Baru sahaja Rayyan hendak mengetuk pintu bilik Elrick, Avery terlebih dahulu sudah menghalang.
"Ada apa nak kacau dia? Tak cukup lagi ke dah buli El sampai trauma tadi?" perli Avery mendatar dengan kedua tangan yang naik disilang ke dada.
Nampak sahaja Avery, Rayyan terus mendekati adiknya itu.
"Woi pendek, kenapa kau tak bagi tahu Elrick ni yang dulu pernah selamatkan kau?" soal Rayyan keras.
"Hah? Selamatkan?" soal Avery dengan dahi yang berkerut.
"Yelah... Elrick kan yang pernah selamatkan kau dari anak anak Clara dulu?" soal Rayyan semula.
Avery terdiam. Dia memberikan pandangan tertanya-tanya kepada Rayyan.
Rayyan memandang Keith di belakangnya sebelum memandang pula wajah adiknya kembali.
"Bukan dia ke?" Soal Rayyan semula.
"Dari mana abang dengar ni?" soal Avery pula.
"Dari mana Rayyan tahu tu tak penting, yang penting sekarang ni betul atau tidak?" Celah Keith laju.
Avery memandang jejaka itu sekilas.
"Cepatlah jawab sebelum aku boleh masuk sekarang dan bunuh dia dengan aman..." kata Rayyan pula.
"Cop cop wait, adik rasa abang dengan Keith dah salah faham ni. Mesti korang nak kata Elrick tu Eres kan?" kata Avery mendatar.
"Bukan nak kata lagi. Binatang tu memang Eres kan?" kata Rayyan semula.
"Tak lah mana ada..." bidas Avery.
"Ya!"
"Tak!"
"Ya!"
"Tak!"
"Ya aku kata!" kata Rayyan dingin.
"Tak adik kata!" balas Avery juga dingin.
"Kau tahu apa?" perli Rayyan pula.
"Adik tahu lah dah dia boyfriend adik" laju Avery menjawab.
Zup! Terasa mencucuk straight ke jantung sakitnya apabila Keith mendengar ayat Avery tadi.
"Abis kau boleh bagi alasan yang munasabah dekat aku? Apasal nama dia ada kaitan dengan nama Eres..." tanya Rayyan lagi.
"Kenapa dengan nama dia?" wajah Keith dan Rayyan dipandang bersilih ganti.
"E for Elrick, R for Raihan dan kalau ambik nama ayah dia Elias huruf depan belakang jadi Eres..." terang Keith mendatar walaupun ingin sahaja saat ini dia berlari masuk ke biliknya untuk memujuk hatinya yang mula kedengaran retak.
"Tak, dia bukan Eres. Adik tahu. Abang dengan Keith dah salah orang ni. Nama tu mungkin cuma kebetulan je"
Rayyan mula naik bengang.
"Apasal kau boleh yakin yang dia bukan Eres! Kau tahu tak sebelum kau datang sini, si bangsat tu kata dia dah dapat kau. Lepastu kau tiba tiba datang bawak dia! Siapa lagi Eres kalau tak si patrick tu! Kau cakap dengan aku sekarang!" Tengking Rayyan kuat. Nada suaranya juga semakin meninggi dari satu ayat ke satu ayat.
"Bro relax lah..." tegur Keith di sebelah.
"Relax? Anak sedara aku tengah koma lah sial!! Budak kecik tu baru 6 tahun!! Even masa aku kena seksa dulu, aku dah 13 tahun. Ni diorang baru 6 tahun lah sial!! Terlantar macam mayat dekat atas tu!! Lepastu kau nak suruh aku relax? Kau rasa aku boleh relax ke sekarang ni!" marah Rayyan sebelum dinding rumah di sebelahnya ditumbuk kuat. Kemudian salah satu pasu bunga yang ada di sepanjang hall pula dihempas ke lantai. Habis berkecai dan bersepah kaca kaca pasu bunga di atas lantai.
Keith pula sudah bingung ditempatnya. Apahal si setan ni nak ngamuk pulak tiba tiba. Kena sampuk ke apa dia ni?
"Abang..." panggil Avery perlahan. Dia sudah diselubung rasa serba salah. Avery tahu dia tidak sepatutnya membackup Elrick dalam hal ini. Sepatutnya dia menyebelahi keluarganya. Tetapi...
"Abang sebenarnya..."
Rayyan sudah tersenyum dalam diam. Sengaja dia mengamuk sebegitu. Dia tahu adiknya itu ada sembunyikan sesuatu. Kalau tidak, mana mungkin dia menyebelahi si patrick tak guna tu melebihi keluarga sendiri. Avery bukan jenis adik yang macam itu.
"Avery stop it..." tiba-tiba ada satu suara yang menghalang.
Lesap terus senyuman dibibir Rayyan. Bullshit! Siapa pulak yang kacau daun ni.
"Tak perlu berbincang dekat sini. Nak bincang, bincang kat tempat lain" sambung Louis lagi. Louis yang baru sahaja melangkah keluar dari dalam lift mendekati mereka bertiga.
Rayyan menjeling ke arah Louis tajam.
"Apahal jeling jeling aku? Tak puas hati?" kata Louis dingin.
Akhirnya Rayyan mengalah. Pandangannya dialih semula.
"Kenapa tak boleh bincang dekat sini? Ada apa apa ke yang kau sorok dari kitaorang" tanya Keith kepada Louis takut takut. Mata Louis dipandang sesaat sebelum dia memandang ke arah lain semula. Seram. Walaupun sudah bertahun tahun Louis bersama keluarga itu tetapi Keith tetap rasa gerun dengan Louis. Masih kekal di ingatan semasa Louis cuba membunuhnya beberapa tahun yang lepas.
"Maksud aku. Nak berbincang boleh. Tapi jangan dekat sini" mata Louis tajam merenung pintu bilik Elrick. Mereka yang lain seakan faham dengan pandangan itu.
"... Dan..." mata Keith direnung tajam.
"Hanya ahli keluarga sahaja yang boleh tahu hal ni..." sambung Louis lagi.
Keith agak terasa mendengar ayat Louis.
"Bullshit, Keith ni keluarga aku!" kuat Rayyan mempertahankan lelaki itu.
"Up to you. Nak dengar dengar sorang. Taknak dengar duduk lah kau dengan kebodohan kau tu" balas Louis selamba sebelum dia terus pergi meninggalkan mereka bertiga dan masuk ke dalam bilik tidurnya.
"Dia tu memang sial macam tu ke?" tanya Rayyan mendatar sambil mata tidak lepas memandang Louis yang sudah hilang dari pandangan.
Muka Avery dipandang.
"Hah kau tengok apa? Aku pukul kang" marah Rayyan tiba-tiba.
"Eh kau ni dah kenapa, nak marah marah pulak" sampuk Keith laju.
"Diamlah kau!" kata Rayyan dingin sebelum dia terus melangkah ke arah lift rumah.
"Period ke apa dia tu?" tanya Avery mendatar.
"Aku rasa ya" jawab Keith perlahan.
"Aku dengarlah mangkuk!" Jerit Rayyan yang sudah berada dalam perut lift.
Pintu bilik medic terbuka secara automatik sebelum Rayyan melangkah masuk ke dalam.
"Hah nangis nangis. Buta mata tu karang baru tahu" tegur Rayyan selamba dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Khayra yang sedang elok memegang tangan anaknya, Alicia terus menoleh ke arah jejaka itu. Xavier dan Faiq pula sedang berdiri di sebelah katil Rachel.
Air mata dikesat. Habis merah hidung, pipi, dan mata wanita itu. Pasti dia tidak henti henti menangis daripada tadi.
Siapa yang tidak sedih jika melihat anak sendiri terlantar seperti mayat hidup di depan mata.
"Louis mana?" Soal Xavier mendatar.
"Kat neraka" jawab Rayyan tenang.
Rayyan melangkah mendekati katil Alicia. Pilu hatinya melihat tangan kecil itu dicucuk dengan tiub air. Kecik kecik dah merana.
"You pergi tengok laki you kejap, dia ada dekat bilik tidur" arah Rayyan kepada Khayra mendatar. Atau lebih tepat menghalau. Menghalau cara sopan.
Khayra tidak berkata apa-apa. Dia terus sahaja melangkah keluar dari bilik itu. Akur.
Rayyan memandang tajam ke arah Faiq.
"Suruh kembar naik sini" arahnya tegas.
Faiq hanya menurut, pantas telefon dibawa keluar dari dalam jaket baju sebelum menghantar pesanan kepada dua beradik itu naik ke bilik medic.
Selang beberapa minit pintu bilik medic terbuka menandakan ada orang masuk.
"Yow, ada apa ni?" Soal Zariq sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik itu. Abang kembarnya berada di belakang.
"Xavier, lock pintu bilik ni sekarang..." arah Rayyan mendatar.
Xavier hanya akur. Satu butang merah ditekan pada dinding tepi suis lampu.
"Aku ada tugas untuk korang semua" kata Rayyan memulakan bicaranya.
"Kenapa tak ajak Keith sekali?" soal Xavier tenang.
"Rahsiakan benda ni dari dia. Dia dalam bahaya. Aku taknak dia masuk campur dalam hal ni. Lagi satu, jangan ada sesiapa pun yang tahu tentang hal ni selain kita berlima" kata Rayyan dingin.
Mereka yang lain tekun mendengar. Jarang adik ketua mereka itu hendak serius, jika Rayyan sudah serius itu maksudnya memang mustahak lah benda tu.
"Mulai esok..."
1 jam telah berlalu. Mereka yang lain masih lagi tekun mendengar rancangan Rayyan. Sesekali kepala mereka mengangguk faham.
"Jelas?" tanya Rayyan dingin.
Semua hanya diam. Misi mereka kini sangat bahaya. Mereka seperti berlawan dengan hantu. Kerana musuh sebenar masih tidak diketahui identiti. Dan jelas sekali musuh mereka kali ini sangat tidak berhati perut.
Nyawa mereka masing masing berada dihujung tanduk. Silap langkah maut menanti.
"Faiq..." panggil Rayyan mendatar.
Faiq mengangkat wajahnya.
"Kata kata terakhir dari kau? Aku tahu kau dah bersama dan setia dengan kelauga aku lebih dari sepuluh tahun. Jadi sebelum kau mati aku akan cuba tunaikan semua permintaan kau" kata Rayyan.
"Apa kau nak?" soalnya lagi.
Mereka yang lain hanya diam memerhati sambil memasang telinga.
Faiq tersengih nipis. Satu persatu wajah mereka dipandang.
"Entah, aku rasa takda benda dah yang aku perlukan. Semua yang aku nak semua kau dengan Ray dah bagi. Kemewahan, harta, keselesaan, kerja, tempat tinggal. Aku tak tahu apa benda yang aku takda lagi" jawab Faiq mendatar.
"Hah bagus. Kau dah boleh mati dengan aman. Tak payah aku nak susah susah pikir lagi" balas Rayyan selamba.
Laju Zen memukul bahu Rayyan kuat.
"Sehari tak sial memang tak sah eh kau ni?" kata Zariq sambil menjulingkan matanya.
"Aku gurau jelah anjing!" bidas Rayyan semula. Bahunya digosok.
"Aku ingatkan lagi sekali. Rancangan kita ni. Jangan sampai bocor dan yang lain tahu. Termasuk bini aku, Khayra, Ray, Keith, Avery dan bangsat yang tengah trauma dalam bilik dia tu. Faham?" Soal Rayyan kembali serius.
Mereka mengangguk serentak.
"Bersurai"
Dan siapa sangka itulah kali terakhir mereka berjumpa dengan Faiq sebelum dia mati pada keesokkan harinya.
Mayat Faiq dijumpai di lantai luar bangunan syarikat Ray. Berkecai sehingga mayatnya tidak sempurna lagi.
Faiq jatuh daripada ketinggian tingkat 45 dari atas bangunan syarikat Ray.
Jelas Ray sangat terkesan dengan kematian salah seorang anak buahnya itu yang sudah lama setia dengannya.
Khayra dan Lucia tidak henti henti mengalirkan air mata sepanjang majlis pengebumian berlangsung. Kematian Faiq sangat menyayat hati. Pulak tu dia adalah antara anak buah yang paling baik dan sopan sekali antara mereka yang lain.
Tidak kurang juga dengan Avery. Sekali lagi dia gagal untuk mengubah nasib mereka. Dia gagal selamatkan anak buah abangnya itu. Adakah memang benar mimpinya selama ini akan menjadi kenyataan dan tidak boleh diubah langsung? Adakah dia perlu menerima takdir yang dia akan kehilangan ahli keluarganya satu persatu?.
Rayyan memandang abangnya yang sedang menyiram air bunga di atas pusara Faiq. Kemudian dia menoleh pula ke arah Xavier, kembar, Keith dan yang lain.
Dari jauh, di sebalik satu batang pokok yang besar. Ada dua orang yang turut hadir majlis pengebumian Faiq. Mereka berdua memakai baju hitam lengkap dari atas hingga ke bawah bersama cermin mata hitam yang elok terletak di mata.
Mata mereka bertentang dengan mata Rayyan sesaat sebelum mereka mula beredar pergi.
Rayyan tersenyum nipis. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar sebelum kaki mula mengatur langkah meninggalkan tanah kubur itu.
"Bro..." tegur Keith di sebelahnya.
"Hmm?"
"Aku macam tak sangka Faiq dah tinggalkan kita semua..." kata Keith sayu.
"Setiap yang hidup itu pasti akan mati, sama jugak macam kita semua" bahu Keith ditepuk lembut.
"Aku harap kau sempat bertaubat sebelum mati" ucap Rayyan tenang sebelum dia meninggalkan jejaka itu.
Pintu kereta lamborghini hitamnya dibuka sebelum dia masuk ke dalam. Selang beberapa saat Lucia pula masuk di bahagian seat penumpang sebelah.
"Dah puas berlakon nangis atas kubur kosong?" Soal Rayyan mendatar.
Lucia tersengih lebar. Air matanya dikesat sehingga kering.
"Nak berlakon kena gempak sikit" kata Lucia mendatar.
"Gempak hotak kau" balas Rayyan semula.
Lucia tergelak mendengar ayat suaminya itu.
Rayyan mengambil dua cermin mata hitam yang berada dalam laci dashboard. Satu dipakai manakala satu lagi dihulurkan kepada isterinya.
"Jom kita pergi jumpa member baru kejap" laju kereta hitam itu membelah jalanraya.
Share this novel
adoii.... sakit dada beb baca story ni.. sape la agaknya yang halaljadah sangat tu kan