Zoe Avery Mikayla. Siapa? Semestinya aku. Lahir dalam keluarga keturunan Mikayla ni banyak cabaran yang perlu dihadapi.
Bukan setakat kena latih macam askar daripada kecik. Kena buru juga sudah menjadi perkara biasa untuk aku. Musuh? Pasti akan berada dimana mana sahaja. Setiap saat nyawa aku boleh diambang maut.
Tersilap langkah, pasti hilang segala.
Dan sekarang umur aku sudah mencecah 28 tahun. Tetapi aku masih lagi belum berkeluarga seperti abang abang aku. Sebenarnya aku teringin juga hendak merasa ada anak sendiri. Hidup normal tanpa diburu. Tapi...
Haih.
Andai kata boleh memilih, aku lebih rela memilih suami yang normal. Yang hidup jauh dari kehidupan mafia dan kehidupan bunuh membunuh. Sebab aku nak anak aku membesar tanpa perlu rasa takut seperti mana aku dan abang abang aku membesar.
Kerana aku yakin, kalau suami aku juga terlibat dalam dunia ini. Kami takkan kekal selamanya. Salah seorang pasti akan pergi atau mati.
Itu aku sangat pasti.
Kenapa?.
Cause I'm the most dangerous girl. Bruh.
Nafas dikeluh panjang. Straw besi di dalam cawan di putar perlahan.
Ramai orang yang berada dalam Cafe Croissant ni, masing masing dengan tujuan sendiri. Dan Avery?. Sedang menunggu seseorang. Seseorang yang sering kali masuk ke dalam mimpinya sejak akhir akhir ni. Seseorang yang mungkin kawan dan mungkin boleh berubah menjadi lawan.
Bunyi kerusi di tarik menyebabkan Avery mengangkat wajahnya sebelum perlahan bibirnya mengukir senyuman manis. Ya. Inilah dia orang yang dia tunggu tunggu daripada tadi.
Elrick Raihan.
"Hi Av, lama ke tunggu? Sorry tadi memang dah gerak awal dari pejabat. Tapi jalan jem. Stuck dekat setengah jam. Tu yang lambat sikit" Elrick tersengih sebelum dia mengambil tempat di hadapan Avery.
"It's okay, tak lama pun tunggu. Av pun baru je sampai. Sambil sambil tu Av minum dulu. El pergilah order lunch. Mesti dari pejabat tak makan lagi kan?" tanya Av lembut.
"Hah tu lah perut pun dah lapar dah ni" Elrick pantas membuka buku menu yang sememangnya tersedia di meja. Selesai sahaja memesan makanannya, wajah Avery dipandang semula.
"Hah apa benda yang Av nak bincangkan tu? Hal penting ke? Selalunya Av busy je tak ada masa nak ajak makan sama sama" kata Elrick mendatar. Tumpuannya diberikan sepenuhnya kepada gadis kecil itu.
"Saja, dah lama kita tak makan sama sama. Tapi memang Av ada hajat lain pun selain nak ajak lunch harini" balas Avery mendatar.
"Hajat apa tu?"
Avery mengambil nafas beberapa kali. Cuba mengumpul sedikit kekuatan untuk menceritakan hal yang selama ini dia pendamkan seorang diri.
"Hurmm... Sebelum tu biar Av ceritakan dulu apa yang terjadi..."
Keith yang sedang elok menonton television di ruang tamu, terganggu apabila ada seorang beruk pondan yang sibuk mengacau ketenteramannya.
"Tak cerita dia sekarang ni kau nak apa beruk? Blah lah, aku nak tengok tv. Bukan nak tengok muka tak siap kau tu" marah Keith kepada Rayyan yang sibuk menjadi penghalang pandangan.
"Tengok jelah aku, kan aku lagi hensem dari pelakon ni" balas Rayyan selamba. Dia sambung semula menari dan berjoget di hadapan Keith.
Satu bantal tepat dibaling pada wajah kacak itu. Terhambur kuat gelak tawa Rayyan apabila melihat muka cemberut Keith. Dia melangkah ke arah sofa sebelum melabuhkan punggungnya disebelah sofa Keith.
"So, apa perasan kau?" tanya Rayyan sambil tangan yang ditepuk tepuk pada bahu Keith.
"Hah? Perasaan apa? Setakat ni aku rasa nak bunuh kau je, perasaan lain tak wujud lagi" tangan Rayyan atas bahunya ditepis.
"Eh binatang ni karang" pantas Rayyan mencubit dua belah pipi Keith sebelum ditarik. Maka terhasillah satu senyuman yang nampak penuh paksa.
"Kalau aku mati dunia ni tak aman tahu tak" kata Rayyan lagi.
Keith menepis tangan yang mencubit pipinya kuat.
"Apahal pulak? Aku rasa dunia lagi aman kut. Kurang satu pembunuh gila yang tak waras"
"Nuh-uh. Dunia takkan aman tanpa adanya lelaki paling kacak. Nanti semua lelaki dalam dunia ni nampak hodoh tanpa adanya aku" balas Rayyan sungguh yakin.
Keith hanya menjulingkan mata mendengar kata kata Rayyan. Perasan gila.
"Tak kau nak apa sebenarnya ni? Sebelum aku sepak kau, baik kau berhenti mengarut".
Rayyan tergelak halus, kakinya di letakkan atas meja kopi di hadapan.
"Adik aku balik harini..." muka Keith dipandang semula.
"Excited tak?" soal Rayyan lagi.
"Nak excited nak buat apa, biar jelah dia balik" kata Keith mendatar. Wajahnya dibekukan. Mata masih lagi tidak lepas memandang skrin tv di hadapan.
"Eleehhh, kau pikir aku ni bodoh ke tak tahu yang kau suka dia. Semua orang tahu. Muka kau nampak gembira gila kalau nampak adik aku" balas Rayyan sambil menekan perkataan semua.
"Mana ada" nafi Keith laju.
"Kau jangan, karang kalau dia datang bawak calon suami sebab kau taknak jujur dengan perasaan sendiri. Kau jugak yang merana nanti. Kau kena ingat, kumbang bukan seekor dalam dunia ni. Lagi pulak dia tu kaya, cantik, ada syarikat sendiri. Aku yakin ramai yang nakkan dia. Petik jari je berjuta beratur nak dekat dia. Heh kau pulak ada apa je? Muka pun tak hensem. Bagaikan kuali dan berus sabut" bebel Rayyan.
Apa kena mengena siak?.
"Mana ada aku suka dia, aku kawan je" nafi Keith lagi.
Rayyan mengeluh.
"Lantak kau lah beruk, paling kurang aku dah nasihat. Esok jangan sibuk cari aku bila dah patah hati. Tak pasal pasal aku kena jadi kauselor tak berbayar" .
Keith hanya diam. Mata sahaja yang masih memandang tv, jiwa sudah melayang entah ke mana. Kata kata Rayyan tadi berputar bagaikan kaset rosak dalam otak. Betul ke dia sukakan Avery?.
"Ayyan, aku..."
Keith menoleh ke sebelah. Tetapi lelaki itu sudah tiada. Entah bila masa dia menghilang. Akhirnya hanya nafas keluh kedengaran.
Selang beberapa saat Hanz pula datang dan duduk di sebelah sofa Keith.
"Kau pehal muka macam ayam berak kapur?" soal Keith sambil merenung muka Hanz yang masam mencuka.
"Kau tahu tak kerja Si Rayyan tu? Pergh haritu..." belum sempat Hanz menghabiskan kata katanya Keith pantas mencelah.
"Ouh kerja dia. Takpayah bagi tahu aku, aku tahu kerja dia berlambak"
"Argh shit lah, esok pulak tu meeting dengan Mr Elrick tu, argh serabut serabut serabut" Hanz menggosok rambutnya sehingga serabai.
"Sejak bila kau pandai nak serabut ni? Selalunya kau cool je buat kerja dia" soal Keith sambil melihat Hanz yang seperti sudah hilang kewarasan di sebelahnya.
"Kau pergi try buat kerja dia. Sehari je aku bagi. Confirm kau pun serabut macam aku, ini dah 2 tahun tahu tak aku macam ni. Dua Tahun! Arghhh god please help me! " jerit Hanz kuat sebelum dia menghempas badannya pada sofa.
Keith hanya tergelak melihat Hanz merana. Bagi lah pakar business ke workholic ke pasti kesudahannya begini jika diberi tugasan oleh Rayyan. Macam manalah sebelum Hanz datang Ray boleh tahan dengan kerja adiknya itu.
"Apahal dengan Elrick tu?" soal Keith pura pura prihatin. Karang tak layan gila pulak Si Hanz ni stress sorang sorang.
"Nope, aku taknak sebut pasal lelaki tu..." balas Hanz sambil mata yang terpejam.
"Asal, dia buat ap.."
Hanz tiba tiba sahaja duduk tegak melihat Keith.
"Kau tahu tak! Dia tu datang dari Swedan. Datang sini nak buat business partner dengan company Rayyan yang baru nak bukak dekat arr.. Dekat.. Dekat mana tah tu kan. Argh lantaklah tak penting, Masalah esok dah nak datang harini baru bagi tahu. Surat, file semua belum settel. Bila aku minta tangguh dia kata dia tetap sampai sini esok jugak. Bullshit. Orang kaya memang macam ni ke?" ngadu Hanz laju.
Keith hanya tergelak di sisinya. Tertekan betul muka Hanz ni.
"Kau dah cakap belum dengan Rayyan?" soal Keith mendatar.
"Aku dah bagi tahu, pastu dia kata ' do i look like i fucking care? Bakar jelah company tu settel, no company no work' itu je wey dia jawab" balas Hanz dengan muka yang murung.
Keith tergelak lagi. Anjing punya boss. Kau dah sedap sedap bagi pekerja kau kerja banyak banyak. Pastu kau lari.
"Alah, relax lah. Kalau Rayyan tak kisah kau pun ikutlah perangai dia sikit. Buat tak kisah je" nasihat Keith.
Hanz kembali menyandar pada sofa.
"Haih entahlah. Lama lama aku boleh gila duduk sini..." kata Hanz perlahan.
"Hah! Apasal pulak kau gila! Kalau kau gila siapa nak buat kerja aku nanti" celah Rayyan tiba tiba, yang datang entah dari mana. Dia mengambil tempat di sebelah Keith dengan tangan yang memegang roti Subway.
"Kau dari mana ni?"
"Mall belakang" balas Rayyan selamba sambil mengunyah rotinya.
Hanz pula serta merta diam apabila Rayyan berada di hadapannya. Tiba tiba jadi budak baik.
"Aik kau ni, diam pulak. Dia dah ada ni kau ngadu lah puas puas" kata Keith dengan sebelah kening yang dinaikkan.
Hanz hanya diam membisu.
"Apasal? Siapa kacau kau? Bagi tahu aku nama dia, biar senang sikit aku nak bunuh" kata Rayyan dengan mulut yang penuh mengunyah roti.
Keith pandang Rayyan dengan muka jijik.
"Kau lah yang stress kan dia! Bagi kerja banyak banyak. Silap hari bulan boleh botak kepala Hanz tahu tak!".
"Eh jangan lah botak. Muka kau dahlah tak hensem. Nanti bertambah hodoh pula. Kenapa? Kerja apa yang banyak sangat tu?" soal Rayyan mendatar.
"Pasal business partner dengan Mr Elrick, dia datang esok..." balas Hanz perlahan.
"Ouhh pasal tu. Okay esok juga aku pergi bunuh dia, demi pekerja aku yang aku paling sayangi. Aku sanggup buat apa saja untuk kau" kata Rayyan yakin.
Pap!
Satu tamparan kuat mengena pada bahu Rayyan. Pantas Rayyan menoleh ke belakang.
"Kau apaha..."
"Abang kata nak bunuh siapa tadi?" soal gadis itu dingin.
Wajah Keith serta merta nampak ceria melihat gerangan gadis bertoncang satu itu, namun sekelip mata wajah itu berubah kendur semula apabila melihat lelaki yang turut berdiri di sebelah Avery.
"Mana ada aku nak bunuh sesiapa! Yang tu siapa pulak!" soal Rayyan apabila dia juga terperasan dengan kehadiran lelaki di sebelah adiknya.
Hanz pula sudah terbeliak mata melihat lelaki itu.
"Mr Elrick?" tanya Hanz laju.
"Hah!?" kata Keith dan Rayyan serentak.
Share this novel