Berkerut dahi Lily dibuatnya cuba menyaksikan dengan jelas siapa yang berada di semak itu.Rupanya,Tiara!.
'Apa dia buat dekat sini?'bisik hati Lily, matanya masih tertumpu pada Tiara itu.Lily terus block apa yang ingin Jakfeer memberi jawapannya.
"Ermm, awak! saya rasa.Saya tertinggal telefon dekat keretalah.saya pergi ambil ,okey.Awak tunggu sini."kata Lily, terus dia bangun dari duduknya.
Jakfeer pula tidak beraksi apa-apa,dirinya masih sebuk dengan telefon ditangannya itu.Focus betul.Apalah yang dia teliti sangatkan tu.
"Hati-hati awak!"itu sahaja yang dipesannya.
Melihat sahaja Jakfeer yang sibukkan dirinya dengan telefon,kakinya semakin laju ke arah Tiara.Tiara pula sudah tidak tentu arah apabila melihat,Lily menuju ke arahnya.
"Alamak kantoi!"kata Tiara pada dirinya sambil mencari-cari jalan keluar.Gelisah sungguh.
"EH!Kau nak pergi mana?"sergah Lily apabila melihat Tiara yang cuba melarikan diri itu.
"Ha?! Eh! Rose.Kau buat apa dekat sini?.Wah! dating,ek?"kata Tiara tersengeh-sengeh.Walaupun wajahnya seperti tidak cukup darah.Dia masih cuba sedaya-upaya sembunyikan dirinya yang sememangnya tidak duduk betul sekarang.Mahu sahaja dia pura-pura pengsan atau terus je lari.Tak pun menjerit,kata ada perempuan gila tiba-tiba muka bengis nak bunuh dia.Hush! Kejam sangat tu.
"Engkau jangan nak pura-pura,ek. Ada yang nak kena dengan aku nanti"balas Senrose.Wajahnya sudah ketat melihat Tiara.Serius betul.
"Aku lalu je dekat ni lepas tu ternampak kau,tu je"balas Tiara sambil mengesat jari dia pada batang hidungnya.Lily cukup kenal sangat dengan sikap kawannya itu,apabila dia berbohong sahaja dia akan menggosok-gosok sedikit hidungnya.Tersenyum sinis Senrose,mendapat agak apa yang kawannya cuba sembunyikan.Kantoi.
"Erm,kau tak payah nak tipu aku! ada yang kena ni karang.Betul-betul nanti aku belasah kau,lekas beritahu aku asal pula kau dekat sini.Kau buat apa? main susun-susun batu bata ke ?"kata Lily sambil menarik tangan Tiara untuk masuk ke dalam semak semula.sesekali dia menoleh memandang ke arah Jakfeer.Sekadar memastikan Jakfeer tidak perasan apa-apa.
"Wah! pandailah kau Rose.Macam mana kau tahu aku memang nak main susun-susun batu bata"balas Tiara sambil tersenyum-senyum. Matanya tercari-cari sesuatu.Mungkin batu bata.
"Jangan buat lawak bodohlah!"bengang Lily.Matanya dibesarkan dengan rahangnya digertakkan.Tiara tahu yang Senrose sekarang sangat-sangatlah marah dengan dia.Tapi kenapa?.Bukan teruk pun kesalahannya.
"Yang kau nak marah sangat ni dah kenapa? bukan aku seru kau ke aku tegur kau ke. Tak pun. Yang nak melenting sangat ni dah kenapa?"Tiara pula yang naik angin .Tak ada angin tak ada ribut nak melenting.Ha! Kali ni tengok pula Si Tiara yang melenting.
"Memanglah aku bengang .Yang kau terhendap-hendap macam kau spy aku asal?.Kalau kantoi misi aku macam mana?"Kata Lily.
"Kau buat apa dekat sini?"soal Lily semula.
"Ish !! betullah aku lalu je dekat sini"kata Tiara,cuba menyakinkan Lily.
"Sejak bila kau ada masa nak lalu dekat sini tengah-tengah malam ni?!.Kena sampuk ke?.Kau jangan nak tipu aku.Baik kau jujur dengan aku,jawab cepat!"Jerkah Lily pada Tiara dihadapannya.Mendengar jerkahan Lily.Matanya dipejamkan rapat-rapat sebelum dibuka semula.Baru hendak menyakinkan Lily dengan jawapannya itu membuatkan niatnya terbantut apabila melihat sahaja biji mata Lily yang sudah dibesarkan itu ,terpaksalah dia jujur.
"Okey fine!. Aku pergi dating lah dengan Zack.Lepas tu aku dengar orang riuh rendah bisik-bisik yang ada sweet couple ni terlebih sweet.Aku pun tengoklah,rupanya kau.Terkejut aku, aku pun tengoklah kau betul ke kau .Rupanya betullah kau.Tu je"kata Tiara sambil membuat muka tanda pasrah.Kalau Lily sudah memaksanya ,siapa lagi boleh lari dari dia?.
"Bukan ke kau cakap Zack tu , bukan seorang yang sweet?apa ke jadahnya dia nak bawak kau dekat sini"kata Lily sambil berkerut dahinya.Aneh dengan kelakuan si Zack itu atau Tiara sengaja mereka cerita,yelah kantoi dahkan.Alasan apa lagi dia boleh bagi.
""Ish! betullah!!.Kitaorang dating ,harinikan ulang tahun kami sebagai pasangang yang paling sweet macam kau dengan lelaki itu.Awww so sweet couple"kata Tiara dengan ceria wajahnya.Mana taknya ,dia ingat rakannya itu akan single sampai ke tua tapi akhirnya ada juga peneman hati, tidaklah seperti yang dia sangkakan yang Lily ni lesbian.Yelah,berkawan dengan lelaki kacak pun dianggap kawan je ,tak ada perasaan langsung dahlah tu .Lelaki muka kacak,kaya,hot dan digilai ramai wanita pun, Rakannya itu hanya cakap.Dia yang syok lebih aku tak suka pun dekat dia ,lagipun dia playboy.Itu aje dia cakap?!.Tak ada perasaan langsung.
"Kepala hanggok kau,couple!!. Sejak bila entah aku couple dengan dia,dia tu anak majikan aku yang aku beritahu kau tu" kata Lily sambil menunjuk-nunjuk ke arah Jakfeer menggunakan muncung bibir.
"Really? omg.So hot! takkan kau tak try dia kut,takkan kau tak suka dekat dia kut,eh! tak kanlah firasat aku selama ni betul kut"muka Tiara sudah berubah ke curiga pada Lily.
'Firasat apa ?"
"Firasat yang kau lesbian"balas Tiara.
"Eh! pandai! sejak bila aku lesbian?!!"geram Lily apabila mendengar kata-kata si Tiara itu.Sempat tangannya ditamparkan bahu si Tiara.Tiara yang mengeluh kesakitan menggosok-gosok bahunya.
"Taklah,kau tu dah lama solo.Dari aku kenal kau sampai sekarang .Sorang lelaki pun kau tak anggau, dahlah tu ,lelaki depan mata tu pun kau boleh tak rasa apa-apa?!! pelik pelik"kata Tiara sambil menggeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan kekanan.
"Eh! kau dah lama tak..."
Terhenti kata-kata Lily apabila telefon didalam handbegnya berdering.Melihat sahaja nama panggilan itu ialah Jakfeer,lekas dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir dan menunjukkan pada Tiara.Tiara yang faham dengan isyarat itu terus mulutnya terhenti dari berceloteh.
Mendengar sahaja suasana sudah diam lekas dia menjawab telefonnya itu.
"Ye awak"kata Lily didalam talian itu.Suaranya dilembutkan dan sopan dipendengaran Tiara.
Tiara yang melihat kelakuan Lily,terasa pelik dengan diri kawannya itu.Betul ke kawannya atau orang lain.
'Aku rasa Rose ni yang kena sampuk.Betul ke tidak ni kawan aku ni.Tak pernah-pernah dia buat suara macam tu.Dahlah tu, boleh cakap elok-elok pula tu' bisik hatinya.
Tiba-tiba dia ,dapat rasakan air liurnya tersekat di tekaknya sahaja,dia tidak dapat bertahan lagi dengan tersedaknya itu.Dia terpaksa melepaskan ,akhirnya dia telah membuat bunyi dengan batuknya itu.
"Ha! siapa?" kata Lily,sambil matanya diterbeliakkan ke arah Tiara,memberi isyarat,
'Kau dah kenapa? nak berbunyi-bunyi ni aku dah cakapkan diam,kau tunggu..'
pasti Jakfeer menanyakan siapa yang buat bunyi itu tadi.
Tiara dapat rasakan bagaimana nasibnya nanti apabila kena belasah dengan Lily,lekas dia menunjukkan dirinya sebelum menunjuk ke luar semak iaitu memberikan isyarat yang dia harus pergi sekarang.Terus dia meninggalkan Llliy sendirian didalam semak itu.Tanpa melihat balasan daripada Lily.
Lily yang cuba menarik semula Tiara ,tetapi terlepas.Sudahnya Lily hanya merenung tajam ke arah Tiara sehingga hilang bayangnya itu.
Lily meletakkan telefonnya dan akhirnya,dia juga turut keluar dari semak itu.Dan menuju ke arah Jakfeer tadi. Tapi apabila dia sudah sampai ke tempat dia dan Jakfeer picnic tadi, dia melihat semuanya hilang, tiada apa yang tinggal.Jakfeer pun turut hilang.
Lekas kakinya berlari menuju ke tempat parking tadi,tetapi kereta itu pun hilang.
'Hah! sudah, mana pula dia ni.Takkan tinggal aku kut'bisik dia di dalam hati.
Dia cuba menelefon Jakfeer kembali tetapi yang dibalas hanya suara peti mesej sahaja.Lily tiada pilih,takkan dia mahu jalan kaki.Dahlah jauh.Nak tak nak dia terpaksa mesej konconya untuk mengambilnya dan menghantarnya pulang.
Hatinya seperti ditikam dan dihiris berkali-kali.Dia juga tidak tahu mengapa hatinya terlalu sakit diperlakukan sebegitu padahal ini bukan kali pertama dia hadapi.
Melihat sahaja dari jauh kereta konconya itu berhampirinya lekas dia menahan dan masuk duduk di tempat penumpang belakang.
"Apasal boleh jadi macam ni,Rose?"soal konconya itu.
"Ada info apa-apa selama aku tak ada ni?"soal Lily atau nama sebenarnya Senrose.Dia endahkan soalan konconya itu. Padanya, tiada apa yang penting untuk dia jawab soalan itu.
"Raja. Dia cuba nak buat sesuatu.Aku harap kau ada masa lapang untuk 'turun' supaya kau dapat info penuh.Aku nak bercerita pun bukan tahu semuanya"kata konconya itu.Ya dia hanyalah konco orang kanan Senrose.Jadi segalanya tentang masalah kumpulan mereka hanya orang atasan sahaja yang tahu.
"Erm!nanti aku tengok macam mana"balas Lily,matanya terasa berat sungguh, sehingga dia terlelap disitu.
__________________________________
" Bukan ke wedding kita memang ditetapkan lagi empat bulan ? kenapa nak tergesa-gesa?you bukannya buat wedding kecil-kecilan yang boleh ambil masa seminggu untuk siapkan.Barang semua import yang you nak"kata Jakfeer pada seseorang dihadapannya itu.
Kini dia berada didalam sebuah restorant dan dihadapannya ada seorang perempuan yang sungguh cantik dan bergaya.Dengan gaun merah delima dan rambut mengikut trend sekarang.Sungguh terpesona mana-mana lelaki yang melihatnya itu.Tetapi lain pula sifat dirinya yang sebenar belagak,gedik,matralistik dan sombong.
"Tapikan bagus kalau kita cepatkan wedding kita, Kita mana boleh tangguh lama-lama nanti banyak dugaan yang menimpa,kan?"Beria perempuan itu cuba memujuk tunangnya itu untuk mempercepatkan majlis perkahwinan mereka.
"Fine! tengoklah macam mana, biar I yang handle"balas Jakfeer.Sempat dia menoleh memandang jam dipegelangan tangannya itu.
"I dah lewat ,i need to go bye!"kata Jakfeer terus berlari ,menuju ke keretanya tanpa menoleh kebelakang dan dia abaikan tunangnya yang sedang berteriak memanggilnya.
Sampai sahaja di tempat parking,dia melihat Lily sudah menaiki sebuah kereta,tiba-tiba hatinya berasa curiga dan tertanya-tanya dengan siapa yang Lily naiki itu.
BERSAMBUNG.
"Kepala hanggok kau,couple!!. Sejak bila entah aku couple dengan dia,dia tu anak majikan aku yang aku beritahu kau tu" ~Lily "Really? OMG!! . So hot! takkan kau tak try dia kut,takkan kau tak suka dekat dia kut,eh! tak kanlah firasat aku selama ni betul kut"~Tiara 'Firasat apa ?" "Firasat yang kau lesbian"~Tiara. "Eh! pandai! sejak bila aku lesbian?!!"~Lily "Taklah,kau tu dah lama solo.Dari aku kenal kau sampai sekarang .Sorang lelaki pun kau tak angau. Dahlah tu ,lelaki depan mata tu pun kau boleh tak rasa apa-apa?!! pelik pelik" ~Tiara
Share this novel