Bab 46

Romance Series 8612

Masing-masing mendongak ke atas meneliti bangunan di hadapan mereka ini. Satu bangunan flat lama yang telah ditinggalkan, tiada penghuni malah hanyalah tinggal dinding sahaja dan dikekelingi semak samun. Keadaan sungguh seram dan sepi. Membuatkan persekitaran mereka sungguh seram.

"Oh God!. No class nya group dia.." tawa Sarah disambut oleh Kyra.

"Well.. Dia sekarang salah seorang musuh kita, right?" kata  Senrose membuatkan tawa mereka berdua terhenti.

"Dekat mana isteri aku?" soal Adlien dengan tergesa-gesa sambil memegang erat senjata di tangannya.

Senrose hanya memandang sahaja persekitaran itu.

"Aku tak tahu tapi yang aku tahu, dia mesti dekat persekitaran sini"balas Senrose.

Dia tidak tahu hendak memujuk abangnya supaya bertenang sekejap bagaimana. Yelah ini bagaikan pertama kali mereka bersua muka setelah beberapa tahun menghilang.

" Mari semua! kita berpecah" kata Senrose.

Semua yang berada di situ berpecah.

Kyra bersama Danish, Daniel dan Sarah manakala Adlien bersama Dien dan Senrose bersama Jakfeer. Masing-masing berpecah mencari Ong Wei dan Bella.

"Sayang.. Sayang pakai ni" blazer kalis peluru disergah ke Senrose.

Terkejut Senrose.

"Eh! Abang dah kenapa?. Kan saya pun pakai ni hah" balas Senrose menolak pemberian Jakfeer.

"Tak apa, sayang pakai je dua. Tak ada lah kena langsung" kata Jakfeer sambil ingin memasang blazer tersebut ke badan Senrose, tapi di tepis sekeras nya oleh Senrose.

"Are you nuts?. Kalau Saya kena tembak, benda ni panas tau. Dah tu abang nak saya buang masa buka benda ni saja?. Dah tu abang tak pakai?. Jangan nak merepek. PAKAI SEKARANG!" Senrose sudah bengang.

Time macam ni lah dia nak buat perangai macam ni.

Jakfeer turuti kata Senrose. Sambil muncung mulut dia memakai balik blazer tersebut. Sambil memakai sempat dia berkata.

" Sayang.. Kalau abang dah tak ada, sayang jaga diri baik-baik tau... Sayang.. Abang sayang sangat dekat sayang.. Sayang.. Ab.."

"Abang dah kenapa ni?! dekat sini juga abang nak buat sesi luahan. Ish tak baik lah kata macam tu. Doa semoga semuanya selamat, okey"kata Senrose sambil menyambung langkahnya, menaiki tangga.

" Sayang!! "

Satu tembak kan dilepaskan.

Satu figura jatuh dari tingkat atas, tergolek ke tingkat bawah.

Senrose sudah bernafas tidak teratur apabila tubuhnya ditarik ke bawah. Sempat dia menoleh melihat Jakfeer yang sudah terkaku setelah melepaskan tembak kan.

"Dia betul-betul target sayang tadi"Kata Jakfeer.

" Saya betul-betul tak perasan. Ni semua salah abang,sempat pula buat sesi luahan tadi"balas Senrose sambil menjeling ke arah Jakfeer.

"Abang rasa diaorang memang target sayang la. Abang dekat depan sayang je, tapi kenapa dia target sayang" kata Jakfeer sambil wajah kerut itu. Dia rasa ada benda tak kena.

"Dah dia ada satu je pistol mesti lah target salah seorang dari kita. Sudah lah cepat jalan.." balas Senrose.

Jakfeer hanya turuti melangkah. Dia rasa cukup rasa ada benda yang tidak kena sekarang. Dia harus menjaga Senrose lebih dari tadi.

**************
"Erm.. Kyra. Engkau jalan la dulu?" kata Danish sambil tergaru-garu belakang tengkuk nya.

"Hah?, aku jalan dulu?"terkejut Kyra. Dah apahal dia pula kena jalan dulu, dia perempuan kut. Selalunya perempuan jalan belakang lelaki.

" Ha! Engkau lah jalan dulu. Lady first "kata Danish.

" Erm.. Okey"tanpa berlengah Kyra turuti, duduk dihadapan Danish.

Masing-masing berhati-hati melangkah. Mereka sekarang sedang dalam sasar jika terlalu menonjol. Mereka perlu sentiasa bersedia jika konco Ong Wei menyerang hendap mereka.

Danish terasa tengkuk nya dilalui angin sejuk. Meremang tubuhnya.

Prak!!

"MAK KAU HIJAU!!! ARGHHH...!!! apa tu Kyra?!!" menjerit Danish kini beralih ke sisi bahagian lain Kyra sambil memeluk tangan Kyra.

Kyra sudah terkejut sebelum dia menahan tawa melihat reaksi Danish tadi. Ini bukan Danish leader level one yang dia kenal. Ini sudah seperti Danish lima puluh... Danish sotong.

" Oii.. Apasal kita jumpa dekat sini pula ni.." kata Daniel tiba-tiba muncul.

"Eh. Macam mana engkau boleh ada sini?" soal Kyra. Sempat dia memandang Sarah di belakang Daniel itu.

"Entah. Tapi tak pe lah, jom jalan sama-sama"kata Daniel.

" Ni apasal ni? " Soal Daniel apabila Danish memeluk erat tangan Kyra dan berdiri di belakang Kyra.

" Erm.. Tak ada apa.. Jom "kata Danish sempat dia melepaskan pelukan nya di tangan Kyra sambil mengawal dirinya jangan kelihatan sangat diri tu penakut.

"Engkau tahu, orang dulu cakap kalau tempat tak berpehuni mesti ada hantu.." Kata Danish sambil sekejap-sekejap bersembunyi di belakang Kyra.

"Engkau ni ada telur ke tak ada?. Eeee buat malu je la engkau ni.." kata Daniel.

Sebagai kaum sejenis dengan Danish dia sangat malu. Tak sangka orang yang paling disegani oleh segala group leader rupanya pengecut dengan benda macam ni. Bila tengok muka penakut Danish tu lama-lama mahu saja dia gelak terbahak-bahak,tapi Masing-masing tahu yang Danish control maco.

"Engkau tahu orang cakap kalau pergi tempat sunyi macam ni balik tambah sorang lagi.." kata Danish yang masih di belakang Kyra.

"Engkau tahu, orang dulu-dulu cakap jangan pergi tempat yang macam ni. Nanti kena ganggu.." kata Danish lagi.

"Engkau tahu, orang dulu-dulu cakap pergi tempat macam ni kena jaga tingkah laku. Kita ni dah lah jahat tau tak"

"Engkau tahu, orang du.."

"Engkau tahu, orang cakap..orang yang banyak mulut la yang kena dulu" kata Daniel sempat menjeling ke arah Danish.

Danish sudah keluar dari belakang Kyra, dengan wajah bengang.

"Eh engkau ingat aku ni takut sangat ke?. Eh kalau ada hantu, aku ni orang pertama lah nak tengok depan mata. Itulah engkau percaya sangat dengan benda tahyol ni" balas Danish dengan pura-pura berani dan berlagak itu  sambil memotong Kyra, Sarah dan Daniel.

Kini Danish yang berada di hadapan.

"Engkau tahu orang kata mulut macam engkau ni la yang kena dulu nanti. Engkau nak sangat jadi orang pertama yang tengok dia kan. Ha jalan la" kata Sarah sambil tersengih-sengih.

Mendengar kata Sarah langkah Danish terhenti. Lalu dia membuat pusing U dan berjalan sehingga duduk di belakang sekali, di belakang Kyra semula.

"Eeee la haih.. Penakut cakap jela.." kata Daniel.

"Diam lah kau.." balas Danish.

"Oiiii!!!"

Jerit seseorang dari belakang mereka. Danish sudah berlari likang pukang manakala Kyra telah melepaskan satu tembak kan tepat ke dada figura itu.

Figura itu telah jatuh apabila terkena tembak kan Kyra. Nampaknya dia ialah konco Ong Wei. Jadi mereka tidak jauh dari sasaran.

"Mana dia pergi?" Soal Kyra pada Daniel yang berada dihadapan.

"Tudia... Paling depan sekali" kata Daniel dengan ketawa apabila melihat Danish berlari likang pukang tadi.

Masing-masing ketawa melihat Danish yang sudah menyorok di sebalik dinding itu.

****************
Satu tumbuk dilepaskan pada perempuan itu, tetapi malangnya perempuan itu sempat mengelak sebelum satu tendangan 'double kick' Di beri pada perempuan itu. Tepat kena dibahagan kepala. Perempuan itu tidak dapat seimbangkan badannya dan jatuh.

Senrose sudah tercungap-cungap kepenatan. Jakfeer masih bertarung dengan seorang lelaki yang menyerang memakai kerambit. Licah mereka berlawan membuatkan Senrose terpegun melihat Jakfeer yang mengelak segala serangan lelaki tersebut.

'Pandai juga suami aku lawan, heheheheh'

Tersengih Senrose.

Jakfeer menang perlawanan tersebut dengan satu lipatan kaki ke tubuh lelaki itu lalu Jakfeer memusing kan kepala lelaki itu sehingga tubuh itu terkaku. Jakfeer terhinjut-hinjut ke Senrose.

"Apa tengok-tengok. Terpegun la tu, suami sayang lawan. Makin sayang tak, sayang?. Mesti hati sayang berbunga-bunga kan.. Wahhh hebatnya kacaknya suami sayang lawan. I love you, muah muah" kata Jakfeer yang masih mengah kepenatan itu.

Senrose sudah tersengih-sengih.

"Penat ni. Jangan macam-macam. Nak sweet sweet pula sekarang ni. Dah jom" kata Senrose sambil mengheret tangan Jakfeer untuk bangun.

"Sayang.. Abang penat ni... Sabar lah, yang"kata Jakfeer sambil mendayu kepenatan itu.

" Eee... Cepat.. "balas Senrose yang sedang menarik Jakfeer supaya bangun dari duduknya.

Baru sahaja Jakfeer bangun. Satu peluru tepat ke sebelah lututnya.

Masing-masing memandang ke peluru yang sudah menebus ke dinding itu.

"Wow. Nasib sayang tarik abang kan. Aihh.. Benar, jodoh itu memang firasat yang tepat. Sayang memang dibuat dari rusuk kiri abang. Abang.. Abang rasa macam jatuh cinta kali yang berkali-kali pada sayang.." Jakfeer memandang ke arah Senrose dengan perasaan terharu.

" Apa abang merepek ni!"kata Senrose sambil matanya tercari-cari sosok yang menembak mereka.

Apabila matanya nampak seseorang itu dia tak tunggu lama terus dia mensasar dan melepaskan tembak kan, tepat kena di dada kiri orang itu.

" Tengok. Sayang tembak dia pun terkena rusuk kiri. Sayang memandang sayang untuk abang kan"Sambil tersenyum-senyum Jakfeer berkata.

Senrose sudah pening.

Telefon berdering..

Senrose mengangkat.

" Okey aku pergi sekarang"balas Senrose sambil menuju ke satu tempat. Dia pula kena memimpin tangan Jakfeer yang sudah tidak betul itu.

BERSAMBUNG..

Bila mafia takut hantu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience