Ara diam membisu..... kaku seperti seorang manusia yang mati akalnya. Berita yang didengari tadi amat memeritkan jiwanya. Iyeee walau teruk mana dia dikerjakan oleh Ivan. Kandungan Ara tetap selamat dan kuat di dalam sana. Harini sudah genap 2 bulan kandungan itu membesar baik dalam rahimnya.
Ivan memandang sayu wajah yang sudah hilang serinya akibat menangis itu... dalam fikiranya... dia berasa bersalah pada Ara ..Kerana kebenaran yang diterimanya bahawa Ara lah yang bersama2 dia di bilik hotel pada malam itu....
Tunduk dia manahan malu dengan perbuatan kasarnya pada Ara.... dia melutut dan mencapai tangan lembut milik Ara yang kini sah menjadi isterinya....
Daurah Nashitah...... panggil Ivan dengan nada sebak...
Manakala Ara masih seperti tadi diam dan kaku....
Ara.... ulang ivan sekali lagi namun Ara masih diam membisu....
Hatinya sudah mati dan layu dengan kekasaran yang diberi Ivan pada dirinya.....
Sekarang hati Ara berasa benci yang menggunung terhadap lelaki yang ada di depannya itu ......
Puas hati kau.....
Ivan yang menunduk terus mengangkat wajah melihat wajah Ara yang beku dan marah....
Kalau dari awal aku tahu lelaki itu adalah kau.... aku takkan layan baik lah Ivan..... Kenapa kau perlu buat aku macam ni..... kau pura2 tak kenal dan nak rapat dengan aku.....????
Ivan diam membisu ... dia juga tiada jawapan untuk itu...Sedangkan andai dia tahu akan jadi begini... takkan sesekali dirinya mahu mengenali dengan mana2 gadis termasuk Ara....
Dan apa yang Alvin rancang untuknya betul2 melampaui batas... dan Ivan akan pastikan Alvin akan mendapat balasanya suatu hari nanti.....
Kebenaran yang memeritkan.... dan semoga Ara kuat dengan semuanya....
Share this novel