Semakin dekat lelaki itu semakin Senrose dapat rasakan nafasnya semakin berat untuk disedut. Dengan senyuman lelaki itu makin lama makin hampir dengan Lily. Jakfeer yang aneh dengan tingkah Lily yang serta-merta berwajah pucat apabila melihat lelaki itu menghampiri nya, lekas dia menolak sedikit bahu Lily.Sekadar menyedarkan Senrose dengan situasi sekarang ini.
"Lily?kau dah kenapa? kau kenal ke?"tanya Jakfeer yang masih memandang lelaki yang masih menuju ke arah mereka itu.Sekejap dia memandang pula ke arah Senrose yang masih berdiri tegak seperti patung.
"Entah!"jawab sepatah Lily sambil matanya masih memandang kehadiran lelaki itu.
'Apa.Aku.Nak.Buat.Niiii?!!'terjerit-jerit hati Senrose berkata.Otaknya ligat berputar sedaya-upaya berfikir apa yang harus dia lakukan ,sekarang.
"jom!!"kata Lily sambil membalas genggaman erat tangan Jakfeer dan menarik tangan Jakfeer mengikut langkahnya.Senrose berlarikan dirinya sambil membawa Jakfeer sekali.
Jakfeer yang tidak tahu apa-apa hanya mengikutkan saja.Kakinya entah kenapa hanya mengikut larian Lily itu.
Berkerut dahi Jakfeer,cuba untuk memahami apa yang sedang berlaku.Sehingga Lily tertiba berhenti disatu tempat,agak jauh dengan tempat yang mereka duduk tadi.
"Lily! kau ni dah kenapa?"soal Jakfeer yang termengah-mengah kepenatan berlari tadi.
'Boleh tahan juga dia ni berlari.Laju betul.' bisik hati Jakfeer sambil mencuri-curi nafasnya.Dia terasa ingin muntah, apabila perutnya yang kosong itu tertiba berlari laju dengan jarak sikit tak jauh dengan tempatnya tadi. Mulalah rasa mual di tekak.
"Eh! awak patut bersyukur tau saya bawa awak berlari ni.Kita kenalah amalkan gaya hidup sihat macam ni ,barulah tubuh badan kita ni sihat"balas Lily. Sambil matanya terlari-lari mencari lelaki tadi, berharap hilanglah lelaki tadi dari pandangan mereka.
'Nasib baik,sempat. Amal gaya sihatlah sangat.Padahal aku nak lari dari si Roy tu'sempat hatinya berbisik. Senrose juga termengah-mengah jadinya,sempat matanya tercari-cari lelaki tadi.Nasib sudah tiada.
"Kepala otak ,kau!.Tengah-tengah malam ni, ada masa pula aku nak bergaya sihat pun!"balas Jakfeer sambil tangannya dinaikkan dan dilikunya kepala Lily.
"Yang kau lari tadi dah kenapa?eh kau kenalkan lelaki tadi.Dia siapa?. Kau larikan diri dari dia ke?" Soal Jakfeer. Ada nada cemburu disitu.
'Ex dia ke yang berlari sampai tak cukup tanah ni..'bisik hati Jakfeer.Entah kenapa dia terasa hatinya seperti pedih apabila mengenangkan lelaki tadi jika pernah bertahta di hati Senrose.
"Aduhh!! awak ni dah kenapa?eh! awak tahu tak, awak kena berterima kasih pada saya. yelah! kalau tak disebabkan saya bawa awak larikan diri tadi, entah-entah awak dah kena belasah dengan ex saya tu,tau. Dia tu kalau belasah orang,mana ingat dunia" kata Lily sambil berwajahkan muka yakin, cuba yakinkan Jakfeer, jangan main-main dengan lelaki tadi. Roy,lelaki yang menyukainya tetapi secebis hama pun dia tak pernah mempunyai perasaan cinta terhadap mana-mana lelaki .Kerana dirinya telah terlatih menjadi hati batu,hati kental,tidak mempunyai perasaan yang boleh memusnahkan dirinya sebagai seorang mafia.Tapi kalau dia tegur sekali pun Roy ,tak ke masak dia nanti.Yelah dia masih dalam identiti apa sebenarnya.
"Muka macam kau ada ex ke?patutlah jadi ex"kata Jakfeer sambil tersengih-sengih.
Tergamam Lily dibuatnya,seketika sesaat nafasnya seperti terhenti sekejap mendengar kata Jakfeer itu. Tambah membara hatinya pada si Jakfeer itu.
"Apa awak cakap?! eh ,muka saya ni lebih heloklah nak dibandingkan muka awak yang tak siap tu.Kalau nak bezakan dengan longkang,longkang lebih elok laa!" sergah Lily sambil membuatkan muka serius dan bengang pada Jakfeer.
"Apa? nak gaduh? eh! pendek . sekurang-kurangnya aku ada cik tunang tau.Tunang aku tu bukan sebarang orang tau,dia anak dato tau,dah lah tu model paling hot dan cantik .Kalau betul apa kau cakap yang longkang lebih elok,kenapa dia gilakan aku ,ha?"balas soal Jakfeer pada Lily Sempat kakinya maju ke hadapan sikit,berhadapan dengan Lily.
Lily sudah menjengkekkan kakinya ke atas,sekadar memberi ketinggiannya itu sama paras dengan Jakfeer.Senang nak bertentangan mata lebih dekat.
"Sebab.... tunang awak tu BUTA!!"balas Lily Sambil, terbeliakkan biji matanya tepat ke mata Jakfeer.
"Kalau dia buta sekali pun dia tetap cantik.Tak macam kau ,selekeh! pendek! tak pandai bergaya! segak,cantik jauh sekalilah jawabnya" kata Jakfeer.Lagi mendekatkan matanya dengan mata Lily.Kedudukan mereka tiada tinggal satu inci pun , mata mereka berdua itu menjadi bertembung .
Mereka berlawan merenung sesama mata antara mereka.Kalau boleh sampai tertembus biji mata pun boleh. Akhirnya Lily yang kalah,lekas dia melarikan renungnya berpindah ke langit malam itu.
"Saya nak balik!" kata Lily sambil melangkah meninggalkan Jakfeer di belakang. Jantung dia. Jantung dia terasa semakin laju mengepam apabila mata Jakfeer makin merenung ke matanya.Tambahan jarak mereka yang sangat dekat tadi.
Entah mengapa ketika Jakfeer memberitahu yang dirinya sudah mempunyai tunang,hatinya menjadi remuk teramat sangat dan akhirnya berkecai sehingga berterbangan menjadi serpihan yang turun sebagai hujan. Nafasnya menjadi tersekat-sekat.
Tiba-tiba sewaktu Lily melangkah itu,ada satu tangan yang menarik tangan Lily kebelakang.Tangan itu menahan langkah Lily, tertoleh tubuh Lily menghadap belakang. Rupanya Jakfeer yang menahan dia.
"Takpayah nak merajuk! buruk betul" kata Jakfeer sambil menjelingkan matanya ke atas.
Tapi melihat sahaja Lily yang masih berwajah marah itu, Jakfeer menghembus nafas berat dan akhirnya dia tersenyum sambil berkata.
"Sudahlah tu,janganlah merajuk.Mari! temankan aku. Jom!!. Aku dah bawa kau keluar jadi aku kenalah bawa kau balik semula. Bukannya kau balik sendiri"kata Jakfeer tersenyum manis itu,tangannya semula menggenggam tangan Lily. Lily sudah melarikan pandangannya ke tepi,meluat dia ingin memandang Jakfeer itu.
"Aku nak kau temankan aku, okey.Kau lepaklah dengan aku"kata Jakfeer lagi. Genggaman Jakfeer itu sungguh menarikkan perhatian orang lain disana.
"Sweetnya, boyfriend dia.."
"Tengok tu, boyfriend dia romantik sangat"
"Awww... sweetnya tak macam boyfriend i ni,jomlah balik!"
Ha,kan dah merajuk dah.
bisikan-bisikan orang itu cukup jelas sampai ke telinga Lily,hatinya menjadi bunga-bunga apabila dia melihat sendiri tangan Jakfeer yang menggenggam tanganya dengan cukup erat.Akhirnya bibirnya mengukir sebuah senyuman.
"Kita dah sampai!" kata Jakfeer sambil mengangkat kedua-dua belah tanganya,sekali gus tangan Lily yang digenggam oleh Jakfeer turut terangkat.Mata Lily hampir terbeliak jadinya.
'Dia nak buat picnic ke apa ni.Dengan karpet bulu-bulu,dengan bakul makanan lagi,dengan jajan bagai ni 'bisik hati Lily. Jakfeer sudah melepaskan tangan Lily lalu mengambil tempat duduk diatas karpet itu.
"yang kau berdiri lagi tu dah kenapa?duduk lah.Ke nak aku dudukan pula"kata Jakfeer.
Lekas Lily merebahkan punggungnya diatas karpet itu.Selesa dan lembut.
"Awak ni, kalau nak picnic sekali pun janganlah ajak saya, ajaklah tunang awak tu. Kan baru sweet tu. Barulah nampak orang nak berkahwin"kata Lily sambil tangannnya lincah membelik satu persatu makanan yang ada dalam bakul tu.
"Memang nak ajak pun tapi last minit pula dia cakap dia ada hal. So nak tak nak terpaksalah aku cari kambing hitam"balas Jakfeer dengan muka slumbernya itu.
'KAMBING HITAM!' terjerit hati Lily.
"Kenapa pula saya jadi kambing hitam?"soal pula Lily ,pada Jakfeer yang tiba-tiba termenung menghadap ke hadapan.
Lily memidahkan pula pandangannya ke hadapan. Rupa-rupanya,dihadapan mereka adalah sebuah laut. Siap ada lampu-lampu bercahaya bertemakan romantik, dipasangkan di persekitaran laut itu ramai pasangan bercinta yang melepak disini. Ada yang sekadar berbual,ada yang sekadar makan, sudah seperti candle light dinner. Ada pula yang sedang melamar!! wahhh!!! sungguh bahagia dan akhirnya ada yang seperti mereka bedua iaitu picnic tengah malam-malam buta ni.
Tapi,the problems now,mereka berdua bukannya diatas karpet itu.
Tertoleh pandangan Lily pada Jakfeer yang disebelahnya.
"Kenapa?"
Pandangan Lily,berpindah ke satu tempat.Hampir terkeluar biji mata Senrose. Terkejut dia apabila melihat gelaran yang disebalik pohon itu.
BERSAMBUNG
"Apa awak cakap?! eh ,muka saya ni lebih heloklah nak dibandingkan muka awak yang tak siap tu.Kalau nak bezakan dengan longkang,longkang lebih elok laa!" ~Lily "Apa? nak gaduh? eh! pendek . sekurang-kurangnya aku ada cik tunang tau.Tunang aku tu bukan sebarang orang tau,dia anak dato tau,dah lah tu model paling hot dan cantik .Kalau betul apa kau cakap yang longkang lebih elok,kenapa dia gilakan aku ,ha?"~Jakfeer "Sebab.... tunang awak tu BUTA!!"~Lily "Kalau dia buta sekali pun dia tetap cantik.Tak macam kau ,selekeh! pendek! tak pandai bergaya!. Segak,cantik jauh sekalilah jawabnya" ~Jakfeer
Share this novel