Bab 37

Romance Series 8613

Luluh jantungnya, sungguh dirinya terasa ingin rebah jika Sarah tidak memegang bahunya sekarang. Bagaikan mimpi.

"Tak... Tak mungkin.. Em.. Emma?"

"Ye... Ni aku Senrose" sambil tersenyum Emma terangguk aguk kepalanya. Sempat dia menepakan lengang nya diminta peluk kan dari Senrose.

Tanpa berkata apa Senrose berlari terus memeluk tubuh Emma dengan erat. Sungguh dia speechless. Tetapi dirinya masih menangis dalam pelukan itu, samalah juga Emma. Mereka berdua sudah menangis dalam pelukan.

Sarah dan Soffya hanya mampu memandang. Dia terasa bagaimana lah perasaan Senrose apabila orang yang kita sayang bagaikan nyawa tiba-tiba dapat tahu dia hidup sebenarnya. Alangkah bahagianya dia jika dia situasi Senrose dan Emma ialah Ryan.

Sungguh dia rindu pada lelaki itu. Terasa hangat hatinya dan ingatan kembali mengimbau lekas kakinya keluar dari ruang itu. Dia menuju ke satu tempat.

Sarah yang tersedar ikutkan dia ingin membiarkan Soffya tetapi dia lebih memilih mengikut soffya, terasa ingin memberi ruang dua sahabat itu sesi meluah.

"Engkau mesti rindu Ryan kan?" kata Sarah mengikut Soffya yang memandang merenung ke langit malam itu. Mereka berada di balkoni hospital itu, disebelah bilik wad Emma.

Diam.. Sebelum beberapa saat..

"Sangat.. Aku..." air mata Soffya sudah menitis perlahan ke pipi. Tapi suaranya ditahan.

"Aku.. Rindu dia, Sarah.. Sangat.. Tapi apa boleh buat.. Dia dah tak ada" kata Soffya mendongak kepala ke atas sambil memejamkan mata. Perit hatinya menerima.

"Dah nak dekat enam bulan  Ryan pergi" kata Sarah lagi. Sempat dia memeluk bahu Soffya. Sekadar memberi kekuatan. Akhirnya pecah juga tembelang air mata Soffya. Tangisan ya dilepaskan sepuas-puasnya.

Dari kejauhan sepasang mata sedang memerhati mereka, sempat dia merenung mereka sebelum berlalu pergi meninggalkan Sarah dan Soffya. Identiti ya harus di sembunyi buat seketika.

************************************

"Maafkan aku Senrose. Bukan niat aku bersembunyi dari engkau.. Aku terpaksa" kata Emma sambil menggenggam tangan Senrose.

"Engkau memang patut bagi alasan kukuh pada aku sekarang, sebelum aku tak maafkan engkau" Tergelak kecil Senrose. Sempat dia menyapu air mata di hujung matanya.

"Aku sengaja buat diri aku seperti dah mati supaya aku dapat cari siapa yang nak bunuh aku dulu. Aku dah jumpa Taylor. Dialah orang nya, tapi sebelum ni aku ada jumpa Soffya dia beritahu aku engkau dah bunuh Taylor. Tapi aku pelik kalau betul engkau dah bunuh siapa yang masih ugut aku macam Taylor dari dulu lagi tu?. Aku siasat sehinggalah aku jumpa tempat konco dia tapi aku tak jumpa Taylor malah aku dekat sini sekarang" cerita Emma ringkas.

"Engkau masih kena ugut?. Engkau nak tahu sebab apa?. Sebab bukan Taylor sahaja nak bunuh engkau" kata Senrose.

"What?!, SIAPA?!"

"Adik kepada Taylor, Fang!"

"Ex aku tu?!"

Terangguk angguk kepala Senrose membalas.

"Diaorang adik beradik?!"

"Ye!"

"How?"

"How?!!.. Dah mak diaorang nak beranak dua engkau nak suruh aku tahan ke si Fang tu jangan keluar?. AIHHH.. tapi engkau jangan risau aku dah selesai kan" kata Senrose tersenyum.

"Huh?" tercengang Emma.

"Sewaktu engkau berlawan dengan seorang perempuan semalam, sebenarnya aku dah jumpa konco Fang dan tadi Fang dah aku habiskan. Budak akulah" kata Senrose.

"Engkau nak bukti?, minta pada Sarah" kata Senrose,sempat dia melangkah menuju ke satu meja di sebelah katil lalu mencapai buah.

"Thanks, Senrose. Walaupun engkau anggap aku mati tapi engkau sanggup cari siapa yang nak bunuh aku tu. Baru aku sedar aku sepatutnya tak boleh buat kerja ni seorang. Aku ada engkau, patutnya aku gunakan engkau" kata Emma.

"Ayat awal aku rasa terharu datang yang terakhir tu aku rasa macam nak hempuk engkau...HAHAHA..gunalah kawan Engkau selagi ada kawan.." Kata Senrose sambil tertawa-tawa, turut di ikut Emma. Hatinya terasa lapang.. Sungguh khabar ini membuat dia terasa perit yang selama ini dia tanggung sudah hilang ke mana. Sudah lama dia tidak tertawa begini.

***************************

" Sayang... " Jakfeer sudah menuju ke arah Senrose yang berada di hadapan televisyen itu. Sempat dia memegang bahu Senrose sebelum melabuh punggung di sisi isterinya itu.

"Sayang..."

"Erm.."

"Jom honeymoon.."

Mahu tersembur keropok jajan dari dalam mulutnya itu.

"Abang.. Mimpi apa bang.. Kita dah kahwin nak dekat dua bulan, baru ajak honeymoon?" wajah Senrose sudah seribu kedutan.

"Apa salahnya, ada je orang yang kahwin nak dekat bertahun tak pergi honeymoon pun. Abang nak honeymoon dengan Sayang.. Sayang nak pergi mana?" soal Jakfeer tersengih-sengih sempat dia merampas jajan di dalam genggaman isterinya itu.

Senrose, diam.. Sebelum otaknya kembali berfungsi.

" Ikut awak lah" matanya menoleh semula ke televisyen.

"Ke sayang nak honeymoon dekat rumah je?" senyuman miang di tayang pada wajah Jakfeer.

"Macam lah awak tak pernah honeymoon dekat rumah ni, abang oii" Senrose sudah menjeling mata ke atas.

"Itu lain, kalau honeymoon dekat rumah kita tak payah keluar bilik 24 jam dalam bilik je, nak?" Jakfeer sudah semakin dekatkan tubuhnya pada Senrose.

"Itu bukan honeymoon itu honey-rooms namanya, duduk je dalam bilik. Bosan lah abang oii" Senrose sudah menjauhkan sedikit demi sedikit tubuhnya dari Jakfeer yang semakin mengesot ke arahnya.

"Tak salahkan sayang.."

Tubuh Senrose sudah terperangkap di hujung soffa. Kini tiada inci tubuh Jakfeer dengan tubuhnya.

"A.. Abang.. Saya nak tengok tv ni" terasa bahang wajahnya kini apabila Jakfeer sudah merenung dirinya. Matanya memang tak nak balas renungan tajam Jakfeer itu. Terlari-lari matanya memandang ke arah lain.

"Sayang...abang..rasa kita kena honeymoon bilik dulu sekarang, jom!"

"Arhhh!!" terjerit Senrose terkejut apabila tubuhnya didukung oleh Jakfeer. Lengang nya terus memeluk batang leher Jakfeer itu.

Matanya hanya merenung wajah Jakfeer itu, Jakfeer pula sudah menaiki tangga sehingga ke bilik. Tubuh kecil itu di letakkan di atas katil mereka itu.

Baru Jakfeer ingin merebah kan bibirnya, Senrose menahan dengan tangannya tanda berhenti. Berkerut dahi Jakfeer.

"Why?"

"Tutup lampu, Please. Malu" tersengih Senrose. Jakfeer hanya turuti, hanya membiarkan lampu tidur yang malap itu sahaja dibiarkan. Keadaan menjadi samar samar.

************************************

"Emma masih hidup?!!" kedua dua sudah terkejut beruk apabila mendengar kata Senrose itu.

Salwa dan Tiara semakin yakin apa yang diaorang tanya tadi adalah benar apabila melihat angguk kan dari Senrose.

"How?" kata Tiara.

"Dia sembunyikan diri, dia nak cari siapa yang ingin bunuh dia tu. Tapi dalam masa yang sama waktu dia fight tu masa tu aku dah jumpa konco jahanam tu" kata Senrose sempat menyedut minuman digelasnya.

"Hello, Miss. Maaf ganggu.. Ini ada sesuatu. Ada orang bagi pada Miss" kata seorang pelayan restoran itu, dengan senyuman sebelum pergi. Sempat dia memberi sepucuk surat pada Senrose.

Senrose membuka kertas putih itu.

Hello, my little rose. ~Sam

Senrose sudah terkaku. Salwa dan Tiara sudah terhenti bualan mereka apabila melihat Senrose sudah terkaku seperti patung.

Tiba-tiba Senrose memandang sekelilingnya dengan pantas.Salwa dan Tiara yang terkejut dengan tingkah Senrose turut memandang sekeliling.

"Kenapa? Kenapa?" soal Tiara.

Pandangan Senrose terhenti pada seorang lelaki di hujung restoran itu, mereka hanya beberapa selang meja sahaja,dari belakang Senrose. Lelaki itu tersenyum memandang Senrose. Sempat dia mengangkat kan gelas minuman nya pada Senrose sebelum meneguk sehingga habis.

Senrose semakin berkerut dahinya. Dia cam lelaki itu tapi ingat-ingat lupa.

Bersambung..

Birthday Girl!!! >300000

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience