Bang! Bang! Bang! Bang!
Ktak!
Boom!!!
Bang! Bang! Bang!
"... And.... Done" kata Rayyan mendatar. Dengan jatuhnya tubuh lelaki terakhir itu ke atas lantai maka telah lenyaplah kesemua gang yang berada di Malaysia milik Haider Mikayla iaitu pakcik kepada Rayyan.
"Fuh, aku tak sangka kita boleh hapuskan Geng Haider semudah abc kicap manis adabi..." celah Faiq yang sedang mendukung Emiel di sebelah. Habis basah tangan lelaki itu digigit dan dinyonyot oleh Emiel. Faiq pula hanya membiarkan sahaja.
"Abc sos manis tu bukan jenama jalen ke?" soal Lucia yang sedang melangkah kearah mereka berdua. Pistol yang berada di tangan disimpan ke dalam kocek seluar. Kemudian anaknya Emiel diambil dari tangan Faiq.
"Please jangan jadi bodoh... Dahlah kita sekarang dekat Malaysia. Nak kena kecam dengan rakyat diorang ke? Abc sos manis tu cap kipas udang,"
Krik krik krik.
Semua terdiam sambil memandang wajah lelaki itu yang sedang tersenyum bangga seolah olah baru sahaja mengeluarkan ayat menakjubkan yang padahal semuanya tahi.
"Dah lah. Jom gerak... Malas aku nak lama lama dekat sini" celah Rayyan laju menukar topik.
Pintu Kereta Chevrolet hitam di bahagian pemandu dibuka sebelum dicampak masuk kedua pistol yang baru sahaja digunakan tadi.
Lucia dan Faiq juga turut ikut masuk.
Enjin kereta dihidupkan sebelum laju kereta itu membelah jalan raya.
"Aku sebenarnya masih kesian dekat Ray...." kata Faiq memulakan perbualan setelah beberapa minit pemanduan.
"Kenapa nak kesian dekat dia?" soal Rayyan semula. Matanya fokus ke arah jalan raya.
"Yelah, dia dahlah sakit. Lepastu anak kembar dia pulak koma. Kesian dekat Khayra nak jaga diorang" kata Faiq.
Rayyan tergelak halus mendengar bicara lelaki itu.
"Itulah yang kau tak tahu...." kata Rayyan.
"Tahu apa?" soal Faiq dan Lucia serentak.
"Hah? Sayang pun tak tahu?" tanya Rayyan kepada Lucia.
"Lah macam mana sayang nak tahu kalau awak tak bagi tahu" balas Lucia.
"Eyy bodohnya. Bini siapa ni?" kata Rayyan selamba.
Pantas Lucia mencubit lengan Rayyan kuat.
"Aduh aduh! Sakitlah"
"Cakap sayang bodoh lagi. Tidur luar malam ni!" Rajuk Lucia.
"Alaaaa sorry lah. Saya gurau jelah baby.." kata Rayyan.
Lucia memalingkan wajahnya kearah tingkap.
"Baby...." panggil Rayyan manja.
"Sayang? Honey? Cinta hatiku sepanjang nyawa? Merajuk ke tu..."
"Nak berbaby baby pulak dekat sini. Tu jalan tu, tengok. Karang semua jadi babi" celah Faiq yang dari tadi menyaksikan adengan kencing manis itu.
"Ah kau jeles. Kau nak, carilah babi kau punya.. Babi ni aku punya je"
"Apa awak panggil saya?! Babi!" Marah Lucia.
"Baby lah! Tulah asyik nak marah marah telinga pun dah pekak. Sebab derhaka lah tu"
"Eyyy awak ni kan...." mata Lucia mengecil memandang suaminya. Manakala Rayyan pula sudah tersengih seperti kerang busuk.
"Hehehe sayang awak"
Cup!
Pantas bibir Lucia dikucup laju.
Automatik Lucia tersengih lebar.
"Eleh sukalah tu kena cium..." kata Rayyan.
"Mesti lah suka. Suami sendiri cium" balas Lucia pula.
"Nak lebih lebih dalam biliklah. Hormat sikit aku yang single ni" celah Faiq di belakang. Wajah cemberutnya ditayang. Tidak puas hati melihat aksi mereka.
"Dasar jeles...." kata Lucia cukup perlahan tapi masih boleh didengari.
Rayyan di sebelah hanya tergelak besar mendengar komen isterinya.
"Hah apa dia yang aku tak tahu tu?" soal Faiq.
"Hanz..." kata Rayyan sepatah.
"Kenapa dengan dia?" soal Lucia dan Faiq serentak.
"Kau rasa kenapa aku benarkan dia duduk dengan kita?"
"Sebab kau kan nak jadikan rumah agam tu tempat pengumpulan anak anak terbiar" balas Faiq selamba.
Lucia hanya tergelak halus mendengar jawapan Faiq.
Ktak!
"Hah pintu dah bukak, sila keluar dari kereta aku sekarang. Kalau kau tak keluar aku sendiri yang akan tolak kau keluar" kata Rayyan dingin.
"Woi aku gurau jelah!" balas Faiq laju. Terus berubah cuak mukanya. Sudah lah keretanya itu sedang dipandu laju. Si Rayyan ni bukan boleh, dia cakap dia buat. Maka berhati hatilah apa yang keluar dari mulutnya itu. Kadang- kadang auta tapi kebanyakkannya fakta.
"Tahu kau takut...." lock kereta ditekan semula.
"Kenapa dengan Hanz?" soal Lucia pula.
"Dia...."
France : 11:59pm
Xavier masuk kedalam bilik yang dihuni oleh kedua orang anak Ray iaitu Alicia dan Rachel.
Kakinya melangkah dekat ke arah katil berkembar itu.
Tiub air yang bersambung pada lengan dua kanak kanak kecil itu diperiksa. Wajah polos mereka diperhatikan. Hairan jugak walaupun sudah berminggu mereka koma tetapi bibir mereka seperti bukan orang koma. Tidak merekah. Badan maintain pulak tu tak susut langsung. Jangan jangan....
Tiba tiba pintu bilik itu terbuka dari luar.
"Guys... Uncle ada bawak ja...." Hanz terdiam.
Xavier memandang lelaki itu dengan wajah bekunya.
"Dah lama buat kerja macam ni?" tanya Xavier mendatar.
"Err..." Hanz mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dah terkantoi ke ni? Alamak apa yang dia nak jawab.
"Hanz..." panggil Xavier sepatah namun cukup tegas.
"Hish, yelah yelah. Bukan salah aku okay. Rayyan yang suruh buat macam ni" kata Hanz.
"Korang berdua, sampai bila nak berlakon?" Soal Xavier kepada anak kembar Ray pula.
Wush
Laju selimut yang menutupi badan mereka diselak ketepi.
"Alaaaaaaaa....Uncle Hanz lah ni. Tengok dah kantoi" kata Alicia dengan wajah cemberutnya. Kembar nya disebelah menganggukkan kepalanya beberapa kali.
"Hehe Sorry guys, ni uncle ada bawak jajan..." pujuk Hanz dengan merasuah beberapa paket biskut oreo. Siapa yang ajar merasuah budak? Semestinya Rayyan.
"Guys, tell me what going on..." celah Xavier dingin. Kedua tangannya sudah disilang separas dada. Tajam matanya memerhatikan mereka bertiga yang tampak takda rasa serba salah langsung menipu mereka semua.
Baru sahaja Hanz ingin membuka mulut tiba tiba pintu bilik medical itu terbuka lagi sekali.
"Wey korang, kitaorang berdua ada bawak popc... Eh apasal kau dekat sini Xavier? Bukan ke sepatutnya kau dah tidur... Ke? Ke tidak? Hehehe" kata Zariq yang sedang memegang beberapa kotak popcorn bersama abang kembarnya di sebelah. Mulut sudah tersengih seperti kera bodoh.
"What the heck.... Korang semua tahu yang Alicia dengan Rachel ni dah lama bangun daripada koma?" Marah Xavier.
"Hah? Sejak bila pulak diorang berdua koma?" soal Zen dengan wajah polosnya.
Hanz sudah menepuk dahinya seperti memukul nyamuk. Bala betul lah diorang semua ni.
"Hanz... Better kau explain dekat aku semua ni sekarang sebelum ini akan jadi malam terakhir untuk kau bernafas" ugut Xavier dingin.
"Fine... Aku akan Explain..." kata Hanz pasrah.
Zariq dan Zen sudah melangkah dekat ke arah katil si kembar. Popcorn dihulurkan kepada anak kecil itu.
"Sambil sambil tengok dia kena marah. Jom kita makan popcorn" bisik Zariq kepada Alicia.
Gadis kecil itu tergelak halus. Namun tangannya tetap mencapai popcorn yang yang dihulurkan oleh Zariq.
"Sebenarnya macam ni..."
Dan sekali lagi pintu bilik itu terbuka sebelum seorang wanita pula melangkah masuk.
"Anak anak mama sihat tak tu? Mama ada ba..." terus terdiam Khayra. Botol susu yang berada di kedua tangannya cepat cepat disorok kebelakang badan.
"Don't tell me yang you pun tahu anak anak you dah bangun dari koma?" soal Xavier kepada Khayra.
"Hah? Anak anak i koma?" soal Khayra dengan wajah peliknya.
"What... The... Heck..." kata Xavier satu persatu.
"Haha aku dah agak dah anak anak aku tak koma" celah satu suara yang elok menyandar badannya pada pintu masuk bilik itu.
"DADDY LOUIS!" Jerit Alicia dan Rachel serentak.
"Babi betul perangai masing masing" keluh Xavier perlahan.
Malaysia
"Sebab anak anak Ray tak pernah koma pun..." kata Rayyan.
"Hah! Apa?!" kata Lucia dan Faiq serentak.
Rayyan tergelak.
"Iya, kau fikir aku nak ke balik Malaysia dengan keadaan anak buah kesayangan aku terlantar atas katil tak sedar diri?" soal Rayyan semula.
"Ada betulnya juga..." balas Faiq.
"Jadi siapa je yang tahu pasal hal ni?" Soal Lucia semula.
"Hanz, kembar, Khayra dan aku rasa Louis tahu. Bodoh sangat kalau dia tak tahu" kata Rayyan sebelum tergelak.
"Jadi Alicia dengan Rachel memang tak pernah koma lah?" soal Faiq.
"Masa mula mula diorang datang tu memang diorang koma. Tapi Hanz berjaya meneturalkan semula dadah tu dalam badan diorang. Kemonlah, Hanz tu pakar tahu tak. Otak dia geliga bab bab dadah ni" kata Rayyan.
"Gila ah..." kata Lucia.
"Dah tu kenapa kau diamkan je tentang hal ni?" soal Faiq pula.
"Saje? Biar Si Xavier tu ada kerja sikit. Takdalah nanti dia bosan duduk rumah asyik goyang telur je. Hahahaha" gelak Rayyan kuat.
"Babinya perangai. Nasib siapa dapat ketua bebal macam ni" kata Faiq perlahan.
Kereta mereka diparkir betul betul di hadapan satu bangunan gah berwarna hitam. Baru sahaja sebentar tadi Rayyan menghantar anaknya ke salah seorang anak buahnya yang berada di tempat lain. Anaknya tak boleh ikut untuk kali ini. Misi ini terlalu berbahaya.
"Okay kita dah sampai. Korang berdua tunggu kejap dekat dalam kereta. Sayang, aku dah kumpulkan semua geng kita yang ada dekat Malaysia termasuk anak anak buah sayang sekali. Diorang akan datang dalam masa setengah jam. Bila diorang dah sampai, dan dalam masa 2 jam aku masih tak keluar dari bangunan ni, arahkan diorang untuk serbu masuk dan bunuh semua orang yang ada dekat dalam" arah Rayyan sambil membuka tali pinggang keselamatan. Lucia hanya menurut.
Rayyan mengambil dua pucuk pistol sebelum diselitkan di belakang seluar. Satu riffle berwarna hitam juga diambil dari bawah tempat duduknya.
"Bangunan apa ni? Kau nak pergi jumpa siapa?" soal Faiq. Matanya ralit memerhatikan bangunan 34 tingkat dihadapannya itu.
"Ni neraka, so aku nak jumpa bapak iblis kejap dekat dalam. Nak minta sign autograph. Alang alang tu nak isikan borang untuk kau. Kau kan nanti nak duduk sana lama" gurau Rayyan selamba sebelum terus menutup pintu keretanya.
"Tak payah layan. Mulut suami i memang puaka," kata Lucia kepada Faiq.
"Tahu dah. Dah bertahun i kerja dengan dia bukan setakat mulut je. Perangai pun boleh tahan set set ahli neraka ketujuh" balas Faiq pula. Mereka berdua hanya memerhatikan Rayyan yang semakin jauh melangkah ke arah pintu masuk bangunan.
Ada dua orang pengawal yang berjaga dipintu itu menghalang laluan Rayyan.
"Boleh ke tu dia nak masuk?" soal Faiq.
Tanpa cakap banyak Rayyan terus mengacukan pistolnya kearah mereka berdua.
Bang! bang! bang! bang!
"Boleh lah kut. Yang halang dia pun dah mati" balas Lucia selamba.
"Kenapa dia pergi sorang tak ajak kita?" soal Faiq.
"Misi kalini cukup bahaya kalau kita tersilap langkah. Sebab tu dia tak bagi kita ikut sama..." itu sahaja jawapan Lucia untuk Faiq. Dalam hati tidak putus dia berdoa agar suaminya selamat.
Tingkat paling atas ditekan.
Terbuka sahaja pintu lift, Rayyan terus melangkah keluar sebelum laju menuju ke arah satu satunya bilik yang ada di tingkat itu.
Pintu bilik ditendang kuat sehingga terbuka. Riffle hitamnya disandarkan pada bahu kanan.
Bibir Rayyan terukir senyuman sinis.
"Assalamualaikum pakcik ku yang paling sial" kata Rayyan dengan nada yang cukup menganjing.
France 1am
"Kiranya sekarang ni Rayyan dekat Malaysia bukan sebab hal bisnes? Tapi sebab tengah buru Haider?" soal Ray kepada Xavier.
Xavier mengangguk perlahan.
"Kenapa kau tak bagi tahu aku?"
"Louis tahu" jawab Xavier mudah.
Ray sudah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Kau sendiri tahu kan aku dan Louis tak berkongsi memori..." ucap Ray kesal. Dalam hatinya tercuit sedikit perasan risau. Adakah Rayyan baik baik saja disana?
"Err... Siapa Haider?" soal si kembar dan Hanz serentak.
"Family jauh aku..." jawab Ray mudah. Tidak hairan jika yang lain tidak kenal siapa Haider kerana hanya Xavier sahaja yang pernah berjumpa dengan pakcik mereka itu memandangkan dia yang paling awal memasuki keluarga Mikayla.
"Habis tu macam mana ni bang?" soal Khayra yang sedang menidurkan anak anak mereka.
Ray memandang wajah polos ketiga tiga anaknya.
"Kita kena balik Malaysia" arah Ray mendatar.
"Kau gila? Macam mana dengan musuh Avery? Macam mana dengan Eres? Kita masih belum selesaikan musuh yang tengah buru kita sekarang ni" balas Xavier.
Ray mengeluh panjang. Tanganya ditongkat ke dahi menutupi sebahagian mukanya.
"Err siapa Haider? Kenapa Rayyan pergi cari dia?" Soal Si kembar buat kali kedua.
Xavier menarik nafas panjang sebelum melepaskan perlahan.
"Yang suntik dadah dekat anak anak Ray bukan Eres," terang Xavier.
"Aik? Seriuslah?" soal Zen hairan.
"Iya, Eres cuba untuk culik diorang. Tapi masa tu rancangan dia gagal sebab orang orang Haider dah suntik diorang berdua dulu,"
"Macam mana kau tahu?" soal Zariq pula.
Xavier tidak menjawab pertanyaan Zariq sebaliknya dia hanya memandang ke arah pintu bilik.
"Betul tak tekaan aku ni Bella Lavender Rose?" soal Xavier.
Sesaat kemudian pintu itu terbuka dari luar. Bella hanya tersenyum lebar, di sebelahnya pula ada Avery yang sedang memandang mereka dengan pandangan tidak puas hati.
"Kenapa buat sesuatu tu perlu sorok sorok?" Marah Avery mendatar. Geram apabila hanya dia sahaja yang dipinggirkan daripada rancangan mereka.
"Same as you. Kenapa dah tahu sesuatu tapi tak bagi tahu kitaorang semua?" balas Ray pula.
"Hish abang ni... Tapi abang Louis tahu okay" jawab Avery taknak kalah.
"Itu abang Louis, bukan abang. So sama je..." jawab Ray pula.
Avery menayang wajah cemberutnya. Asyik nak menang je tau dia ni.
"Jadi macam mana dengan sekarang? Kita semua gerak Malaysia ke? Aku risau Rayyan dekat sana sorang sorang dengan bini dia je" kata Xavier.
"Dengan bini dia je? Bukan Faiq ada sekali ke?" soal Zariq dan Zen polos.
"FAIQ HIDUP LAGI!?" jerit Khayra dan Avery serentak.
Manakala Ray pula sudah ternganga.
"Eh, err... Maksud aku roh dia kut..." kata Zariq.
"Aah roh..." sokong Zen pula.
Xavier pula hanya pasrah melihat kebodohan mereka berdua. Habis rosak plan.
"Zariq Karlens... Zen Karlens... Baik kau bagi tahu aku benda betul sebelum aku bunuh korang berdua dekat sini sekarang jugak" ugut Ray sangat dingin.
"Hishhh yelah yelah. Aah Faiq hidup lagi. Dia dekat Malaysia teman Rayyan sekarang ni" jawab Zariq pasrah. Nak buat macam mana lagi kalau dah terbongkar, kan? Jawab jelah jujur sebelum ada yang jadi mayat.
"Kenapa korang bohong aku? Kenapa korang palsukan kematian Faiq?" Tanya Ray kembali.
"Sebab Rayyan nak sorok Faiq dari mata musuh. Dengar cerita Eres nak attack Faiq" jawab Zariq selamba.
"Kau ni memang tak guna" terus kepala mereka berdua di sekeh kuat.
"Aduh sakit lah..." adu mereka serentak.
Mereka yang lain tergelak. Begitu juga dengan Khayra dan Avery. Dalam hati terselit sedikit perasaan lega. Setidaknya itu berita gembira buat mereka.
"Jadi kenapa kita perlu balik Malaysia?" soal Avery mendatar.
Ray terdiam sejenak sebelum wajah adiknya itu dipandang redup.
"Sebab Rayyan tengah cari Haider..." katanya senada.
Serta merta wajah Avery bertukar menjadi ketakutan. Tangan kecilnya juga mengigil hebat.
Bella yang berada di sebelah gadis itu perasan dengan perubahan pucat wajah Avery.
"You okay?" soal Bella prihatin.
"Kita kena balik Malaysia sekarang jugak! Kita kena tolong Abang Rayyan!" kata Avery kuat. Matanya bulat memandang mereka satu persatu. Mimpinya itu. Rayyan.
"Kenapa ni?" soal mereka yang lain cemas melihat perubahan gadis itu secara mendadak.
"Benda buruk akan berlaku pada dia orang bertiga! Kita kena tolong diaorang!"
Malaysia 7 pm
Hujan lebat yang menyentuh setiap inci tubuh badan Rayyan hanya dibiarkan sahaja. Kepalanya memandang kearah langit, menadah setiap titisan air hujan agar menyentuh mukanya. Darah yang mengalir ditepi dahi diabaikan. Tangan kanannya yang patah juga tidak dihiraukan. Sebelah tangan lagi sedang memegang lembut pipi seseorang yang memangku dikakinya, tidak bernyawa.
"Siapa sangka harini menjadi hari terakhir untuk kita berdua bergelak ketawa..." kata Rayyan seorang diri ditemani dengan cecah ribuan mayat yang bergelimpangan di sekelilingnya.
Mulutnya tersenyum sakit. Setitis demi setitis air matanya keluar sebelum bersatu dengan air hujan yang menitis dimukanya.
~in another life, I'll make you stay~
Telefonnya yang berdering itu diangkat.
"Abang Rayyan! Abang dekat mana? Abang okay? Mana akak Lucia?" soal Avery cemas dihujung talian.
"Av..." panggil Rayyan lemah.
"Ye bang! Kenapa ni?" makin cemas Avery apabila mendengar suara lemah abangnya itu.
"Semua ada dekat situ ke?" soal Rayyan mendatar.
"Ada..." jawab Avery laju.
"Tekan butang loud speaker..." arah Rayyan.
Avery pantas membuat apa yang disuruh oleh abangnya itu.
"Dah..."
"Kawan kita Muhammad Faiq bin Faqrul meninggal dunia 20 minit yang lepas... Dia kena bunuh dengan Haider... Anak aku dengan Lucia, kena culik dengan anak buah Haider. Anak buah kita yang dekat Malaysia semua dah mati termasuk semua anak buah bini aku. Datang sini, tolong aku... Aku tak kisah apa pun yang tengah jadi dekat sana sekarang... Please datang sini ... " kemudian hanya esakan dan tangisan sayu sahaja yang kedengaran dihujung panggilan mereka.
Share this novel