"Macam mana kau boleh pikat hati dia?" soal Keith kepada Luiz yang berada di tempat duduk sebelah.
"Siapa dia?"
"Bella"
"Pikat? Mana ada aku pikat dia. Muka aku terlalu kacak sampaikan dia terpikat sendiri" balas Luiz mendatar namun kedengaran cukup angkuh. Yang sebenarnya dia malas hendak berborak dengan Keith. Tido lagi bagus.
Keith menghela nafas panjang apabila Luiz seperti tidak menghiraukan kata katanya sebentar tadi. "Aku kan sebenarnya masih suka dekat dia..."
"Ada aku tanya ke?" balas Luiz sarkastik.
"Ishh kau ni , dengar jelah cerita malang aku"Â
Luiz memutarkan bola matanya ketepi. Menyusahkan betul.
"Dulu kitaorang rapat, kemana mana pergi mesti dia ajak aku sekali. Sejak zaman dia dekat kolej lagi kitaorang dah rapat. Kalau dia ada masalah , mesti dia cari aku dulu. Lagipun dulu abang abang dia kan busy dengan hal company, jadi aku yang selalu ada dengan dia..."
"Jadi kenapa sekarang boleh jadi macam ni?" celah Luiz mendatar. Nampak je macam dia tak kisah tapi telinganya masih mendengar apa yang diceritakan oleh Keith.
"Satu hari tu dia confess dekat aku. Dia kata kalau aku masuk islam dia nak kahwin dengan aku. Dia akan minta persetujuan abang abang dia" sambung Keith lagi.
"Dah tu abang dia tak restu kau?"
Keith menggeleng perlahan.
"Rayyan dengan Ray okay je..."
"Dah tu apa masalahnya sekarang ni? kau ni cerita macam keling dowh . Straight to the point lah" balas Luiz mendatar.
"Itulah masalah yang aku tak tahu sekarang ni. Tiba tiba je dia kata dia nak putus dengan aku. Lepas tu tiba tiba je dia bawak balik Elrick tu balik rumah. Padahal kitaorang tak ada gaduh pun"
Luiz memandang kearah Keith . Tajam matanya merenung lelaki itu.
"Kau tahu tak pasal perempuan tu?" soal Luiz serius.
Dahi Keith berkerut. "Perempuan mana pulak ni?"
"Perempuan dalam kereta depan tu" jari telunjuk menunjuk kearah kereta depan dihadapan mereka berdua.
"Bella?"
"Memang patutlah Av tinggalkan kau, bebal bukan calang calang" kata Luiz mendatar.
"Av? kenapa dengan dia?" soal Keith semula. Asyik nak emo jelah lelaki ni. tak boleh nak bawak gurau langsung.
"So kau tak tahu?"Â
"Tahu apa?"
Untuk beberapa saat Luiz diam. Sesekali matanya mengerling kehadapan.
"Kau nak tahu tak? Tunang aku bukan calang orang. Hidup dia merbahaya, aku as her partner automatik termasuk dalam dunia bahaya dia..." terang Luiz mendatar.
"Jadi?"
"Same goes as Av... Tak. Dia malah jauh lebih berbahaya. Beza hubungan aku dengan kau adalah, aku sanggup ambik risiko untuk hidup dalam bahaya. Bella gila, tapi aku jauh lebih gila daripada dia. Dia mati , aku akan ikut mati dengan dia . Kalau hubungan korang pulak, hanya perempuan tu saja yang sanggup ambik risiko. Hanya dia je yang gila. Kau belum cukup gila untuk jadi partner dia. Kau belum cukup berbahaya untuk menanggung risiko menjadi partner dia. Sebab tu dia tolak kau. Dia jauhkan diri daripada kau" terang Luiz panjang lebar.
"Aku tak faham... apa yang kau cuba sampaikan ni?" soal Keith mendatar.
"Kau tahu kita tengah cari siapa sekarang ni?" soalan berbalas soalan.
"Haider?"
"Haider tu siapa?"
"Pakcik Av..."
"Tak..."
"Tak?" soal Keith hairan. Setahu dia , betullah Haider itu pakcik mereka.
"Haider tu binatang yang dah rosakkan zaman kanak kanak Av dan Rayyan" tenang Luiz menjawab.
"Macam mana..."
"Macam mana aku tahu?"Â laju Luiz memintas percakapan Keith.
Keith mengangguk perlahan.
"Who knows... Maybe sebab aku ada partner yang cukup gila..." senyuman Luiz bertukar sinis.
Setelah beberapa jam pemanduan, mereka berlima telahpun sampai di lokasi yang tertulis pada mesej yang mereka dapat..
Turun sahaja daripada kereta laju Avery menerpa ke arah Keith dengan wajah yang masam mencuka.
" You buat apa dekat sini hah!" bahu Keith dipukul kuat.
Bella yang berada dibelakangnya terus mendapatkan Luiz sebelum menghadiahkan ciuman dipipi jejaka itu.
"Apa salahnya? Tak boleh ke kalau aku nak tolong sekali?" jawab Keith mendatar.
Avery berhenti memukul bahu jejaka itu. Pandangan maut direnung sehingga tembus ke anak mata Keith. Jelas dia tidak menyukai kehadiran lelaki itu disini.
"Dah dah. Korang kalau nak buat drama tv3 dekat sini pergi balik rumah. Aku datang sini nak cekup bini aku balik semula" kata Rayyan yang baru melangkah kearah mereka berempat.
Avery menyilang kedua tangannya. Jelas dia tidak berpuas hati.
"So, Apa rancangan kita?" soal Bella kepada Rayyan.
"Apa rancangan kau?" soal Rayyan kepada Luiz pula.
"Kau tanya aku buat apa. Yang terkurung dalam gedung buruk ni bini kau bukan bini aku" jawab Luiz mudah.
Rayyan memandang kearah gedung buruk yang dimaksudkan oleh Luiz itu. Gedung itu seakan gedung plaza yang mempunyai 3 tingkat. Namun fizikalnya sangat buruk dan seolah -olah sudah lama terbengkalai.
"Macam dejavu doh. Asal culik letak dekat gedung buruk. Siapa eh yang dulu kena culik pastu letak dekat gudang jugak?" bebel Rayyan perlahan.
"Khayra?" celah Keith.
"Ah ya. Akak ipar aku yang menyusahkan tu. Tak abis abis kena culik. Pastu dapat bini pulak perangai sama. Asyiklah nak kena culik memanjang. Cuba lah jadi bijak sikit" bebel Rayyan tanpa henti sambil kaki melangkah mendekati pintu gudang itu. Kedua tangannya elok dimasukkan kedalam kocek seluar.
"Woi! Takkan kau nak terjah macam tu je? Dengan tak bawak senjata langsung" jerit Keith sedikit kuat.
Avery, Bella dan Luiz pula sudah siap dengan senjata mereka .
"Tak payah, aku kan hero. Hero kena berlagak power sikit.." balasnya sebelum terus masuk ke dalam gedung itu meninggalkan mereka yang lain. Tanpa sedar tangan yang berada dalam poket seluarnya mula berdarah akibat digenggam terlalu kuat. Wajah Rayyan bertukar sinis.
Berani korang sentuh bini aku?
"Plan kita?" soal Luiz kepada mereka yang lain pula.
"Kita ada plan ke?" Tanya Bella.
"Plan A..."
"Don't die" jawab Avery mendatar.
"Plan B?"
"Don't fuck up plan A"
"Itu je ke?" tanya Luiz semula.
"That all..." Avery mula melangkah mendahului mereka sebelum diikuti oleh Bella dibelakangnya.
Keith dan Luiz juga mengikuti dengan tangan masing masing penuh memegang senjata.
Namun baru sahaja mereka sampai dimuka pintu gedung, kaki Avery menjadi kaku.Â
"Kenapa?" tanya Keith.
Bella dan Avery berpandangan antara satu sama lain.
"Too quiet.."
"Hah?"Â
"Abang Ayyan dah masuk lebih kurang 10 saat. Tapi takda satupun bunyi senjata api dilepaskan..." jawab Avery mendatar.Â
"Bella, you jadi headhunter" arahnya perlahan.
Tanpa banyak soal Bella terus meninggalkan mereka semua .
"Kenapa ni?" soal Keith perlahan.
"I rasa diorang dah tahu kedatangan kita semua..."
"So that massage was a fake?" soal Luiz pula.
"I don't think so. But mungkin dah kantoi" selamba Avery membalas.
Pintu gedung dibuka perlahan-lahan. Masing masing ternganga melihat isi dalaman gedung itu. Nampak sahaja diluar seperti gedung buruk. Tetapi di dalamnya seperti bangunan mewah. Sah ini adalah tempat yang betul. Mesej yang diterima itu bukanlah mesej palsu.
"Takda sesiapa pun?" bisik Keith perlahan.
Luiz mencuit sedikit bahu Keith sebelum jarinya menunjuk kearah bahagian kanan.
Patutlah tiada langsung bunyi senjata api dilepaskan.Â
Di bahagian kanan mereka kini terdapat segunung mayat yang menghempap antara satu sama lain. Kolam darah mula membentuk di kaki lantai.Â
"Nampak macam tenang. Tapi aku tahu dia tengah marah" kata Keith setelah melihat mayat-mayat itu semua. Kesemua muka mayat itu seolah olah dirobekkan oleh besi yang sangat tajam. Siapa lagi kalau bukan Rayyan yang melakukan itu semua.
"Ngeri betul..." komen Avery pula.
Pantas Luiz melihat gadis itu. Cakap tak serupa bikinlah dia ni. Perangai sendiri pun lebih kurang sama ngeri.
Mereka bertiga mula menapak masuk. Sunyi sahaja suasana gedung itu. Mata masing masing peka mencari musuh. Takut tiba - tiba muncul tanpa diundang.
"Selalunya orang culik dia letak dekat tingkat mana?" tanya Keith perlahan.Â
Avery mengaru sedikit kepalanya menggunakan muncung pistol yang berada di tangan. "Entah , selalunya bawah tanah"
"Tak" celah Luiz laju.Â
Mereka berdua menoleh kearah Luiz.
"Tak? Habis tu dekat mana?" soal Keith.
"Haider, bukan lelaki normal..."
"Habis tu dia lelaki apa?"
"Dia anjing bukan lelaki... Dan kalau betul maklumat dia yang aku baca daripada Bella selama ni, tak mungkin dia akan letakkan Lucia dekat bawah tanah" selamba Luiz menjawab.
"Then?"
"Aku yakin dia letakkan Lucia dekat tingkat paling atas" jawab Luiz.
"Macam mana kau tahu?" tanya Keith . Sebelah keningnya dinaikkan. Sengaja menguji.
Luiz hanya diam tidak membalas.
"Ikut cakap tunang i, Av. instinct dia selalunya betul" kedengaran suara Bella diearpiece yang Avery pakai.
"Okay" jawab Avery.
"Dah jom kita cari jalan nak naik ke atas" arahnya perlahan.
Mereka bertiga mula melangkah mencari cara untuk naik ke tingkat atas. Mata masing-masing meliar , kut kut ada terjumpa tangga ataupun lift.
"Av, betul ke apa yang Luiz bagi tahu aku..." tiba - tiba Keith memulakan bicara. Nada suaranya cukup perlahan. Tetapi masih boleh didengar.
Avery mengerling sekilas namun bukan kearah wajah Keith tetapi wajah Luiz.
"Pasal apa?" soal Avery mendatar. Wajahnya dikawal setenang mungkin.
"Pasal masa kecik kecik kau dengan Rayya..."
Klak!
Belum sempat Keith menghabiskan ayatnya, muncung pistol Avery sudah berada tepat pada dahi Luiz.
"Kau cerita apa dekat dia?" dingin Avery menyoal. Wajahnya juga sudah tiada langsung secalit senyuman, menunjukkan dia benar benar serius saat ini.
"Av apa kau buat ni" halang Keith, pistol tadi diturunkan kebawah.
"Aku tanya, kau cerita apa dekat dia!" nada suara Avery naik seoktaf.
Keith pula sudah diselubungi rasa serba salah. Apa dia nak buat ni?
"Kenyataan..." jawab Luiz mendatar dan cukup tenang.
"APA! KENYATAAN APA!" marah Avery. Matanya tajam merenung anak mata milik Luiz.
"Av! Jangan jerit nanti musuh tahu" celah Keith laju.
"Kau sayangkan si ayam ni kan?" soal Luiz dengan selamba melabelkan Keith sebagai ayam.
"Sebab tu kau seboleh boleh nak dia pergi dari hidup kau... Betul tak?" sambung Luiz lagi.
Keith sudah menjadi semakin tak keruan. Apa benda ni. Tiba tiba gaduh. Sebab dia pulak tu. Menyesal dia bukak mulut tadi.
"Aku sayang dia ke aku tak sayang dia ke, tu masalah aku. Kenapa kau perlu masuk campur masalah aku!" tanya Avery dingin.
"Sebab masalah kau tu membahayakan kita semua..."
"Fuck you Luiz..." pistol tadi diacukan semula kearah dahi Luiz.
"Av! Luiz tak cerita apa apa pun dekat aku! Aku sengaja kata macam tu sebab nak dengar dari mulut kau sendiri" halang Keith laju.
Luiz tersengih sinis.
"See?" soalnya dengan nada mengejek.
Pistol tadi perlahan lahan diturunkan kebawah semula. Seriau tengok Av ni kadang kadang. Bukan boleh buat main. Apa dia cakap dia buat. Sebijik macam Rayyan.
"You tak patut tahu" kata Avery mendatar. Nada suaranya berubah kendur. Wajahnya juga sudah tidak sedingin tadi.
"Sebab benda ni ke kau minta putus dengan aku Av?" soal Keith sambil memegang lengan kanan Avery.
"Just say it. Apa yang susah sangat nak terus terang?" celah Luiz apabila melihat mereka berdua hanya merenung antara satu sama lain. Buang masa betul.
Lama Avery terdiam sebelum akhirnya dia membuka mulut.
"I tak sepatutnya wujud dalam Family Mikayla... Gara gara i... Abang Ayyan pun terpaksa tanggung akibatnya... "
Share this novel