Hari tu badan aku seperti sakit-sakit nak demam. Urat saraf rasa bagai dicucuk-cucuk. Terpaksa aku minta Pak Majid menghantar aku ke klinik untuk rawatan.
Selesai urusan diklinik, Pak Majid terus menghantar aku ke rumah untuk berehat.
“Pak Majid jangan balik dulu ya. Kita makan tengahari sama.”
“Jangan susah-susah encik. Kat rumah isteri pak cik dah masak.”
“Sesekali apa salahnya makan kat sini. Ibu dengan ayah Raff hari ni dia orang kerja luar. Jadi masing-masing tak makan dirumah. Kita makan sama ya. Raff naik atas sekejap mandi.”
Aku tahu Pak Majid kekok dengan layanan yang aku beri padanya. Sepanjang kami kenal lelaki itu memang tidak pernah sekali pun di bawa masuk ke dalam rumah agam milik orang tuaku.
Kami sekadar berbual diluar sahaja. Bezanya kali ini aku mahu dia merasakan suasana hidupku yang sekarang. Bukan kerana mahu menunjuk, tapi untuk berkongsi keadaan.
Beberapa minit selesai mandi dan bersiap, aku segera menunaikan satu perkara yang wajib itu.
“Ya Allah, bantulah aku untuk selalu mengingat-Mu, bersyukur atas rahmat-Mu dan tidak lupa beramal ibadah kepada-Mu. Terima kasih Ya Allah temukan aku dengan insan sebaik Pak Majid. Aku sayang akan hubungan ini. Aku sayang akan keluarganya. Engkau permudahkanlah segala urusannya. Engkau limpahkan rezeki untuknya. Sesungguhnya aku juga memohon pada-Mu temukanlah aku dengan wanita yang baik dari keturunan yang baik-baik sebagai pasangan hidupku. Dan kau jadikanlah aku pemimpin yang baik dan adil untuk kebahagiaan didunia dan diakhirat. Hanya Engkau yang maha mengetahui segalanya. Amin.”
Elok saja aku bangkit dari sejadah, tiba-tiba aku terdengar ada sesuatu jatuh. Tongkat disisi aku hulur ke depan pintu.
“Siapa tu? Kak Melah ke?”
Kebetulan pintu dibilikku tidak rapat. Tongkat yang masih ditangan ku kuis-kuis ke depan.
“Meowww….”
“Laa…comel rupanya. Suka buat Raff terkejutkan. Meh sini.”
Tangan ku mula meraba-raba mencapai tubuh Comel. Satu-satu teman yang menemani aku bila ada dirumah. Kucing peliharaan Kak Melah ini memang pantang kalau aku ada dirumah. Tentu saja dia mahu bermanja.
Prakk!
Kali ini bunyi itu datang dari arah yang sama. Aku sedikit pelik kerana Comel masih ditanganku.
“Kak Melah ya?”
“Bukan, ini Pak Majid.”
“Owh, Pak Majid. Maaflah, Raff buat Pak Majid tertunggu lama. Raff solat dulu tadi. Takut terlewat.”
“Tak apa, Pak Majid faham.”
“Marilah turun makan. Pak Majid tentu dah laparkan.” Bersama senyuman aku hadiahkan pada Pak Majid. Tentu lelaki itu punya respon yang sama.
Pintu bilik perlahan ku tarik rapat. Tongkat yang masih ditangan aku pandu untuk berjalan. Tangan Pak Majid juga menjadi penyokong tatkala aku melangkah satu-persatu anak tangga rumah. Barangkali dia khuatir akan keselamatan ku. Tapi aku sudah dengan keadaan begitu dirumah sendiri.
“Raff dah okay ke? Tak ada rasa demam lagi?”
“Sikit je tapi boleh tahan lagi. Lepas makan ubat nanti saya rehatlah.”
#raffhan #authirciciaida #kasihsayang #buta #pengajaran #bimbingan #erticinta #readers
Share this novel