Bab 38

Romance Series 8613

Lelaki itu melangkah menuju ke arah Senrose, semakin yakin Senrose bahawa lelaki itu lah yang memberi dia kertas itu. Semakin dekat, semakin Senrose siap sedia ingin menegur... Sehingga..

"Sayang..."

Seorang perempuan datang ke arah lelaki itu lalu mereka berpelukan erat. Senrose sudah tergamam. Eh!, bukan dia ke?.

Kepala Senrose mencari-cari lagi.. Tiada. Akhirnya dia pasrah, dia kembali duduk betul-betul dikerusinya.

"Engkau dah kenapa?" soal Tiara.

"Tak ada apa-apalah.. Eh aku nak balik, lupa Jakfeer nak ajak keluar makan" bohong Senrose sedangkan dia hendak jumpa seseorang.

Melihat angguk kan dari rakannya lekas dia mengangkat punggung lalu pergi. Baru sahaja Senrose pergi datang seseorang berpakaian hitam lalu duduk di kerusi Senrose itu.

Dia meletakkan cermin mata hitam dan turunkan penutup kepala yang dipakai hoodie.

"Engkau baru nak muncul kan?, sampai bila ni Sam?" kata Salwa.

"Sabar... Belum masanya lagi"balas Sam Sambil tersenyum.

" Dia macam mana? "soal Sam pada mereka berdua.

" Dia macam tu jela.. Lepas engkau bagi kad tu dekat dia, mencari dia siapa yang bagi. Eh! by the way, macam mana dengan Family korang dekat sana? "soal Tiara.

" Selagi diaorang tak bunuh my little rose selagi tu diaorang target dia. Aku harap suami dia pandai jaga adik aku" kata Sam.

"Ryan?" soal Salwa. Setelah beberapa kali Salwa berada dalam cerita ini, ini kali pertama dia perwatakan serius.

Mendengar nama itu Sam merenung ke mata Salwa sebelum dia tersenyum.

"Dia Okey" tersengih Sam.

*************************************

"Siap!" Bersorak Senrose sambil tersenyum-senyum.

"Wahhh... Bagusnya isteri saya ni!" puji Jakfeer yang baru masuk ke dalam bilik itu. Sempat dia mencapai tubuh Senrose lalu dipeluk erat dari belakang.

"Eeee... Tak tau malu dah lah tak tolong lepas tu sengaja nak puji orang kan?" kata Senrose meleraikan peluk kan lalu menuju ke meja solek. Dia ingin memasukkan barang make-up nya yang mana Ingin dibawa nanti.

"Abang.... Boleh tak sayang nak keluar malam ni?, nak jumpa Salwa dengan Tiara. Lupa nak beritahu diaorang sayang nak pergi honeymoon, ingat nak lepak lama sikit dengan diaorang" kata Senrose bersuara manja. Kena ayat manja manja ni baru boleh.

Dia jangan buat hal tak jadi Okey. Aku nak pergi metting ni.

"Boleh sayang.." balas Jakfeer sambil menghadiahkan ciuman di pipinya. Tersenyum Senrose.

**************************************

Senrose mematikan enjin kereta. Dia mencapai sarung tangan hitamnya dan membuka pintu kereta. Dirinya disambut baik oleh konconya. Semua menundukkan kepala. Senrose berjalan menuju ke pintu vila itu.

Senrose hanya mengikut konco dihadapnya yang menjadi sebagai tunjuk arah ke bilik itu.

Sampai sahaja di depan pintu itu Danish dan Sarah sedang menyilang lengang di dada. Melihat sahaja Senrose masing-masing berdiri dengan betul. Kepala ditunduk sedikit.

Senrose memberikan jaket dan handbegnya kepada Sarah. Sempat tangannya mencapai kerambit kesayangannya itu. Sarung dibuka, mata pisau diperhatikan Senrose yang sudah tersengih-sengih. Pintu di buka.

Senrose melangkah masuk ke dalam ruang itu. Bau hanyir di mana-mana. Terdengar seseorang yang sudah mengeluh kesakitan dan kepenatan. Senrose menuju ke satu kerusi kayu dan duduk sambil menyilang kaki.

"Tolong...tolong lepaskan aku. Aku ada keluarga tolong lah.." merayu seorang perempuan itu.

"Aku... Tak.. Akan.. Tolong... Manusia.. Macam.. Engkau" kata Senrose sepatah sepatah sambil tersengih.

"Janganlah seksa aku..." tangisan mula kedengaran.

"Engkau patut bersyukur, bukan teman wanita dia yang engkau hadap sekarang, tapi aku.." kata Senrose.

"Aku terpaksa..."

"Siapa yang paksa engkau?" soal Senrose. Kerambit di tangan sudah bermain di muka perempuan itu. Teragak agak perempuan itu hendak menggerakkan wajahnya.

"Da... Daniel"

Tergamam Senrose, tak mungkin..

"Daniel level one?" Senrose cuba pangkah habis habisan orang itu bukanlah dia.

"Ye... Daniel, orang engkau"balas perempuan itu.

Senrose masih tergamam. Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu utama bilik itu. Dia mengetuk sebagai kunci dan pintu terbuka. Sarah dan Danish yang melihat sudah terdiam.

" Senrose. Engkau kenapa ni?" soal Sarah, kerisauan.

"Mana Daniel?" soal Senrose memandang mereka berdua.

"Haah la.. Kita semua dah lama tak nampak dia. Why?" kata Danish.

"Dia... Dia punca segalanya. Cari dia!" arahan sudah dikeluarkan oleh Senrose. Kesemua mereka beredar.

"Danish, Sarah!...sini"kata Senrose mematikan langkah mereka berdua itu.

" ye"

"Aku nak engkau bebaskan perempuan tu"

Sarah dan Danish memandang masing-masing. Sebelum mereka mengangguk,tanda faham.

****************************

"Hantarkan aku ke banglo Dewa Sri" kata perempuan itu sambil menahan kesakitan di kakinya. Keadaannya dalam kesakitan begini dia harus cepat sampai ke destinasi.

Kereta di pandu dengan pantas. Nasib baiklah dia mendapati ada texi di persekitaran Vila Senrose itu. Ya, vila yang dahulu nya Vila Ryan telah bertukar menjadi Vila Senrose apabila Senrose telah menjadi leader mafia tersebut.

Lelaki yang membawa kereta tersebut menangguk sebelum dia memecut kan kereta tersebut. Sampai sahaja ke destinasi tersebut kereta diberhentikan.

"25 ringgit Malaysia, cik"

Baru dia hendak memandang ke belakang, lelaki tersebut telah di tahan oleh pisau di lehernya.

"Hey! Kalau engkau nak mati, baik engkau blah sekarang!!" Perempuan itu telah menahan leher lelaki itu dengan pisau di leher lelaki tersebut, sempat tangannya membuka pintu kereta tersebut sebelum dia melarikan diri.

Lelaki tersebut hanya tersenyum apabila melihat perempuan itu berlari likang pukang. Sempat dia mencapai telefon lalu menetaip sesuatu sebelum pergi.

Perempuan itu berlari sambil terbongkok-bongkok tubuhnya dan memasuki ke halaman banglo itu.

*******************

"Daniel!" terjerit jerit perempuan itu memanggil Daniel.

"Engkau dah kenapa?!" jerkah Daniel yang baru turun dari tingkat atas.

"Eng.. Engkau kena blah dari sini.. Sen.. Senrose dah tahu!" Kata perempuan itu yang sudah terduduk di lantai darah nya yang tadi mengalir makin deras mengalir apabila dirinya berlari tadi.

"Macam mana dia tahu?" muncul seorang wanita dari belakang Daniel.

"Stella! Engkau pun kena pergi!"

Disebalik Daniel itu ialah Stella atau sebenarnya dia ialah Salwa.

"Engkau yang beritahu bukan?. Engkau memang patut mampus!!" satu tembakan telah dilepaskan ke arah perempuan itu. Tepat ke dahi. Rebah tubuh itu ke tanah. Salwa atau nama sebenarnya Stella lekas turun dari anak tangga yang terakhir itu.

"Kita kena keluar. Well, aku rasa hanya aku sahaja. Sebab dia hanya tahu engkau. Richiamerò più tardi" (Aku akan panggil back up). Kata Stella sambil tersenyum.

"Tak perlu engkau susah susah panggil, aku akan habiskan korang" satu suara itu singgah dari pintu utama banglo itu. Kedua dua mereka memandang ke arah tersebut.

"Engkau.." kata Stella sambil tersengih-sengih.

Steven melangkah masuk. Hatinya sakit melihat Salwa yang dia kenal kini rupanya perempuan dari salah satu musuh Senrose. Entah kenapa dia rasa hendak menangis tetapi dia tak boleh kerana dirinya telah menjadi hati batu hendak menangis tetapi situasi sekarang memang dia tidak mampu untuk percaya.

"Engkau rupanya yang menjadi musuh dalam diam kami, Salwa" kata Steven. Sungguh dia tidak mampu bertentangan mata dengan Stella.

"Salwa?. Ouh sorry. Nama sebenar aku ialah Stella" kata Stella dengan bangga. Sempat dia melangkah menuju ke hadapan Steven.

Daniel hanya mencekik pinggang di belakang Stella.

Terangguk-angguk Steven mendengar pengakuan Stella.

"Apa engkau nak buat sekarang, huh?" Kata Stella sempat dia bertentangan mata dengan Steven. Dirinya kini betul-betul berada di hadapan Steven.

Jantung Steven bagaikan hendak pecah dan berkecai. Sakit mendapat tahu kebenaran dan cair melihat  mata yang bertentangan dengannya sekarang. Jika dulu dia melihat mata  perempuan dihadapannya itu, jantungnya sangat-sangat lah berdegup laju, terpesona dan cair. Tapi kini mata itu, sungguh bagaikan menikam tikam hatinya.

"Arh!"

Satu tembakan dilepaskan tepat ke betis Steven. Stevrn rebah ke lantai.

Terkejut Stella, dia menoleh ke Daniel. Daniel yang melepaskan tempat itu.

"Engkau dah kenapa?!" jerkah Stella. Tubuhnya bagaikan terhenti apabila kakinya hendak melangkah ke Steven tetapi sempat dia tersedar kini siapa dirinya. Air liur ditelan, dadanya laju turun naik wajahnya sudah kerisauan melihat Steven dalam kesakitan itu. Tetapi dia melarikan diri mencapai hand bag Dan mencapai kunci kereta.

Steven cuba bangun juga dari duduknya itu. Dia menahan kesakitan tersebut. Melihat Stella dan Daniel ingin melarikan diri dia semakin gagahkan juga dirinya. Dia harus professional. Dia kena cepat dapatkan Stella dan Daniel.

"Engkau nak pergi mana?" Senrose lebih pantas dari Stella dan Daniel. Masing masing berjalan undur dan masuk semula ke dalam banglo itu. Steven sudah berdiri sambil terjongkek kakinya.

"Aku tak sangka, kawan yang aku anggap dara daging rupanya gunting tajam. HAHAHAHAAHAH.. Hebat!" kata Senrose. Stella sudah terdiam. Daniel sudah dalam kegelisahan lagi-lagi melihat di belakang Senrose kesemuanya level one.

"Senrose..."

"Diam kau!!. Jangan kau sebut nama aku!!"tengking Senrose pada Stella.

" Apa nama engkau sebenarnya, huh?. Siapa hantar engkau?! "soal Senrose yang sudah berdiri dihadapan pintu itu. Stella dan Daniel sudah berdiri hadapan Senrose.

" Aku minta maaf" kata Stella. Dia menyerang Senrose dengan menggunakan Pisau samurai pendek. Melihat Stella menyerang Daniel turut menyerang Sarah dan Danish dengan menggunakan kerambit.

Sesi perlawanan berlangsung....

BERSAMBUNG

Gunting dalam lipatan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience