Waktu makan tengahari kami didatangi hampir tiga kali kurier penghantar barang yang berbeza dalam kurang sejam. Teriak suara anak-anak Pak Majid menyambut barang yang tiba sekali gus membuatkan aku tahu.
Daripada abang pos laju, jnt, ninja semuanya menyinggah.
Boleh tahan juga rancaknya anak sulung Pak Majid membeli-belah di online. Aku fikirkan basic sangat kehidupan Pak Majid ni sekeluarga. Rupanya tidak. Ada seorang anaknya yang up to date tentang hal media sosial dan internet ni.
“Buat kakak membazir belikan baju mahal ni untuk ayah. Mahal ni. Simpanlah duit tu.”
“Tak membazir pun ayah. Kakak memang dah lama niat nak belikan hadiah semua orang untuk gaji pertama kakak. Kakak nak buat semua orang happy.”
“Itulah kebaikannya ada online bank in, abang. Jauh dari Penang sana pun kita boleh order barang untuk beli. Bayar siap-siap dalam telefon nanti dia orang hantarlah.”
“Betul tu, ayah. Duit tuisyen budak-budak ni ayah boleh transfer online aje dekat cikgu dia orang. Tak payah nak beratur panjang depan mesin ATM tu lagi.”
“Janganlah cakap kuat-kuat, segan ayah dengan Encik Raff ni. Baru aje kelmarin Encik Raff tolong ayah bayarkan duit tuisyen adik Hanim.”
“Haa…itu tandanya ayah kena belajar online bank in lepas ni. Tak payah nak ke bandar 7km dari sini semata-mata nak bank in duit. Hanim boleh ajar ayah cara buat CIMB click. Memudahkan urusan ayah untuk akan datang. Kan mak?”
“Betul cakap Hanim tu pak cik. Zaman sekarang semuanya bermula dari hujung jari. Bukan setakat nak transfer duit, hantar barang ke luar Negara pun boleh.”
“Masalahnya pak cik tak reti sangat dengan sistem baru-baru ni. Susah, pening pak cik.”
“Perlahan-lahan belajar, ayah. Lama-lama nanti biasalah. Bila dah pandai buat nak order nasi kukus ayam dara pun boleh. Tekan-tekan, bayar, sampailah dia depan pintu.”
“Guna apa pula tu?”
“Guna Food Panda.” Sampuk si emak.
Masing-masing ketawa seronok. Termasuklah aku yang turut terhibur dengan telatah keluarga Pak Majid.
“Selama ni ayah dah cukup susah ke sana sini bekerja tanggung kita orang semua sekolah. Lepas ni biar kakak yang ambil alih tanggungjawab ayah.”
Kata-kata itu bagai menjadi persoalan di fikiran ku tiba-tiba.
“Maksud Cik Hanim, Pak Majid tak boleh lagi bekerja dengan saya lagi?”
“Bukanlah sekarang, tapi kalau boleh start bulan depan saya nak ayah saya berehat. Dengan usia ayah saya sekarang ni dia memang dah patut pencen. Bolehlah lepas ni lebihkan masa beramal ibadah dan temankan emak dirumah.”
#raffhan #authorciciaida #buta #pengajaran #kasihsayang #cinta
Terima kasih pd yg follow cerita ni. Alhamdulillah dgn izinNya CA kongsi lagi ya.
Share this novel