"Sial!! Siapa yang buat anak aku macam ni hah! Sialan punya bangsat!!" habis segala pasu hiasan, bunga, frame gambar yang tersusun diatas meja ruang tamu itu di hempas ke lantai.
Mereka yang lain masing masing diam tak bersuara melihat ketua mereka mengamuk. Habis semua barang dicampak. Kaca bersepah merata rata atas lantai. Nasib baik mereka memakai kasut di dalam rumah.
Xavier yang baru turun daripada bilik medic terus melangkah ke arah mereka yang lain.
Khayra masih lagi berada di bilik medic ditemani oleh Faiq. Daripada tadi lagi dia tidak berhenti menangis apabila melihat dua orang pengawal membawa tubuh dua orang anak kembarnya yang terkulai layu di dalam pangkuan.Â
Lucia pula berada disebelah Rayyan. Daripada tadi dia tidak putus asa untuk menenangkan suaminya itu. Hanya tinggal sisa sisa sahaja kesabaran yang ada dalam diri Rayyan untuk dia juga turut ikut mengamuk sama seperti Ray. Lagi lagi anak buah kesayangannya yang diperlakukan seperti itu.
Keith dan kembar juga berada di ruang tamu. Masing masing hanya mendiamkan diri. Situasi mereka kini cukup tegang.
Avery pula daripada tadi sudah terkaku ditempatnya. Hati Avery bagai dirobek robek mendengar berita tentang anak buahnya. Dia lah satu satunya manusia yang tahu nasib si kembar tetapi dia tetap gagal untuk mengubah nasib mereka berdua.
"Siapa!! Siapa yang buat anak anak aku macam ni!" Ray menerpa laju ke arah pengawal yang membawa pulang anaknya sebentar tadi. Koler baju dicengkam kuat.
Pengawal itu hanya diam tak berkutik. Wajahnya tidak lepas memandang lantai.
"Boss, semua pengawal yang sepatutnya jaga Alic dan Rachel dah mati.... " celah seorang lagi pengawal yang datang bersama.
"Babi! Memang bangsat!! 12 orang aku upah! Takkan sorang pun tak boleh nak jaga anak anak aku sial!!" marah Ray. Jelas api kemarahannya tidak dapat dibendung. Bukan murah dia mengupah pengawal untuk menjaga anaknya. Satu jam cecah ribuan ringgit.
"B-boss..." panggil pengawal itu takut takut. Satu bunga rose warna hitam dan kad hitam bertulisan emas dihulurkan kepada Ray.
"Kami jumpa benda ni dekat tempat kejadian..."
Ray mengambil bunga rose itu sebelum dihidu. Tiada bau racun. Terus bunga itu dicampak ke lantai.
Kad itu pula diambil.
'How you feel?'
Itu sahaja yang tertulis di atas kad hitam itu.
"Babi! Memang sumpah kalau aku jumpa dia ni aku sunatkan kote dia 18 kali lah sial!!!" kad itu dironyok sebelum turut dibaling ke lantai.
"Ray, control your anger" tegur Xavier mendatar. Risau juga kalau Louis keluar dan makin huru harakan keadaan sekarang.
"Fuck!!"
Akhirnya Ray menghempas punggungnya di atas sofa sambil menongkat dahinya menggunakan kedua tangan. Matanya dipejam. Dadanya berombak turun naik dengan laju.
Rayyan pula masih lagi seperti tadi. Sejak dia melihat depan matanya sendiri Alicia yang terkulai dibawa oleh pengawal peribadi mereka. Satu patah perkataan pun dia tidak keluar daripada mulutnya. Terkaku seperti patung memandang lantai.
Hanz yang tadinya hanya diam mula mendekati bunga rose yang dicampak oleh Ray. Bunga itu dikutip berserta dengan kad hitam tadi.
Kad hitam itu dibelek belek sebelum dihalakan ke arah atas. Timbul perkataan ERES berwarna putih di tengah tengah kad itu apabila dibaca betul betul bawah cahaya lampu.
"Eres?" kata Hanz sendiri.
Serta merta Xavier menoleh ke arah Elrick yang hanya menayang wajah tenang di sebelah Avery. Hanya dia sahaja yang masih berlagak seperti tiada apa apa.
Dengan pantas Xavier mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam kocek seluar belakang sebelum diacu tepat ke kepala Elrick.
"Nama kau Elrick Raihan kan?" tanya Xavier dingin dan mendatar. Namun wajahnya masih tenang.
Elrick mengangkat dua tangannya separas bahu.
"Apa kena mengena aku dalam hal korang" mudah sahaja jawapan Elrick. Yang lain sudah memandang ke arah mereka berdua.
"Aku tahu maksud Raihan tu bunga..." Xavier memandang sekilas bunga rose hitam di tangan Hanz. "Sejak kau datang dalam family ni kau hanya bawa bala. Dan kau patut tahu yang aku sanggup buat apa sahaja untuk kekalkan keselamatan keluarga ni".
Mereka yang lain hanya diam memerhati.
"Xavier drop the weapon" tegas Avery memberi amaran.
Xavier masih kekal mengacukan pistolnya. Jari sudah diletakkan di pemicu. Tinggal untuk ditarik sahaja pemicu itu, maka akan tamatlah riwayat Elrick.
"XAVIER!!!" jerit Avery kuat.
"You're not my boss, and you should know. What kind of parasite that you brought into this home... " jawab Xavier mendatar dan serius.
Tiba tiba ada satu mucung pistol dihala kepada Xavier.
"I said drop the weapon..."
Mereka yang lain hanya diam, malas mahu masuk campur. Ray pula masih seperti tadi memejamkan matanya. Entah apa yang difikirkan.
"What are you doing Av?" tanya Xavier mendatar.
"I just do what i had to do" balas Avery dingin.
"Av takkan teragak agak untuk tarik pemicu ni kalau Xavier tak lepaskan Elrick".
"Dan Av patut tahu aku pun tak pernah teragak agak untuk bunuh musuh keluarga ni" balas Xavier mendatar.
Dahi Keith mula berkerut melihat muka Elrick yang hanya bersahaja walaupun berada dalam situasi gentir ini. Dia ni tak takut ke? Dah kena acu pistol dengan Xavier pun boleh lagi buat muka selamba badak ayam.
Ada satu senyuman sinis terukir pada bibir Elrick sesaat. Tetapi hanya Keith sahaja yang dapat melihat senyuman itu kerana daripada tadi matanya tidak lepas melihat Elrick.
"Rayyan," panggil Keith.
"Rayyan! Stop them!" kata Keith sedikit kuat. Matanya memandang wajah Rayyan.
Tetapi Rayyan masih kekal diam seperti tadi. Sama juga dengan Lucia. Masing masing tidak bersuara. Mereka hanya memerhati sahaja situasi itu tanpa sebarang bunyi.
Zen dan Zariq pula tidak mahu masuk campur. Mereka sudah masak dengan perangai Xavier yang hati batu tu. Hanya arahan dari ketua mereka sahaja yang dia patuh. Jadi, tiada guna pun kalau mereka masuk campur sekarang.
Tanpa banyak bunyi, Keith terus mengacukan pistolnya pula ke arah Avery.
"Avery, kau yang sepatutnya simpan ssnjata kau sekarang. Sanggup kau nak bunuh Xavier hanya kerana lelaki entah dari mana ni? " kata Keith mendatar.
"I know you won't pull the trigger" jawab Avery tanpa menoleh ke arah Keith.
Bang!
Satu pasu bunga pecah berkecai apabila ditembak oleh Keith.
"You know i can... Dalam dunia ni hanya Rayyan sahaja yang aku takkan bunuh" jawab Keith dingin.
Situasi diruang tamu itu sudah semakin tegang.
"Who said you can kill my sister? Drop that fucking weapon now! " celah satu suara garau.
Keith menoleh. Dan tepat jangkaannya. Louis sedang elok mengacukan pistol ke arahnya pula.
Nafas dikeluh panjang. Sebab inilah dia malas untuk mengugut Avery kerana Keith pasti Louis akan muncul.
"Louis..." panggil Rayyan setelah sekian lama dia diam tak bersuara.
"Keith kau tahu aku tak pernah teragak-agak untuk bunuh orang. Drop that fucking weapon or i will kill you right fucking now " kata Louis dingin.
"Kau siapa nak sentuh anak buah aku, sial!" marah Rayyan sebelum pistol putihnya diacu pula kepada Louis. "Letak pistol kau sekarang!" tengking Rayyan.
Hanz lambat lambat berjalan ke arah kembar. Takut melihat keluarga mafia di depan matanya sekarang. Masing masing mengacukan pistol ke kepala masing masing.
"Kau rasa kita patut tolong ke?" bisik Zariq kepada abang kembarnya.
"Buat apa nak tolong, biar je. Bukan selalu kita dapat tengok drama macam ni" balas Zen selamba.
"Hanz pergi ambik popcorn" bisik Zariq kepada Hanz yang berdiri disebelahnya.
"Seriously?" soal Hanz juga dalam keadaan berbisik.
"Drama kena ada popcorn. Aku suruh tu pergi jelah" kata Zariq lagi.
Hanz hanya pasrah sebelum dia melangkah ke arah dapur.
"Kau ni babi betul, buli dia buat apa" marah Zen perlahan.
"Mana ada buli..." balas Zariq sebelum mereka berdua memandang semula ke arah mereka yang lain seperti sedang menonton drama di television.
"Abang! Lepaskan Elrick" akhirnya Lucia bersuara setelah agak lama suasana tegang mencengkam antara mereka.
"Kenapa pulak aku kena lepaskan parasit ni?" perli Xavier. Mata tajamnya tepat merenung anak mata Elrick.
"Av die we all will die!" kata Lucia lagi. Nampak seperti satu arahan. Tetapi ianya adalah satu amaran kepada mereka semua.
Lambat lambat Xavier menurunkan pistolnya. Mereka yang lain juga berbuat sedemikian. Situasi yang tegang tadi mula kendur kembali.
Tiba-tiba Hanz datang dari arah dapur dengan membawa dua balang popcorn.
"Kau pikir kelakar ke nak makan popcorn time time macam ni!" marah Louis kepada Hanz.
Zariq dan Zen sudah tergelak seperti babi di atas sofa.
"Tapi tadi Zariq yang suruh aku ambik..."
"Aku suruh je, yang kau ikut pehal" balas Zariq laju.
"Entah, betul tu..." sokong Zen pulak.
Rayyan terus membaling bantal ke arah Zariq dan juga Zen.
"Jangan buli anak buah aku lah syaitan... " kata Rayyan mendatar.
"Av, ikut abang kejap" kata Louis sebelum dia melangkah ke arah lift rumah.
Avery memandang Elrick disebelah Xavier sebelum kepalanya memandang mereka yang lain.
"Jangan buli dia eh" kata Avery mendatar.
"Dah tinggal sorang dekat sini, memang maut lah jawab dia. Macam masuk kandang buaya" celah Zariq selamba. Mulutnya dijuihkan ke arah Xavier masih lagi tidak lepas merenung Elrick dengan pandangan membunuh.
"Abang Ayyan..." panggil Avery sedikit merayu.
"Yelah yelah, aku tengok tengokkan dia. Konfirm tak mati. Kau pergi ikut Louis sana. Karang lambat dia mengamuk pulak" jawab Rayyan mendatar.
"Thanks" Avery terus melangkah ke arah lift rumah.
Mereka yang lain hanya memerhati dari ekor mata sehingga dua beradik itu hilang dari pandangan.
Rayyan memandang Elrick kembali. Dia kemudian bangun daripada duduknya sebelum melangkah ke arah Elrick dengan lebih dekat.
"Aku tolong tengok je. Tak kata yang aku tak buat apa apa dekat kau" kata Rayyan dengan sengihan sinis terukir dibibirnya.
"Keith, kau bawak bangsat ni pergi tingkat bawah" arah Rayyan sebelum merenggangkan kedua tangannya. Keith terus sahaja memusingkan tangan Elrick ke belakang sebelum diikat dengan tali leher yang dipakai di lehernya.
"Woi! Kau nak bawak aku pergi mana hah!" marah Elrick sambil meronta ronta. Tetapi tidak membuahkan hasil kerana kekuatan Keith lebih melebihi daripada kekuatan Elrick.
"Aku dah lama betul tak seksa orang, kau, kau ikut aku sekali" kata Rayyan sambil menunjuk ke arah kembar.
"Yang kau tunggu sini" kata Rayyan kepada Xavier pula.
"Sayang! Awak nak buat apa dekat Elrick" tanya Lucia laju.
"Dia nak sangat kenal kenal dengan keluarga kita kan. Aku nak bagi dia kenal kenal lah ni" jawab Rayyan mendatar sebelum dia terus melangkah ke arah lift dengan diikuti oleh Keith, Elrick dan kembar dibelakangnya.
Lucia sudah menepuk dahi sendiri.
Share this novel