Bab 25

Romance Series 8615

"Apa yang diaorang cakap dengan kau,sampaikan muka kau berubah macam baru dengar berita buruk je"kata Jakfeer yang baru tiba disisi Senrose.

Mendengar suara Jakfeer yang tiba-tiba muncul.Senrose lekas membetulkan riaksinya dan keadaannya yang sedikit terkedu tadi.

"Ha?!.Erm.. diaorang beritahu saya,jadilah isteri yang baik dan solehah.Banyak diaorang nasihatkan saya,macam saya nak bunuh awak pula kan?"balas Senrose yang sedikit tertawa kecil dihujung kata.Sebelum dia tersedar dengan kata-kata sendiri.

'Bunuh? Bukan itu ke misi kau,Senrose?.Erm... aih sekarang ni lain pula yang jadi dari yang di rancang.Macam mana aku nak beritahu Ryan semua ni.Tak pernah-pernah misi aku panjang macam ni'bisik hati Senrose.Memikirkan nasibnya yang sekarang,yang semakin membuatkan dirinya serabut.

"Hush!.Awak nak bunuh saya ke? Jikalau begitu.Bunuhlah saya tetapi jangan bunuh cinta ini pada awak itu,okey sayang"balas Jakfeer dengan suara yang lembut sambil dengan senyuman miang.Sempat dikenyitkan mata sebelah sebelum di tunjukkan bibir seakan-akan ingin mencium Senrose.

Lekas sahaja Senrose menolak muka Jakfeer kebelakang.

"Saya rasa saya kahwin dengan Tuan Jakfeer yang bengis,annoying dan langau.Awak ni siapa?"kata Senrose dengan pandangan tajam ke arah Jakfeer tetapi mulutnya sudah rersengih-sengih,tercuit hatinya apabila Jakfeer memanggilnya sayang dengan nada yang sangat lembut dan romantik itu.Mahu sahaja hatinya cair jika dia tidak sempat mengawalnya.

"Saya suami awaklah,sayang.Suami sendiri pun tak kenal"balas Jakfeer yang sudah menarik muka seperti merajuk.Bibirnya dimuncung ke depan dan tangan disilang ke dada.

"Suami saya Muhammad Jakfeer Wafiey Bin Johari Zain yang bengis,annoying dan..."

CUP!

Tergamam dan terkedu,Itulah apa yang jelas terpancar diri Senrose sekarang.Kali ini sudah dua kali Jakfeer berani mencium bibirnya.

"Yang romantik..dan penyayang.Isteri saya pula kalau awak nak tahu namanya,Nur Alina Senrose Binti Muhammad Shahmil Ahmad.Kalau awak nak tahu, orang selalu panggil dia Lily mungkin dari nama dia yang Alina tu bukan?"Lagi sekali kata-kata Jakfeer telah membuat Senrose sudah ternganga dan matanya dibesarkan.Terkejut.Tetapi Jakfeer hanya tenang berkata tadi.Sempat dihadiahkan satu senyuman manis.

"Ma...macam ..macam mana awak tahu?"kata Senrose.Wajahnya separuh pucat dan terkejut.Dia cuba abaikan perasaannya yang sudah cair dan berbunga.

"Kenapa? Pelik? Bukan ke itu nama yang awak letak diresume awak?.Peliklah sayang saya ni hari ni"balas Jakfeer yang tersengih-tersengih.

'Sumpah! Macam mana dia tahu.Sstahu aku Ryan pun tak tahu nama penuh aku.Macam mana dia tahu?.Jakfeer....awak siapa sebenarnya?'Hatinya bagaikan kertas soalan ujian peperiksaan .Sungguh banyak soalan yang tidak berjawab.Pelbagai andaian Senrose telah rekakan.Entah betul atau tidak itu dua harus mencari jawapan.

"Jakfeer,awak kenal ke...."

"Pengantin sila turun ke lantai utama.Kita ada pesta menari untuk pengantin raja sehari kita hari ini!" Suara kuat itu jelas diucapkan oleh pengurusi majlis perkahwinan Jakfeer dan Senrose itu.Selepas suara itu terhenti kedengaran bunyi tepokkan yang kuat sambil bunyi nyaring kejeritan.

Kata itu telah menghentikan suara Senrose yang ingin ditanya oleh Senrose pada Jakfeer.Mendengar sahaja mereka diseru.Jakfeer terus memeluk pinggang Senrose dengan sebelah tangannya dan menarik pinggang Senrose untuk berjalan seiring dengannya menuju ke lantai bawah.Senrose yang tersedar pinggangnya ditarik hanya mengikut langkah Jakfeer.Tubuhnya terasa seperti melekat dengan tubuh Jakfeer.Senrose hanya memberi senyuman sahaja sambil matanya sekejap menoleh memandang wajah Jakfeer.Tidak sangka,lelaki yang bengis gila dengannya kalah Ryan itu ialah suaminya sekarang.Tersenyum-senyum Senrose apabila mengingati detik Jakfeer sering bengis dengannya.

"Hey! Lily .Engkau jangan nak senyum-senyum hodoh kau tahu!"

'Hodoh nilah jodoh awak kan'bisik Senrose sambil tersenyum-senyum.

"Aku bencilah dengan engkau ni,eiii tak ade nyer aku nak cintakan engkau.Dah lah pemalas!"

Senrose tidak dapat tahan lagi,apabila mengingatkan detik itu.Kalau nak ingatkan masa itulah buat pertama kalinya dia meliku kepala Jakfeer kerana memanggilnya pemalas.Lepas tu,Jakfeer merengek memanggil Puan Hany Wulan dan Jafeer mengadu pada Puan Hany Wulan yang Senrose meliku kepalanya sehingga ada kesan benjol dikepalanya.

"HHAAHAHAHAH...."Senrose tidak tahan lagi,dia telah melepaskan tawa yang deras didengari oleh Jakfeer.

"Sayang...sayang dah kenapa?"Entah mengapa melihat Senrose tertawa dia turut tersengih-sengih sehingga tertawa kecil melihat Senrose yang semakin tertawa kuat.Inilah peluang photographer untuk mengambil peluang pengantin sedang tertawa seperti tidak ingat dunia.

Satu muzik dimainkan lagu mula dimainkan.Bergema ruang yang telah menjadi sunyi apabila lagu dimainkan.Senrose hanya terdiam apabila dia dan Jakfeer sudah tiba dilantai utama itu dan berdiri ditengah-tengah lantai itu yang dicorakkan ditengah itu satu bulatan yang penuh corak bunga-bunga berkelopak besar yang terukir dilantai itu.

Jakfeer sudah berdiri tegak dihadapan Senrose.Senrose menjadi aneh tingkah Jakfeer.

'Sekejap.Kita kena menarik ke?'soalan itu mahu sahaja dia luahkan tetapi terhenti apabila Jakfeer yang sudah menundukkan separuh tubuhnya sambil sebelah tangannya di bawa kebelakang dan sebelah lagi dihulurkan pada Senrose.Tanda ajakkan untuk menari bersama.

Senrose membalas ajakkan Jakfeer dengan menyambut huluran itu dengan sebelah tangannya dan sebelah tangan lagi memegang kain baju pengantin sedikit dan tubuhnya di bongkokkan sedikit sambil jari yang mencubit sedikit kain itu serta merta turut terangkat sedikit.Bila mereka berdua sudah tegakkan badan semua,tangan digengaman Jakfeer telah dibawa ke bibir Jakfeer dan diciumnya.

Semua menjadi saksi sudah tersenyum-senyum.Gembira pula mereka melihat aksi romantik dua sejoli dihadapan mereka.

Tiba lagu mula masuk,Jakfeer melangkah ke hadapan lalu sebelah tangan digengam erat tangan Senrose sebelah lagi memeluk pinggang Senrose manakala tangan sebelah Senrose diletakkan atas bahu Jakfeer.Sekarang barulah Serose faham yang mereka memang akan menari,sepertinya Senrose sudah tahu tarian apa mereka akan menari,iaitu ball dance.

Lagu yang dimainkan Senrose sudah tahu.Kerana itu ialah lagu kesukaannya dahulu.Iaitu lagu Love Story penyanyinya ialah Indila,yang menghairankan mengapa lagu ini.Lagu berbahasa French.

Pergerakkan tarian sudah dimulai.Mata Senrose hanya memandang tepat ke mata Jakfeer yang turut memandangnya dengan satu senyuman manis terukir.Sesekali Jakfeer memuji Senrose yang pandai menari.

Lama ke lamaan Senrose juga turut tersenyum sehingga mereka sama-sama tertawa sambil menari.

'Aku tak tahu apa dah jadi tapi aku dapat rasakan hati aku mula berbunga,itu cinta ke? Aku dah jatuh cinta dengan Jakfeer?. Arhhh hahahah tak mungkin.Seorang mafia yang jiwa kental tak kan jatuh cinta.Tapi betullah.Tiap kali pandang wajah dia.Pandang matanya,pandang senyuman dia dan bila aku pandang ja dia ,benar hati aku memang tak duduk diam.Ya aku sudah jatuh cinta dengan Jakfeer'bisikkan itu bagaikan bunga yang sudah menjadi bermekar-mekar dihati Senrose yang sedang menari.

'Tapi kalau dia tahu niat sebenar aku macam mana?.Tapi sanggup ke aku nak bunuh dia? Suami aku? orang yang aku sudah jatuh cinta? Tapi kalau dia tahu niat aku dan kerja aku mesti dia akan benci aku dan tak cintakan aku.Sekejap sayang ke Jakfeer pada aku?,dia dah mula panggil aku sayang,jika benar tiada sayang mengapa panggil sayang kan? Arhhhh... serabut kepala!'bisikkan itu telah mengendurkan bibir Senrose yang mengukir senyuman itu.

Walau mereka sedang menari ,merenung sesama mata masing-masing sambik tersenyum penuh romantik,sweet sungguh siapa yang melihat.Tetapi bukan pada Senrose yang sedang banyak berfikir itu.

___________________________

"Lagu French?amboi cepat betul ingin tunjuk diri"satu senyuman singgah pada wajah bengis itu.Seorang lelaki yang tidak jauh kedudukannya dengan lantai tengah yang telah diutamakan pada pasangan pengantin dua sejoli iaitu Jakfeer dan Senrose.

Lelaki itu sempat meneguk air didalam satu gelas sehingga tiada sisa yang tertingal.Selesai minum dia bangun dan berlalu pergi meninggalkan satu note kecil terselit dibawah tapak gelas itu.

'Seronoklah dahulu,suatu hari dendam dihati ini pasti terbalas.Nyawa harus diganti dengan nyawa.Keturunan kau akan terhapus.

Sahabat lama ' nota itu tertulis.

BERSAMBUNG

Baru nak nikmat kebahagiaan ada je yang ganggu, itu baru ujian hidup kawan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience