Bab 39

Romance Series 8613

"Sanggup engkau buat aku macam ni. Aku ikhlas kawan dengan engkau, Wa" Senrose sudah terdiam. Merenung ke dalam mata Stella yang dia anggap Salwa kawan baiknya selama ni. Sarah dan Danish sudah menahan Daniel yang sudah terbaring ke lantai.

Sesi berlawan sudah selesai, setelah memberi buah lawan an akhirnya Stella kalah manakala Daniel pula sudah rebah ke lantai apabila dia tidak sempat tepis tendangan Sarah pada kemaluan nya itu. Betul dikatakan orang tendangan Sarah apabila kena dibahagan sensitif itu sungguh perit.

"Maafkan aku Senrose. Memang awal-awal dulu aku ditugaskan untuk jadi informer gerak geri engkau, itu sahaja. Tapi lepas berkawan dengan engkau aku.. Aku sayang engkau macam darah daging aku. Nama aku sebenarnya Stella, Senrose" Stella sudah terduduk memandang ke bawah.

"Dunia ni kejam Senrose. Tak semua orang yang engkau kenal itu benar benar sayangkan engkau. Apatah lagi dunia macam kita. Kawan boleh jadi lawan, darah daging boleh jadi binatang"

"Siapa engkau? Siapa yang hantar? Selama ni engkau lah musuh yang kami cari? Engkau ke yang bunuh Ryan?" soalan bertalu talu Senrose berikan pada Stella. Kini dia rasa jijik hendak memandang Stella. Dirinya terasa benar benar ditikam dari belakang.

"Aku Stella. Aku ahli kumpulan mafia di Itali.... Aku.. Aku ahli mafia dari keluarga engkau di sana. Ya Senrose.. Engkau masih ada keluar di sana. Aku tak terlibat dengan kes kematian Ryan. Aku hanya ditugaskan ke sini untuk rapat dengan engkau supaya keluarga mafia engkau dekat sana tahu gerak geri engkau. Itu je"kata Stella dengan beria. Dia tak nak hilang kawan seperti Senrose. Walaupun kerja begitu tetapi ikatan hubungan dengan Senrose, memberinya benar benar rasa disayangi.

Wajah Senrose sudah berkerut.

"Keluarga di Itali? Sejak bila? Engkau jangan nak reka cerita.."wajah Senrose sudah seribu keruan sungguh dia tak percaya.

" Sudah.. Sarah, Danish.. Bawa dua ekor ni ke bilik"arah Senrose.

"No!!.. Senrose! Dengar dulu!!" Stella mengertak pegangan Sarah padanya. Dia masih ada benda nak cakap dengan Senrose. Dia perlu ceritakan semuanya. Dia tidak kisah apabila Senrose menyatakan letak dirinya di dalam bilik itu. Bilik kurungan penyeksaan itu.

" No!! Senrose dengar apa aku nak cakap!! Ada benda aku nak beritahu engkau!!" terjerit Stella apabila Senrose tidak rendahkan dirinya.

"Rose!!, abang.. Abang engkau ada dekat sini!!"

Tertoleh kepala Senrose pada Stella yang ingin di bawa pergi oleh Sarah itu.

"What?"

"Ye. Abang engkau Sam, kan?. Ya, dia ada dekat sini. Dia cari engkau"Stella berkata dengan serius.

Wajah Senrose sudah kebingungan.

"Tak Mungkin. Keluarga aku mati dalam kebakaran. Sudah! Bawa dia Sarah" Arah Senrose, sempat dia menjeling pada Stella.

"Senrose!! Senrose!! SENROSEEE!!" Terjerit jerit Stella sehingga dia disumbat ke dalam kereta pun dia tetap memanggil Senrose. Tapi tidak dilayan oelh Senrose.

"Steven.. Engkau Okey?, mari aku bawa engkau ke klinik" kata Senrose sambil memapah tubuh Steven itu.

*******************************

"Sayang..." panggil Jakfeer dari belakang tubuh Senrose itu. Sempat dia memeluk tubuh kecil itu dari belakang.

"Dah jangan mengada-ada. Cepat kita dah lambat kan?" kata Senrose sempat dia berjalan ke meja solek tetapi di ikut oleh Jakfeer yang masuk memeluk tubuhnya dair belakang itu.

"Abang dah balut hadiah tu?" Hadiah untuk anniversary party Tuan Johari Zain dan Puan Puan Hany Wulan iaitu mama papa mertua Senrose.

"Dah.. Ada diatas meja kecil dekat ruang tamu tu. Sayang.. You so beautiful tonight" Jakfeer sudah mengetatkan peluk kan ya sehingga Senrose sukar menafas.

"Abang!. Saya tak boleh bernafas tahu tak?" marah Senrose sempat tangannya menampar tubuh di belakangnya itu.

Makin ketat peluk kan itu sebelum beberapa cium hinggap di tubuhnya hingga ke bibirnya.

"Haihhh.. Geram lah abang dekat budak ni!!" Jakfeer melepaskan peluk kan itu dengan memberi ciuman terakhir paling kuat bunyinya.

"Eee... Habis lah make up saya ni!!" bengang Senrose. Sebelum dia tersenyum-senyum.

********************************

Majlis berlangsung dengan suasana malam. Majlis ini dijalankan di satu hotel paling megah. Semua berpakaian bertemakan maroon dan bergaya kan dengan klasik.  Senrose mengayakan gaun  maroon yang terdedah di bahagian bahu dan bawah paras lutut. Sungguh cantik dan elegant tambah dengan persiapan rantai dan subang.

"Hey!!, menantu mama!!" Puan Hany Wulan terlebih dahulu menyapa menantu dari anak nya. Membuat kan Jakfeer menarik muka.

"HAHAHAHAHAAHAHAHA.. itu lah Johan dah cakap mama  tak sayang abang dah lepas kahwin ni" kata Johan sambil tersengih-sengih. Sempat dia mencapai hadiah di tangan Senrose itu dan diletakkan ke atas meja yang sudah bertimbun dengan hadiah lain.

"Banyaklah Johan"kata Puan Hany Wulan sempat dia menampar sedikit bahu anak bongsunya itu.

" Mana yang lain, ma?"soal Senrose sambil tersenyum.

" Ada je, dekat dalam. Kamu berdua masuk lah dulu. Mama nak sambut tetamu kejap"kata Puan Hany Wulan.

"Johan dah cakap biar Johan yang sambut tetamu, tapi mama tak nak. Kan dah kelang kabut" kata Johan.

Senrose dan Jakfeer sudah melangkah masuk ke dalam dewan itu.

"Eh Lily!" panggil Julia, teruja melihat adik iparnya itu. Julia adalah anak Tuan Johari Zain dan Puan Hany Wulan setelah Jakfeer. Sudah lama tidak berjumpa. Melihat kemesraan Jakfeer yang menggenggam tangan isterinya Senrose dia tahu pasang itu sedang bahagia.

Senrose pula terasa rindu, ya itu lah namanya sewaktu dia baru di dalam keluarga itu. Lily.

"Hey!! Kak Julia!!" terjerit Senrose melihat Julia terasa teruja dia. Sempat mereka berpelukan.

"Hey, Lily!"kata Jelita yang baru sampai itu. Jelita kakak iparnya yang kedua. Setelah tubuh Kak julia Senrose peluk tubuh Jelita pula dia memeluk.

" Berseri-seri wajah ni, ada apa-apa ke? " kata Jelita. Sempat dia tersengih-sengih.

" Eh! Ye ke? Rezeki Jakfeer "

Tersembur tawa mereka bertiga.

"Entah-entah mengandung"

Semua terdiam apabila mendengar kata Johan. Masing-masing memandang serentak ke arah Senrose. Yang Senrose pula sudah tergamam.

"Eh. Tak ada la.." Senrose sudah tersipu-sipu.

Jakfeer pula sudah tersenyum-senyum.

"Ye ke sayang?, sayang mengandung ke?"

"Eh mana ada.."

"Ye ke?!" masing-masing sudah tersengih-sengih sambil menyakat Senrose yang sudah malu-malu.

Dari kejauhan Dien dan Adlien,turut ada masing-masing sedang memegang makanan di tangan mereka. Di sisi Dien ada Bella Emylia iaitu Bekas kekasih Jakfeer yang berkawan baik dengan Dayang PA kepada Jakfeer di syarikat. Dayang juga turut berada di situ di sebelah Bella.

Jakfeer membawa Senrose menuju ke Dien dan Adlien.

"Memperkenalkan ni Dien dengan isteri dia, Bella dan ini Adlien. Yang itu pula Dayang PA abang di syarikat"Kata Jakfeer sempat dia menunjuk sorang demi seorang sambil memberitahu nama mereka.

Senrose menghulur tangan salam sebagai sesi kenal mengenal.

" Hey..saya Senrose" kenal Senrose pada mereka. Tetapi mata Senrose tertiba terhenti pada Dien dan Adlien.

"Kita pernah terserempak di mana mana ke?, saya macam pernah tengok muka awak berdua"kata Senrose tersenyum.

" Mungkin.. "balas Adlien sempat dia menjeling ke arah Dien.

" Eh ini ke orangnya?. Wahhh cantiknya, sungguh tak jauh beza"kata Bella sambil menuju ke ke Senrose.

"Tak jauh beza? Apa yang sama?" soal Senrose, pelik.

"Aaaa..."

"Jakfeer pernah cerita pada kami awak cantik orangnya... And He's right!. Awak sangat cantik. Yelah Jakfeer kan kaki penipu" Tersengih-sengih Dien.

Senrose sudah tersipu-sipu.

"Ouhh.. Ye ke? Hahahaha rezeki Jakfeer dapat isteri cantik" Senrose sudah tertawa besar sempat dia menampar-tampar bahu Jakfeer. Masing-masing melihat Senrose begitu turut tertawa juga.

****************

Bola terakhir sedang di target sebelum ditolak oleh bola putih yang sedang disasarkan nya. Bola tersebut masuk ke lubang. Kali ini sasarannya bola nombor lapan pula.

"Sarah!"

Terkejut Sarah sehingga dia menolak nombor lapan tersebut dengan kuat sehingga terbang ke pintu masuk bilik itu.

Tubuh Kyra terkaku dipintu itu. Sempat dia menelan air liur apabila bola tersebut hampir terkena wajahnya. Sempat dia melihat bola tersebut melekat di pintu kayu di belakangnya itu. Sipi sipi di sebelah wajahnya.

"Engkau nak apa?" soal Sarah.

"Arm.. Aku nak bagitahu satu info tentang orang yang Senrose suruh kita carikan tu"

"Tentang siapa?" soal Sarah.

"Sam, Dien dan Adlien"

Tertoleh wajah Sarah

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience