Keesokan paginya, Keith dan Luiz bersarapan di rumah Avery dan Bella memandangkan mereka menginap disitu semalaman.
Macam macam terhidang di meja makan. Nasi goreng, mee goreng, roti bakar, croissant, telur goreng dan banyak lagi sampaikan roti canai pun ada. Siapa entah nak makan banyak banyak ni. Nak bagi saka makan ke apa? Bukannya ada Rayyan pun. Kalau ada dia bukan setakat habis, tak cukup rasanya semua ni.
"Kau kata kau duduk berdua je, habis tu ni siapa yang masak makanan banyak banyak ni?" Tanya Keith sebaik sahaja menyuapkan mee goreng kedalam mulutnya. Keith ni muka je made in USA tekak made in Malaysia.
"Ouh ni orang gaji i yang masak, dia memang pembantu i dekat sweden lagi, i percayakan dia. Sebab tu i bawak dia dengan pembantu pembantu i yang dekat Sweden duduk sini sekali" balas Avery mendatar. Air oren di dalam gelas panjang di hadapannya dicapai sebelum diteguk haus.
"Then kenapa air kau sorang warna pelik?" Soal Keith sambil menunjuk garfunya ke arah gelas oren Avery.
Mereka yang lain dihidangkan juga dengan air oren yang sama tetapi air oren Avery warnanya sedikit pudar berbanding mereka punya.
"Ouh ini sebab i ada suruh Elle masukkan vitamin dalam air i... maybe sebab tu warna dia lain sikit" balas Avery mendatar sebelum menyambung makan semula.
Dahi Keith berkerut. Vitamin kejadah apa kalau tak berkesan langsung. Muka dah macam zombie pun ada jugak aku tengok. Bazir je minum vitamin tu.
Luiz dan Bella hanya diam menikmati sarapan mereka. Biasalah tu diaorang memang jarang sikit berborak benda yang tak penting.
"Aku nak rasa air kau sikit" kata Keith mendatar.
"Eh, you nak pergilah suruh Elle buatkan" balas Avery laju sambil memegang gelas airnya. Elle itu adalah nama pembantu yang Avery bawa daripada Sweden.
"Tak kira aku nak rasa jugak" belum sempat Avery membalas apa -apa ,Keith terus merampas gelas di tangan Avery sebelum diteguk sedikit.
Sebaik sahaja air oren itu lalu di tekak Keith , dahinya terus berkerut. The hell? Air apa ni sial?
Namun cepat cepat Keith beriak selamba. Gelas tadi diletakkan semula sebelum wajah Avery dipandang.
"Sedap gila air oren kau, pembantu kau yang mana satu buat air ni?" Soal Keith mendatar sambil mulut mengukir senyuman palsu.
"Elle, kan i dah sebut tadi nama dia" balas Avery semula.
"Ouh Elle," Keith menjengah sedikit kepalanya kearah bahagian dapur. Rumah yang Avery duduk ini tidak lah sebenar rumah agam di France , jadi ruangan makan dengan ruangan dapur tidaklah terlalu jauh.
"Perempuan yang pakai skirt hitam tu ke?" Soal Keith sambil jari menunjuk kearah seorang gadis yang berskirt hitam paras peha sedang mengelap gelas gelas goblet.
Avery memusing kepala melihat perempuan yang dimaksudkan oleh Keith.
"Aah, itulah Elle..." jawab Avery mendatar.
Keith tersenyum sinis. Dia kemudian menoleh pula kearah Luiz yang duduk disebelahnya. Pistol yang berada dalam kocek Luiz dicapai laju sebelum tepat dihala pada gadis bernama Elle.
"Berani kau racun tuan kau sendiri" kata Keith dingin sebelum pemicu pistol ditarik.
Bang!
Tepat mengena pada kepala gadis itu. Darah tersembur keluar dari lubang peluru yang dihasilkan sebelum gadis itu rebah jatuh ke lantai. Kolam darah mula terbentuk lebar.
"What the fuck Keith! What are you doing right now!" Marah Avery lantang. Jelas dia terkejut melihat situasi itu.
Bella dan Luiz? Mereka hanya menyambung makan seperti tiada apa yang berlaku.
"Aku yang patutnya tanya kau, dari mana kau kutip pengkhianat macam tu?" Tanya Keith dingin.
"Pengkhianat? What do you mean by that? You baru je bunuh orang tak bersalah you tahu tak!"
Keith tersengih sebelum pistol tadi dicampakkan semula kepada Luiz.
"Tak bersalah?" Gelas air Avery dibuang ke lantai. Habis berkecai gelas itu menjadi serpihan serpihan kecil.
"Kau minum air ni hari hari ke?" Soal Keith lagi. Tajam matanya merenung Avery.
Avery terdiam. Atau lebih tepat terkaku melihat renungan tajam Keith. Elle yang sudah tidak bernyawa dijeling sekilas. Kenapa perangai Keith berubah? Dulu dia bukan orang yang macam ni. Dia seorang yang tenang dan tidak kejam. Apa yang dah jadi selama dua tahun dia meninggalkan rumah agam?
"Aku tanya jawab!" Tengking Keith kuat.
"Ye! Memang dia yang uruskan makan minum i selama ni!" balas Avery juga lebih kurang tinggi nada suaranya dengan lelaki itu.
"Bullshit!" Meja makan dihentak kuat. "Dia bagi kau minum dadah hari hari! Memang patutlah kesihatan kau makin teruk Av" kata Keith sambil meraup wajahnya kasar.
Bella yang baru sahaja ingin menyuap makanan kedalam mulutnya terberhenti.
"Apa kau cakap tadi?" Tanya Bella mendatar. Wajah Keith dipandang.
"Dia bagi Av minum dadah hari hari! Kau duduk dengan dia dua tahun Bella! Macam mana kau buat kerja!" Tengking Keith kasar.
Bella dan Avery tergamam. Bella kemudian pantas bangun daripada kerusi sebelum melangkah kearah gelas kaca yang sudah berkecai di lantai. Dia kemudian mencuit sedikit air oren yang membasahi lantai itu sebelum dibawa ke lidah.
"Amfetamin..." guman Bella perlahan. Tangannya menggenggam kuat. Sial! Memang betul kata Keith tadi, hampir setiap pagi Avery minum vitamin ini. Patut lah kesihatannya tak membaik malah semakin teruk .
"Kalau aku tak bawak Keith datang sini, kau dah gagal tugas kau Bella...haha, memalukan..." komen Luiz yang berada di meja makan mendatar dan cukup tenang. Dia kemudian tergelak sedikit. Cukup kedengaran menganjing.
Muka Bella berubah. Jelas urat urat hijau timbul di dahinya. Pistol yang terselit dipinggangnya pantas dicapai. Perlahan-lahan dia bangun dan terus melangkah kearah dapur rumah itu.
"Now the demon is mad" kata Luiz lagi.
"Kita balik!" Arah Keith kepada Avery. Tangan Avery ditarik "Pergi kemas barang barang kau sekarang jugak. Aku tak nak kau duduk sini. Kita balik sekarang!" katanya lagi. Muka jangan cakaplah, memang dingin habis.
Avery tidak berkata banyak, dia terus sahaja bangun dan melangkah kearah tangga rumah.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Bunyi pistol kuat kedengaran dari arah dapur rumah. Jelas itu bunyi amukan daripada keturunan Rose.
"Kenapa kau perlu provok dia?" Tanya Keith kepada Luiz yang masih lagi tenang ditempatnya.
"Sebab aku suka, dia nampak cantik bila marah" balas Luiz selamba sebelum tergelak halus.
Sesaat kemudian Bella melangkah keluar dari ruangan dapur dengan muka dan baju yang penuh dengan percikan darah. Melihat daripada keadaan Bella, mereka berdua pasti tiada satu jasad pun yang masih lagi bernyawa di bahagian dapur.
"Nampak? Betapa cantiknya bidadari aku" Luiz tersenyum lebar sambil melihat kearah Bella. Kedua tangannya naik menongkat dagu seperti melihat sesuatu yang sangat menarik.
"Gila" guman Keith perlahan.
Masing-masing hanya membisu dalam kereta. Avery dan Keith naik satu kereta. Manakala Bella dan Luiz naik kereta Ferrari hitam milik Luiz.
"Sejak bila Elle kerja dengan kau?" Tanya Keith dingin tanpa menoleh langsung Avery di sebelah. Matanya fokus pada jalanraya hadapan.
"Dah lama, masa i duduk Sweden lagi" jawab Avery mendatar.
"Sweden..." guman Keith. Jari mengetuk perlahan stereng kereta. Otak ligat memikirkan sesuatu.
Kalau daripada Sweden, maksudnya benda ni dah lama jadi. 'Eres' dah lama jalankan rancangan dia secara senyap senyap.
Keith teringat kembali kad hitam yang pernah mereka dapat dulu.
-Your precious sister is mine now. Nothing can separate us-
Dahi mula berkerut.
Mine? Now?
Now?
Mata Keith membulat sebelum wajah Avery dipandang. "Av, kau jumpa Elrick sejak bila? Daripada sebelum kau mimpi ngeri atau selepas kau mimpi negeri tiap malam tu?" Tanya Keith laju.
"Selepas i mimpi ngeri tiap malam tu, niat i jumpa dia sebab nak minta tolong. Kan dalam mimpi tu i ada nampak Enver. Sebab itulah i rapat dengan Elrick sebab Elrick pernah tinggal serumah dengan Enver" terang Avery mendatar.
"Selepas?" Soal Keith lagi.
Avery mengangguk.
Jadi Elrick atau Enver bukan musuh mereka! Sebab mimpi tu tak ada kena mengena langsung dengan mereka berdua. Orang yang jadi pembelot dalam mimpi Avery, cuma orang yang tertentu sahaja atau lebih tepat orang yang Avery kurang percaya. Sebab itulah dia, Bella, Ray, Khayra dan Lucia tak pernah jadi pembelot dalam mimpinya.
Selama ni Avery mimpi Enver jadi pembelot sebab dia tak percaykan lelaki tu.
Lagipun Enver dah mati lebih 10 tahun , jadi benda ni mustahil untuk kata dia tu Eres dan Elrick pulak, Avery sendiri yang datang dekat dia.
Kad tu kata dia dah dapat Avery sebelum daripada Avery jumpa Elrick lagi, maksudnya Eres bukan Elrick!
Keith tersenyum lebar.
Sekarang semuanya masuk akal.
Jadi siapa Elrick dan Khai? Adakah mereka musuh? Atau tak?
"Keith..." panggil Avery perlahan.
"Hmm?" Jawab Keith.
"I dah lama nak cakap benda ni, cuma selama ni i ragu ragu ..."
"Cakap pasal apa?" Soal Keith semula.
"Ingat tak dua tahun lepas rumah kita kena serang?" Soal Avery mendatar.
"Ingat, kenapa?"
"Kan Elrick kata macam ni, 'apa abang buat ni?' Dekat penyerang yang serang rumah kita tu kan?"
"Aah betul"
"Tapikan orang tu pakai topeng, tapi lepas kita bukak topeng tu rupanya tu bukan Enver. Jadi siapa dua orang yang bawak Elrick pergi tu? Siapa yang menyamar jadi Enver. Setahun i asyik terfikir balik pasal kejadian tu, so i selidik senyap senyap siapa sebenarnya yang mati dekat rumah kita masa tu"
Keith tekun mendengar bicara Avery.
"Siapa? Kau dah tahu belum?" Soal Keith mendatar.
Avery angguk.
"Dah, orang yang mati dekat ruang tamu tu orang upahan Sofia, isteri Haider" kata Avery mendatar.
"Hah! Betul ke? Jadi Elrick orang suruhan Sofia?" Soal Keith jelas terkejut.
"Tak, dua orang yang tarik Elrick keluar rumah tu tak ada kena mengena langsung dengan Sofia. Tu orang suruhan Elrick sendiri"
Keith sudah bingung. Jadi Elrick ni jahat atau baik?
"Dan paling yang i tak sangka, salah seorang yang tarik Elrick masa tu..." Avery memandang muka Keith. "... ialah Khai, orang yang sama pernah tolong Lucia daripada Haider" terang Avery.
"Khai? Dia orang suruhan Elrick?" Soal Keith lagi. Wajahnya diraup kasar. Apa benda ni sial. Pening kepala otak aku.
"Iya, Khai yang sama jugak buru Sofia dengan kumpulan diaorang sampai terbunuh semua sekali" sambung Avery lagi.
"Jap, jap...jadi Khai tu orang suruhan Elrick?"
Avery angguk.
"Dan Khai tolong Lucia dan bunuh isteri Haider?"
Avery angguk lagi.
"Jadi Elrick dengan Khai ni tolong kita?"
Avery angguk lagi.
"Maknanya dia bukan orang jahat lah!?" Soal Keith sedikit kuat.
"Iya, dalam tak sedar. Diaorang berdua tolong kita hapuskan Haider dengan Sofia senyap senyap. I pun tak sangka, selama ni i ingatkan Sofia baik. Sebab dulu dia yang selamatkan abang Rayyan dengan i daripada Haider"
Keith terdiam. Tapi kenapa masa Elrick duduk dengan diaorang semua dia sengaja pura-pura jadi jahat? Dia berlakon? Dahlah Rayyan buli dia teruk gila masa tu. Sampai trauma pulak tu si Elrick.
Habislah aku, aku dah buli orang salah selama ni.
"Rumah yang ada Emiel tu, sebenarnya Khai yang selamatkan Emiel daripada Haider dan dia letak Emiel dekat rumah tu dalam keadaan selamat. Elrick sengaja bagi mesej macam ugutan supaya kita cepat cepat datang sana ambik Emiel. Dia tak boleh jumpa kita secara direct, orang suruhan Sofia setiap saat perhatikan dia. Rumah tu meletup pun sebab orang suruhan Sofia yang letupkan lepas Khai letak Emiel dalam rumah tu. Secara tak sengaja i dengan orang suruhan Sofia masa tu jadi mangsa letupan. Tapi cuma i je yang selamat"
"Jadi yang rentung tu orang suruhan Sofia?" Soal Keith.
"Aah,"
Keith terdiam lagi. Sial selama ni dia pergi menangis dekat kubur orang lain. Membazirkan air mata aku je!
"Maknanya Elrick dengan Khai orang baiklah?" Tanya Keith lagi.
"Kalau yang tu I pun tak tahu nak cakap macam mana, tak bermakna diaorang tolong kita diaorang orang baik. Mana tahu ada udang disebalik batu? Kita mana tahu kan, boleh jadi diaorang tolong kita sebab nak kan sesuatu dari keluarga kita. Tapi itulah... i rasa diaorang memang baik dan ikhlas nak tolong keluarga kita" kata Avery semula. Nada suaranya mengendur.
"Tapi dekat mana diaorang sekarang ni?"
"I tak tahu, dah dua tahun i tak boleh nak contact Elrick" jawab Avery mendatar.
Mereka sama sama kembali diam. Lagi lagi Keith. Sekali sekala dia akan melihat cermin belakang , melihat Luiz dan Bella.
Perlahan lahan stereng kereta diketuk menggunakan jari telunjuknya.
"Kalau betul Elrick dengan Khai tu orang baik, dan Enver pulak tak ada kena mengena langsung dengan hal ni, siapa sebenarnya yang racun kau... siapa sebenarnya Eres? Dan kenapa Elrick dan Khai bunuh Sofia?" Guman Keith sendiri.
Dahi Avery berkerut.
"Enver?"
"Hah?" Keith pandang Avery sekilas.
"Tak ada , i dengar you ada sebut nama Enver tadi" jawab Avery.
"Ouh Enver... yelah Enver kan tak ada kena mengena dengan hal ni, jadi aku pelik siapa sebenarnya yang racun kau" kata Keith.
"Kenapa dia tak ada kena mengena pulak?" Soal Avery semula.
"Kan dia dah mati" jawab Keith selamba. "Tak kan orang mati boleh racun kau"
"Enver...dah mati?" Suara Avery sedikit bergetar.
Keith pandang Avery pelik. Aik dia ni tak kan tak tahu?
"Luiz tak ada cerita ke? Enver dah lama mati... masa kau kecik lagi. Aku rasa dah lebih 14 tahun dia mati"
Avery tayang muka keliru. Jelas dia tidak tahu langsung mengenai hal tersebut.
"Macam mana dia boleh mati? Kenapa dia mati?" Soal Avery semula. Wajah Keith ditenung tak berkelip.
Keith makin bertambah pelik. Tak kan Bella dengan Luiz tak ada bagi tahu dia pasal hal ni.
"Kalau ikut apa yang aku tahu, surat kematian dia tulis dia mati terbakar. Kes ditutup sebagai kes pembunuhan" jelas Keith mendatar.
Perlahan lahan Avery toleh kepala pandang kearah depan semula.
"Tak, tak mungkin dia dah mati..." guman Avery perlahan sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.
Keith menjeling sekilas. "Kenapa pulak tak mungkin?"
"Benda tu mustahil...siapa yang bunuh Enver?" Guman Avery sendiri . "Siapa yang jumpa mayat dia?" Soal Avery kepada Keith.
"Keluarga dia sendiri... dalam surat tu tulis adik dia yang jumpa mayat Enver..."
Sekali lagi mata Avery membulat luas. Pantas wajah Keith ditoleh semula.
"Adik? Siapa?" Soal Avery laju.
"Elrick lah, siapa lagi" balas Keith.
"Elrick?" Soal Avery pelik.
"Yelah, Elrick kan adik dia"
"Tapi Elrick bukan adik Enver..." kata Avery mendatar.
Keith terdiam semula. Ah sudah apa pulak ni.
"Seingat i Enver tak ada adik beradik lain ... dia anak tunggal" sambung Avery lagi.
"Jap, jap, jap bukan dulu kau sendiri ke yang kata Elrick tu adik Enver?" Soal Keith semula.
"I pernah kata Elrick tu adik dia?" Soal Avery hairan.
"Iya, dulu kau sendiri kata Enver tu abang Elrick"
Dahi masing-masing mula berkerut.
"Kenapa i cakap macam tu pulak? Sebab i memang tahu Enver tak ada adik beradik lain, dia anak tunggal"
Sekali lagi Keith tercengang.
"Manalah aku tahu, bukan dulu kau pernah cerita dekat kitaorang ke yang Elrick dengan Enver selamatkan kau daripada anak Clara? Lepastu kau duduk satu rumah dengan Enver masa Elrick pergi sekolah? Enver yang rawat kau sepanjang kau sakit. Bukan kau sendiri ke yang cerita benda tu dekat kitaorang?" Soal Keith lagi.
"I ada cakap Elrick tu adik Enver ke?" Soal Avery lagi. Mukanya sudah dua kali lima bingung serupa dengan Keith.
"Iya, tak percaya nanti kau tanya Rayyan balik ni" kata Keith lagi.
"Pelik, sebab setahu i Elrick bukan adik Enver" celah Avery semula.
"Dah tu dia buat apa dekat rumah Enver?" Soal Keith lagi.
Avery terdiam semula. Dahinya berkerut. Aah lah. Apa Elrick buat dekat rumah Enver masa tu? Macam mana Elrick boleh ada dekat situ?
Lagi satu macam mana pulak dulu dia boleh cerita dekat mereka yang lain yang Elrick tu adik Enver sedangkan dia sendiri tahu Enver ialah anak tunggal?
Avery memegang kepalanya sendiri. Dia yakin Elrick bukan adik Enver. Dan seingat dia yang mati tu Elrick bukan Enver. Louis sendiri pernah tunjuk surat kematian Elrick pada dia dua tahun lepas. Jadi kenapa Keith kata Enver pula yang sudah mati?
Adakah memori otaknya sedang menipu dirinya sendiri? Jadi kalau Enver anak tunggal dan dia tak ada adik beradik lain...
Jadi siapa Elrick?
"Tak payah fikir sangatlah, mungkin kau tersalah cakap masa tu, kalau betul Elle tu dah racun air kau sejak dekat Sweden lagi boleh jadi apa yang selama ni kau fikir, kau mimpi, kau rasa tu ada yang tak betul. Kau mungkin akan tercampuk adukkan memori kau sendiri. Kesan Amphetamine tu kuat, sebab dia jenis dadah yang merbahaya. Lagi lagi kalau dah ambik hari hari" kata Keith mendatar.
Avery menghela nafas panjang. Dia kemudian menoleh kearah cermin sebelah sebelum perlahan-lahan matanya mula membulat besar melihat kereta merah yang memandu disebelahnya.
Cermin kereta itu diturun. Seorang lelaki yang tidak dikenali elok menghalakan pistol kearah kereta mereka.
"KEITH WATCH OUT!"
Share this novel