"Macam mana Family kau setakat ni?" Soal Sorang lelaki pada Jack. Jack tersenyum sinis sebelum membalas.
"Aku tak sangka dia sanggup pertarungan nyawa dia untuk selamatkan keluarga aku" balas Jack sambil tersenyum senyum. Siapa lagi yang boleh buat dia tersenyum manis begitu.
Masih segar dingatannya bagaimana sewaktu rumah mereka hampir dirompak, Senrose lah yang berlawan dengan perompak tersebut. Belum sempat dia menghalang perompak tersebut telah tewas di tangan Senrose.
"HAAHAHAHAHAHAHAHH... Nampak nya kata-kata Dien betul"balas lelaki itu.
Terhenti senyuman Jack lalu diangkat kan kening sebelah memandakan, Huh?.
" Yang kau jatuh cinta"balas lelaki itu dengan tersenyum. Wajahnya sungguh persis kacukan sama dengan Adlien.
" Tak salah nak jatuh cinta pada isteri sendiri" semua tertawa mendengar kata-kata Jack. Tak sangka lelaki yang asyik bergaduh dengan Lily, atau nama sebenarnya Rose rupanya boleh jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta ni sebut nama sahaja pun boleh tersenyum hingga ke telinga.
Knock! Knock!
"Masuk!" balas Jack.
"Tuan, Tuan Sam sudah sampai" kata seorang lelaki yang menundukkan kepalanya kebawah. Nampaknya dia adalah orang Jack. Jack hanya membalas dengan angguk kan sebelum mereka semua bangun dari duduk mereka. Ketua sudah sampai.
"Assalamualaikum dan Hi, semua!!" sapa satu suara yang cukup ceria. Semua yang melihat hanya mampu tersenyum. Ini ke ketua mafia dari Australia?.
"HAHAHAAHAH.. Sakan dah boss sorang ni" tawa Dien.
"Kau diam!. Amboi dah ada Girl dekat sini tak nak balik dah, ek. Aku pula kena uruskan semua benda dekat sana, tau?!" berubah mood Sam seketika.
"Maafkan lah adikmu sorang ini. Tapi, bang. Seperti kawan awok sorang ni. Dah ada isteri langsung tak nak turun padang"kata Dien sengaja menyakat Jack. Sekadar hilangkan mood bengang abang sulungnya itu pada dia.
" Macam mana dengan Bella Emylia?, bila bersalin?" Soal Sam sambil tersengih. Tidak sabar menimbang anak buah pertama.
"She's fine. By the way, Your nephew is a boy" kata Dien Sambil tersenyum.
Kesemua mereka tersenyum.
"Taniahh.. Wahhh ada ahli geng baru la kita" kata Adlien.
" Hah, Jack. Macam mana dengan My little Rose. Everything is fine?" soal Sam mereka semua duduk semula ke tempat masing-masing.
"Abang.."
"Abang pula dahhh..." Kata Dien sempat menjeling ke arah Adlien. Mereka berdua turut tertawa mendengar gelaran yang Jack panggil oleh Sam.
"Eyy.. geli aku. Panggil aku macam biasa dah la"balas Sam sambil turut tertawa bersama.
" I'm very love her"
Terdiam mereka semua. Okey jika dah bercakap soal hati ke hati tidak perlu benda nak diketawakan.
"Tak salah sebab diakan memang isteri engkau. Betul tak Adlien, Dien ?" kata Sam sambil matanya jatuh pada kedua adiknya itu. Sempat dia menjeling manja pada kedua dua orang itu.
"Tak..tak.. Kan Bang ngah?" kata Adlien. Dien sudah terangguk angguk kepalanya.
" Kau betul cintakan Rose?. Kau betul betul sayangkan dia?" kata Sam dengan tegas.
Tertelan air liur Jack sebelum dia membalas.
"Aku janji akan jaga dia, sayang dia dan cintakan dia"kata Jack dengan yakin.
" Kau dah 'sentuh' dia ke? "soal Dien.
" Macam mana malam pertama korang? "soal Dien pula.
" Oi!! " sergah Sam. Mukanya sudah ketat semacam.
" Sorry bang"
"Kami masih baru dalam perkahwinan la.. Dia sejak sejak ni pun busy"balas Jack sayu. Kadang-kadang dia pun terasa dengan Rose yang jarang bersama dengan dia.
" Kau try lah rapat dengan dia. Dia malu lah kut"kata Adlien sekadar memberi idea.
"Aku ada idea.."
______________
"Arhhh... Leganya" Senrose yang baru sampai dirumah memasuki ruang rumahnya itu. Perlahan lahan dia melangkah. Sekarang sudah jam 6 petang. Tetapi masih tidak nampak batang hidung Jackfeer. Sejak dia mengahwini Jackfeer dia menyatakan pada Jackfeer dia telah mendapat kerja. Tidak kira apa jawapan Jackfeer dia mahu bekerja. Sedangkan kerjanya ialah sebagai Leader kumpulan Dragon X Nine ini.
Semakin dia melangkah ke biliknya dengan Jackfeer hatinya seakan akan berdebar. 'Perasaan tak sedap hati. Apa benda lah ni'. Buka sahaja pintu, dirinya sudah terkaku berdiri. Terkelip kelip matanya melihat apa yang berada diatas katil itu.
Sepasang baju gaun putih. Dengan acsocesri diatas katil bersama sepasang kasut tumit tinggi dan sepucuk surat di selit. Senrose mencapai sepucuk surat itu lalu dibacanya.
'Sayangku Senrose, pakailah semua tu. Tepat jam 8 malam saya datang jemput awak. From your husband'
Siap ada love di hujung kata itu. Senrose memerhati setiap barangan itu. Nak ke tidak. Tetapi inilah masanya diluangkan bersama Jackfeer. Akhirnya Senrose bersiap juga dirinya dengan barang itu.
Senrose meneliti dirinya di hadapan cermin. Sungguh dia sendiri tidak percaya dengan dirinya sekarang. Cantik!. Buat pertama kalinya dia memakai pakaian putih.
Tersenyum Senrose sendiri di hadapan cermin. Entah kenapa dia berasa teruja dan tidak sabar hendak berjumpa dengan Jackfeer. Hatinya berdebar-debar dengan berbunga-bunga, semakin masa dekat dengan jam 8 semakin hatinya tak tentu arah.
Apabila mendapat sahaja mesej dari Jackfeer yang menyatakan lelaki itu sedang menunggu nya dibawah lekas Senrose mengemaskan diri tubuhnya sebelum lekas menuju ke pintu. Dia menurun tangga dengan berhati-hati. Dia berharap Jackfeer sukakan dirinya sekarang.
Jackfeer sudah berdiri di ruang tamu itu dengan jantung tidak tentu arah. Buat pertama kalinya dia akan membuat kerja gila. Tapi tidaklah gila mana, sebab mereka sudah berkahwin. Jakfeer juga turut mengenakan pakaian putih, coat putih. Sama dengan Senrose.
"Jakfeer.. " panggilan itu sungguh membuat nafasnya terhenti, lagi teruk nafasnya terhenti seketika apabila melihat Senrose sekarang. Jantungnya terhenti seketika, matanya tidak berkelip malah lagi dirinya sudah terkaku. Lama sebelum..
"WAH, You look so pretty" nafas nya seakan akan baru dapat bernafas. walaupun kata-katanya perlahan tetapi cukup jelas di pendengaran Senrose. Tersenyum manis wanita itu mendengar. Lekas dia berlari mendapatkan Jackfeer sebelum lengangnya memeluk lengang Jackfeer. Semakin berbunga hatinya apabila Jackfeer turut membalas peluk kan itu dengan mengenang tangannya. Senyumannya seperti tidak dapat dilendur. Malah semakin menarik ke pipi.
