SUMPAH! Tasya sarankan korang dengar lagu denting masa baca bab ni huhuhu. Serius gais cuba try.
"Louis!" Rayyan laju mendapatkan abangnya itu.
"Mummy! Daddy!"
"Mummy!" Pantas mereka berlari kearah Louis dan Khayra yang sudah terbaring atas lantai.
Bella dan Luiz jelas tergamam ditempatnya.
Mereka yang lain juga begitu.
Avery melihat akak iparnya yang berada dalam dakapan Louis. Betul betul di bahagian tengah dadanya berlubang akibat peluru sniper tadi. Darah mula terbentuk pada lantai.
Keadaan Louis juga lebih kurang sama. Peluru sniper itu menembusi pada bahagian dada kirinya. Darah terpancut keluar sangat laju.
Xavier pantas menekan luka tembakan pada dada Louis.
Manakala Lucia menekan luka tembakan pada dada Khayra.
"A-akak..." tangan Avery menggigil.
"Xavier do something! Please save them!" Arah Rayyan.
Xavier tidak berkata apa apa. Hujung bibirnya diketap kuat menahan rasa. Dia tahu dia tak boleh nak buat apa apa sekarang.
Kau expect apa? Ni peluru sniper. Pulak tu dua dua tepat pada bahagian dada mereka.
Tak mungkin mereka dapat diselamatkan. Jarak hospital setengah jam jauh daripada hotel ini. Darah yang mengalir keluar pula semakin deras seolah olah tidak menunjukkan tanda mahu berhenti.
Xavier mengerling sekilas pada luka tembakan yang terkena pada dada mereka berdua sebelum kepalanya digeleng perlahan.
Melihat gelengan daripada Xavier dunia mereka semua seakan berhenti untuk beberapa saat.
Takkan lah....
"Koff! Ah sial punya Eriyan..." kata Louis perlahan sebelum terbatuk darah. Mukanya berkerut menahan sakit yang kian terasa. Wajah isterinya dipandang redup. Kolam air mata mula terbentuk kembali.
"Ha.... " nafas dilepas panjang.
Alicia dan Rachel menangis pilu di sebelah ibu bapanya itu. Tangan Khayra dan Louis dipeluk erat seolah olah tidak mahu lepaskan mereka pergi.
Anathasia dan Emiel masih dalam dakapan Bella dan Luiz. Perlahan lahan mereka juga dibawa rapat ke arah Khayra.
Khayra tersenyum sayu sebelum kedua tangannya yang kini penuh dengan darah itu naik menyentuh pipi anak kembarnya. Wajah sayu anaknya itu dipandang lama, penuh sayang.
"Alic, Rachel, jaga adik dengan baik ye sayang. Mummy minta maaf sebab tak mampu nak teman Alic dengan Rachel sampai besar. Mummy minta maaf...."
"Mummy jangan cakap macam tu. Mummy kena bertahan. Mummy jangan tinggalkan Alic dengan Rachel. Mummy daddy please jangan tinggalkan Alic..." tangis Alicia. Tangan Khayra dipeluk dengan lebih erat.
"Mummy, daddy please don't leave me. Adik Athy kecik lagi. Takkan mummy dengan daddy tak sayang dia. Mummy daddy tak sayang Rachel dengan akak Alic ke? Kitaorang kecik lagi mummy. Jangan buat kitaorang macam ni. Please don't leave us... don't leave me. I'm begging.." sayu Rachel merayu pada kedua orang tuanya itu.
Mereka yang lain sudah mati kata. Masing masing terkaku di tempat sendiri. Tiada apa lagi yang boleh mereka lakukan melainkan melihat detik detik akhir dua pasangan itu.
Avery dan Rayyan juga sudah hilang arah. Mereka buntu ingin buat apa lagi saat ini.
Khayra pejam mata. Sakit yang terasa pada badannya kini kian terasa. Dia tahu masanya tak lama. Matanya dibuka semula sebelum wajah anak anaknya dipandang kembali.
Koff! Darah mengalir keluar dari mulut Khayra. Mukanya yang tadi putih pucat kini sudah bercorakkan darah.
"Mummy! Please! Don't leave me PLEASE!" Tangis Alicia makin kuat.
"Mummy minta maaf sayang... maafkan mummy" air mata mengalir lagi sebelum wajah Louis yang sedang memangkunya pula dipandang. Dadanya terasa semakin sesak. Setiap nafas yang ditarik seolah olah bersertakan seribu jarum peniti yang menghiris saluran penafasannya.
Louis yang sedang memangku kepalanya itu juga turut sedang merasakan azab yang sama. Perlahan lahan tangan yang penuh darah itu naik menyentuh pipi Louis lembut. Bibirnya mengukir senyuman sakit.
"Saya.... sayangkan awak..selaman-...."
Belum sempat Khayra menghabiskan ayat, tangannya terjatuh kebawah. Nafas terakhir dihela panjang sebelum terkaku buat selamanya.
Raungan mereka semakin kuat. Lagi lagi anak kembarnya. Kini ibu mereka sudah tiada. Semuanya berlaku dengan hanya sekelip mata.
Sekelip mata mereka hilang salah satu ahli keluarga mereka lagi.
Lucia yang sedang menekan luka Khayra juga turut melepaskan tangisan semahu mahunya. Kerana dia lihat apa yang mereka tidak lihat. Dia dapat melihat jantung Khayra berdetak buat kali terakhir sebelum terdiam kaku untuk selamanya.
"Jangan risau sayang, kau takkan pergi sorang. Sekejap lagi aku akan teman kau..." bicara Louis perlahan. Pipi Khayra yang terasa sejuk itu disentuh lembut sebelum diusap penuh sayang.
"Louis please...don't leave me too" rayu Avery.
"Louis..." panggil Rayyan perlahan. Tangan abangnya dipegang lembut.
Louis memandang wajah mereka satu persatu sebelum berakhir pada wajah anaknya yang sedang didukung dalam dakapan Bella. Mulutnya mengukir senyuman lebar.
"Aku sayang korang semua...tolong jagakan anak anak aku..."
"Daddy...."
"Daddy jangan tinggalkan kitaorang jugak..."
"Please daddy..."
Pipi Alicia dan Rachel diusap lembut.
"Sorry... daddy tak boleh tinggalkan mummy sorang sorang. Nanti mummy sedih... daddy kena teman mummy..." bicaranya perlahan. Louis tersenyum sayu sebelum wajahnya memandang ke atas.
"Maafkan aku Ray sebab ambik detik detik akhir kau...aku taknak kau rasa apa yang aku tengah rasa.." mata Louis terpejam sebelum nafas terakhir dihembus perlahan. Tiada lagi bunyi raungan dan tangisan mereka kedengaran. Semuanya menjadi gelap dan sepi.
"Louis?" Panggil Xavier.
"Louis!"
Bahu Louis digoyang perlahan.
"Louis!"
"Daddy! Daddy jangan tinggalkan kitaorang" jerit Alicia bersama tangisannya.
"LOUIS! ARGHHHH SIALLAH!" amuk Rayyan. Badan Louis dipeluk erat.
Mereka yang lain turut mengalirkan air mata buat ketua mereka. Zariq, Hanz, Xavier, Luiz, Bella masing masing hanya menjadikan air mata sebagai bicara hati.
Satu satunya tulang belakang mereka kini telah pergi buat selamanya. Ketua keluarga mereka kini telah tiada.
Avery mengusap sayu pipi abangnya itu sebelum nafasnya ditarik dalam. Cuba mengumpul segala kekuatan yang ada dalam diri. Tangan digenggam erat sehingga menggigil.
Dia tak boleh lemah! Saat ini ada benda lain lebih penting yang perlu dia lakukan.
"Av kena pergi sekarang" Avery bangun secara mengejut. Air mata yang berada di pipinya diseka dengan kasar.
"Kau nak pergi mana! Takkan kau pun nak tinggalkan aku macam mana Ray tinggalkan aku! Aku cuma ada kau je sekarang ni dik! Jangan, please jangan tinggalkan aku, Av!" Kata Rayyan kuat. Tangan Av diraih laju.
"Av kena pergi ..." tangan Rayyan ditepis kasar.
"Please Av, jangan buat aku macam ni. Abang kita baru je pergi tinggalkan kita semua. Takkan aku nak kena hilang kau jugak..." rayu Rayyan.
Bibir Avery diketap bersama linangan air mata yang tak putus. Badan Rayyan dipeluk penuh sayang.
"Take care Rayyan. Jaga diri dan jaga keluarga kita yang lain. Abang ketua keluarga kita sekarang..." habis sahaja berkata Avery terus melangkah kearah pintu dewan tanpa menoleh lagi kebelakang.
Mereka yang lain juga tidak menghalang. Hanya menghantar pemergian gadis itu melalui ekor mata. Apa pilihan yang mereka ada? Mereka tiada pilihan lain.
"Av! Av! Jangan buat aku macam ni!" Panggil Rayyan kuat. Rayyan ingin mengejar gadis itu namun pantas dihalang oleh Zariq.
"Biarkan dia pergi Rayyan! Apa yang kita boleh buat kalau kita halang dia!" Kata Zariq.
Lucia memegang tangan suaminya. Cuba menenangkan Rayyan.
"Sial! Av! Zoe Avery Mikayla! Datang sini balik aku kata! Av! Please jangan buat semua ni! Arghhhh!" Jerit Rayyan lagi.
Avery tidak menoleh langsung. Air matanya diseka kasar. Hatinya sudah tekad. Dia perlu habiskan sengasara mereka harini juga.
Maaf Rayyan... tapi aku terpaksa buat semua ni. Kalau bukan aku, siapa lagi yang aku boleh harapkan.
Share this novel