Avery melihat pantulan dirinya dalam cermin. Gown hitam yang kembang itu terletak indah pada tubuhnya. Tak sangka secepat ini dia dan Keith akan dikahwinkan. Semuanya berlalu dengan pantas. Dan abangnya Rayyan yang merancang semua majlis ini. Memandangkan hanya dia sahaja yang seperti ada masa.
"You nampak cute but gorgeous..." komen Lucia sebelum meletakkan satu tiara di atas kepala Avery.
"Hehe thanks kak" Avery pusing menghadap Lucia. Mulutnya tersengih lebar mendengar pujian kakak iparnya itu. Namun serta merta senyumannya hilang sebaik sahaja menoleh ke arah wajah Lucia.
"Kenapa akak ...." ayatnya tergantung. Matanya tidak lepas memandang mata Lucia yang sebelah purple dan sebelah kelabu itu.
"Ouh ni...Akak saje taknak pakai penutup mata akak harini" balas Lucia sebelum menyentuh sebelah matanya. Bibir terukir senyuman hambar.
Tiba tiba bahu Avery dipeluk lama dan erat.
"Av, akak harap sangat yang Av bahagia..." ucap Lucia perlahan. Belakang bahu gadis itu ditepuk lembut.
"Akak...."
Lucia melepaskan semula pelukannya. Kemudian wajah Avery dipandang semula.
"Selamat pengantin baru Av..." sehabis sahaja dia berkata Lucia terus melangkah keluar dari bilik Avery tanpa menoleh lagi.
Avery masih lagi terdiam di tempatnya. Kata kata Lucia tadi termain di fikiran.
Ah...mesti Kak Lucia dah nampak.
Sesaat kemudian pintu bilik itu terbuka semula sebelum Khayra pula yang masuk.
"Av dah siap belum? Tok kadi dah sampai dekat depan" panggil Khayra.
"Okay kak"
Khayra terus melangkah mendekati gadis itu sebelum kainnya dibantu angkat bersama. Maklumlah kain kembang sangat.
Idea siapa?
Semestinya idea Si Rayyan.
"Av, kenapa kain Av ni berat semacam je akak tengok Av nak seret" komen Khayra yang berada di belakang gadis itu.
"Hehehe ada tuah" balas Avery cuba berjenaka.
"Tuah?" Dahi Khayra berkerut.
"Hehehe takdelah" balas Avery sambil tergelak kecil.
Mereka bersama sama keluar dari bilik hotel itu sebelum melangkah ke arah hall yang terletak di bahagian tengah.
Kali ini mereka mengadakan majlis pernikahan dan majlis sanding terus serentak. Dan tetamu yang dijemput pula tak lain tak bukan semuanya daripada kalangan anak anak buah dan pekerja syarikat mereka sahaja.
Masuk sahaja ke dalam dewan, semua mata sudah terarah pada Avery. Termasuk tok kadi yang sedang duduk di hadapan Keith. Macam nak ternganga mulut dia. Nampak bidadari mungkin?
Avery elok berjalan sebelum duduk di belakang bakal suaminya.
Rayyan dan Ray juga berada di situ. Manakala Hanz dan Zariq duduk berdekatan dengan Keith. Masing masing nampak kacak memakai baju kot berwarna maroon gelap dan bertie hitam.
Bella dan Luiz pula berada di samping Rachel dan Alicia. Kesemua keluarganya memakai baju bertema maroon dan hitam.
Tapi semua tak boleh lawan dengan baju Keith yang nampak paling segak diantara mereka semua.
Auch suami siapa lah tu.
Dewan itu serba cantik dengan setiap sudut yang dihiasi batu pertama yang berkilat. Kerusi kerusi makan yang tampak serba mewah. Makanan dari pelbagai jenis terhidang di atas meja kayu yang berukir. Malah di bahagian atap pula penuh dengan juraian juraian batu batu kristal berwarna hitam silver. Sesuai dengan tema mereka hari ini.
Jantung Avery mula berdegup kencang disaat tok kadi sudah bersalaman dengan Keith. Matanya menunduk memandang jarinya yang kini penuh dengan corakan inai.
"Muhammad Azka Fattan Bin Abdullah..."
The hell?! Siapa tu?
Serta merta Avery mengangkat wajahnya menoleh ke arah Keith yang berada di depan.
Eh betullah dia yang pegang tangan tok kadi. Ke aku salah dengar?
"Saya..." jawab Keith.
Hah?
Muka Avery jelas berkerut.
"Aku nikahkan dikau dan ku kahwinkan dikau dengan Zoe Avery Mikayla Binti Mohd Adrien Mikayla dengan mas kahwinnya cek sebanyak 10 ribu tunai"
"Aku terima nikahnya Zoe Avery Mikayla binti Mohd Adrien Mikayla dengan mas kahwin cek sebanyak 10 ribu tunai"
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
Serentak dua saksi memberi kata putus maka bertukar lah status Avery sebagai isteri orang.
"Alhamdulillah....."
Semua menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh tok kadi. Habis sahaja doa dibacakan, Ray terus melangkah ke arah Keith.
"Nah cincin, acara batal air sembahyang" kata Ray sambil menghulurkan sekotak cincin yang berwarna hitam kepada Keith.
"Tapi cincin Av dah bagi haritu"
"Ni saje saje je buat. Untuk batal air sembayang" kotak cincin itu bertukar tangan.
"Kena ke?" Soal Keith bodoh. Kepalanya digaru perlahan.
"Habis tu kau nak batal air sembahyang macam mana? Buat anak tengah tengah dewan ni?" Sampuk Rayyan yang daripada tadi cuba menahan kesetanan dalam dirinya. Kalau ikutkan hati memang dia dah buat dajjal dah. Nasib Lucia menahan perangainya.
Hmmm ada guna jugak perempuan tu.
"Eh boleh je takde masalah..." balas Keith selamba.
"Berani kau lawan cakap aku. Hey, kau tu adik ipar aku tau sekarang. Walaupun kita sebaya, tapi status kau lebih rendah dari aku.... Jangan nak melawan cakap abang ipar eh" kata Rayyan yang sudah memaut leher Keith.
Ray dan Keith tergelak sebelum tangan Rayyan ditepis ketepi. Dasar tak boleh tengok orang senang sikit babun ni.
Keith berjalan ke arah Avery sebelum mengambil tempat di atas satu lapik cushion yang terletak betul betul depan gadis itu.
"You tak pernah bagi tahu pun nama you Azka Fattan" bisik Avery sebaik sahaja Keith menyarungkan cincin di jari manisnya.
"Kau tak pernah tanya hahaha" balas Keith semula.
"Dah dah! Tak payah nak berbisik bisik pulak cepat pandang camera sini" celah Rayyan kuat.
Avery berdecit perlahan. Kecohlah Rayyan ni. Macam dia pulak yang nak kahwin.
Semua ahli keluarganya menjadi cameraman tak berbayar. Memandangkan mereka tak mahu menjemput orang luar selain tok kadi.
"Aku tak sangka yang diaorang akan kahwin jugak akhirnya" kata Hanz yang berada di sebelah Zariq.
"Kan...aku pun tak sangka. Aku ingatkan Keith nak membujang sampai mampus" balas Zariq mendatar sebelum mereka sama sama tergelak.
Tak lama lepas tu masing masing makin liar berselfie bagaikan tiada hari esok. Macam macam posing ada. Lagi lagi si Rayyan dengan Zariq. Dah macam badut tak bergaji. Bini dia sampaikan tak mampu nak cakap apa dah. Anak dia Emiel tu pun duduk elok je sopan dekat meja makan.
Daripada tepi, Alicia hanya memerhati dalam diam bersama dengan adik kembarnya Rachel, melihat mereka semua bergambar.
"Kenapa Alic taknak join?" Soal Bella yang berada di belakang gadis itu. Manakala Luiz berada di sebelah Rachel.
"Tak perlu" balas Alicia ringkas.
Jelas tampak raut bahagia masing masing ketika Keith mencium dahi Avery. Ketika mereka bergambar bersama sama. Seolah olah hilang semua masalah yang mereka sedang hadapi.
Sudah macam macam peristiwa yang terjadi untuk mereka sampai ke hari ini. Sudah ramai ahli keluarganya yang terkorban untuk sampai ke hari ini. Jadi hari ini biarlah mereka rasa kebahagiaan yang sepatutnya jadi milik mereka.
"Selamat pengantin baru Av..." kata Khayra lembut sahaja sebelum memeluk adik iparnya yang sedang duduk atas pelamin berwarna hitam gold. Pipi mereka dilagakan.
"Thanks akak!" Jawab Avery dengan sengihan lebar. Badan Khayra dipeluk erat dengan mulut yang tersenyum lebar.
"Tahniah bro. Aku harap korang berdua kekal bahagia selamanya" kata Ray kepada Keith di sebelah sebelum mereka membuat bump fist.
"Thank you boss" balas Keith cuba buat jenaka.
"Boss kepala mu!" Laju Ray membalas. Jelas tidak suka mereka memanggilnya boss. Sebelah tangannya penuh mendukung Athanasia. Habis hujung rambut Ray basah digigit kanak kanak itu.
"Yow anak buah paling sial!" Sapa Rayyan yang kini sudah melangkah mendekati mereka.
Pak!
Bahu Rayyan dipukul oleh Lucia yang sedang memimpin Emiel.
"Adab tu jaga sikit eh" tegur Lucia keras.
Rayyan tayang muka cemberut.
Dia kemudian bersalam dengan Keith yang sedang duduk di atas pelamin.
"Thanks bro sebab rancangkan majlis nikah aku..." kata Keith mendatar.
"Bro? Siapa abang kau? Panggil aku boss! Kau tu pekerja aku tahu tak" balas Rayyan.
Pak!
Sekali lagi bahunya ditepuk oleh Lucia. Tajam matanya menjeling Rayyan. Seolah olah memarahi budak kecil.
"Anak awak ni elok je sopan tak buat perangai. Yang awak tak habis habis nak buat perangai tu kenapa?" Kata Lucia mendatar.
"Anak tak buat perangai bapak kena buat perangai" balas Rayyan kembali.
"Aku liku kepala tu karang" ugut Lucia.
Rayyan tersengih seperti kerang busuk sebelum tangan Keith dicapai.
"Tahniah sebab jadi adik ipar aku. Bukan senang nak jadi keluarga Mikayla. Kau merayu tujuh keturunan dekat aku pun belum tentu aku nak. Nasib adik aku yang tak beberapa nak betul ni tergila gilakan kau" selamba Rayyan berkata.
"Eleh, kau memang nak aku jadi adik ipar kau kan. Bukan kau ke yang paling excited rancang majlis nikah aku. Malulah tu taknak mengaku hahaha" balas Keith kembali. Sebelah keningnya dinaikkan. Sengaja menganjing.
"Kau ni kalau sekali aku dah ..." kepala Keith di peluk sebelum dahi lelaki itu dijentes kuat. Terjerit jerit lelaki itu cuba melepaskan diri.
Lucia di sebelah sudah menggelengkan kepala melihat perangai tak matang suaminya itu. Lucia terus sahaja berjalan ke arah Avery.
"Maafkan akak ye Av, perangai Rayyan ni memang susah nak dikawal sikit. Faham faham jelah abang Av tu" kata Lucia sebelum memeluk badan Av lembut.
"Hahaha takpelah kak. Av pun dah kenal perangai dia" pelukan dilepaskan. Sempat lagi pipi gebu Emiel dicubit oleh Avery.
Setelah Rayyan dan Lucia pergi, kini giliran Hanz, Xavier dan Zariq pula datang mendekat.
"Tahniah bro..." kata Zariq. Tangan disalam sebelum di lagakan pada siku.
Kemudian Hanz dan Xavier pula membuat benda yang sama.
"Malam pertama nanti jangan lupa tips yang aku bagi tu. Konfirm dapat anak kembar" sempat Zariq berbisik pada telinga Keith.
"Kalau nak suruh aku kirakan waktu subur aku boleh tolong..." bisik Xavier.
"Aah wey aku sokong, dapat anak kembar nanti meriah sikit rumah" balas Hanz pula.
Kemudian mereka bertiga tergelak kuat, suka dapat menyakat lelaki itu. Wajah Keith yang putih itu sudah mula memerah. Jadah punya member. Sial tak pernah nak habis.
Avery disebelah sudah berkerut melihat tiga jejaka itu yang gelak seperti tak ingat dunia. Apa yang kelakarnya?
Akhir sekali Bella dan Luiz pula datang bertemu dengan mereka.
"You're way too beauuuuuutiful girl, that's why it'll never work...You'll have me suicidal, suicidal, when you say it's over..." sempat Bella bernyanyi kecil sebelum akhirnya dia tergelak bersama dengan Avery.
"Thanks Bella, for all this years. You setia dengan i, lindungi i waktu i susah senang... sanggup berjauhan dengan tunang you hanya kerana i..." kata Avery perlahan.
"Nah its okay. That my job. But i memang suka jadi bodyguard you..." balas Bella kembali sebelum pipi mereka dilagakan.
Bahu Avery dipeluk namun sempat tangan Bella memegang kain gown Avery yang tampak kembang itu.
"Patutlah i tengok kembang semacam je kain you ni. Daripada jauh dah boleh nampak kembangnya tu" bisik Bella perlahan.
Avery tergelak halus mendengar ayat Bella.
"Bro, tahniah dah jadi laki orang. Tak sangka kau kahwin dulu sebelum aku" komen Luiz yang elok sedang berpeluk tubuh memandang wajah Keith tak puas hati.
"Hahahaha tulah kau siapa suruh tunang lama lama" balas Keith kembali.
Makin cemberut muka Luiz. Dia ni kalau sekali kena pukul dengan aku sedap jugak ni.
"Thanks bro sebab jadi bodyguard aku hampir 3 tahun" kata Keith mendatar.
"Tu sebab kerja, kalau tak takdenya aku nak buat benda tu..." balas Luiz selamba. Kemudian mereka tergelak sama sama. Dua dua gelak nampak palsu.
Dua dua sial.
"Dahlah aku tak boleh lama lama. Aku nak kena jaga tuan baru aku" kata Luiz kembali.
Dia kemudian terus melangkah pergi bersama dengan Bella.
Avery memandang wajah kacak Keith yang duduk di sebelahnya.
"I tak habis lagi tanya pasal tadi" kata Avery sebaik sahaja mereka semua sudah pergi menjamu selera.
"Pasal apa?"
"Pasal nama you"
"Nama aku? Kenapa dengan nama aku?" Tanya Keith semula.
"Nama islam you apa tadi? I tak ingat masa tok kadi sebut" kata Avery.
"Muhammad Azka Fattan bin Abdullah" balas Keith mendatar.
"Kenapa nama you sedap sangat! Siapa yang pilih?" Kata Avery teruja. Berseri seri wajahnya memandang Keith.
"Rayyan dengan Ray yang pilihkan" jawab Keith sambil tergelak halus.
"Kenapa you tak pernah pun bagi tahu i nama islam you?" Tanya Avery kembali.
"Lah, dah kau tak pernah tanya. Takkan tiba tiba aku nak cakap" balas Keith semula.
"Lain kali cakap jelah" lengan Keith dipaut mesra sebelum kepalanya elok dilentokkan pada bahu lelaki itu.
"Muhammad Azka Fattan...hehehe hensemnya nama suami i" kata Avery sambil mulut yang tersengih sengih lebar.
Keith juga menayang senyuman sebelum kepala Avery diusap lembut. Tak sangka yang akhirnya dia akan bernikah juga dengan gadis pujaan hatinya itu.
Dari arah meja makan, Rayyan masih tidak lepas daripada memandang adiknya dan juga Keith yang berada di atas pelamin.
"Lucas, adik aku dah bahagia dengan pilihan dia. Terima kasih Lucas untuk segalanya. Terima kasih atas semua pergorbanan kau..." bisik Rayyan perlahan sebelum air pada tangannya dihirup sehingga habis.
"Daddy..." panggil Emiel yang sedang duduk atas peha Rayyan.
"Don't cry..." tangan Emiel menyentuh lembut pipi Rayyan.
Rayyan memandang wajah anaknya itu sebelum air mata yang mengalir pada pipinya diseka kasar. Bodoh tak gentle lelaki menangis!
"Eyyy mana ada daddy nangis" balas Rayyan sebelum menggeletek perut anaknya itu. Mengekek ngekek anaknya ketawa apabila diusik oleh Rayyan.
Lucia yang berada di sebelah Rayyan hanya diam sebelum nafas panjang dilepas. Wajahnya daripada tadi tampak seperti dalam kerisauan. Harap takde apa apa yang jadi harini.
Cup!
Tiba tiba sebelah mata Lucia dicium lembut oleh Rayyan.
"Jangan fikirkan sangat sayang, kita serah je semua pada takdir" kata Rayyan perlahan sebelum bahu Lucia diusap lembut.
Lucia hanya menayang senyuman hambar. Hati dia rasa tak sedap. Dia yakin deria bahayanya itu tidak pernah salah. Benda buruk apa yang hendak terjadi hari ini?
Luiz pula daripada tadi hanya mengikut Rachel kemana mana kanak kanak itu pergi. Dia ambil makanan, Luiz ikut. Dia pergi ke tandas pun Luiz ikut. Dia duduk dekat meja pun Luiz turut duduk bersama. Serupa sewaktu dia menjadi bodyguard Keith dulu.
"Agak agak bila dia nak datang?" Kata Rachel tiba tiba. Mulutnya penuh mengunyah makanan namun matanya daripada tadi tidak lepas memerhatikan pintu masuk dewan hotel itu.
"Hah? Kau tanya Uncle ke?" Celah Luiz yang sedang duduk di sebelah Rachel.
"Tak lah tanya sama pokok apa sebab goyang nanti jawab pokok angin yang goncang" jawab Rachel mendatar dengan muka sebeku ais kutub utara.
Luiz tergelak. Budak ni, menarik betul perangai dia.
"Eriyan..." sambung Rachel. Luiz berhenti gelak. Wajah kanak kanak itu dipandang semula.
"Rachel rasa dia akan datang harini"
"Dia..."
"Jom acara potong kek!" Jerit Khayra kuat tiba tiba menghalang percakapan Luiz.
Mereka semua serentak memandang depan.
Keith dan Avery sudah berdiri betul betul di hadapan kek yang setinggi 8 tingkat.
"Potong lama lama sikit. Nak ambik gambar!" Jerit Ray pula.
Masing masing sudah siap sedia dengan kamera di tangan.
Keith dan Avery pegang pisau sama sama sebelum kek bahagian paling bawah dipotong.
"Senyumlah sikit! Lebar lebar sikit!"
"Wooo!"
"Suap! Suap!"
"Cayalah! Suaplah banyak sikit. Suami kebulur tu!"
"Woi! Suap tu elok elok lah! Jangan comot!"
Jerit anak anak buah yang lain. Meriah sungguh suasana majlis. Potong kek je pun.
Ting! Ting! Ting! Ting!
Serentak itu semua telefon yang ada dalam dewan hotel itu berbunyi.
Satu notifikasi masuk ke dalam telefon milik masing masing. Bukan setakat keluarganya, malah telefon anak anak buah yang hadir pada majlis itu turut mendapat mesej yang sama.
Wajah yang tadi jelas terpamer riak gembira kini bertukar dingin. Suasana yang meriah dan riuh tadi automatik bertukar sunyi sesunyi malaikat maut lalu.
Melihat daripada reaksi mereka, Avery pantas mencapai iphonenya yang di selit dalam kocek gown.
-Fifth attempt (FAILED)-
I'm coming to pick you up
"Keith..." bahu Keith dipegang. Rasa takut mula menyerang hati.
Keith menggenggam tangan Avery lembut.
"It's okay, aku akan lindungi kau" kata Keith perlahan.
"Rayyan!" Lucia memandang wajah Rayyan yang sedang duduk di sebelahnya.
"He's coming" kata Lucia yang jelas tampak gelisah.
Rayyan mengangguk kepala sebelum memandang ke arah wajah semua anak buahnya yang berada di situ.
"POSITION!!!" Jerit Rayyan kuat.
Sesaat selepas itu pintu dewan tiba tiba meledak kuat. Manusia manusia yang berada berdekatan dengan pintu turut terkena tempias kesan ledakan itu.
"Well well well. Kenapa aku sorang je yang tak dijemput? Aku kan keluarga korang jugak?" Soal satu suara yang elok melangkah masuk ke dalam dewan itu bersama dengan puluhan anak buah yang berada di belakangnya. Tidak gentar langsung dia melangkah ke dalam dewan yang penuh dengan pembunuh elit itu.
Wajah kacak itu tersengih memandang mereka semua satu persatu sebelum berakhir di wajah Avery yang berada di sebelah Keith.
"Hi, my sweet angel. You look beautiful as always" katanya bersama senyuman psiko.
"Eriyan...Rafael..."
Share this novel