Bab 9

Romance Series 8087

DUA ekor anak kambing yang baru lahir di jilat oleh ibunya secara bergilir. Safwan tersenyum gembira apabila kambing yang baru dibelinya dari Farhan lebih seminggu yang lalu sudah bertambah. Setelah dijilat beberapa ketika, kedua ekor anak kambing itu mula berdiri dan menyusu dari induknya. 

“Alhamdulillah, bertambah lagi dua ekor. Untung betul dapat kambing yang dah bunting.” Safwan masih tidak lekang dengan senyuman di bibirnya.

 “Alhamdulillah, rezeki kau Saf.. dapat pula anak kembar. Jantan pula tu..” Farhan turut gembira.

“Jasa baik abang jugak, bagi kambing yang dah bunting kat saya.. Murah pulak tu..” Safwan tertawa.

“Rezeki kau la tu.. sebab orang lain tak beli kambing tu. Allah dah tetapkan, kambing tu akan jadi milik kau. Abang ni jadi perantara je untuk kau dapat kambing tu. Cantik dah aturan dari Allah.” 

“Assalamualaikum..” Tiba-tiba satu suara memberi salam kepada mereka yang berada dalam kandang kambing. Safwan dan Farhan segera berpaling untuk melihat pendatang tersebut sambil menjawab salam yang di berikan.

“Waalaikumussalam.. Oh kau Lan.. dari mana kau ni?” Farhan langsung menegur setelah menyedari kehadiran Azlan.

“Dari rumah je.. Ingat nak ke rumah abang sebentar. Lalu depan kandang kambing ni, nampak abang dengan Safwan kat sini. Tu yang saya singgah kat sini.” Azlan segera menjawab.

“Oh, abang pun dah nak balik ke rumah ni.. Datang teman Safwan je tengok anak kambing yang baru lahir ni..” 

“Haa.. saya dengar abang dah jual kambing ni semua sekali dengan kandang kat Safwan..”

“Ah.. tak larat dah abang nak jaga kambing ni. Banyak kerja yang nak kena buat. Jual borong je semua kambing tu kat orang.. Ada tinggal lima enam ekor takde orang nak beli, Abang jual je kat Safwan sekali dengan kandang ni. Setidaknya kandang ni pun tak kosong, terbiar je nanti..” Farhan memberikan penjelasan.

“Baguslah kalau macam tu..”Azlan cuma menganggukan kepala.

“Eh, jom la ke rumah.. Abang pun nak balik dah ni.. Saf, jom la sekali.. Minum dulu kat rumah.. Mai.. mai..” Farhan menjemput Azlan dan Safwan ke rumahnya. Tanpa banyak bicara, Safwan dan Azlan langsung mengikuti Farhan untuk ke rumahnya yang bersebelahan dengan kandang kambing tersebut. Setelah sampai di pekarangan rumah Farhan di bahagian pintu dapur, mereka terus duduk di meja batu yang tersedia di situ.

“Ira, bawakan air untuk tiga orang.” Farhan langsung meminta kepada isterinya yang berada di ruang dapur rumah tersebut.

“Baik bang..sekejap  je..” Ira yang sedang menggoreng menjawab panggilan suaminya itu. Maryam yang juga sedang berada di bahagian dapur rumah segera menjengah ke muka pintu.

“Eh, Azlan pun ada.. Dah seminggu kau balik, hari ni baru nampak muka.. Ish..budak bertuah ni..” Maryam segera menegur bakal menantunya itu.

“Biasa la maksu, ronda-ronda kampung dulu.. Tengok perkembangan kampung, jumpa orang-orang kampung dulu.. Ni baru ada masa.. Tu yang baru datang tu..” 

“Haa.. ye la tu.. jadi orang lain lagi penting bagi kau. Maksu ni tak penting la ye..” Maryam ketawa kecil sambil memerli tunang anaknya. Azlan hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Safwan yang duduk di sebelahnya hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Seketika kemudian, Nazirah keluar dari pintu dapur untuk menghulurkan dulang yang berisi cawan dan teko air bersama sepinggan cucur yang di gorengnya sebentar tadi. Dulang tersebut segera di sambut oleh Farhan dan di letakkan di atas meja batu.

“Biasa la mak.. Orang muda.. Sebelum kahwin ni la nak bersuka ria dengan kawan-kawan.. Nak keluar melepak.. Dah kahwin nanti, kena kurung dalam rumah dah..” Farhan mencelah dengan kata-kata sambil menuangkan air teh panas dari teko ke dalam cawan. Cawan yang penuh terisi air itu di letakkan pula di hadapan Safwan dan Azlan.

“Malam ni, datang la makan malam bersama kat rumah ni Lan.. Safwan pun, datang la sekali..” Maryam memberikan jemputan.

“Eh, malam ni saya kena duduk kat pondok mak.. Ada rombongan yang nak datang. Petang ni mereka sampai la.. Mungkin saya balik lewat la sikit malam ni sebab kena layan tetamu kat pondok tu dulu..” Farhan menjelaskan situasi.

“Oh, hari ni ke diorang sampai?” Safwan pula melontar soalan.

“Hari ni la.. Mungkin petang sikit lagi sampai la tu.” Farhan memberikan jawapan.

“Kalau macam tu, saya ajak Aisyah je la datang nanti..” Azlan menyampaikan pandangannya.

“Haa.. takpe la kalau macam tu.. bawa Aisyah sekali buatt teman..” Maryam tersenyum lebar. 

“Jemput la makan Saf, Lan..” Farhan mempelawa dua orang tetamunya itu untuk merasakan cucur yang dibuat oleh isterinya. Tanpa segan, Azlan dan Safwan masing-masing mengambil cucur yang sudah siap terhidang di dalam pinggan di hadapan mereka. Sambil mengunyah cucur di dalam mulut, sesekali air teh di hirup perlahan oleh Azlan. Safwan pula hanya mendiamkan diri sambil matanya melihat ke arah langit. Dari jauh kelihatan awan gelap sudah muncul, berarak di ufuk langit. Mungkinkah hujan akan turun atau awan tersebut akan berarak ke arah lain? Persoalan tersebut bermain-main difikiran Safwan sambil dirinya mengunyah cucur di dalam mulutnya perlahan-lahan.

TIDAK lama kemudian Safwan kembali ke pondok yang menjadi tempat penginapannya. Baru sahaja dia selesai mandi dan membersihkan diri, satu rombongan tiba di pondok Ustaz Razali. Para tetamu yang datang dengan sebuah van dan sebuah kereta itu disambut dengan gembira oleh para penghuni pondok termasuklah Safwan dan Farhan. Setelah bersalaman dan berpelukan di antara mereka, Safwan sempat bertegur sapa dengan salah seorang dari rombongan tersebut.

“Saya Safwan.. Korang ni datang dari mana?” 

“Saya Ridhwan.. Kami dari Kelantan bang.. Dari Pondok Tok Guru Haji Salleh..” jawab salah seorang dari mereka.

“Laa.. dari Kelantan.. Saya pun asal dari Kelantan..” Safwan mengatakan tempat asalnya. Farhan yang berada berhampirannya segera mendekati Safwan.

“Kau dari Kelantan ke Saf? Abang tak tahu pula selama ni.. Kau pun tak pernah bagitahu..” Farhan mula bertanya.

“Hahaha.. Dah abang tak pernah tanya. Eh, tapi rasanya saya pernah bagitahu dulu..”

“Kau bagitau dari Tanah Merah..”

“Ye la.. Tanah Merah, Kelantan..” 

“La.. Abang ingat Tanah Merah kat Kedah..” Farhan menepuk dahinya sambil ketawa. Safwan turut tertawa kerana tidak menyangka perbualan mereka dahulu terdapat salah faham.

Kemudian mereka kembali melayani para tetamu mereka. Safwan terlihat begitu gembira dan ramah dengan ahli rombongan yang baru tiba itu. Mungkin kerana kerinduan pada tempat asalnya sedikit terubat apabila menemui orang dari negeri yang sama dengannya. Ditambah lagi dengan sikapnya yang sememangnya ramah dan meraikan tetamu, sesuai dengan tuntutan agama untuk memuliakan tetamu yang bertandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience