Sekali lagi mereka perlu menghadap kematian salah seorang ahli keluarga yang mereka sayang.
Hampir kesemua yang hadir majlis pengebumian itu memakai pakaian hitam dan gelap. Air bunga disiram seorang demi sorang atas pusara Lucas.
Lucia memeluk badan Rayyan erat. Air matanya tidak putus putus mengalir keluar. Dua kali dia merasakan kehilangan abangnya. Dan dua kali juga dia tidak sempat melihat saat saat terakhir abangnya pergi.
"Kenapa semua ni jadi pada kita, Rayyan?" Tangis Lucia sayu.
Rayyan membalas pelukan Lucia. Matanya dipejam rapat, serapat yang boleh. Hatinya sedih. Tak cukup dengan Faiq yang mati kerana berkorban demi Lucia. Kini kawan baiknya pula mati depan matanya sendiri.
Ahli ahli grup BlackRose dan Grup Mikayla semuanya sudah meninggalkan tanah kuburan itu.
Kini hanya tinggal mereka sekeluarga.
"Rayyan, Lucia....akak harap awak berdua tabah ye" kata Khayra lembut. Bahu Lucia disentuh perlahan.
Kemudian Ray pula menepuk bahu Rayyan perlahan.
"Dia kawan yang baik, aku tahu. Tapi dah sampai masa kau relakan pemergian dia untuk kali ni" kata Ray sebelum dia dan Khayra meninggalkan tanah kuburan itu.
"Stay strong, Rayyan, Lucia" kata Hanz pula, dia kemudian membawa Emiel pergi dari situ. Memberi ruang untuk Lucia dan Rayyan menstabilkan emosi mereka.
"Aku tahu perpisahan tu perit. Lebih lebih lagi ahli keluarga sendiri. Aku harap korang tabah" kata Zariq pula sebelum dia juga turut melangkah pergi diikuti dengan Xavier di belakang.
Seorang demi seorang mula meninggalkan pusara Lucas. Kini yang tinggal hanya Bella, Avery, Keith, Luiz, Rayyan dan juga isterinya, Lucia.
Batu nisan Lucas dipegang dengan tangan yang menggigil.
"Apa yang i dah buat ni?" Kata Avery perlahan.
"Apa yang i dah buat pada hidup you? Apa yang i buat ni Lucas......" Soalnya sayu. Tangisnya ditahan. Seboleh boleh dia tak mahu meratapi kematian Lucas. Bella mengusap belakang badan Avery, cuba menenangkan gadis itu.
"Lucas, kau kawan baik aku. Selamanya. Takkan ada yang terganti. Semoga kau tenang dekat sana, Lucas. Aku pergi dulu..." kata Rayyan perlahan sebelum dia turut melangkah pergi meninggalkan kuburan itu bersama Lucia.
Keith masih lagi tidak beranjak dari tempatnya. Hatinya bercampur baur saat ini. Lucas mati kerana melindungi dirinya. Memang benar dia tidak menyukai kewujudan Lucas dalam hidup Avery. Tetapi bukan ini yang dia mahukan. Bukan kesudahan yang sebegini yang Keith mahukan.
"Keith, kita kena pergi. Kau belum sihat sepenuhnya" kata Luiz mendatar.
Perlahan lahan Keith angguk kepala.
"Selamat tinggal Lucas, terima kasih untuk segalanya" kata Keith perlahan sebelum Luiz menolak kerusi rodanya jauh meninggalkan kubur itu.
"Lucas, I'm so sorry. I bersalah pada you. I lukakan hati you. I cuma bagi derita dalam hidup you...." nangis Avery tersedu sedu. Air mata yang ditahan daripada tadi akhirnya mengalir keluar setelah hanya Bella dan dia sahaja yang tinggal.
"I minta maaf Lucas. I betul betul minta maaf. I...." Avery tidak menyambung ayatnya. Tangannya menekup ke muka sebelum dia menangis semahu mahunya.
"Av, tak baik menangis depan kubur" pujuk Bella yang masih setia di sisi gadis itu. Bahu gadis itu dipegang sebelum dipaksa untuk berdiri.
"Relakan pemergian dia Av. Semua ni memang dah tertulis untuk jadi takdir hidup dia. Bukan salah you" Bella memeluk Avery masuk dalam dakapannya.
"I know...but I'm so sorry for him. Kalau i tak paksa dia untuk bantu i. Semua ni takkan jadi" kata Avery semula.
"Kalau dia tak tolong you, mungkin lagi ramai ahli keluarga you yang lain terkorban. Rayyan, Keith, Lucia, Xavier diaorang semua masih hidup sebab Lucas pernah selamatkan diaorang. I know yang Lucas tak pernah menyesal sebab datang balik ke sini. Dia tak menyesal sebab tolong you" kata Bella mendatar cuba memujuk gadis itu. Belakang badan Avery diusap perlahan.
    Keith baring di atas katilnya setelah dibantu oleh Luiz. Luiz pula sejak pulang dari tanah perkuburan hanya diam membisu. Dia juga berbaring atas katilnya yang berada di sebelah katil Keith.
"Luiz..." panggil Keith setelah lama mereka menyepikan diri.
"Hmm" Luiz menyahut malas. Tangannya diletakkan atas dahi.
"Kau rasa kenapa Lucas sanggup lindungi aku dengan nyawa dia sendiri?" Tanya Keith perlahan. Atap siling bilik dipandang dengan tatapan kosong.
"Itulah yang namanya pergorbanan. Kau akan rasa benda tu bila kau ada sesuatu yang kau rasa cukup berharga untuk dikorbankan" jawab Luiz mendatar.
"Apa yang berharga bagi Lucas?" Soal Keith kembali.
"Keluarga ni. Dia rela berkorban demi keluarga yang dia sayang"
Mereka berdua kembali senyap. Suasana sunyi kembali mencengkam. Akhirnya hanya nafas panjang dilepaskan.
Hari ini merupakan hari yang sangat perit bagi mereka sekeluarga.
Dua bulan kemudian.......
Kini Keith telah pun sembuh sepenuhnya dari kesan kemalangannya tiga bulan yang lalu. Hari hari berjalan seperti biasa. Mereka semua cuba mencari semangat hidup yang baru. Semuanya kembali seperti biasa. Cuma...
"Rayyan, ini proposal yang kau minta tadi" kata Keith sebelum meletakkan satu fail atas meja kerja Rayyan.
"Hmm" jawab Rayyan mendatar. Mukanya beku sahaja langsung tiada emosi.
Keith memandang ke arah Lucia yang duduk di meja kerjanya. Wanita itu hanya menggeleng perlahan.
Nafas keluh dilepas panjang.
Inilah yang berubah dalam kehidupan harian mereka. Rayyan tidak lagi seperti dahulu. Kini dia lebih banyak mendiamkan diri. Tiada lagi lawak lawak bodoh yang keluar dari mulutnya. Tiada lagi gelak tawa yang menghiasi hari hari mereka.
Sejak kematian tiga ahli keluarga yang terdekat dengannya, sifat Rayyan berubah seratus peratus.
Mereka yang lain pula tidak tahu hendak cakap apa lagi untuk menaikkan semangat lelaki itu. Kalau ikut kata Xavier pula Rayyan terkena minor depression akibat tekanannya yang melampau.
Lucia pula kini membuat dua kerja. Dia kini perlu mengendalikan syarikat FD milik abangnya dan dalam masa yang sama juga menolong syarikat Rayyan.
Manakala Avery pula masih lagi menetap dengan mereka yang lain memandangkan penerbangan untuk ke luar negara masih lagi tidak dibenarkan.
"Abang tak rasa ke keluarga kita ni makin lama makin sendu?" Soal Khayra kepada Ray yang sedang membuat kerja di meja.
"Sendu? Maksud sayang?" Soal Ray kembali.
"Abang perasan tak perangai adik abang dah berubah sekarang?"
"Berubah macam mana? Abang tengok okay je. Semua kerja dia siapkan tepat pada waktu. Semua meeting dia datang, tak pernah tinggal" jawab Ray kembali.
"Itulah yang sayang risaukan. Perangai dia mana pernah macam tu. Selama ni pernah ke dia siapkan kerja ikut waktu? Pernah ke dia masuk meeting 10 minit lebih awal dari abang? Tak pernah kan? Abang tak pelik ke?" Khayra sudah memandang wajah kacak suaminya tak berkelip.
"Baguslah kalau macam tu? Apa yang peliknya" balas Ray masih lagi berpura pura tak ambik kisah.
"Ish abang ni. Cuba lah prihatin sikit dekat emosi Rayyan tu. Sayang rasa dia ada masalah lah. Sayang risau kalau dia terlampau tertekan dengan hidup dia..."
Ray berhenti menaip sebelum wajah isterinya dipandang lembut.
"Ya sayang, abang saja je. Dia kan adik abang. Kalau sayang tak cakap pun abang dah tahu. Abang tahu yang dia tengah tertekan sekarang ni. Sayang jangan risau. Abang akan cuba cakap dengan dia nanti okay" kata Ray mendatar dan lembut.
Khayra angguk kepala laju.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk" arah Ray sedikit kuat.
Pintu itu terbuka sedikit sebelum Alicia menjengah kepalanya separuh ke dalam.
"Daddy! Mummy!" Panggil kanak kanak itu sambil tangan melambai teruja.
"Eh Alic buat apa dekat syarikat daddy? Adik Rachel mana?" Tanya Ray semula. Jelas terkejut melihat kedatangan anak sulungnya itu secara tiba tiba.
Alicia kemudian terus melangkah masuk sebelum diikuti pula dengan Rachel di belakangnya.
"Lah Rachel pun ada sekali? Ada apa cari daddy ni?
Mereka berdua melangkah ke arah meja Khayra sebelum pipi ibunya itu dicium laju. Mereka kemudian melangkah pula ke arah meja kerja Ray.
"Saja. Alic nak jumpa Uncle Rayyan" kata kanak kanak itu sebelum mengambil tempat atas kerusi betul betul di hadapan meja ayahnya. Berkongsi tempat duduk dengan Rachel.
"Lah yeke... Uncle Rayyan dekat bilik sebelah" kata Ray kembali.
"Tahu, Alic datang sini sebab nak pinjam sesuatu dari daddy" Alicia tersengih lebar. Nampak baris giginya yang putih.
"Pinjam apa?" Tanya Ray semula.
"Pistol" balasnya selamba dengan muka sesuci malaikat.
Terbuntang luas mata Khayra dan Ray melihat anak kembar mereka.
"Kenapa Alic nak guna pistol?" Tanya Khayra panik. Dia tahu anaknya itu menjalani latihan daripada kecil tetapi tidak pernah pula mereka memberi anak anak mereka menggunakan pistol diluar waktu latihan.
"Alic ada benda nak buat, please daddy...." pinta Alicia lagi dengan matanya yang dibulatkan besar. Rachel di sebelah kakaknya itu hanya diam sambil dagu diletakkan atas meja. Mata sibuk memerhatikan kertas kertas kerja ayahnya yang bersepah.
Ray hela nafas panjang sebelum laci almari mejanya ditarik. Satu pistol hitam dibawa keluar sebelum diberikan kepada anaknya itu.
"Abang!" Jerit Khayra kuat. Jelas terkejut melihat tindakan Ray.
"Thanks daddy, sayang daddy!" Kata Alicia teruja. Pistol itu dicapai laju. Dia kemudian turun daripada kerusi yang agak tinggi itu.
"Adik jom" ajaknya kepada Rachel pula.
"Daddy, ni salah. Daddy patutnya letak peratus saham ni 7.890 peratus, bukan 7.980" tegur Rachel sebelum dia juga ikut turun daripada kerusi meja kerja Ray.
Keluar sahaja anak kembarnya itu dari bilik, Khayra pantas memandang tajam wajah suaminya.
"Abang bagi diaorang pistol betul?" Tanya Khayra jelas kelihatan terkejut. Wajahnya seakan tak percaya melihat tindakan berani suaminya itu. Anak kembar mereka baru 8 tahun!
Ray tergelak kuat, sangat kuat. Dia kemudian menunjukkan kertas kerjanya ke arah Khayra.
"Sayang nampak ni?" Tanya Ray mendatar.
Khayra terus bangun daripada kerusinya sebelum melangkah kearah meja kerja Ray. Kertas itu diambil.
"Tadi sayang dengar tak apa yang Rachel cakap?" Tanya Ray lagi.
Mata Khayra terbuntang luas membaca helaian kertas pada tangannya itu. Itu merupakan senarai saham syarikat mereka yang berada diseluruh dunia. Bukan setakat di France. Tapi seluruh dunia.
"Sayang rasa macam mana dia boleh tahu peratus tu salah dengan sekali imbas?" Ray menyoal kembali.
Khayra mati kata. Terkedu pun ya. Tak sangka anaknya itu memiliki otak yang genius.
"Hahaha, jadi sayang tak perlu risau. Abang tahu diaorang nak pinjam pistol tu untuk kebaikan. Pemikiran kembar mungkin melebihi daripada pemikiran kita semua. Mungkin dia boleh nampak apa yang kita tak nampak. Sebab tu abang tak pernah halang diaorang untuk buat apa apa" sambung Ray lagi.
"Dari siapalah agak agaknya gen otak Alic dengan Rachel ni ek? Genius semacam anak kita tu"
"Semestinya gen otak abang" jawab Ray bangga.
"Eyyy perasan!" Balas Khayra tak mahu kalah.
Alicia mengetuk pintu bilik Rayyan dua kali sebelum dia terus masuk kedalam bersama dengan Rachel tanpa menunggu jawapan dari Rayyan.
"UNCLE RAYYAN! I MISS YOU!" Jerit Alicia teruja.
Alicia kemudian terus berlari ke arah pakciknya itu. Leher Rayyan dipeluk manja. Rachel pula hanya berdiri di sebelah Lucia malu malu. Tangan Lucia disalam dengan penuh sopan.
"Alic buat apa dekat sini?" Tanya Rayyan sambil mulut tersenyum hambar.
"Alic tengah cari lalat" jawabnya laju sambil mulut tersengih.
"Lalat?" Dahi Rayyan berkerut. Badan Alicia diangkat sebelum diletakkan atas pehanya. Namun tangan Rayyan terpegangkan sesuatu, sesuatu yang dia pasti adalah pistol.
"Sekarang ke?" Bisik Rayyan betul betul ditelinga kanak kanak itu.
"Yup! Sekarang!" Jawab Alicia teruja.
Tanpa berkata banyak Rayyan terus bangun dari kerusinya sambil tangan mendukung Alicia.
"Sayang, aku keluar kejap dengan Alicia. Sayang tolong jagakan Rachel eh" sempat Rayyan berpesan kepada Lucia yang berada di meja kerjanya sebelum dia terus melangkah pergi.
"Uncle awak tu nak pergi mana Rachel?" Tanya Lucia kepada Rachel sebaik sahaja Rayyan dan Alicia hilang di sebalik pintu.
"Tangkap lalat" jawab Rachel mudah.
Share this novel