz Razali pada pagi kelmarin yang membicarakan tentang sabar.

“Astaghfirullah alazim..” Safwan meraup mukanya dengan telapak tangan. Nafasnya ditarik dalam dan ditahan sebentar sebelum dihembus kembali.

Safwan mula sedar dirinya gagal mengawal emosi dan terlalu menurutkan amarah dari bisikan syaitan sebentar tadi. Rasa kesal menerjah hatinya kerana telah meninggikan suara tehadap isterinya. Sebagai lelaki yang bergelar suami, Safwan merasakan dia tidak sepatutnya membalas kata-kata sebegitu terhadap isterinya.

Kini dia yakin isterinya itu sudah semakin terluka perasaannya. Sebagai pemimpin, Safwan mengingatkan dirinya bahawa lelaki harus lebih banyak bersabar dan tidak terlalu mengikutkan emosi. Dia sepatutnya lebih beralah dan menggunakan akal sebaiknya untuk mengawal keadaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience