Epilog

Action Series 25520

Matahari yang menyilaukan pandangan matanya itu dihalang menggunakan tapak tangan. Rumput rumput yang beralun di sebelah telinganya diabaikan.

Rayyan kini sedang berbaring ditengah tengah antara 7 kubur ahli keluarganya.

Lima berpenghuni manakala dua lagi hanya batu nisan kosong memandangkan mayat Keith dan mayat adiknya hancur berkecai dalam letupan yang terjadi dua tahun yang lalu.

Avery berjaya menghentikan segala kegiatan Eriyan. Dia berjaya selamatkan keluarganya itu, dia berjaya selamatkan dunia, tetapi semua itu perlukan bayaran. Dan bayarannya adalah nyawa dirinya sendiri dan juga nyawa suaminya.

Kertas putih pada genggaman Rayyan dilihat semula.

Kata kata terakhir adiknya.

Sungguh Rayyan tak sangka yang adiknya memang sudah lama tahu bahawa dia akan pergi tinggalkan dunia. Pergi tinggalkan dirinya sendiri.

'Kepada abangku yang kacak tapi sedikit hilang fungsi otaknya

Kalau abang baca wasiat Av ni, maksudnya Av dah pun berjaya apa yang adik rancangkan selama ni. Musuh kita dapat dihentikan. Keluarga kita sudah pun selamat.

Tapi Av tahu yang bila mana abang baca surat ni, abang akan baca di sebelah kubur adik yang tak berpenghuni.

Adik minta maaf Abang Rayyan, maaf sebab rahsiakan semua ni daripada abang dengan Abang Ray.

Av dah lama tahu yang Av ni akan mati satu hari nanti. Av tahu apa takdir yang menanti Av dari berpuluh tahun lepas lagi. Tapi Av taknak abang semua sedih, sebab tu Av rahsiakan perkara ini. Biarlah Av seorang yang menangung rasa ni.

Yang lain sihat? Abang Ray sihat? Kak Khayra? Kak Lucia?

Adik harap mereka semua baik baik sahaja sekarang.

Abang,

Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab jadi abang yang paling awesome untuk Av.

Abang Rayyan, Av tahu Av selalu berpura pura kuat depan semua orang. Tapi...

Sebenarnya Av takut...

Av takut menghitung hari hari terakhir hidup Av. Av takut ....

Av taknak semua ni...

I don't wanna die. I wanna live'

"Daddy!" Panggil seorang kanak kanak kecil di sisi Rayyan.

Rayyan menoleh kesebelah. Emiel sedang berlari berpimpingan tangan dengan Athanasia kearahnya.

"Saya dah agak dah awak mesti dekat sini" kata Lucia yang datang membawa kanak kanak kecil itu.

Emiel pantas memeluk ayahnya itu. Kemudian Athanasia pula memeluknya.

"Daddy, kenapa daddy dekat sini. Semua orang cari Daddy" kata Emiel bersama suaranya yang kecik.

"Aah Uncle, Papa Luiz dengan Mama Bella cari dekat rumah. Rumah tu dah macam tongkang pecah " adu Athanasia pula.

Sekejap sahaja masa berlalu kini kanak kanak itu sudah berumur 5 tahun.

Rayyan tersengih.

"Apa bayaran untuk misi kalini?"

"Seluruh kekayaan aku"

"Apa misinya?"

"Jadi parents angkat kepada anak anak Ray dengan Khayra. Jaga diorang bertiga. Protect diorang..." jawab Rayyan senada.

"Kenapa kau cakap macam tu? Ray dengan Khayra hidup lagi"

"Aku tak sedap hati..."

"Lah yeke" Rayyan bangun daripada duduknya sebelum seluarnya yang sedikit kotor itu dikibas habuk sehingga bersih.

Lucia mengerling sekilas ke arah 7 kubur yang berada di situ. Setiap satu diatasnya ada setangkai bunga rose putih. Lucia yakin bunga itu diletakkan oleh Rayyan.

Cup!

Pipi Lucia dicium laju.

"Hah, termenung apa tu?" Pintas Rayyan sekaligus mengembalikan Lucia ke alam nyata.

Bibirnya tersengih.

"Jom balik..." ajak Lucia sebelum tangan Rayyan dipaut mesra.

      Alicia melihat Bella, Bella melihat Alicia.
Masing masing merenung antara satu sama lain.

"Bagi tahu mama siapa yang buat semua ni?" Ugut Bella dingin. Tangannya sudah menunjuk kearah sofa sofa rumah mereka yang berlubang penuh dengan peluru pistol.

Alicia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Errr apa nak jawab ni?

"Papa Luiz yang buat, dia yang ajak main tembak tembak" jawab Rachel laju bagi pihak akak kembarnya itu.

"Luiz!!!" Jerit Bella kuat.

Dua kembar itu sudah mengekel sendiri. Padan muka ayah mereka kena marah.

"Sayang bukan i sorang okay! Zariq pun ajak sama!" Luiz yang baru melangkah dari ruang dapur cuba membela dirinya sendiri.

"Eh kau aku pulak!" Pintas Zariq yang berada di sebelahnya laju.

Kcak!

Satu pistol dihala kearah mereka berdua. Dan semestinya Bella yang memegang pistol itu.

"Berani korang kan sepahkan rumah ni! I penat penat bersihkan dengan Lucia!" Marah Bella geram

Bang! Bang!

Luiz pantas menolak Zariq ketepi. Mereka berdua tergolek jatuh atas lantai rumah.

Dada Zariq naik turun laju. Fuh gila! Dia aim betul betul dekat kepala.

"Sayang! Jangan macam ni?" Pujuk Luiz yang sudah tersengih sengih macam kera.

"Alic, Rachel. Tolonglah backup papa" kata Luiz kepada mereka berdua pula.

"Mama, cuba mama tembak kalini bagi tepat pulak. Bahagian bahu huhuhu" balas Rachel.

"Alic sokong!" Celah Alicia pula.

"Anak sial!!" Pantas Luiz dan Zariq berlari selamatkan diri sendiri. Bella ni bukan boleh, tak kira lah kau keluarga ke tak. Semua dia langgar.

"Sini kau!" Bella mula mengejar mereka dari belakang.

Alicia dan Rachel sudah mengekek ngekek di tempat mereka. Suka dapat menyakat ayahnya itu.

Mereka kemudian terus melangkah kearah lift rumah.

"Harini hari jadi Uncle Rayyan kan?" Tanya Alicia sebaik mereka berada dalam perut lift.

"Aah, hadiah dalam bilik kan?" Tanya Rachel kembali.

"Jom kita ambik cepat, rasanya lagi 3 minit 46 saat uncle sampai dengan Auntie Lucia..."

Pintu lift terbuka sebelum mereka berdua melangkah keluar bersama. Pintu bilik mereka ditolak kedalam.

Alicia melangkah kearah katilnya manakala Rachel melangkah kearah almari di sebelah katilnya yang berada di sudut kiri.

Laci dibuka. Matanya sibuk mencari cari hadiah untuk pakcik tiga sukunya itu.

"Mana aku letak ni...."

Habis diselongkarnya almari itu dengan ganas sebelum jatuh satu fail kecil yang berada atas almari itu.

Fail itu dikutip sebelum diselak.

"Rachel jumpa tak?" Tanya Alicia yang sudah melangkah kearah adiknya itu. Matanya melihat kearah fail hitam pada tangan Rachel.

Automatik wajah Alicia berubah dingin dan tegang.

"Kenapa fail ni masih dekat sini? Kenapa tak bakar lagi?" Tanya Alicia dingin.

"Rachel lupa..." bohong Rachel tenang.

Alicia melihat kembali fail itu.

Way to deactive the bom without failed

Attempt: 320

Status: success

By Lucas Natalie.

"Akak taknak tengok Fail ni lagi, sorokkan..." arah Alicia dingin.

"Okay" balas Rachel mendatar sebelum fail itu disorok kembali dalam almarinya itu.

"Dah jom turun bawah" ajak Alicia kembali.

Rachel hanya mengekor dari belakang. Lampu bilik ditutup. Sempat mulut Rachel mengukir senyuman sinis sebelum mereka berdua keluar dari bilik itu.

The end

1) Korang rasa apa isi fail yang Rachel pegang tu?

2) Aku just nak cakap yang korang mesti tertekan kan baca buku aku? Padan muka huhuhuhu

Thanks guys tanpa korang siapa lah aku, tiber. Selamat merawat hati yang broken itu. Huhu

Share this novel

Zailena Marshid
2021-08-01 21:12:30 

AWESOME SANGAT...dah habis novel author saya baca

Ain Yatim
2021-08-01 09:42:16 

macam ada another sequal aje


NovelPlus Premium

The best ads free experience