SPECIAL CHAPTER

Action Series 25520

Xavier dan Hanz memandang lama ke arah bangunan syarikat di hadapannya itu. Tidak berkelip. Satu patah perkataan pun tak sanggup nak terluah dekat mulut.

Kau tahu apa jadi?

Huru hara! Huru hara wey!

Yang tinggal semua bala bala!

Yang selalu ngelat buat kerja! Yang tak masuk bila ada meeting! Yang otaknya hilang tak kembali!

Faiq, Zen, Ray, Khayra, Avery, Keith semua manusia yang boleh diharap kini telah tiada. Korang expect apa?

Luiz dengan Bella pula memang taknak sentuh langsung pasal hal syarikat.

"Aku rasa kan Xavier, syarikat branded Mikayla ni dah tak lama...." kata Hanz mendatar dan perlahan.

"Bukan kau sorang je, aku pun rasa macam tu..." balas Xavier pula sebelum mereka sama sama menghembuskan nafas lelah.

    Pintu diketuk dua kali sebelum Zariq melangkah masuk ke dalam bilik pejabat yang dahulunya milik Ray dan Khayra.

"Hi guys! Okay tak tu handle company?" Tanya Zariq mendatar sambil kaki melangkah kearah meja kerja Rachel dan Alicia.

"Okay je" jawab kembar itu serentak.

Zariq tergelak kecil.

Setelah dua bulan syarikat Ray hampir bankrup, dua kembar itulah yang menyelamatkan kembali syarikat ayahnya.

Dengan hanya sekali ajaran daripada Xavier, Alicia dan Rachel mampu membuat kerja syarikat itu lebih baik daripada Rayyan yang sudah berpuluh tahun bekerja. Itu pun mereka hanya membantu sedikit sahaja, memandangkan mereka berdua masih lagi bersekolah.

"Ni, nanti Alicia ke Rachel ke cuba semak balik. Uncle Rayyan korang tu bukan boleh percaya sangat buat kerja. Dulu daddy korang yang check kan semula" satu fail diletakkan atas meja mereka berdua.

"Okay, uncle letak je dekat situ kejap lagi Alic check" balas Alicia, mata masih tidak lepas dari memandang laptop di depannya

"Uncle balik bilik dulu, apa apa hal cari uncle okay" kata Zariq yang sudah melangkah kearah pintu bilik.

Baru sahaja pintu bilik ditutup, telinga Zariq sudah menangkap jeritan Xavier dari dalam bilik Rayyan.

"WOI BABI! KAU TAHU TAK SYARIKAT KAU TU DAH NAK LINGKUP, GULUNG TIKAR. JANGAN STRESS KAN AKU BABI! MEETING TU MASUK! NI FAIL FAIL MACAM GUNUNG NI KAU NAK TUNGGU SAMPAI BILA! AKU DAH BUAT KAN DAH SEMUA. KAU TINGGAL TANDA TANGAN JE. KAU NAK TUNGGU FAIL NI JADI POKOK BALIK KE APA SIAL!"

"Eh boleh ke kertas jadi pokok balik? Jom kita buat eksperimen nak tak? Kita try tanam fail fail ni balik. Manalah tahu boleh jadi pokok"

"Kau ni memang sial lah Rayyan! Silap haribulan dengan aku aku masuk tanah sebab tengok perangai kau yang macam setan ni!"

Zariq sudah tergelak ditempatnya. Tu lagi sorang, tak tahulah apa nasib company Si Rayyan tu. Dulu Ray yang tolong tengok tengokkan, sebab tulah company dia jalan smooth je walaupun ada ketua sial macam Rayyan. Bila Ray dah takde Xavier pulak yang tolong. Tapi nampak gaya macam dah tak lama je tu...

"Xavier apa kata kita semua berhenti je kerja. Kita cari kerja lain pulak. Aku dah bosan lah asyik hadap report dengan proposal tah pape ni. Kita tukar lah pulak kerjaya kita. Jadi tukang kebun ke, cleaner ke tak pun pengembala kambing betul tak?"

"Jaga company kau dengan perangai kau macam ni, aku rasa dah macam jaga 10 ekor kambing lah sial!"

Bam!

Kuat pintu bilik dihempas, Zariq kemudian melihat Xavier yang jelas kelihatan marah keluar dari bilik Rayyan sebelum melangkah masuk kedalam biliknya semula.

Haih apa nak jadi wey.....

Zariq melangkah kearah pintu bilik Rayyan. Pintu bilik itu diketuk tiga kali sebelum tombol pintu ditekan.

"Kau tengah buat apa?" Tanya Zariq yang melihat Rayyan sedang memandang kearah cermin tingkap kaca pejabat. Dia punya cara pandang langit tu menghayati betul.

"Menikmati keindahan ciptaan tuhan...Cantiknya burung burung tu..." jawab Rayyan.

"Halah babinya perangai," kaki melangkah semakin dekat.

"Kenapa you datang sini Zariq?" Soal Lucia dari arah meja kerjanya.

"Bella kata dekat aku, anak kau dengan Luiz hampir hampir runtuhkan rumah" balas Zariq selamba.

"Tengoklah ayahnya siapa?" Celah Lucia laju.

Pantas Rayyan berpusing menghadap Zariq dengan wajah yang jelas terkejut.

"Anak aku buat apa! Tak boleh jadi ni. Anak aku tak boleh jadi jahat. Aku nak suruh anak aku jadi tahfiz penghafal alquran" kata Rayyan yang sudah melangkah kearah pintu.

"Kau nak pergi mana setan! Kerja yang Xavier suruh buat tu dah buat belum? Mengamuk karang orang tua tu"

"Aku nak cari madrasah mana mana yang ada dekat France ni.... nak sumbat anak aku masuk sana" selamba Rayyan berkata sebelum dia terus melangkah pergi.

Zariq dan Lucia sudah berpandangan antara satu sama lain.

"Sumpahlah, i macam amazing gila you boleh tahan perangai suami you tu"

"Hampir gila Zariq, hampir gila..." jawab Lucia perlahan. Malas dia nak peduli. Sejak sejak dia mengambil alih syarikat Lucas, dirinya sudah semakin sibuk.

Rayyan melangkah kearah bilik lama Ray dan seperti biasa dia masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu.

Old habits bruh.

"Hey dua ekor anak babun jom kita pergi sekarang. Hanz kata diorang dah sedar..." ajak Rayyan kepada Alicia dengan Rachel.

Wajah Rachel dengan Alicia automatik bertukar gembira. Jelas terpancar raut wajahnya yang bahagia.

"Jom!" Jerit mereka serentak.

        "Mana pulak budak budak ni letak diaorang punya buku sekolah..." bebel Bella sambil menyelongkar almari milik Alicia.

Sudah menjadi kebiasaan Bella untuk memeriksa kerja sekolah mereka setiap hari. Itupun atas kehendak dua kembar itu sendiri.

Katanya risau kalau terlupa, memandangkan mereka sangat sibuk menguruskan syarikat ayahnya itu.

Bella melangkah pula kearah almari milik Rachel.

Pintu almari dibuka luas.

Mak aih. Budak ni baru 10 tahun. Dia punya almari macam orang tengah ambik phd. Penuh buku buku tahap atas.

Mathematic advance.

Human psychology.

Biology.

Chemistry .

Bella tersenyum. Haih pelik pelik jelah diorang ni. Buku buku itu diselak lagi.

Satu persatu dibaca tajuknya sebelum mata Bella terpaku pada satu fail hitam yang terselit antara celah buku buku itu semua. Dahinya berkerut sebelum fail itu diambil.

Helaian pertama diselak.

Terbuntang luas biji mata Bella membaca isi kandungan itu.

"Hahahahahahahahahaha" gelak Bella kuat.

Mata Bella turun ke arah bahagian bawah fail itu.

Status: Success

By Lucas Natalie

Isi kandungan fail itu dibaca dengan lebih teliti.

Fail itu menerangkan tentang bom yang ada dalam jantung Avery. Rupa-rupanya sebelum Lucas meninggal, dia sudah berjaya menjumpai cara untuk keluarkan bom dari jantung Avery tanpa membuatkan bom itu meletup.

Jadi kenapa dua kembar itu menyorokkan perkara ini?

Sepatutnya kematian Avery boleh dielak.

Lama Bella berfikir sebelum mulutnya tergelak kecil.

"Aku ingatkan aku dah cukup gila. Rupanya keluarga ni jauh berganda ganda lebih psiko daripada aku" fail itu ditutup kembali sebelum diletakkan ke tempatnya yang asal.

       Pintu makmal itu dibuka luas sebelum Rayyan melangkah masuk ke dalam bersama dengan Alicia dan Rachel.

"Yow Hanz! Apa khabar kamu. Masih waras enggak?"

"Kau pehal cakap indon dengan aku tiba tiba?" Balas Hanz hairan. Tangannya dimasukkan kedalam coat baju putih yang dipakai. Lelaki itu nampak sangat kacak, serupa macam doktor doktor yang ada dalam tv.

Alicia dan Rachel pula sudah melangkah kearah dua katil yang terdapat dalam bilik itu sebelum dua manusia yang berada atas katil itu dipeluk rindu.

Rayyan tergelak kecil mendengar bicara Hanz sebelum matanya melorot pula pada dua manusia yang sedang memandang kearahnya.

"Apa khabar abang dan akak iparku" sapa Rayyan dengan mulut yang tersenyum lebar.

2 tahun sebelumnya.

"Louis, kau reti berlakon tak?" Tanya Rayyan tiba tiba.

Louis yang sedang membuat kerjanya itu terberhenti sebelum wajah Rayyan dipandang dengan dahi yang bertaut.

"Maksud kau?"

"Aku nak kau dengan Khayra berlakon mati"

"Hah?" Terkejut Louis mendengar ayat mengarut Rayyan. Dah kenapa pulak nak pura pura mati?

"Kau percaya tak kalau aku kata keluarga kita tengah kena intip? Aku dapat rasakan setiap gerak geri aku diperhatikan. Dan aku dapat rasakan yang kau dengan Khayra akan jadi mangsa si gila yang tak bertamadun tu"

"Hah? Kau biar betul? Ke kau main main je?"

"Aku serius ni. Kalini aku tak main main. Dah beberapa kali aku perasan macam ada orang pandang aku"

"Kau yakin?"

"Seratus peratus"

"Jadi apa kena mengena dengan berlakon mati?"

Rayyan meletakkan dua botol kecil yang berisi cecair hijau cair di hadapan Louis.

"Apa ni?" Tanya Louis sebelum membelek dua botol kecil itu.

"Hingus, hahahaha!" Gelak Rayyan kuat.

"Betul betul lah sial!"

"Ni dadah yang Tyler cipta. Dadah FD 0.1" jawab Rayyan mula serius.

"Dadah yang Lucas kena ke?" Tanya Louis semula.

Rayyan mengangguk.

"Masa majlis kahwin Keith esok aku nak kau minum dadah ni. Kalau kau nampak ada musuh serang kita, aku nak kau dengan Khayra cepat cepat minum hingus ni"

"Kenapa?"

"Kan aku kata tadi keluarga kita kena intip dengan Eriyan si babi hodoh tu. Entahlah tapi aku dapat rasakan yang dia akan bunuh ahli keluarga kita. Firasat aku rasa macam kau dengan Khayra yang akan jadi mangsa dia" balas Rayyan mendatar.

"Jadi kau nak aku minum benda ni untuk kaburkan pihak musuh?"

"Aah"

"Kalau aku kena tembak macam mana?"

"Alah kau ni. Macam tak biasa kena tembak"

"Babi kau! Aku memang lah biasa. Habis tu isteri aku?"

"Sekali sekala rasa apa salahnya. Huhuhu jangan risaulah, Hanz ada. Nanti aku minta tolong Hanz. Yang pasti rancangan kita ni jangan bagi tahu sesiapa tau. Aku risau yang intip kita tu tahu"

"Habis tu bini kau? Bukan ke mata dia boleh tengok organ dalaman ke?"

"Huhuhu konfirm tak kantoi. Ubat ni memang akan berhentikan jantung korang. Aku konfirm bini aku akan tertipu hahaha"

"Sialnya kau ni, bini sendiri pun nak tipu"

"Bila lagi nak gurau gurau manja dengan dia. So pastikan kau dapat pingat oscar tau nanti. Aku nak tengok kau berlakon macam mana esok hahahaha" kata Rayyan yang sudah melangkah pergi.

Louis menghela nafas panjang sebelum dua botol cecair itu dilihat kembali. Betullah kata Ray selama ini. Adiknya yang satu ni memang tak dapat nak dijangka betul apa yang dia tengah pikir dalam otak dia.

        "Khabar jahanam! Sial kau Ayyan! Berani kau rancang benda ni dengan Louis! Aku kena peluru sniper tahu tak! Sampai koma!" Marah Ray geram.

"Eleh koma dua tahun je pun huhuhu at least hidup lagi" kata Rayyan yang sudah melangkah semakin dekat.

"Terima kasih Rayyan, sebab selamatkan nyawa i dengan Abang Ray" kata Khayra lembut.

"Sama sama..." balas Rayyan sebelum mulutnya tersenyum lebar.

"Tapi Av dengan Keith...."

Senyuman dimulut Rayyan mula kendur.

"Aku minta maaf, diorang berdua memang dah takde. Aku tak boleh nak selamatkan diorang. Aku tak boleh nak kembalikan diorang ke keluarga kita" kata Rayyan mendatar.

Senyuman sayu terukir pada wajah masing masing.

"I miss you mummy daddy" kata Alicia yang sedang memeluk Khayra.

"I miss you daddy" Rachel memeluk badan Ray erat.

"Daddy dengan mummy rindu Alic dengan Rachel jugak" pelukan masing masing dibalas.

"Welcome back to our family!" Kata Rayyan dengan mulut yang tersengih luas.

The end of Book 4

Share this novel

Ain Yatim
2021-08-02 05:48:40 

hi.. ada next sequal tak


NovelPlus Premium

The best ads free experience