Tok! Tok! Tok!
"Masuk" jerit seorang lelaki yang berada dalam bilik.Â
Khai menolak pintu sebelum kakinya terus melangkah masuk ke dalam. Dia kemudian berdiri betul betul di hadapan meja kerja seorang lelaki yang berpakaian kot biru gelap.
"Datang pun kau. Apa yang aku suruh buat tu kau dah siapkan?" tanya lelaki itu dengan senyuman yang menyinar diraut wajahnya.
"Semua dah settel" jawab Khai mendatar.
"Bagus bagus, duduklah kenapa kau diri tercegat je depan aku ni?" tanya lelaki itu dengan tangan yang menunjuk kearah kerusi yang ada di depan meja kerjanya.
Khai terus sahaja mengambil tempat. Ada benda yang ingin ditanya pada lelaki di hadapannya ini. Tapi mulutnya seolah-olah terkunci rapat. Dia tahu dia tak patut meragukan rancangan lelaki itu. Tetapi apa yang lelaki itu buat selama ni semuanya tak masuk akal. Selama dua tahun dia melakukan perkara sia sia. Sampaikan Khai sendiri naik pening dengan arahan arahan mengarut yang diterima dari lelaki itu.
Akhirnya keluhan nafas Khai terlepas dari mulut.
"Kenapa ni?Ada masalah ke?" soal lelaki itu lembut, kerjanya tadi di letakkan ketepi. Raut wajah Khai di tenung redup.
"Lu.."
"Elrick" pintas lelaki itu laju. "Aku masih guna nama tu sekarang. So call me Elrick" katanya cukup tenang dan mendatar.
"Elrick, kenapa kau buat semua ni eh?" tanya Khai tanpa selindung. Otaknya sudah penat memendam soalan itu selama 2 tahun. Cukuplah harini dia mahu dengar sendiri jawapan daripada lelaki di hadapannya itu.
"Aku buat apa?" soal Elrick mendatar. Tangan mula kembali menaip di laptop.
"Kau buat apa? Kau tanya aku kau buat apa?" suara Khai mula berubah.Â
"Yelah aku buat apa?" soal Elrick semula.
"Kau sedar tak keluarga Mikayla tu sekarang tengah buru kau? Bella , Rayyan , Xavier, Avery , Luiz. Diaorang semua tengah buru kau. Kau sedar tak?" tanya Khai kepada Elrick dingin.
"Nope. Kau salah, Xavier tak buru aku" celah Elrick semula.
"Habis yang lain tu kau tak kira?" nada suara Khai mula meninggi.
"So what? Biarlah diaorang nak buru aku sekalipun" kata Elrick masih lagi dengan lagaknya yang tenang.
"Kenapa kau buat macam ni eh?" Khai pandang Elrick dengan wajah kecewa. "Kenapa kau rela diaorang pandang hina dekat kau? Kenapa kau rela diaorang anggap kau watak jahat dalam hidup diaorang?" sambung Khai lagi.
"Jadi apa masalahnya?"
"Kau sedar tak diaorang tu Pembunuh ELIT!! Macam mana kalau diaorang berjaya jejak kau satu hari nanti? Macam mana kalau diaorang berjaya buru kau?" tengking Khai kuat. Dadanya berombak laju. Tajam matanya merenung Elrick seperti helang.
Elrick tergelak halus. "Kau takut diaorang dapat bunuh aku ke Khai?"
BAM!!Â
Meja kerja Elrick dihentak kuat.
"Habis tu kau buat semua ni untuk apa! Kau tak takut mati ke!! Kalau kau mati apa yang kau dapat? Anugerah? Tak !! Kau tak dapat apa pun! Kau mati sia sia!!! Kau tahu tak?"Â
"Kau ni daripada tadi cakap macam tu, aku buat apa? Apa yang aku buat sampai besar sangat dosa aku ni?" soal Elrick semula, nadanya tenang sahaja menutur tidak seperti Khai yang saat ini macam nak bunuh Elrick hidup hidup.
"Kau buat apa? Kau tanya aku kau buat apa? Kau tukar nama kau. Kau bunuh Enver demi perempuan tu. Kau pura pura jadi jahat. Kau selamatkan Emiel tapi kau buat macam kau yang sebenarnya culik dia. Kau suruh aku selamatkan Lucia. Kau masuk dalam family diaorang hanya untuk diaorang bersangka buruk dekat kau!! Pastu sekarang kau menghilang selama dua tahun dari mata dunia sampaikan keluarga pembunuh bodoh tu semua cari kau!!"Â
Bam!
Meja Elrick dihentak sekali lagi. Bulat mata Khai menerangkan kenyataan itu satu persatu.
"Apa kau buat ni Elrick?" soal Khai dengan tenang nada suaranya sudah mula menurun. "Apa yang kau cuba lakukan ni? aku- aku tak faham. Kau cuba bunuh diri ke?" soal Khai kesal.
"Mesti dekat mata pandangan diaorang aku ni orang jahat yang patut dibunuh kan? Alang kau yang selalu melekat dengan aku bertahun-tahun pun boleh cakap macam ni" kata Elrick sebelum tersenyum.
"Kau bodoh eh?" tanya Khai mendatar.
"Sesuka hati kau je cakap aku bodoh. Sejak bila kau dah pandai kutuk kutuk aku ni Khai. Siapa yang ajar!" pintas Elrick laju dengan wajahnya yang pura-pura terkejut.
Khai mengelah nafas lagi tetapi kalini lebih panjang. Tak tahu nak cakap apa lagi. Lelaki ni tetap tak akan serius. Orang cakap lain dia cakap lain. Babi betul. Aku dahlah tengah penat!
"Bagi aku satu alasan kukuh kalau kau kata kau buat semua ni bukan sebab kau bodoh" kata Khai cukup mendatar.
"Hurmm. Sebab aku orang baik?" jawab Elrick.
"Orang baik ke orang bodoh?"
"Kau ni tak habis habis dengan bodoh kau. Kalau aku bodoh betul betul macam mana?"
"Habis sekarang ni kau bijak sangat ke?"
"Bijaklah jugak. Tak nampak aku tengah buat apa ni?" tanya Elrick sambil menunjukkan skrin laptop di hadapannya.
"Please serious boleh tak?" tanya Khai mula dingin.
Elrick tersenyum lagi.
"Khai..."
"Kau dah kerja dengan aku berapa lama?" tanya Elrick mendatar.
Baru sahaja Khai hendak membuka mulut Elrick pantas mencelah.
"Lebih 15 tahun kan..."
Lambat-lambat Khai angguk kepala.
Elrick pusing kerusi 180 darjah menghadap tingkap belakang. Matanya memandang jalan raya bawah. Dengan ketinggian tingkat 45 bilik itu, objek objek yang lain terlihat seperti semut di mata pandangannya.
"Kau percaya tak kalau aku kata aku buat semua ni sebab aku nak balas budi keluarga tu?" soal Elrick semula.
"Aku tak percaya. Budi apa benda? Aku rasa keluarga tu yang banyak terhutang budi dengan kau sekarang ni" celah Khai tak puas hati.
"Hurm kalau macam tu percaya tak kalau aku kata aku nak tolong Rayyan ?"
"Kau fikir aku bodoh ke? Kau sendiri tak tertolong sibuk nak tolong orang lain. Bagi alasan tu munasabah lah sikit. Nak tolong apa kalau dia pun tengah buru kau sekarang ni" bebel Khai.
"Hahaha... kau ni makin lama makin banyak bunyi lah. Aku tipu tu percaya jelah" Elrick pusingkan semula kerusinya menghadap Khai. Tangan sibuk bermain main dengan sebatang pen. Otak sibuk memikirkan sesuatu.
"Kau sebenarnya nak tolong perempuan tu kan?" teka Khai.
"Perempuan mana?" Kening Elrick berkerut.
"Av" jawab Khai sepatah.
"Kenapa aku nak tolong dia pulak" dalih Elrick.
Khai menarik skrin laptop depan Elrick pusing menghadap ke arahnya.
"Habis tu kau tengah buat apa ni? Main masak masak?" soal Khai dengan tangan yang menunjuk pada skrin yang tersusun pelbagai maklumat maklumat dan nombor.
"Mana ada" Elrick pusing semula skrin laptop.
"Mana ada apa? Mungkin aku ni tak ada lah bijak macam Xavier dengan Keith ataupun bijak macam Hanz tapi aku tak adalah bodoh sangat sampai tak boleh nak faham apa yang kau tengah cari selama 2 tahun ni, kau cari cara nak matikan bom dalam jantung dia tu kan?"
Elrick terdiam.
"Kau betul betul suka dia ke? Kau betul betul cintakan dia sampai sanggup buat semua ni?" tanya Khai mendatar.
"Dia..." Elrick pandang kedua tapak tangannya sebelum tangan itu digenggam. Wajah Khai ditenung semula.
"...dia cinta pertama aku" kata Elrick mendatar.
Khai terdiam. Lama dia merenung jauh ke dalam mata biru milik Elrick.
"Kau buat macam ni tak dapat apa pun Elrick...Sumpah kau tak dapat apa pun. Perempuan tu tak akan pernah pandang kau. Bukan tu je, dia cuba nak bunuh kau sekarang ni. Percayalah cakap aku Elrick. Walaupun kau buat semua ni untuk dia. Dia tak kan pernah hargai kau. Nak pandang kau pun tak, sebab orang yang dia cinta bukan kau tapi Keit.."