_____________
"I tak sangka you so romantic sayang" kata Kyra sempat mengusap pipi Roy.
"Well see my heart lah" kata Roy sambil mencium pipi Kyra. Malam ni mereka berdua akan menghabiskan masa bersama.
Masing-masing memagang gelas air berisi minum keras itu. Sebelum...
"Roy!"
Tertoleh Roy melihat anak buahnya dia mampu menjeling ke atas. Anak buahnya menghulurkan telefon yang masih berdering.
"Kau nak apa Steven?" soal Roy pada panggilan.
"What?!!" tertoleh wajahnya memandang Kyra. Masing-masing terdiam menanti Kata-kata dari panggilan.
_____________
"Ke.. Kenapa dekat sini?" soal Senrose. Ya! Dia masih ingat disinilah dia buat pertama kalinya meluangkan kan masa bersama Jackfeer. Tetapi ketika itu Jackfeer sepatutnya bersama bekas tunangnya dan situlah dia ditinggalkan oleh Jackfeer.
"Saya nak luangkan masa bersama awak ke tempat kita berdua telah pergi. Walaupun ketika itu saya tidak hargai masa yang bermakna tu" kata Jackfeer sambil suara kedengaran seperti kecewa.
Masih ingat dimana mereka berdua berlari bersama dari kononnya bekas teman lelaki Senrose?. Atau dimana mereka berdua seakan akan berkhemah malam malam buta di sebelah laut dan Tiara mengendap mereka berdua?. Ya situlah mereka sekarang, tetapi yang bezanya di situ tiada siapa hanya mereka berdua sambil ditemani satu meja bulat ditutupi kain putih dan mempunyai lampu lampu kecil tergantung warna putih yang di suluh pada satu laluan sehingga kemeja. Laluan tersebut ditabur oleh kelopak bunga ros putih. Walaupun seperti biasa tapi yang luar biasa kerana Jakcfeer bisik pada Senrose, ini dia yang buat sendiri.
"Ini saya yang buat sendiri"bisik Jakcfeer di telinga Senrose. Sungguh lembut suaranya. Sebelum dia memeluk pinggang Senrose.
" Cantik" Senrose membalas sambil matanya masih tidak berkelip melihat di depan matanya. Hati nya seakan akan cair, sungguh dia terharu.
"Jom"Jackfeer menggenggam erat tangan kanan Senrose lalu dia berjalan di laluan yang sudah ditabur oleh kelopak bunga ros putih dan laluan tersebut di suluh oleh lampu kecil yang tergantung itu.
Senrose sudah duduk di kerusi yang ditarik oleh Jackfeer tadi. Meja masih kosong tiada makanan tetapi ada dua lilin, dua gelas yang diisi air kosong dan terdapat bunga ros di bahagian meja dia. Bunga itu bunga satu merah, satu putih dan satu kuning. Pelik. Itu yang difikir Senrose.
"Bunga ni..."
"Senrose!, saya.. Ada benda nak cakap" Jackfer sudah teragak agak ingin mulakan luahan hati ke hati. Wajah Jakfeer seakan-akan serius. Membuatkan Senrose berasa pelik dan risau.
Senrose pula sudah berdebar kenapa pula ni.. Tak! Tak kan dia nak ber. Pi. Sah!!. Sebab aku tak layan dia ke?. Ke sebab aku tak ada masa dengan dia? Atau.. Yeah kami kahwin bukan sebab suka, sebab terpaksa.. Tapi.. Sekarang aku.. Aku dah cintakan dia kut.. Aduhhh..
" Apa dia?" balas Senrose tak sabar. Risaunya semakin menjadi jadi.
"Saya nak awak jadi isteri saya... saya nak awak jadi pendamping saya.. saya nak awak temani hidup saya sampai saya mati... saya nak awak sentiasa di sisi saya....Selamanya. Jujur cinta ni semakin lama semakin dalam dan sayang pada awak. Saya tahu kita tak pernah bercinta tapi perasan ini hadir bila dulu kita selalu gaduh.. Melihat wajah awak yang marah buat saya rasa bahagia, hahahaahahh " kata Jackfeer. Tawannya kedengaran ihklas. Senrose sudah terdiam sekejap sebelum dia dapat rasakan hatinya berbahang kehangatan dan seperti cair mendengar kata kata Jackfeer.
"Jackfeer.."
"Awak kena dengar apa yang saya nak cakap dulu..." potong Jackfeer. Dia tak kisah apa yang dikatakan oleh Senrose nanti. Asalkan dia dapat luahkan perasaan dia.
"Bunga tu. Ada sebab saya bagi bunga tu dekat awak. Merah lambang cinta saya pada awak, hanya awak.Putih lambang cinta saya pada awak adalah jujur, ikhlas, suci dan setia abadi. Kuning lambang persahabatan kita berdua, hanya awak sebagai isteri saya yang akan menjadi sahabat saya selamanya...Senrose saya betul betul dah jatuh cinta pada awak, sejak awak terlanggar bahu saya dekat mall dulu. Itu pertama kali saya rasa saya suka pada awak. Saya rasa saya nak selalu berada dengan awak. Perasaan ini makin mendalam dan saya tak sangka awak bekerja dalam rumah saya. Saya teruja sebab dapat dekat dengan awak" Tersenyum Jackfeer apabila kenangkan kenangan itu. Bagai mana terujanya dia ketika mendapat tahu Senrose menjadi maid di rumahnya. Sejak hari itu, dia seperti angau.
Matanya tidak lari melihat ke mata Senrose. Melihat wajah Senrose malam itu sungguh membuat hatinya makin tidak tenang tambahan melihat senyum wanita itu.
" Nur Alina Senrose Binti Muhammad Shahmil Ahmad... Sudi tak awak jadi isteri saya yang betul betul, yang sememangnya sah dan terima saya sebagai suami awak yang awak sangat cintai" kotak kecil putih berbentuk hati dikeluarkan dan dihulur pada Senrose. Senrose yang agak tergamam tetapi disambut juga kotak itu, hatinya jangan digambarkan berbunga dan degup laju. Sungguh dia cair dengan Jackfeer sekarang.
" Muhammad Jackfeer Wafiey Bin Johari Zain, Saya sangat sangat sangatttt lahhhh sudi!!" Senrose menjerit apabila berkata sudi itu. Gembira hatinya apabila menyatakan itu. Dia membuka kotak putih itu lalu dia mencapai cincin dan di sarungkan ke jarinya. Tersenyum senyum dia melihat cincin itu sangat cantik di jarinya.
" Cantiknya.. " kata Senrose perlahan.
"Terima kasih, sayang.. I'm really love you" Jakfeer sudah berlari mendapatkan Rose yang sudah berdiri sambil melihat jarinya itu. Lalu dipeluk isterinya sekuat hati. Beberapa kali dia mencium pipi Senrose sesekali terkena pada bibir, apasalahnya merelakan sudah kahwin.
"Me too. Saya cintakan awak sejak kita kahwin" balas Senrose perlahan di telinga Jakfeer tetapi cukup membuat suaminya sudah bergelora didalam hati. Senrose membalas peluk kan tersebut. Jakfeer sudah mengangkat tubuh kecil itu dan perpusing pusing sambil berpeluk, nak melayang Senrose dibuatnya. Sekejap itu Jakfeer berhenti seketika.
"Eh kiranya saya yang jatuh cinta dengan sayang dulu?" Jakfeer leraikan pelukan tetapi tangannya masih di pinggang Senrose.
"Erm.. Nampak gayanya macam, ya" balas Senrose tertawa kecil.
"Eee... Mana adil, saya pula kena jatuh cinta dulu. Sepatutnya kenalah jatuh cinta sama-sama" kata Jakfeer sedikit merajuk, kembali semula ke tempatnya dan duduk.
"Saya nak jatuh cinta pada orang yang digelar suami kenapa Nur Alina Senrose Binti Muhammad Shahmil Ahmad, sahaja. Sa. Ha. Ja" kata Senrose tersenyum senyum dalam serius menandakan kata katanya BETUL.
"Saya lah tu.. Hheheheheh awak cintakan saya juga rupanya" kata Jakfeer seperti budak kecil. Mukanya disembunyikan sedangkan Senrose sudah tahu mesti dirinya malu sekarang apabila menyebut begitu.
"Sayang... Mana makanan saya dah lapar" kata Senrose, nada manja dia memanggil Jakfeer Sayang. Jakfeer sudah lembik badannya mendengar Senrose memanggil dirinya sayang. Jantungnya makin tidak duduk diam.. Huhuhuhuhh sabar wahai jantung tak pasal pasal engkau keluar karang.
"Apa sayang panggil saya?"
"Sayang...."Sungguh menggoda dan manja.. Senrose yang melihat Jakfeer sudah semakin kuat tawanya. Suka melihat Jakfeer tidak tentu arah sekejap membetulkan bajunya sekejap membetulkan sudu garpu di meja.
" Erm..! Please.. "Jakfeer hanya mengangkat tangannya sambil berkata, lalu Terdapat beberapa lelaki sampai dengan pinggang di tangan. Setelah semuanya terhidang mereka jamu hidangan itu dengan gembira, kadang kadang sedikit tertawa dan tersenyum.
Kenangan yang tidak boleh di lupa dua sejoli itu. Terasa seperti mereka berdua baru kahwin.
_____________
"Erm.. Nampaknya berhasil" kata Dien didalam kereta itu,sebagai pemandu. Matanya melihat agenda Senrose dan Jakfeer itu. Melihat Senrose makin tertawa kuat membuat dia kadang kadang tersenyum.
"Baguslah" balas Sam yang berada di sebelahnya. Turut menonton Senrose dan Jakfeer. Seperti Dien dia juga turut tersenyum mereka dua sejoli itu tersenyum.
Tidak lama muncul Adlien yang juga turut tersengih sengih.
"Nampaknya kita akan timbang anak buah baru lagilah jawabnya" kata Adlien sambil tertawa. Mati senyuman Adlien dan Sam. Mereka berdua memandang sesama sendiri.
Kedengaran telefon berdering... Masing-masing mencapai telefon masing-masing tetapi rupanya hanya telefon Dien yang berdering. Melihat nama kesayangan di telefon tersenyum dia.
"Bini panggil balik la tu.." kata Adlien. Terjeling mata Dien pada Adlien sebelum dia mengangkat panggilan.
"Ye, sayang.." tersenyum-senyum Dien.
"Okey.." Balas Dien sebelum mematikan panggilan.
"Uncle Ong panggil" kata Dien membuatkan keduanya adik beradik nya berwajah bengis. Jika Uncle Ong memanggil sudah semestinya ada yang tidak kena.
-----------------------
"Ada apa Uncle nak jumpa Sam?" Soal Sam yang baru singgah didalam satu ruang bilik. Suram sahaja bilik tersebut.
"Senrose... Nampaknya dia dengan Jack makin mesra. You tak risau ka?" soal Uncle Ong yang muncul di sebalik meja. Uncle Ong memusing kan badannya menghadap Sam yang masih berdiri di pintu.
"Kami tahu kami nak buat apa itu Uncle jangan risau" balas Sam sambil melangkah ke satu meja kecil yang dikelilingi sofa. Sam mengambil satu ruang duduk sorang sofa itu lalu direbahkan punggungnya.
"Senrose... Sudah lama Uncle tidak jumpa" kata Uncle Ong sambil tersenyum sinis.
"Uncle nak cakap pasal dia orang" kata Uncle Ong sambil menuju ke Sam. Dia juga turut duduk di sofa berhadapan dengan Sam.
Mendengar sahaja gelaran dia orang itu lekas dia memberikan tumpuan.
--------------
BERSAMBUNG
Share this novel