Xavier masuk ke dalam bilik Ray selepas mengetuk pintu beberapa kali. Kaki terus melangkah ke arah lelaki itu sebelum meletakkan beberapa file hitam atas meja.
"Semua ni nak kena ada tanda tangan kau" kata Xavier mendatar.
"Okay , letak je dekat situ kejap lagi aku check" jawab Ray tanpa menoleh. Matanya fokus pada skrin laptop kerjanya.
Xavier menunduk sedikit sebelum dia melangkah ke arah sofa bilik.Â
"Aik dah tak ada kerja nak buat?" tanya Ray kepada Xavier yang sedang duduk atas sofa biliknya.
"Kejaplah, bagi aku rehat sekejap" balas Xavier sambil menutup mata. Ray kemudian memandang sekilas ke arah lelaki itu.
"Kenapa? kau sakit ke?" tanya Ray kepada Xavier yang masih lagi memejamkan matanya.
"Tak adalah, aku kan doktor. Kalau aku sakit pandai pandailah aku rawat sendiri"
"Okay" Ray meneruskan semula kerjanya yang bertimbun.
Namun selepas beberapa minit Xavier masih lagi tidak bergerak dari kedudukannya tadi. Ray pandang semula lelaki itu.
"Kau kenapa ni? ada benda nak cakap dekat aku ke?" tanya Ray mendatar.
Xavier buka mata sebelum merenung tajam muka Ray.
"Aku sebenarnya nak buat kau marah, tapi aku tak pandai nak cari point macam Rayyan" jawab Xavier jujur.
"Hahaha , dah kenapa kau nak buat aku marah tiba-tiba?" soal Ray dengan kening yang dinaikkan.
"Ada benda aku nak tanya Louis" jawab Xavier mendatar.
Ray terdiam sebentar sebelum mulutnya mengukir senyuman semula.
"Bagi tahu jelah aku. Penting sangat ke sampai aku tak boleh nak tahu?" soal Ray kepada Xavier semula.
"Pasal Av..."
"Kenapa dengan dia?"
Xavier pandang kedua tangannya lama. "Aku minta maaf tapi aku tak boleh nak tolong dia. Bom dalam badan dia memang tak boleh nak matikan atau keluarkan. Dua tahun aku cuba cari cara untuk matikan bom tu. Tapi tak boleh. Semua yang aku buat semuanya tak berhasil" kata Xavier sedikit perlahan.
Ray menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan. "Aku dah agak dah benda ni akan jadi," kata Ray cukup tenang.
"Jadi apa rancangan kau? dah lama sangat dah Av dekat sana. Budak -budak yang lain pun tak tahu yang dia hidup lagi" kata Xavier kepada Ray.
"Panggil Rayyan" arah Ray.
Keith yang hanya bertuala mandi itu melihat ke arah cermin dalam bilik airnya. Lama dia merenung pantulan mukanya sendiri. Dagu yang tiada sehelai bulu itu dipegang, kemudian rambut perangnya pula dikuakkan kebelakang.Â
"Hensem jugak aku ni kalau tengok lama lama" bicaranya sendiri.
"Hensem tapi single nak buat apa" celah seseorang.
Keith pantas menoleh ke belakang. "Kau ni memang tak ada life eh? aku dalam bilik air pun nak intai" kata Keith kepada Luiz yang elok sedang menyandar di pintu bilik airnya dengan tangan yang disilang paras dada.
"Eh hello, diri sendiri pun tak ada life sibuk nak kata orang" balas Luiz semula tak mahu kalah.
"Kau nak apa ni, aku penatlah?" tanya Keith tiada mood. Sampai dah perangai annoying dia ni.
Luiz melangkah laju ke arah Keith sebelum bahu Keith digoncang sedikit kuat."Sejak bila kau bosan dengan aku hah! kita dah dua tahun duduk bersama! Kenapa kau kata kau penat dengan aku? Kau dah ada orang lain ke hah! baik kau cakap!" soal Luiz dengan memek mukanya yang dibuat-buat terkejut.
"Luiz please. Kalau ada babi sebelah kau sekarang ni. Silap haribulan aku tak dapat beza mana satu kau mana satu babi" keluh Keith. Wajahnya diraup kasar. Aku penatlah sial macam ni!!
Luiz tergelak kemudian dia melangkah ke arah cermin belakang Keith. Rambutnya dibetul betulkan sedikit.
"Aku bosan lah..." kata Luiz mendatar.
"Dah tu ada kena mengena dengan aku ke?" kata Keith yang sudah melangkah ke arah pintu.
"Jom kita pergi jumpa kekasih kita" ayat Luiz menyebabkan langkah Keith terberhenti.
"Sejak bila kita kongsi kekasih?" soal Keith semula tanpa menoleh.
"Kau rindu Av kan? jom kita pergi jumpa dia nak tak?" soal Luiz semula dengan bibirnya yang terukir senyuman senget.Â
Keith memandang tajam Luiz yang sedang elok menyandar pada dinding sambil memandang ke arahnya.
"Apa maksud kau ni? Aku tak faham lah"
"Kau sengaja pura-pura tak faham kan. Tak apa tak apa. Duduklah dalam kebodohan kau tu selama-lamanya" Luiz sudah melangkah kearah pintu melepasi Keith.
Bahu Luiz ditarik ."Kau cakap apa ni hah!" tanya Keith sedikit kuat. Tajam matanya merenung Luiz seperti helang.
"Pergi pakai baju , aku tunggu dekat kereta,"Â balas Luiz yang hanya menayang sengihan.
Habis sahaja berkata Luiz terus melangkah keluar dari bilik Keith. Pintu bilik ditutup, senyuman Luiz terus mati. Wajahnya automatik berubah dingin. "Sorry Rayyan, aku terpaksa langgar perjanjian kita" katanya sebelum melangkah ke arah lift rumah.
Rayyan dan Ray melangkah ke arah bilik Keith. Makan malam tadi hanya mereka berdua sahaja yang tiada di meja. Risau pulak kalau apa apa jadi. Entah pengsan ke dalam bilik.
Seperti biasa, tanpa mengetuk pintu Rayyan terus menerjah masuk bilik Keith.
"Woi anak sial, apasal tak turun makan. Nak mati kebulur dalam bilik ke apa?" tanya Rayyan kuat. Namun bilik itu kosong. Rayyan kemudian membuka pintu bilik air. Tetapi kelibat Luiz dan Keith juga tidak kelihatan.
"Kau rasa dua orang bala ni pergi mana?" soal Rayyan kepada Ray yang sudah memandang ke arahnya.
"Haih aku dah agak dah mesti Luiz buat perangai" kata Ray perlahan sambil memegang kepalanya.
Rayyan melangkah mendekati abangnya dengan tangan yang dimasukkan dalam kocek seluar.
"Nak suruh Hanz cari diorang ke? Aku rasa diorang baru je gerak. Sempat lagi kalau nak kejar" kata Ray mendatar.
"Tak payah. Biarkan je, sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku buat ni benda betul ke tak. Baguslah anak ayam tu dah tolong buatkan keputusan untuk aku" kata Rayyan yang sudah melangkah ke arah pintu.
"Kau tak marah ke?" tanya Ray kepada Rayyan. Keningnya berkerut.
"Nak marah nak buat apa, tu kan hidup diorang" kata Rayyan mendatar sebelum telefon dalam seluarnya dibawa keluar. Nombor Luiz didail.
Sesaat kemudian panggilan itu diangkat.
"Woi anak babi! kau kalau nak pergi mana mana tu bagi tahu aku dulu boleh tak? Menyusahkan aku betullah. Dah alang alang kau pergi sana tu nanti heret sekali adik aku dengan tunang kau tu balik sini" tanpa menunggu balasan daripada Luiz, Rayyan terus mematikan penggilan.
"Hah pandai pandailah nanti dua ekor badut tu uruskan, Cau aku nak manja manja dengan bini aku" kata Rayyan sebelum terus keluar daripada bilik Keith.
"Bodohlah" Ray terguman perlahan.
Luiz menyimpan semula telefon bimbitnya sebelum tergelak kecil.Â
"Rayyan ke?" tanya Keith yang duduk di penumpang sebelah.
"Aah" jawab Luiz sepatah.
"Dia pun tahu ke yang Av hidup lagi" tanya Keith mendatar.
"Tahu, Av yang suruh dia rahsiakan dari semua orang. Tapi Rayyan terpaksa bagi tahu Bella sebab dia perlukan Bella untuk jaga Av. Dan Bella bagi tahu aku" jawab Luiz, matanya masih fokus ke jalan raya.
"Yang lain?" tanya Keith lagi.
"Yang lain tu siapa?"
"Budak budak yang lain. Xavier, Zariq , Hanz, Zen semua tu"Â
"Entah, tapi Louis dengan Xavier tahu" jujur Luiz.
"Xavier?" kening Keith berkerut memandang Luiz.
"Aah. Dia minta tolong Xavier dengan Louis sekali. Kau rasa Rayyan buat apa selama dua tahun?" Luiz diam sekejap. Kereta dihadapannya dipotong laju.
"Rayyan siang malam cuba cari Elrick. Hampir seluruh negara dia arahkan anak buah dia cari mamat sial tu tapi dia tetap tak berhasil" jelas Luiz.
"Kadang-kadang kau nampak dia tak balik rumah kan? sebab dia tengah cari Elrick merata-rata tempat. Dia tu aku tak tahulah nak kata bijak ke atau nak kata bodoh. Tapi lebih kepada bodohlah aku tengok" Luiz tergelak sinis. Betul jugak apa yang dia cakap tu. Otak bijak tapi buat kerja cara orang bodoh. Hurm.
"Bukan ke Av dengan Elrick sekarang?" tanya Keith lagi.
"Hah? nak buat apa dia duduk dengan Elrick. Jantan tu tah kemana hilang . Dah dua tahun kitaorang cari tak jumpa jumpa"
"Elrick hilang?" tanya Keith sedikit terkejut.
"Aah, lepas daripada rumah yang Emiel kena culik tu meletup. Av cuba hubungi Elrick semula. Tapi jantan tu macam tak wujud dah dekat dunia ni. Tiba-tiba lesap macam tu je. Bila aku dengan Bella check semula. Semua data dia hilang. Elrick tu macam bukan manusia. Macam hantu. Seolah-olah dia tak pernah wujud pun selama ni" bebel Luiz panjang.
"Bukan ke dia ada syarikat dekat Sweden? Kan dia pernah hampir nak jadi rakan kongsi syarikat Rayyan" tanya Keith semula.
"Inilah makin buat kitaorang tertanya-tanya. Pemilik syarikat tu bukan atas nama Elrick. Bila Bella tanya pekerja-pekerja dekat sana. Satu orang manusia pun tak kenal siapa Elrick. Mustahil lah kalau pekerja tak kenal boss sendiri kan" jawab Luiz mendatar.
"Dan kau tahu apa yang paling pelik sekali?" soal Luiz kepada Keith.
Keith angkat sebelah keningnya.
"Data kewargenaraan Elrick tak pernah wujud. Keluarga Elias cuma ada seorang anak lelaki je. Enver Risay. Elrick bukan anak Elias" jawab Luiz.
"The heck?"Â latah Keith kuat.
"Terkejut kan? Aku pun terkejut jugak awal awal dulu. Bila tunang aku tanya Av pasal mimpi dia . Av pun tak tahu nak cakap macam mana. Sebab memang dalam mimpi dia tu dia nampak Enver je tak ada langsung Elrick. Jadi persoalannya dekat sini, siapa sebenarnya Eres yang ugut keluarga korang. Betul ke Eres tu Elrick? Apa tujuan Elrick bunuh Enver? dan apa yang dia nak daripada Av sebenarnya. Selama dua tahun kitaorang cari jawapan. Tapi tak ada. Satu habuk pun tak jumpa. Well macam yang aku cakap tadilah. Kitaorang macam kejar hantu" terang Luiz.
"Habis tu surat kematian Enver yang Rayyan tunjuk haritu? Bukan ke saksi dia nama Elrick?"
"Entah aku syak surat tu dipalsukan" jujur Luiz lagi.
Keith terbungkam. Apa benda ni sial!
"Habis tu Av buat apa?" soal Keith lagi.
"Dia buat apa? Entah. Buat bodoh lah kut" jawab Luiz selamba.
"Kenapa baru sekarang kau nak bagi tahu aku semua ni? Kenapa baru sekarang kau nak bawak aku jumpa Av?" tanya Keith perlahan. Nada suaranya terselit kecewa. Selama dua tahun dia beranggapan bahawa Av sudah meninggal. Tiba-tiba malam ni Luiz kata Av hidup lagi. What the heck? Habis selama ni aku nangis dekat kubur siapa?
Luiz menghela nafas panjang. "Kau tahu kenapa Av nak jauhkan diri daripada kau?" soal Luiz semula.
Keith menggeleng.
"Sebab dia taknak kalau apa apa jadi dekat dia, kau kena tempias, Kita semua akan terbabit sekali. Sebab tu dia cuba jauhkan diri. Kau tahukan bom dalam jantung dia tu kalau meletup letupan tu boleh membahayakan orang sekeliling dia" terang Luiz mendatar.
"Habis tu kenapa sekarang kau bagi aku jumpa dia?" soal Keith lagi.
Jeda. Luiz terdiam , soalan Keith dibiar tak berjawab. Matanya fokus sahaja memandang jalan raya.
 Selang seminit Keith menoleh ke arah Luiz. "Kenapa diam?" tanya Keith kepada Luiz.
"Sebab ..."
Nafas dihembus panjang.
"Sebab aku rasa dah tak ada guna pun korang berdua jauh jauh macam ni. Xavier tak berjaya cari cara untuk matikan bom tu. Av pun sama. Tunang aku pun sama. Bom tu memang disetkan untuk tak boleh matikan sesuka hati. Jadi apa guna korang duduk jauh jauh masing masing merana kalau pengakhirannya tetap sama"
Luiz menoleh. Tajam matanya merenung Keith yang sedang memandang ke arahnya.
"Kau pilih. Kau mati sengsara macam ni? atau kau sempat rasa bahagia walaupun sekejap" soal Luiz kepada Keith.
"Thanks" kata Keith mendatar.
"No hal lah" jawab Luiz kemudian dia menoleh semula ke arah jalan raya. Mulutnya tersenyum sikit. Tak sangka aku boleh buat ayat macam tu. Hahaha anjay! Berlakon je lebih padahal sebab utama dia nak jumpa Bella je.
"Tapi kan ..." celah Keith lagi.
Luiz sudah buat muka bosan. Apa lagi dia ni. Banyak bunyi betullah.
"Alang alang kau dah banyak cakap ni, aku nak tanya lah. Kau bila nak kahwin dengan Bella?" soal Keith mendatar.
"Oh hell, please ayat tu jangan macam makcik makcik dekat kenduri sangat boleh tak?"Â
"Aku tanya je" pintas Keith tak mahu kalah.
"Nanti dah selesai semua ni aku kahwin lah. Nak kahwin sekarang pun sorang duduk sana sorang duduk gua , tak jadi apa jugak" kata Luiz mendatar.
"Hmm"Â
Lucia hanya memerhatikan Rayyan yang sedang membuka baju di hadapannya. Hensem siak suami aku ni. Badan ketak ketak. Otak genius walaupun kadang-kadang nampak bodoh sikit. Kaya raya pulak tu. Untungnya aku dapat dia!!!
"Dah puas tenung suami kau yang kacak ni?" tanya Rayyan mendatar.
"Eyy perasan siapa tenung dia" kata Lucia laju, jelas pipinya sudah bertukar warna. Kantoi stalk suami sendiri. Lucia kemudian pura-pura mengusap pipi Emiel yang sedang tido di katil kecil sebelahnya.
Rayyan tergelak halus sebelum menyarung baju tidurnya. Dia kemudian mula berbaring di sebelah Lucia. Lengannya diletak atas dahi menutupi sebahagian muka.
"Sayang..." panggil Rayyan perlahan.
"Hmm?" sahut Lucia sebelum menoleh ke arah suaminya itu. Dia kemudian terus berbaring sambil memeluk badan tegap Rayyan.
"Sayang rasa kan, aku buat pilihan yang betul ke?" tanya Rayyan kepada Lucia.
"Pasal Av dengan keith ke?" tanya Lucia semula.
Rayyan angguk kepala. "Luiz bawak Keith jumpa Av, aku rasa beberapa jam lagi sampailah diaorang. Tapi aku tak yakin apa yang aku buat ni betul ke tak"
Lucia diam sebentar sebelum mulutnya tersenyum.
"Rayyan, dulu kita pun banyak rintangan dan halangan sebelum berkahwin. Kita terpaksa berjauhan, kita hampir diambang maut, tapi sekarang kita dah rasa apa itu bahagia dengan pasangan yang kita cintai. Hidup kita memang akan dikelilingi dengan bahaya. Lagi-lagi Av, banyak tanggungjawab yang dia pikul. Semakin besar tanggungjawab dia, semakin besar rintangan liku liku kehidupan dia. Tapi kali ni biarlah dia tempuhi bahaya tu dengan orang yang dia sayang. Keith pun selama 2 tahun ni sayang tengok macam mayat hidup. Dia tak boleh terima Av dah tinggalkan dia. Cukup lah untuk dia rasa terseksa selama dua tahun ni. Kalini biarlah diaorang rasa bahagia yang sepatutnya milik diaorang" jawapan Lucia bagaikan menyentak jiwa Rayyan. Lucia yang jauh lebih pendek darinya itu dipeluk erat. Akibatnya muka Lucia terbenam di dadanya yang bidang.
"Thanks sayang. Kau selalu ada untuk aku" bisik Rayyan halus.
"Awak kan suami saya. Mestilah saya akan sentiasa ada dengan awak" balas Lucia mendatar.
Dahi Lucia dicium lembut.
"Sayang kau"
"Sayang awak jugak Rayyan"
Share this novel