Bab 5

Action Series 25520

Dua hari selepas itu...

Keith terserempak lagi dengan Elrick dan juga Avery ketika melangkah masuk ke bangunan pejabat. Dua makhluk itu elok bergelak ketawa di lobby syarikat.

Babi betul. Memang sengaja nak jealous kan aku ke apa ni?. Dah lah dekat rumah sepanjang masa nak sweet, dekat pejabat pun nak gedik gedik.

Keith terus sahaja melangkah ke arah lift VVIP tanpa menoleh ke arah dua orang manusia itu.

Tiba tiba bahunya dilanggar seorang perempuan dengan agak kuat. Tetapi gadis yang melanggar dia itu pula yang terjatuh. Keith masih kekal berdiri.

"Sorry Sir, i tak perasan" kata gadis itu laju memohon maaf.

"Malay?" soal Keith mendatar dengan dahi yang sedikit berkerut.

"Aah i dari Malaysia" dia mengibas sedikit baju blouse yang dipakai.

"Kenapa datang sini? Rasanya sini tak ambik pekerja perempuan" soal Keith lagi.

"Eh taklah, i datang sini bukan sebab nak minta kerja, tapi Sir Rayyan yang panggil i. Ada benda dia nak bincang katanya" jawabnya mendatar.

Makin berkerut dahi Keith. Sejak bila pulak Rayyan ada kenalan perempuan? Bukan ke dia anti dengan perempuan?.

Gadis itu sama sama menunggu lift VVIP.

"Rayyan suruh naik guna lift ni ke?" tanya Keith semasa mereka berdua telah masuk kedalam perut lift.

"Aah, dia nak cepat jumpa saya" balas gadis itu mendatar.

Keith makin hairan.

"Ouh... Macam mana boleh kenal Rayyan? Dia panggil kenapa?" tanya Keith cuba mengorek rahsia. Gadis berambut panjang paras pinggang itu dipandang sekilas.

"Dah lama dah kenal. Cuba baru harini dia panggil ajak jumpa berdepan. Tapi i tak tahulah dia panggil sebab nak apa" balasnya mendatar.

"Ouh... Okay" kemudian mereka sama sama terdiam sehingga lah sampai di tingkat paling atas.

Selepas sahaja pintu lift terbuka, Keith melangkah ke arah biliknya. Tetapi ekor matanya masih lagi memandang gadis tadi yang melangkah ke arah pintu bilik Rayyan.

Gadis itu mengetuk pintu tiga kali sebelum dia masuk ke dalam bilik Rayyan.

Keith pula masuk ke dalam biliknya untuk membuat kerja.

Hmm macam pernah jumpa perempuan tadi tu? Dekat mana eh?

Selang sejam pintu biliknya pula diketuk oleh seseorang.

"Yes?" laung Keith sedikit kuat.

Pintu itu terbuka. Ray menjengah sedikit kepalanya ke dalam.

"Keith tolong ganti aku meeting dengan usahawan France 1 jam lagi boleh tak?" pinta Ray mendatar.

"Kenapa? Kau nak pergi mana?" soal Keith semula.

"Aku kena balik rumah kejap bini aku suruh. Katanya Athy demam panas" balas Ray mendatar.

"Okay, lagi sejam eh? Dekat dewan hotel Mikayla tu kan?"

"Aah, tolong tau. Dia punya file dekat atas meja aku. Aku nak gerak cepat ni"

"Okay..."

Namun baru sahaja Ray ingin menutup pintu, Keith memanggilnya semula.

"Ray, Siapa perempuan yang masuk bilik Rayyan tadi?" tanya Keith mendatar.

"Hah perempuan mana pulak ni? Kau biar betul. Sejak bila syarikat kita ada pekerja perempuan" balas Ray dengan dahi yang berkerut.

"Takda apalah. Kau pergilah balik rumah, karang Khayra marah pulak kau lambat"

"Okay aku pergi dulu" pintu ditutup semula.

Keith sudah kehairanan di tempatnya. Ray tak tahu pasal perempuan tadi. Maknanya dia bukan pekerja syarikat. Jadi kenapa dia datang jumpa dengan Rayyan?

Selang beberapa saat Keith bangun daripada kerusinya sebelum melangkah ke arah pintu.

Bilik Ray dituju. File yang dikatakan oleh Ray tadi di ambil dari atas meja.

File itu diselak.

"Babi betul, ni kerja Rayyan".

Keith mengeluh sebelum dia melangkah keluar bersama dengan file itu.

Sedang dia menunggu di hadapan lift, gadis berambut perang tadi keluar dari bilik Rayyan.

"Hi, kita berjumpa lagi" kata gadis itu ramah. Serentak itu pintu lift terbuka.

Mereka berdua masuk ke dalam lift bersama-sama.

"Hi. Dah habis ke berbincang dengan Rayyan" tanya Keith mendatar.

"Sudah..." jawab gadis itu semula.

"Kenapa kau jumpa dengan Rayyan? Setahu aku dia takda kenalan perempuan" tanya Keith.

Gadis itu hanya tergelak halus sebelum menyelak rambutnya kebelakang telinga.

"Nanti you tanya lah dia sendiri, apa sebab dia nak jumpa i. It's secret among the client" katanya sambil meletakkan jari telunjuk dibibir.

Client?

Keith hanya diam. Malas nak melayan teka teki gadis itu.

Pintu lift terbuka apabila sudah sampai di tingkat bawah. Mereka berdua keluar saing.

Sempat juga Keith melihat ke arah sofa di lobby. Tetapi Avery dan Elrick sudah tiada di situ.

Hmm bagus jugak. Buat semak pemandangan je.

"Okaylah i pergi dulu" kata gadis itu setelah Keith melangkah ke arah keretanya.

Keith hanya mengangguk kecil sahaja. Pintu keretanya dibuka.

"By the way nama i Bella! Bella Lavender! Nice to meet you Keith" laung gadis itu sedikit kuat.

Bella? Eh tu bukan ke?

Keith pusing kebelakang mencari kelibat gadis itu semula. Tetapi gadis itu sudah tidak kelihatan. Padahal tiada langsung bunyi enjin kereta atau bunyi apa apa kenderaan.

Gadis itu seperti lesap secara tiba tiba.

Keith hanya mengabaikan sahaja, dia terus masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduannya.

Dalam tak sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan Keith dari dalam bangunan syarikat itu. Senyuman sinis terukir dibibirnya sebelum dia berpusing.

"Fuck!" hidungnya digosok laju.

"Jalan tu pakai lah mata..." Elrick memarahi orang yang melanggarnya tadi.

"Ouh kau rupanya Zariq. Aku ingatkan siapalah tadi. Lain kali ada mata tu guna, bukan letak dekat lutut" sempat Elrick memarahi lelaki itu sebelum dia beredar pergi.

Zen hanya menayang wajah beku. Mata tajamnya tidak lepas melihat Elrick yang sudah melangkah ke arah lift.

"Gila...dah lah bodoh tak reti beza aku dengan Zariq" bisik Zen perlahan sebelum dia terus ke kafe syarikat untuk mengisi perutnya yang kosong.

Keith mengemas segala kertas yang berada atas meja. Semuanya disusun kembali dalam file biru yang dibawanya bersama ketika masuk meeting.

"Tell Mr Rayyan that i wanna see him tomorrow" kata salah seorang usahawan kaya yang ada di negara itu.

"Later i will send him your regards" Keith bersalam dengan lelaki yang agak berumur itu. 'Memang sampai kiamat pun kau takkan jumpa dia, meeting pun tak datang' guman Keith dalam hati.

Mesyuarat yang sepatutnya dihadiri oleh Rayyan itu telah tamat tepat jam 12 tengah hari.

Keith mengatur langkah ke arah tempat dimana keretanya diparkir.

Bang!

Ada satu bunyi tembakan kedengaran.

Bang!

Tembakan kedua pula terdengar tetapi lebih kuat berbanding yang pertama. Tiba tiba ada satu peluru sniper lalu betul betul dihadapan muka Keith.

Peluru itu menyentuh sedikit helaian rambut Keith sebelum menghentam tanah. Keith pantas mendongak ke atas.

Dengan pantas dia menyorok dibelakang keretanya. Lama dia menunggu, tetapi tiada lagi bunyi tembakan seterusnya.

"Sial ! Siapa pulak yang main tembak tembak ni" tanpa membuang masa Keith terus masuk ke dalam keretanya sebelum laju dipandu meninggalkan kawasan itu. Dia tidak boleh berlama lama kerana dalam keretanya tiada langsung senjata yang boleh digunakan saat ini.

"Hi," tegur seorang gadis sambil mengacukan pistol hitamnya keudara.

Bang!

Satu tembakan dilepaskan.

Lelaki yang sedang tekun melihat sasarannya terkejut sehingga jarinya tertekan pemicu sniper yang berada di tangan.

Laju kepalanya menoleh kebelakang.

Satu sepakan mengena pada wajah lelaki itu. Sniper hitam tadi tercampak ke tepi sebelum disepak pula oleh Avery.

Avery mencengkam rambut lelaki yang berpakaian gelap itu.

"Siapa upah kau" tanya Avery dingin.

Lelaki itu cuba melawan. Tetapi Avery lebih pantas memijak perut lelaki itu menggunakan kasut tumit tingginya berkali kali. Tangannya mencapai satu besi panjang yang ada disebelahnya sebelum dicucuk pula ke kaki.

"Arghhh"

Bang! Bang!

Dua tembakan pula dilepaskan pada kedua kaki lelaki itu. Darah meleleh leleh keluar. Avery hanya menayang riak dingin. Langsung tiada belas kasihan.

"Aku tanya siapa upah kau" tanya Avery lagi. Suaranya dikeraskan.

Lelaki itu masih lagi menjerit dan meraung sambil memegang kakinya yang telah cacat.

Avery menumbuk pula wajahnya beberapa kali.

"Aku tanya ni jawablah sialan!!" tengking Avery.

"Arghhh" lelaki tadi masih lagi menangis.

Avery mula naik berang. Dia memijak lagi perut lelaki itu. Kemudian dia menumbuk pula mukanya. Tetapi oleh kerana rambutnya sedang di pegang oleh Avery maka dia hanya terteleng sahaja ke tepi.

Darah merecik recik keluar dari mulut lelaki itu pula.

"E-Eres... Eres yang upah aku" kata Lelaki itu tercungap cungap setelah puas dibelasah oleh Avery.

"Eres? Siapa Eres?" soal Avery dingin.

Lelaki itu menggeleng.

"Aku tak tahu, sumpah aku tak tahu"

Satu pucuk pistol hitam disumbat ke dalam mulutnya.

"Bagi tahu aku siapa Eres sebelum aku bersepaikan kepala kau dekat sini" ugut Avery dingin. Wajahnya masam. Langsung tiada mood untuk bermanis muka.

Lelaki itu terbatuk batuk sambil memegang perutnya yang sudah bocor kerana dipijak oleh kasut tumit Avery. Bukan itu sahaja kakinya juga mungkin sudah cacat selamanya kerana ditembak di tulang lutut.

"Afuu ak ahu" (Aku tak tahu) jawab lelaki tadi.

"Bukan itu jawapan yang aku nak... Aku tanya sekali lagi. Siapa Eres dan kenapa dia suruh kau bunuh Keith" tanya Avery dingin.

"Afu ak.." belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya Avery sudah menekan pemicu pistol.

Bang!

Terus kepala lelaki itu terkulai ke tepi dengan satu lubang yang jelas kelihatan tembus hingga ke belakang kepala.

Darah meleleh leleh keluar daripada lubang tembakan.

Pistol tadi dikeluarkan dari mulut lelaki itu sebelum disimpan semula ke dalam poket seluar belakang.

"Bodoh..." kata Avery dingin.

Rambut lelaki itu dilepaskan. Lelaki itu terus terjatuh ke lantai.

Avery membawa keluar satu buku nota kecil yang disimpan dalam poket seluar tepi.

Satu pen hitam diambil sebelum digaris pada satu ayat.

-Bahu Keith ditembak oleh Sniper-

Buku itu disimpan kembali.

Avery merenung lelaki yang sudah tidak bernyawa terbaring dihadapan kakinya.

Tanpa sedar tangan Avery mula menggigil perlahan.

Mimpi itu.

Mimpinya menjadi realiti.

Andai kata dia terlambat tadi pasti bahu Keith sudah berlubang disebabkan peluru sniper.

Avery menarik nafas beberapa kali sebelum mengesat sedikit percikan darah yang terkena pada wajahnya.

"Takpa, aku yakin boleh ubah mimpi aku tu. Macam sekarang. Aku yakin aku boleh. Takda siapa yang akan mati. Aku boleh ubah semua tu" kata Avery kepada dirinya sendiri.

Tetapi kata katanya itu hanyalah sebaris ayat yang tidak boleh menjamin apa apa.

Ianya terbukti jelas apabila tiba tarikh 28/11, tarikh keramat dimana bermulanya titik hitam dalam hidup Avery apabila anak buahnya, Alicia dan Rachel koma akibat dibius dadah secara melampau oleh seseorang semasa mereka pulang dari sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience