Senrose yang baru ingin keluar dari tandas bilik hotel itu terhenti apabila Jakfeer yang datang entah dari mana muncul dihadapannya dengan renungan yang tepat ke dalam matanya.
Pelik Senrose melihat renungan yang serius itu.Berkerut dahinya.
"Awak dah kenapa?"soal Senrose tersengih-sengih melihat keanehan tingkah Jakfeer itu yang sudah semakin hampir ke depan dekat dengannya.Di dalam fikiran Senrose mungkin Jakfeer sekadar ingin bergurau untuk melihat Senrose gabra atau tidak. Tak mungkin Jakfeer ingin buat yang bukan-bukan, kannnn?.
Senrose sudah semakin lama semakin kebelakang sehingga dia kembali masuk ke dalam tandas.Senrose terus melangkah mengundur kebelakang sehingga tiada jalan mengundur lagi untuk dia melangkah ke belakang apabila dia sudah terlanggar dinding dibelakang tubuhnya itu yang membuatkan dia terhenti langkahnya,tetapi bukan terhenti bagi Jakfeer yang terus melangkah kedepan sehingga tubuhnya sudah rapat dengan Senrose.Tiada seinci pun jarak mereka.
Senrose dapat rasakan nafas tenang Jakfeer yang keluar itu,berbanding pula dengan dirinya yang sudah bernafas guna mulut kerana dia rasakan pernafasan guna hidung seperti tidak cukup pula oksigen.Tercunggap-cunggap Senrose mencuri nafas.Laju pula jantungnya sehingga meresahkan diri Senrose sekarang.
Berkelip-kelip mata Senrose apabila memandang renungan tajam Jakfeer yang sudah betul-betul dihadapannya itu.Kepalanya sudah sedikit mendongak memandang tepat ke wajah Jakfeer yang tinggi sedikit darinya itu.Jelas Sernose dapat lihat mata Jakfeer merenung matanya sekejap ke arah bibirnya,membuatkan dirinya makin gelisah.
"A...aa...awak dah ..ke..kenapa?"tergagap-gagap Senrose dibuatnya.Wajahnya jelas keresahan.Tubuhnya sudah ditahan ke dinding.Kalau boleh mengundur lagi biarlah sehingga dinding ni tembus tubuhnya pun tak apa.Asalkan Jakfeer jauh sedikit.Tapi kini betul-betul dihadapannya.Bukan itu sahaja,Jakfeer sudah mengangkat tangannya menahan kiri dan kanan tubuh Senrose.Membuatkan Senrose sudah terperangkap ditengah-tengah.Tiada jalan lain.
Membuatkan Senrose semakin resah.Tiba-tiba Jakfeer tersenyum sinis.Jakfeer mendekatkan pula wajahnya ke wajah Senrose perlahan-lahan.Kalau tadi Senrose terasa nak tembus dinding tubuhnya,tapi sekarang dia terasa ingin ghaib terus.Tidak pun biar jelah wajahnya yang tertembus dinding itu.Jelas terasa dibibir Senrose nafas Jakfeer dihembus dibibirnya.Bibir Jakfeer kini makin dekat dengan bibirnya.Mata Jakfeer sudah dipejamkan.Tetapi Senrose matanya dibulatkan .Sebelum dia turut menutup matanya dengan rapatnya.Seperti memaksa matanya tutup agar tidak nampak apa yang berlaku.
'Dia...dia nak cium aku ke?!'hati Senrose sudah terjerit-jerit.
"Jakfeer..."
Bulat terus mata Senrose memandang tepat ke hadapannya.Dia melihat bibir Jakfeer yang sudah seinci dengan bibirnya.Tetapi Jakfeer sudah menghentikan gerakkannya lalu dia membuka semula matanya yang sekali gus memandang tepat ke mata Senrose.Jakfeer menjauhkan dirinya dari Senrose yang sudah terpinga-pinga.Jakfeer keluar dari bilik tandas itu.
Senrose kembali tersedar bahawa ada satu suara yang memanggil Jakfeer tadi.Jelas dipendengarannya bahawa suara itu ialah Puan Hany Wulan.Senrose pasti suara itu datang dari luar bilik tu.Senrose pula keluar dari bilik hotelnya itu.
Senrose yang masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
"Kak!"satu suara memanggilnya dari belakang.Senrose menoleh.Rupanya Johan yang terlari-lari menuju ke arahnya.
"Kenapa?"soal Senrose apabila Johan sudah dekat dengan dia.
"Ada orang nak jumpa dia cakap nama dia...ermm apa aik.Hah!! Sarah!"kata Johan.
Kata-kata Johan itu telah merubahkan wajah Senrose dari blur terus tersedar dan menjadi serius.
Johan hanya membiarkan dan kembali ke dewan meninggalkan Senrose dibelakang.
Dari riak wajah Senrose jelas ada sesuatu dari sebaris nama itu.Seperti tiada baik dari nama itu.Kakinya cepat melangkah ke dewan dimana dia bersanding tadi.Terasa dia harus cepat berjumpa dengan wanita itu,Lydia.
Sqmpai sahaja disana matanya berlari-lari mencari pemilik nama Lydia itu.Sehingga matanya terhenti pada seorang wanita yang sedang berbual dengan Jakfeer.
Wanita itu memakai gaun yang sungguh cantik,berwarna hitam.Sungguh lari dari tema perkahwinan ini yang berwarna maroon.Hampir kesemua tetamu memakai warna maroon.Senrose melarikan matanya pada seorang lelaki disebelah wanita itu .Walaupun kakinya mula perlahan melangkah kearah mereka bertiga itu tetapi hainya masih terasa ragu.
'Mesra nampak diaorang berbual.Kenal ke?'bisik jati Senrose.Senrose cuba tersenyum mesra sehingga nampak putih giginya itu yang tersusum rapi apabila dia sampai pada mereka bertiga.
"Hey! Terima kasih datang"sapa mesra Senrose kedatangan wanita itu .Sempat mereka bersalaman dan berpelukkan.Apa yang dipandang orang pelukkan itu biasa,hanya pelukkan bersahabatan tetapi lain dari mereka berdua.
Semasa berpelukkan dan berlagakan pipi kanan wanita itu dengan pipi kiri Senrose.Wanita itu sempat berbisik sesuatu ditelinga Senrose.
"Jessica sudah kena culik,aku dan Danish akan tolong kau untuk siasat"bisik wanita itu.Disebelah pipi kanan Senrose pula,Senrose yang membalas.
"Thanks,Sarah.Aku akan sama-sama siasat dengan korang"balas Senrose sebelum mereka berdua tersenyum apabila tamat berpelukkan dan berlaga pipi.
"Siapa diaorang ni sayang?"soal Jakfeer yang berdiri disebelah Senrose.Sempat tangan Jakfeer sebelah jatuh dan memeluk pinggang Senrose.Walaupun tidak selesa tetapi Senrose membiarkan sahaja,khas untuk berlakon jika tidak pasti kena Pang!.
"Oh,Sorry dear.This is my friends.Ini Sarah dan ini Danish"mereka dua dikenalkan oleh Senrose pada Jakfeer. Mereka berdua yang mendengar hanya tersenyum dan mengangguk kepala pada Jakfeer.
"Oh kawan.Patutlah diaorang datang tadi cari sayang.By the way,thanks for coming.Silalah makan dan enjoy the party"kata Jakfeer ,sempat dia menundukkan sedikit kepala lalu meninggalkan mereka bertiga iaitu Senrose bersama Sarah dan Danish itu.Sempat pula Jakfeer menyapa tetamu dimeja berdekatannya.
"Amboi diam-diam dia kahwin dulu.Waktu dulu bukan ke dia yang beria kata aku kahwin dulu.Sekarang dia pula yang kahwin dulu.Wah bukan kaleng-kaleng kawan kita sorang ni Danish"kata Sarah tersengih-sengih.
"Kan.Aish melepaskan nak couple dengan top one leaders"balas Danish yang turut tertawa kecil itu.
Senrose laju sahaja tangannya menampar bahu kedua-dua kawannya itu.
"Pandailah korang! Aku terpaksa tahu semalam!"balas Senrose.Masih segar dikepalanya bagaimana malam pertamanya.Jakfeer dia sudah halau keluar bilik.Sempat dia kuncikan pintu.Akhirnya Jakfeer tidur dibiliknya sendiri.
"So how malam pertama? Menarik tak? "Soal Danish miang.Sempat dia terjongket-jongketkan keningnya keatas berkali-kali.
Senrose sudah bertukar kulit mukanya tetapi dia sempat menampar lagi bahu Danish.
"Lebih kau ni,kalau dah terpaksa celah mana nya menarik!.Hei,ni apa cerita korang tahu Jessica kena culik?"kata Senrose.Dia rasa dia patut ubah topik sebelum berpanjangan.Lagi pun bukan ke topik Jessica mereka berdua mwnuju ke tempat sedikit sunyi ini untuk membuka cerita misi mereka ini.
"Erm..aku rasa kau kena tahu something.Ada sesuatu yang engkau terlepas.Aku harap engkau siasat habis-habisan.Kali ini bukan sahaja Jessica tetapi ini pasal family kau"kata Sarah.Danish disebelah hanya mengangguk tanda bersetuju kata Sarah itu.
Mendengar perkataan 'family' membuatkan wajah Senrose menjadi tergamam sebelum diseriuskan semula.Senrose sudah berkerut dahinya apabila mendengar kata-kata Sarah dan Danish itu.Yang menceritakan sesuatu pada Senrose.Seketika kemudian Senrose sudah tercengang,matanya bulat dan mulutnya hampir ternganga.Matanya merenung disatu tempat.
"Tak...tak mungkin!"hampir kuat suara Senrose itu.Sehingga dapat ditangkap oleh Jakfeer.Jakfeer hanya memerhati Senrose yang sudah terdiam dan terkaku itu.Setelah itu,Sarah dan Danish hanya menepuk-nepuk bahu Senrose sebelum mereka berdua berkata sesuatu lagi dan berlalu pergi meninggalkan Senrose.
Jakfeer yang melihat mereka berdua meninggalkan Senrose dapat mmberikan peluang Jakfeer untuk bersama dengan isterinya berdua.Jakfeer melangkah menuju ke arah isterinya itu,Senrose.Sebelum....
BERSAMBUNG
The truth begins...
Share this novel