"Aku tahu..." pintas Elrick laju.
"Aku tahu dia tak akan hargai aku. Aku tahu dia tak akan pandang usaha aku..."
"Habis tu apa function kau buat semua ni hah?" tanya Khai kepada Elrick sedikit marah.
Elrick tersengih sakit.
"Sebab cinta tak semestinya perlukan dua orang yang mencintai. Dan cinta yang ikhlas tak pernah perlukan apa apa balasan"
"Sial. Tak sangka kau memang bodoh" kata Khai mendatar.
Berkali-kali Avery cuba untuk bangun dari tidurnya tetapi tetap juga tidak berhasil. Dahinya jelas berkerut seperti menanggung sesuatu. Baju tidurnya juga sudah basah dengan peluh sendiri.
"Sebab kau bodoh! Family kau semua bodoh"
"HAHAHAHA siapa sangka korang semua akan tertipu dengan helah aku bertahun tahun"
"Kenapa kau buat semua ni....kenapa?"
"Kenapa? Hahaha Tak ada sebab yang spesifik pun. Aku benci tengok keluarga kau. Itu je"
"Tapi kau dah selamatkan family aku. Kau banyak tolong kita orang. Kenapa baru sekarang..."
"Dulu tu sebab aku kesian , lama lama aku jadi menyampah. Nak tengok muka korang pun aku menyampah. Jijik tahu tak. Aku dah penat berlakon baik depan korang bertahun- tahun"
"TAK KAU TIPU!"
"Tipu? Buat apa aku nak tipu. Tu mayat abang dengan akak ipar kau. Aku yang bunuh. Tak kan aku nak tipu kut. Tak lama lagi jadi bangkai lah tu. Hahahaha"
"Kenapa kau sanggup buat macam ni? Abang aku percaya kan kau! Abang aku dah anggap kau macam family dia! Kenapa kau sanggup khianat dia. Kenapa hah!!!"
"Family? Ha! Jangan buat lawak lah. Family aku sendiri buang aku. Khianat aku. Abaikan aku. Jadi apa bezanya dengan korang? Family? Hahaha semua tu sampah!"
"Tak...tak kau bohong. Kau bohong! KAU BOHONG!!!"
"AV! WAKE UP!" jerit Bella sambil menggoyangkan bahu gadis itu.
Avery automatik terjaga dari tidurnya. Dahinya jelas berpeluh-peluh seperti baru sahaja membuat larian 1 kilometer. Nafasnya menjadi tidak teratur.
"Hey kenapa ni? Habis dah basah baju you kena peluh. Kenapa? Nightmare ke? Daripada tadi i cuba kejut you tapi..."
Belum sempat Bella habis berkata Avery sudah memeluk gadis itu kuat.
"Woah, are you okay?" soal Bella apabila melihat Avery yang masih tercungap-cungap mencuri nafas.
"Bella..." panggil Avery perlahan.
"Yes?"
"Dia orang semua mati. Abang i, akak ipar i, Xavier, Keith, kembar, family i, you, Luiz. Seorang demi seorang mati kena bunuh depan mata i. Semua, semuanya sekali...I takut... i takut Bella. Mimpi tu macam realiti. Macam mana kalau apa yang i mimpi tadi jadi real... macam mana kalau semua tu jadi kenyataan. Dulu i pernah mimpi Faiq mati. Faiq betul betul tinggalkan kita. I takut Bella..." air mata Avery mengalir .
"Shushh tarik nafas dalam dalam dulu. Badan you menggigil teruk ni. You okay . You selamat. See? Mana ada apa apa jadi dekat i. I hidup lagi. Family you semua hidup. Tak ada yang mati. Tu semua cuma nightmare je" Bella menepuk-nepuk belakang badan gadis itu cuba menenangkannya.
Avery memejamkan matanya. Kepala diangguk beberapa kali. Kemudian dia menghirup nafas dalam dalam seperti yang disuruh.
"By the way , you mimpi apa sampai berpeluh macam ni sekali? Mind to share?" tanya Bella setelah melihat gadis itu kembali tenang.
Avery melepaskan pelukan. Wajah Bella direnung.
"I mimpi..."
Setelah 4 jam pemanduan, kereta Ferrari hitam milik Luiz terpakir elok betul betul di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat yang berkonsepkan England style house. Enjin kereta di matikan. Luiz kemudian keluar dari keretanya. Kereta itu hadiah daripada Rayyan setelah dia menang perlawanan membaling pisau dengan Rayyan setahun yang lalu.
Like, what the fish menang lawan baling pisau dapat kereta. Tapi diaorang lantak apa duit berlambak. Buat mandi hari hari pun tak habis.
"Ni rumah siapa?" tanya Keith sebaik sahaja keluar daripada tempat duduk penumpang.
"Rumahku syurgaku" jawab Luiz sambil menutup pintu kereta.
"Bukan selama ni kau duduk neraka ke celah mana pulak kau duduk syurga?" tanya Keith yang mengekor Luiz berjalan ke arah pintu rumah.
"Kau ni banyak bunyi lah. Pok pek pok pek aku cungkil anak tekak tu karang" balas Luiz dingin sebelum tangannya menekan lonceng rumah dua tiga kali.
"The hell , aku nak gurau pun tak boleh. Dia gurau dengan aku boleh pulak. Sial betul" guman Keith perlahan.
"ASSALAMMUALAIKUM!! Ada manusia tak dekat dalam" jerit Luiz kuat. Pintu diketuk beberapa kali.
"Lol, selain manusia siapa je yang duduk dalam rumah" bebel Keith perlahan.
Luiz pandang Keith dengan muka poker.
"Of course lah binatang. Contoh terdekat dah ada dah... "
"Apa?"
"Kau" kata Luiz mendatar.
Muka Keith berubah bengang. Baru sahaja Keith hendak membalas pintu rumah itu dibuka oleh seseorang.
"Eh Luiz, kenapa nak datang tak bagi tahu" sapa seorang gadis yang cukup mereka kenali.
"Please ayat tu jangan sama macam mak mak yang menanti kedatangan anak diaorang di pagi raya boleh tak" jawab Luiz mendatar lebih kepada menyampah.
Gadis itu tergelak sebelum matanya teralih kekiri. Automatik senyumannya tadi mati apabila melihat figura yang tak sepatutnya ada di situ.
"Keith..."
"Av..." mata Keith mula berkaca-kaca.
Luiz yang berada di antara mereka berdua hanya bercekak pinggang. Kemudian dia bersandar di sebelah pintu. Mulut sudah tersengih lebar melihat mereka berdua. Yas!! ini yang kita semua nantikan gais. Drama baru!
"Av... kau ...kau hidup lagi? Tapi kau sepatutnya dah mati... aku sendiri nampak mayat kau rentung dalam rumah tu. Apa semua ni... " suara Keith bergetar. Empangan air matanya mula pecah apabila melihat gadis yang dicintainya itu berada depan matanya sekarang.
"Keith.... i can explain. No. Let me explain first. I minta maaf. I bukan sengaja nak larikan diri... i" belum sempat Av menghabiskan kata katanya Keith sudah mendakap gadis itu erat.
"Kau masih hidup..." kata Keith bersama tangisannya.
Badan Av mengeras apabila dipeluk lelaki itu.
"Siang malam aku tak dapat nak terima kenyataan bila tengok mayat kau rentung dalam rumah terbakar tu. Setiap hari aku lawat kubur kau sebab aku tak dapat nak terima kenyataan yang kau dah mati. Setiap hari aku pekak kan telinga bila Rayyan suruh aku lupa kan kau. Tapi setiap hari jugaklah kau tak pernah pergi dari fikiran aku. Setiap hari aku menderita bila pikirkan yang kau dah tak ada dekat dunia ni. Setiap hari Av hampir setiap hari.... bukan tu je setiap hari jugak aku berharap yang semua tu cuma mimpi. Aku berharap yang kau masih hidup. Kenapa kau buat aku macam ni Av... kenapa kau sanggup tipu aku selama dua tahun ni. Benci sangat ke kau dekat aku sampaikan kau perlu menipu macam ni. Kau memang benci dekat aku ke?" tutur Keith sayu.
"Keith... i..i tak benci you...i " Avery hilang kata kata. Badannya masih lagi terkaku keras.
Luiz yang melihat mereka, sudah buat muka bosan. Apa benda ni sial. Tak gental betul lelaki menangis.
"Keith , let me go first..." tangan Keith dileraikan.
"Sorry. Aku tak sengaja...aku t-" keith mula gelabah apabila tersedar keterlanjurannya sebentar tadi.
"Tak apa. I faham... you tak salah. I yang salah dalam hal ni" kata Avery sambil merenung anak mata Keith.
"Keith sebenarnya..." belum sempat Avery meneruskan kata-katanya Luiz mencelah antara mereka berdua. Wajah Avery dan Keith dipandang.
"Seriously? Please sambung jejak kasih ni dekat dalam boleh tak? Penat kaki aku berdiri dari tadi" kata Luiz sebelum dia menolak pintu rumah dengan lebih luas. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam.
"Darling! I'm home!" Jerit Luiz sedikit kuat.
Namun tiada balasan.
Luiz menoleh kebelakang melihat Avery yang baru sahaja masuk ke dalam rumah bersama Keith.
"Mana kau sorok bidadari aku?"
Share this novel