Masing-masing sudah kepenatan mencari tempat sembunyi Ong Wei. Makin lama makin menjadi ragu dengan cadangan Senrose yang tempat Ong Wei di bangunan ini.
"Eh Senrose betul ke ni tempat diaorang?" soal Kyra dalam telefon.
"Hello..."
Suara orang lain.
Semua terkejut.
"Siapa kau?" soal Sarah.
Tiba-tiba hilang kepenatan mereka, apabila mendengar suara si dalam talian. Itu bukan suara Senrose atau Jakfeer.
"Tenang... Diaorang ada dengan aku... Hhahahaha" jawab si dalam talian.
"Datang lah sini kalau nak diaorang hidup-hidup" katanya lagi.
"Eh bodoh!. Kami tengah cari engkau lah ni. Dah penat kami cari korang!, bangsat! " jerkah Danish.
 Bengang, kerana tak jumpa-jumpa lagi kedudukan musuhnya.
Panggilan dimatikan.
"Macam mana ni?" kata Steven.
"Kita kena berpecah, move!" kata Danish.
Kali ini dia jalan di hadapan sekali, hilang ketakutannya. Sekarang dia perlu selesaikan misi yang paling penting, rasa takut itu ditolak ke tepi.
"Ikut aku" kata satu suara dari belakang mereka. Masing-masing berhenti dan toleh ke belakang.
"Ryan!" semua terjerit dan tergamam.
Bagaimana bekas leader mereka berada disini.
"Hey" sapa lagi satu suara. Soffya.
"Soffya!!" Jerit lagi mereka.
Kyra dan Sarah berlari memeluk Soffya.
"Macam mana engkau ada disini?" soal Steven.
"Kita tak ada masa nak berbual, kita kena cepat" kata Soffya.
"Sudah, mari ikut aku" Ryan sudah memulakan langkah, abaikan soalan Steven tadi.
Masing-masing mengekori langkah Ryan. Mereka tahu Ryan masih hidup. Tapi tak sangka, mereka akan jumpa lagi Ryan.
***********************
"Tak guna engkau buat semua ni Ong Wei. Engkau akan mampus juga" kata Senrose yang sudah berhadapan dengan Ong Wei sambil memegang erat pistol nya. Kedua-dua dalam keadaan mengah, setelah berlawan tadi. Tapi masing-masing tidak mengaku kalah. Perang harus habis-habisan. Tiada seri. Hanya mati yang menentukan siapa yang kalah.
Mereka berdua sudah seperti satu pasangan lawan yang sedang menanti siapa yang akan jadi penyerang nya.
"Engkau silap Senrose!. Engkau yang patut mati!. Engkau dengan bapa engkau sama! Dua-dua tak guna!!" balas Ong Wei sambil menghala senjata kepada Bella.
"Aku tak akan lepaskan engkau kalau apa-apa jadi pada dia, Ong Wei!" kata Senrose sempat dia menoleh pada Jakfeer yang sudah terbaring.
Jakfeer masih tidak sedarkan diri. Sebelum ini terjadi, Jakfeer berlawan bersama seorang lelaki berbadan besar iaitu orang kanan Ong Wei. Akhirnya setelah lelaki itu dikalahkan oleh Jakfeer, Jakfeer pula yang pengsan.
"Mana Senrose?!!" satu suara muncul.
Semua memandang ke arah itu. Stella atau yang dikenali oelh Senrose ialah Salwa.
"Wa!!" terkejut Senrose melihat wanita itu berada disini. Situasi sekarang pula tu.
"Senrose. Aku datang nak tolong engkau" kata Stella sebelum memandang ke arah Bella yang menjadi sasaran lepasan peluru oleh Ong Wei.
"Lepaskan dia, jangan tambahkan lagi nyawa tak bersalah yang engkau dah bunuh, Ong Wei!" kata Stella. Daniel di belakang turut bersiap sedia sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
"Baiklah! Aku tak akan bunuh dia, tapi aku nak sebelum tu, Senrose!. Aku nak engkau tanda tangan kertas yang ada atas meja di sana tu!" kata Ong Wei sambil menunjukkan satu sudut ruang.
Senrose tahu apa yang Ong Wei mahukan dia tanda tangan pada kertas itu. Kertas itu mesti penyerahan harta nya ke Ong Wei itu.
Apa dia perlu buat sekarang. Bella berada di tangan lelaki tak guna itu. Nak tak nak Senrose melangkah juga ke kertas itu sambil matanya sempat memberikan isyarat mata ke Stella.
Senrose memegang pen yang berada di sebelah kertas itu. Tak salah lagi memang betul, itu adalah kertas penyerahan aset kepada penerima.
Kurang ajar!
Tak sedar diri engkau!.
Engkau siapa?!.
Ingin sahaja ayat itu di lontarkan kepada lelaki tak guna itu. Tapi Senrose sedaya upaya bertahan. Senrose tetap menanda tangan juga pada kertas itu.
Kertas dibawa menuju ke Ong Wei lalu lempar ke muka Ong Wei bersama daun kering yang disembunyikan di belakang kertas itu. Sempat dia mencuri daun kering di meja itu.
Stella yang melihat terus menepuk bahu Daniel. Tanpa membuang masa Daniel lekas berlari ke ke arah Bella dan mendukung wanita itu lalu larikan diri.
Senrose pula terus menyerang Ong Wei bertubi-tubi, tanpa memberi ruang kepada Ong Wei untuk mempertahankan diri atau menyerang agar Ong Wei tidak sempat menghalang Daniel.
Stella yang melihat turut menyerang Ong Wei, sehingga mereka berdua tidak sedar bahawa satu peluru menuju ke arah mereka dari belakang. Tepat terkena kaki Senrose.
Senrose terduduk di tanah.
"Arh!" terjerit Senrose.
Melihat Senrose berhenti serangan Ong Wei membalas serangan Stella. Stella tidak sempat mengelak lalu terbang ke tepi. Melihat Senrose sudah terduduk Ong Wei mengeluarkan kerambitnya lalu menuju ke Senrose.
Satu libasan terkena bahagian perut Senrose. Darah keluar mengalir sedikit demi sedikit dari luka di bahagian perut itu. Satu garisan melintang di perut.
Senrose tergamam.
Ong Wei sudah terpelanting terbang ke dinding, akibat di tendang oleh Jakfeer.
Jakfeer sudah terkaku, apabila melihat Senrose terkena juga serangan Ong Wei tadi.
Tak sempat. Jakfeer tak sempat nak halang serangan Ong Wei pada Senrose.
Jakfeer menuju ke Senrose yang sudah terbaring ke tanah. Tangan nya menuju darah yang makin laju keluar.
"SAYANG!!"
Berlari Jakfeer mendapatkan Senrose yang semakin lemah matanya.
"Sayang!. Jangan!, jangan tutup mata sayang. Buka, buka mata!" Jakfeer sudah menampar perlahan pipi Senrose, untuk sedarkan Senrose jangan terlelap. Tolonglah jangan terlelap.
"Senrose!!!" Stella berlari menuju ke Senrose.
"No.. No.. Bangun.. Jangan tinggalkan aku.. Aku minta maaf. Senrose. Tolong, tolong sedar!. Buka mata Senrose! Buka mata!!" terjerit-jerit Stella pada Senrose.
Tetap Senrose tak berdaya dia tetap menutup matanya perlahan-lahan sebelum semuanya sunyi dan gelap. Tiada cahaya dan bunyi yang dapat dia dengari.
Panggil dari Stella dan Jakfeer semakin perlahan Senrose dengar.
Darah pekat mengalir di celah kaki Senrose. Stella dan Jakfeer tergamam apabila darah itu makin banyak keluar.
Adlien yang baru tiba sudah tergamam apabila melihat adik nya sudah terbaring dipeluk kan Jakfeer manakala Stella sudah menangis teresak-esak. Dia tahu puncanya apa. Berlari dia menuju ke Ong Wei yang ingin bangun sambil terbatuk-batuk setelah paru-parunya di tendang oleh Jakfeer. Sesak nafas dia rasa.
"Tak guna kau!!" Adlien menendang kepala Ong Wei dengan kuat. Sehingga lelaki itu tidak sedarkan diri terus.
Walaupun Ong Wei tidak mampu berdiri Adlien tidak puas hati. Dia masih menendang Ong Wei dengan kaut. Sesekali dia menumbuk pula.
**************************
Masing-masing diam.
"Siapa waris pesakit?" soal seorang Doktor yang baru keluar dari satu bilik dihadapan mereka.
"Saya!. Saya suami dia" kata Jakfeer sambil melangkah laju menuju ke doktor itu.
Masing-masing jauhkan diri sedikit dengan Jakfeer dan doktor itu. Memberi ruang pada mereka berdua.
"Saya harap Encik bersabar. Isteri encik mengalami kehilangan darah yang banyak dan dia tak akan sedarkan diri buat masa sekarang. Saya harap encik bersabar, berikan isteri encik berehat secukupnya dan sebagai orang yang dia sayang, berilah dia semangat disisi dia dan... " berat hati doktor itu ingin katakan berita ini.
Jakfeer tetap bersabar menanti walaupun berita yang dia baru tadi sudah luluh jantungnya. Terasa kakinya tidak terasa memijak ke bumi.
" Dan... "
BERSAMBUNG..
Share this novel